Showing posts with label Autobahn. Show all posts
Showing posts with label Autobahn. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-7

Assalamualaikum...

Hari ke-7 : 7 April 2015


Hari ke-2 berada di bumi Jerman iaitu di pekan Worms. Masa mula-mula kami tak sure kat mana lokasi Worms ni sebab 1st time dengar, itupun masa set GPS nak cari lokasi hotel. Padahal kat booking.com dah ada tapi tak perasan. 

Biasanya bila sebut negara Jerman, bandar popular yang biasa dengar ialah Munich, Berlin, Hamburg, Dortmund. Bandar-bandar tu pernah dengar sebab follow team bola yang pernah lawan Liverpool atau masuk European Champion League. Stuttgart pula macam pernah dengar, manakala Mannheim 1st time dengar masa nak buat iternary. Manakala Berlin pula pernah tau sebab dulu ada tembok Berlin yang memisahkan Jerman Timur dengan Jerman Barat. 1990 bersatu kembali.

Selain itu Jerman popular dengan Adolf Hitler dengan fahaman Nazi dan layanan kepada kaum Yahudi. Kalau nak cerita sejarah Jerman ni panjang bebeno. Cukuplah kita tahu serba sedikit iaitu pada zaman Hitler, negara Jerman merupakan kuasa besar di dunia dan berperang dengan Amerika masa perang dunia pertama. Kini Jerman merupakan salah satu negara Eropah paling maju dan juga merupakan kuasa besar bola sepak dunia. Tahun lepas 2014 Jerman adalah Juara Piala Dunia.

Jerman juga popular dengan perusahaan kereta seperti Mercedes, BMW, Audi, Porshe dan lain-lain. Mercedes pula antara kenderaan paling popular seperti Proton atau Produa di Malaysia. Tidak heranlah teksi di Jerman banyak jenis Mercedes termasuk kenderaan polis.

Lagi satu tentang Jerman sebagai pengeluar kereta mewah dan supercar. Sebab itu ada Autobahn iaitu highway tiada had laju. Memandulah selaju mahu dan jangan risau kena saman speed trap. Dengan sebab itu juga pemandu di Jerman sangat terlatih dan punya sivik yang tinggi. Ada sahabat yang tinggal di Jerman kata nak ambil lesen di sini sangat susah dan susah lulus. Bila dah lulus pemegang lesen memandu Jerman diiktiraf di semua negara. 

Namun begitu tak semua Autobahn boleh bawak laju. Ada setengah kawasan seperti berhampiran bandar kelajuan dihadkan kepada 130kmj, kemudian sedikit demi sedikit hingga 80kmj. Laluan dalam terowong juga dihadkan kepada 80-90kmj. Jarak Autobahn diseluruh Jerman lebih kurang 13,000 km. 

Alhamdulillah, kami berpeluang memandu di Autobahn Jerman bermula dari sempadan Swiss hingga sempadan Luxembourg. Jarak kira-kira 800 km++. Kebanyakkan Autobahn ada 3 lorong. Lorong kiri merupakan lorong paling laju. Jadi kalau rasa bawak 110-120kmj janganlah perasan nak dok lorong kiri lelama, nanti mengganggu Porshe, Lamborgini, Lambogitu nak lalu. Sekali supercar tu pecut, makan asap laaa....

Autobahn menuju ke Luxembourg.
Ok, balik semula cerita travelog hari ke-7. Perjalanan hari ini nak ke Luxembourg dan seterusnya ke Zaanse Schans Windmill di Amsterdam. 

Di Luxembourg nak melawat tapak istana lama iaitu Bock Casamates. Oleh kerana perjalanan hari ni agak jauh, so hari ini kawe kembali memegang stereng. Biasalah untuk long-distance serah kat den... 


Worms-Luxembourg City-Zaanse Schans-Nieuwkoop(BnB)
Sebelum check-out.... view dari tingkap hotel di Worms... teringat Parit Nipah, Muo...
Den sedang memegang stereng di Autobahn menuju Luxembourg
melepaskan stereng seketika....
Sudah tiba di bandar Luxembourg
Maju gak Luxembourg.. antara negara berpendapatan tinggi di Eropah... 
Bas bersambung di tengah bandar...
Bayar parking doloe...
Park sini...
Tu dia bandar dan istana lama Luxembourg

Casemates... Istana lama...

Peninggalan istana lama Luxembourg

Merenung dari atas bertemankan mafla JDT...
kiri Suterling, tengah Asree Crouch dan kanan Azhar Moreno...



Batu-batu ni pun cantek..
The Casamates
Serba sedikit tentang Luxembourg merupakan negara terkecil di Eropah. Bersempadan dengan France, Jerman dan Belgium. Luxembourg terkenal dengan bandar dan istana lama di kawasan tebing bukit. Jika datang ke Luxembourg, melawat istana ini merupakan aktiviti utama dan juga kawasan tarikan pelancong. 

Selesai di Luxembourg perjalanan seterusnya ke Amsterdam, Holland melawat tapak Zaanse Schans Windwill. Antara tempat wajib kena pegi kalau ke Amsterdam. 

Dari Luxembourg ke Amsterdam kena cross negara Belgium. So, perjalanan hari ini melalui 4 negara iaitu Jerman-Luxembourg-Belgium-Holland dengan jarak total 691km. Namun begitu antara sempadan langsung tiada check point atau signboard besar 'Welcome to Luxembourg' dan lain-lain. Tiba-tiba je sudah berada di Belgium atau Belanda. Perasan bila tengok henfon 'no signal'.

Kami tiba di Zaanse Schans lebih kurang pukul 6.30 ptg. Walau pada mulanya tersalah arah akhirnya jumpa juga. Masa kami tiba tidak nampak ramai orang. Hanya kami aja ada. Kemudian baru ternampak beberapa orang termasuk couple dari Indonesia yang tolong ambil gambar kami berempat.


Selamat Datang...
Windmill 
Windmill ialah Kincir Angin. Pada mulanya aku ingat windmill fungsinya untuk sumber tenaga letrik supply kat rumah-rumah. Rupanya memang untuk sumber tenaga tetapi untuk proses hasil pertanian. Patutlah aku tengok windmill banyak di kawasan ladang yang lapang. Kawasan lapang sebab untuk dapatkan angin yang kuat.

Windmill yang terdapat di Zaanse Schans ni jenis lama dan kini merupakan icon negara Belanda atau Holland atau Netherland. Color sinonim ialah hijau gelap. Sekarang ni windmill dah moden. Dibina tinggi dekat 100 kaki dengan bilah kipas lagi besar. Bukan hanya ada kat Belanda je tetapi serata Eropah semua ada windmill jenis moden.

Ni windmill jenis moden..
Lokasi Zaanse Schans ni di utara Amsterdam, dekat dengan laut...



Gambar yg di snap oleh couple dari Indonesia...
Pukul 7.09 ptg dah.... hari masih cerah.. cuma langit berawan...

Setiap windmill ada nama masing-masing mengikut owner... tu tengah baca tu apa nama....

Oleh kerana cuaca yang berangin dan tersangat sejuk, kami tak sanggup berada lama-lama di Zaanse Schans. Memey sejuk giler. Ambil gambar pun gegel. Sourvenir pun tak sempat nak cari. Muka memasing dah naik kecut aku tengok.. haha..

Dari Zaanse Schans, destinasi seterusnya ialah check-in di BnB Elzinga di Neiuwkoop. Jarak dari Zaanse Schans lebih kurang 30km. Dengan owner BnB ni kawe dah deal awal-awal pukul berapa nak check-in. Communicate by email. BnB ni singkatan Bed dan Breakfast. So, sewa kat sini siap dengan breakfast. Awal-awal kawe dah pesan kat owner kami semua muslim. So, untuk breakfast kami prefer makanan yang tiada daging yang kene sembelih. Dia faham.

Masa kami tiba, Tuan Elzinga tiada rumah. Orang lain yang tolong bukakkan rumah. Yang naik basikal tuu...
Jam menunjukkan 8.36 mlm... Baru masuk Maghrib pada pukul 8.23 mlm tetapi masih cerah lagi...  
Sekian kisah travelog hari ke-7.... bersambung Hari ke-8

Route Hari ke-7 : Worms-Luxembourg City-Zaanse Schans-Nieuwkoop (691km)



Sunday, 14 June 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-5

Assalamualaikum...

Hari ke-5 : 5 April 2015

Hari ke-5 adalah hari ke-3 di Swiss. Bermakna hari ini kena check out untuk perjalanan seterusnya ke German. Terasa berat pula hendak tinggalkan Swiss sebab banyak tempat menarik di sini tetapi tak dapat jelajah semua. Mungkin kena datang lagi agaknya. Yup! kawe akan datang lagi. Bulan dah tau, cuma tahun je tak tau bila.. haha..

Bangkit dari tidur pada subuh 5 April terasa amat sejuk berbanding semalam. Bila jengah ke tingkap nampak bintik-bintik air kat cermin. Mungkin malam tadi hujan. Ooo... hujan... patutla sejuk semacam.

Pagi ni kena bersiap pack apa yang patut untuk check out. Sementara nak tunggu sarapan kawe keluar kejap. Bila jengah kat luar tengok kawasan sekeliling nampak putih mulus gebu. Kelihatan bintik-bintik halus macam kapas turun. Laaaa... salji rupanya.  Bumbung, lereng bukit, pokok dan juga kereta ada salji. Suka, last day kat Swiss dapat rasa salji turun. Kat Parit Nipah atau Kempas jangan harap nak rasa semua ni.. haha...

Bila salji turun, barulah nampak langit cerah sikit dan kurang kabus. Kabus tu sebenarnya awan juga yang berisi air. Sampai masa bila dah berat air maka jatuhlah ia ke bumi dalam bentuk salji yang terhasil dari tindak balas suhu tahap beku. Tiba-tiba masuk cete sains pulak... entah betul fakta ni... haha..

Setel merakamkan apa yang patut di sekitar campsite yang bersalji, perjalanan diteruskan menuju ke German. Sebelum tu singgah kat pekan Interlaken untuk cari souvenir dan kemudian return ke tasik untuk tengok suasana di situ selepas salji turun.



Dengan kain gombang sucit sarapan... haha..

Siap-siap nak check out...

semalam bumbung rumah ni hijau, hari putih ada salji..
Chalet-chalet di Jungfrau campsite..
Di sinilah masa 1st day sampai di pejabat reception tutup... belakang tu ada waterfall...
Me and Sucit... selepas setel payment untuk chalet...

Cyber cafe... kena bayar...



Boleh buat ais kepal perasa durian...
2 celcius!
Bila langit biru pemandangan lagi awesome.. di Interlaken
Tuang minyak di Interlaken... 
105km lagi Zurich.... sebelum tu dari highway kena cross kawasan pergunungan Alps...
Pekan ni dikelilingi gunung dan tasek... heaven kalo dok sini..
Kalau selisih dengan treler sangkut nih....
Mula-mula mendaki.. sikit-sikit nampak putih...

masuk terowong ke Lungern...
Wow! laluan cross pergunungan yang bersalji... makan lama makin putih....
Stop kejap main salji turun...
Suka dapat rasa salji turun... lebat pulak tuu...
Aku pun suka jugak... tadi kat Jungfrau salji halus-halus.... la ni kasaq-kasaq....
Kemudian jalan depan lagi cari spot menarik... takda rasa salji turun cuma peninggalan salji....

This is ais kepal....
Joe Sucitnern
I'm here at Lungern...
Best betol kalo dapat tinggal kat kawasan macam ni... heaven!
GST @ puncak Lungern..



Dalam perjalanan dari Interlaken ke Zurich kami disajikan satu pengalaman yang sangat menarik. Semasa melalui kawasan pergunungan merentasi banjaran Alps di dalam kawasan Luzern kami lihat di kaki bukit pokok-pokok kelihatan putih. Semakin tinggi semakin memutih. Sampai satu level tiba-tiba hujan salji. Apa lagi, terus cari ruang kosong di tepi jalan untuk park keta dan main salji. Seronok dapat rasa salji turun.

Pagi tadi di Jungfrau campsite salji turun juga tapi tak selebat di sini. Ada 2 tempat kami berhenti untuk bergambo. Memang antara pengalaman yang sangat kami suka. Antara sebab kami sewa kereta untuk kembara ini kerana hendak merasa sendiri memandu di Eropah disamping dapat menikmati pemandangan ciptaan Allah swt.

Memasuki bandar Zurich... tenang tak banyak kereta sebab hari cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Easter
Bandar Zurich...
Tram at Zurich...
Sempadan Swiss-German... ada check point tapi takde check passport... 
Masa solat sini ada salji turun tapi halus-halus... Ni di RnR kat Autobahn Jerman
Masa ni macam tak percaya dah berada di bumi Jerman...
Autobahn - Unlimited speed highway
Hari duduk belakang pulak...
Co-pilot and GPS Ip6...
Highway Autobahn... tiada had laju di sini dan paling penting TIADA TOL
On the way ke Besigheim dari Stuggart...
Pekan Besigheim lokasi homestay kami...
Inilah homestay kami kat tingkat 2
Dapur...


Balkoni...
Dinner time sebelum tidur...

Kami tiba di Besigheim lebih kurang pukul 6.30pm dan terus ke homestay berdasarkan alamat dalam booking.com. Sebaik berada dihadapan bangunan homestay, kami cuba cari kat mana nak check-in. Tapi yang ada cuma deretan kedai yang sudah tutup. Bila belek semula kertas booking.com, "waktu check-in ialah dari pukul 3 ptg hingga 6 ptg". Sekarang sudah pukul 6.30 ptg? Mungkin owner homestay dah balik ke? Waduh! dugaan lagi nih. Mana nak tidur?

Dipendekkan cerita, setelah melilau-lilau cari owner homestay, call nombor owner(spt dalam booking.com tapi out of service), tanya orang yang lalu lalang, cari hotel lain utk plan B incase tak dapat check-in dan finally sedang kami berdiri kat tepi jalan depan homestay tiba-tiba kami disapa seorang lelaki lalu memperkenalkan diri sebagai owner homestay tersebut. Alhamdulillah... lega...

Lelaki german tu kata dah tunggu kat sini sampai pukul 6 ptg. Lepas tu dia habaq, booking.com bagi tau dia kami tak jadi check in. Perghh!! bila masa pulak kami cancel? Ini Jerman bai! bukan Parit Jerman kat Pontian. Atau, dia saja buat cerita? Kawe pong habaq kat lelaki Jerman tu takde bagi tau booking.com nak cancel booking. Whateverlah! yang penting sekarang dah boleh check-in. 

Lelaki Jerman itu terus membawa kami ke homestay. Sebaik masuk ke dalam, wow! menarik sungguh homestay ni dengan perhiasan dalaman serba moden. Ada 1 bilik dan hall serta dapur. Walaupun diduga dengan ujian kecil tadi, lupa segalanya bila tengok semua ini. Harga homestay apartment ni satu malam ialah 85 Euro (rm340++). Oklah, value for money.

Selepas berjaya check-in, aktiviti macam biasa ialah mengangkut beg dari kereta ke homestay. Naik tangga bawak beg masing-masing. Aktiviti seterusnya macam biasalah.. mandi, solat, dinner dan kemudian tidur.....

Route hari ini : Lauterbrunnen - Lungern - Zurich - Stuggart - Besigheim(387km)

Fakta menarik tentang Swiss,
1. Sebuah negara kelahiran palang merah. Sebab tu logo Swiss bentuk palang merah.
2. Swiss antara negara aman dan berpendapatan tinggi di dunia.
3. Sebuah negara perusahan terkenal seperti jam(swatch), perbankan(UBS), elektronik(Logitech) dan lain-lain.
4. Matawang Swiss Franc(CHF). Sama nilai seperti Euro. Di sini transaksi dibenarkan dalam Euro tetapi bakinya dipulang dalam CHF. Duit syiling Euro tak laku di Swiss.
5. Negara Swiss sangat indah dan bergunung ganang. Di Swiss terdapat lebih kurang 1500 tasik.
6. Sebagai sebuah negara pembuat jam terkenal di dunia maka negara ini mengamalkan tepat waktu.
7. Highway di Swiss tiada TOL.

Fakta menarik tentang Jerman,
1. Autobanh - Nama bagi highway di German dan tiada had laju. Pandulah selaju yang mampu melainkan kawasan bandar. Highway di Jerman juga tiada TOL.
2. Jerman terkenal dengan pemandunya yang terlatih dan berhemah tinggi. Mengambil lesen memandu di sini sangat ketat dan susah nak lulus. Tidak heranlah ramai pemandu F1 berasal dari Jerman.
3. Negara paling padat penduduk di Eropah iaitu 82 juta.
4. Terkenal sebagai negara perusahaan kereta seperti Mercedes, BMW, Porshe, Audi, Volswagen.
5. Jenama Adidas berasal dari Jerman iaitu oleh Adolf Adidassler.
6. Matawang Euro boleh digunakan di sini.

Bersambung Hari ke-6..

Post terdahulu,
Persiapan/Hari 1
Hari ke-2
Hari ke-3
- Hari ke-4