Thursday 11 July 2024

Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool, 4-11 Mac 24 ~ Hari 6

Assalamualaikum wbt

Hari 6 ~ Sabtu, 9 Mar 2024

Hari ini sepatutnya hari game Liverpool lawan Manchester City pada pukul 3 petang. Tetapi 2 minggu sebelum fly dapat tahu game reschedule pada hari esok, Ahad 10 Mar. Sebab musabab reschedule, Liverpool ada game Piala UEFA pada hari khamis dan dalam masa 2 hari terlalu singkat untuk persiapan game seterusnya. Jadi kena tunda.

Dengan tertundanya hari game maka iternari kami juga kena ubah. Hari ni sepatutnya boleh tenang-tenang dok rumah sebelum pergi stadium. Tak payah fikir pasal parking kereta sebab masih ada 1 malam stay kat sini. Lepas habis game boleh jalan-jalan memeriahkan suasana di perkarangan stadium dan tak payah kelam kabut nak balik. Esoknya hari Ahad balik London boleh singgah tempat-tempat yang tak sempat singgah masa datang Liverpool.

Bila game tunda, segala perancangan berubah. Sebelum game pada pukul 3.30 petang kami kena check out pada pukul 11 pagi. 4 jam setengah sebelum game kena cari port nak lunch, nak solat dan nak parking kereta. 

Kalau nak tahu macamana kami setelkan semua masalah hari esok kenalah tunggu post Hari ke-7 juga merupakan episod terakhir dan kemuncak kisah bapak-bapak pergi London dan Liverpool.

So,  untuk hari ini jom ikut bapak-bapak pegi jenjalan. Kemana? Aaajomm... teruskan baca..

Mural Mo Salah

Kingsway Tunnel

Hari ni kami decide nak datang lagi Cheshire Oaks Designer Outlet. Katanya ada barang wife kirim kena beli. Aku follow je dan silap-silap aku pun terjebak beli sama.

Dari Liverpool nak ke Cheshire Oaks paling dekat kena lalu Kingsway Tunnel.

Kingsway Tunnel ialah sebuah jalanraya bawah Sungai Mersey yang menghubungkan bandar Liverpool dengan Wallasey. Tunney ni sepanjang 2.4km dan toll dikenakan. Untuk kereta £2 sehala. Di bina pada tahun 1965 dan dibuka pada 1971. 

Kingsway Tunnel merupakan terowong kedua bawah sungai dan di bina untuk menggantikan Queensway Tunnel yang tak boleh menampungkan jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Dari Liverpool kalau nak ke Wales ikut jalan terowong ni yang paling dekat.

Lain-lain info pasal tunnel ni boleh google kat Pak Wiki.

nak ke Chesire Oaks Designer Outlet kena lalu Kingsway Tunnel iaitu jalan raya bawah sungai

sebelum masuk terowong kena bayo tol £2 bersamaan rm12 ya.. balik nanti pon kena bayar gak..

ada pilihan nak bayar cash atau card... kami pilih pondok bayar cash

Cheshire Oaks Designer Outlet

Apa yang best tentang Cheshire Oaks Designer Outlet?

Cheshire Oaks ialah Outlet Designer yang terbesar di UK. Ada lebih daripada 140 kedai, kafe, restoran dan tempat liburan. Lokasinya terletak di pekan Chester iaitu antara Manchester dan Liverpool. 

Di sini selain ada kedai-kedai yang menjual pakaian, kasut dan beg tangan jenama mewah pada harga diskaun juga disediakan kawasan permainan yang mesra kanak-kanak. Juga menjadi tempat hiburan untuk keluarga. 

4 kali aku dah pegi sini dan aku tengok tak pernah tak ramai orang. Memey sentiasa ramai dengan manusia walaupun pada hari biasa bukannya pada hari cuti hujung minggu. Maknanya tempat ni merupakan outlet yang menjadi kesukaan penduduk tempatan juga pelancong luar yang datang untuk liburan sambil membeli dan lepas tu belah.

Cheshire Oak Design Outlet snap dari Google Maps

antara jenama-jenama yang ada kat sini

ni brand Clark.. kalau RM memey murah.. kat UK B40 mampu beli..

lagi kasut brand Clark untuk wanita

ni outlet brand local UK Radley London

lawo gak beg sesuai belikan untuk wife..

harga dalam ratus pound je... ok lah

rambang mata plak...semua lawo-lawo..

ada sale plak... fuh!

tak jadi beli kat Radley pegi Michael Kors plak

boleh tahan hage dia.. kalau RM level M40 ni

ni mahal sket..

ni lagi mahai... tapi lawo plak beg dia..

pegi dekat sikit...hmmm... memey lawo sesuai dengan hage..

at last tersambo gak beli purse untuk wife... 2 beg dah aku beli untuk wife..
..
abe zaidi pon beli untuk wife dia

selfie je tapi tak singgah..

yang ni memey murah sikit walau dah convert.. tapi design dah out of season

ni gambar lagi jelas.. ok tak hage dia x6 ?

masuk dalam tengok design lain... kalau dah convert murah rm50-100 compare kat malaysia...

kalau bukan kerana currency darab 6 memey banyak murah... brand Asics kat Malaysia range harga RM600-RM800++.. kasut jenama ni memey mahal compare dengan Nike, Adidas atau Skechers..

Dekat 3 jam kami window shopping dan sempat membeli apa yang patut untuk buah tangan famili. Takdelah shopping sakan. Oklah dari takda. Lagipun aku ni bukanlah kaki shopping atau suka barang branded. Beli yang perlu atau nak pakai je. Lagipun kat Shopee macam-macam ada boleh beli.. tik tok lagi.. murah pun murah.. hehe..

laluan balik ke Liverpool

Dari Cheshire Oak kami balik ke homestay. Lepas lunch baru fikir nak pergi mana.

lalu terowong bawah sungai lagi

ni kat pekan sabtu Liverpool.. depan tu ada simpang belok kanan untuk ke homestay

Ingat nak balik homestay tapi singgah Stadium Anfield sebab ada yang nak pegi Liverpool Store. Masa nak cari parking ternampak plak ada gerai jual merchandise kat depan stadium. Kami pun singgah situ. 

singgah nak beli mafla.. 

jalan sebelah kiri gerai tu laluan balik kalau jalan kaki ke homestay.. kereta pun boleh lalu..

dah beli kite selfie

sambo selai mafla untuk koleksi.. £25 selai..

jumpa fan Liverpool dari Malaysia dan ajak bergambar sekali..

Kat gerai tu sambar selai mafla untuk game esok sebagai koleksi kenang-kenangan. Specialnya pasal mafla ni ada tarikh dan nama team yang lawan Liverpool di Anfield. Ini barang limited edition punya. Kat Liverpool Store memey takde. Hanya dijual kat gerai macam ni pada hari game atau sehari sebelum game. Kalau beli lepas game boleh dapat lagi murah.

Setakat ni aku dah ada 3 mafla ni, 

2015(13 April) - vs Newcastle
2018(14 April) vs Bournmouth
2024 (10 March) vs Man City

ni dia mafla collection aku

Selesai membeli merchandise, kami kembali ke homestay untuk makan tengahari. Lepas makan keluar balik nak cari spot mural pemain-pemain Liverpool. Mural-mural ni antara tarikan terbaru di sekitar Stadium Anfield yang memaparkan beberapa player Liverpool sekarang dan yang dah jadi legend.

Antaranya yang sempat aku pergi,

Roberto Firmino.. 2015-2023.. musim 2023/24 dah berhijrah ke kelab Al Ahli kat Arab Saudi 

Mohamad Salah.. masih lagi player Liverpool sejak 2017.. bakal jadi legend Liverpool

dengan mural The Boss

The Boss, Jurgen Kloop

Musim ni yang terakhir The Boss jadi Manager setelah berkhidmat selama 9 tahun (2015-2024). 

Antara Manager terhebat dan berjaya bawa banyak kejuaraan kepada Liverpool antaranya Juara UCL, Juara EPL, Juara Kelab Dunia, Piala FA dan lain-lain. 

Paling di kenang semasa menang besar dengan team rival Manchester United 5-0 & 4-0 pada musim 2021/22 dan 7-0 pada musim 2022/23. 

Selain tu buat comeback menang dengan Bacerlona 4-0 di Anfield selepas kalah 3-0 di Nou Camp. Kemudian jadi Juara UCL pada musim 2018/2019. Walaupun kemenangan dan kenangan ini sudah jadi sejarah pastinya The Boss akan dirindui..

lain-lain mural yang ada di sekitar stadium

Aku hanya sempat singgah kat 3 mural je. Lain-lain nak jalan kaki macam jauh la plak. Suhu pulak makin sejuk ditambah lagi dengan tiupan angin dan dia punya rasa sampai ke tulang sum sum. Selepas melawat mural Jurgen Klopp terus balik ke homestay. Lain-lain mural next time kalau datang Liverpool lagi..

Bawah ni antara lain-lain mural yang belum sempat singgah dan tengok,

atas kiri - Luis Diaz, kanan - Trent Arnold, bawah - Jordan Henderson

ni semua mural legend Liverpool - John Barnes, Steven Gerrard, Ray Clemence, Ian Rush, Jamie Caragger, Phil Neal dan Ian Callaghan

atas kiri - Steven Gerrard, kanan - Ray Kennedy dan bawah mixed legend dan present van dirk

Begitulah kisah kami pada Hari ke-6 yang sepatutnya hari tengok game tapi terpaksa ubah sebab jadual perlawanan berubah. Nasib kami plan ada extra 1 hari selepas hari game dan bernasib baik juga game tangguh 1 hari je. Kalau 2 hari memey tak dapatlah tengok game walaupun tiket dah tempah. Apapun kita hanya mampu merancang tapi semua telah ditentukan olehNya.

Ok, untuk kisah seterusnya Hari ke-7 & 8 dan juga episod terakhir bersambung pada post akan datang, https://azhartravelog.blogspot.com/2024/08/geng-bapak-bapak-ke-london-dan.html

Thursday 4 July 2024

Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool, 4-11 Mac 24 ~ Hari 5

Assalamualaikum wbt

Sebulan lebih takde post terbaru, mesti ada yang menunggu dan tak sabar nak tahu cerita seterusnya... Ok, jom sambung cerita Hari ke-5..

Geng bapak-bapak dan 'Mo Salah'


Hari 5 ~ Jumaat, 8 Mar 2024

Oleh kerana hari ini hari Jumaat kami plan jalan-jalan di sekitar Liverpool je supaya sempat nak pergi solat Jumaat nanti. 

Walaupun di perantauan dan sedang musafir boleh je kami nak skip solat Jumaat, tetapi bila dah berada di tempat macam Liverpool maka adalah lebih afdal jangan lepaskan peluang untuk solat Jumaat bersama warga di sini. Bukan lama sangat pun dan paling penting boleh dapat ibrah dengan mendengar khutbah version Liverpool. 

Selepas sarapan lokasi pertama kami nak pergi cuma perlu jalan kaki sahaja iaitu ke...

Sarapan English by Chef Asri


Stadium Anfield Tour

Bagi aku dan Asri serta anaknya ini kali ke-2. Walaupun kali ke-2 selepas 9 tahun(masa 2018 tak tour) tapi pengalaman pasti berbeza dan ada penambahan isi kandungan tour dan pastinya takkan sama seperti kali pertama tour masa 2015. 

Ni kisah masa aku 1st time pergi stadium tour pada 2015,

beratur untuk beli tiket Stadium Tour

Bayaran untuk stadium tour ialah £25(rm150). Selesai buat pembayaran kami dibekalkan dengan satu set multimedia sebagai alat bantu penerangan tentang stadium tour. Alat tu mengandungi 1 unit earphone yang ada cop logo Liverpool dan 1 unid iPad. Masa 2015 takde benda alah ni.

tu dia alat bantu penerangan.. ada ear phone dan iPad

tunggu nak naik lift ke tingkat atas

1st stop... penerangan pasal tempat ni ada dalam iPad.. kisah pasal past Liverpool Manager

Seperti caption dalam gambar-gambar diatas semua pengunjung Stadium Tour akan dibekalkan satu set alat bantu penerangan untuk menerangkan tempat-tempat yang akan singgah.

Lokasi pertama kami dibawa naik ke tingkat 3 dan di situ ada gambar Pengurus-Pengurus Lagenda Liverpool berserta kata-kata hikmah mereka yang telah banyak bawa kejayaan kepada Pasukan Liverpool. Antaranya, Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Daghlish dan terkini Jurgen Klopp.

Bill Shankly(1959-1974) dan Bob Paisley(1974-1983)

terkini ~ Jurgen Klopp(2015-2024)

antara kejayaan Jurgen Klopp - Champion UCL dan EPL

Untuk fan-fan Liverpool aku senaraikan Pengurus Liverpool bermula dari Bill Shankly hingga yang terbaru pengganti Jurgen Klopp,

Arne Slot                01 Jul, 2024 Present
Jurgen Klopp         08 Oct, 2015 20 May, 2024
Brendan Rodgers 01 Jun, 2012 04 Oct, 2015
Kenny Dalglish 08 Jan, 2011 16 May, 2012
Roy Hodgson         01 Jul, 2010 08 Jan, 2011
Rafael Benitez 16 Jun, 2004 03 Jun, 2010
Gerard Houllier 12 Nov, 1998 24 May, 2004
Gerard Houllier 01 Jul, 1998 12 Nov, 1998
Roy Evans         28 Jan, 1994 12 Nov, 1998
Graeme Souness 16 Apr, 1991 28 Jan, 1994
Ronnie Moran         22 Feb, 1991 16 Apr, 1991
Kenny Dalglish 30 May, 1985 22 Feb, 1991
Joe Fagan         23 May, 1983 30 May, 1985
Bob Paisley         26 Jul, 1974 23 May, 1983
Bill Shankly         01 Dec, 1959 12 Jul, 1974

Mural player legend Liverpool ~ Ian Rush

Mural player Liverpool sekarang ~ Allison Becker

Seterusnya dari tingkat 3 kami naik ke tingkat paling atas. On the way naik tangga sambil tengok pemandangan luar kat taman perumahan berdekatan stadium maka kelihatan beberapa mural pemain-pemain yang pernah dan bakal menjadi legenda Liverpool.

Bermulanya pasukan Liverpool pada 1892

Pemandangan dari atas Main Stand... kelihatan kat bawah tu tengah beramai-ramai begambo tepi padang..

Aku dan Stadium Anfield..

Selesai jalan-jalan kat atas, kami turun ke tingkat paling bawah. Apa ada kat bawah? Antaranya,

1. Bilik persalinan pasukan pelawat
2. Bilik persalinan pasukan home
3. Ruang makan pemain
4. Tempat pemain dan pengurus di temu ramah sebelum dan selepas perlawanan
5. Bilik media
6. Lorong tempat pemain beratur sebelum masuk ke padang
7. Laluan ke padang

aku dan Andy Robertson dan Trent Anold.. player utama Liverpool

aku dan keeper Liverpool, Allison dan Van Dirk(Kapten)

midfield Liverpool, kiri Maclister dan Dominik Szoboszlai

ni kat bilik pasukan pelawat.. Ronaldo pernah beberapa kali datang sini

ni kat bilik persalinan pasukan Liverpool.. kelihatan jersey Mo Salah dan Joe Gomez

lagi kat bilik persalinan Liverpool

sebelum dan selepas game player akan ngeteh kat sini.. 

ruang makan untuk pemain

Liverpool sentiasa buat sejarah.. kelihatan bekas ketua pasukan Henderson sedang menjulang tropi

aku dan the boss... Jurgen Klopp

lagi begambo dengan boss

logo keramat Liverpool

ni kat bilik media.. lepas interview kita begambo..

lorong motivasi.. kiri kanan depan tu semua pintu ke bilik-bilik.. 

abe zaidi dan fan liverpool pangkat atok

lorong pemain beratur sebelum masuk padang

lorong ke padang... selalu tengok live kat tv je player jalan kat sini.. 

Aku kat tepi padang Stadium Anfield

bapak-bapak dan sorang anak ditepi padang

sorang anak dan bapak-bapak fan Liverpool

Dekat 2 jam kami selesai stadium tour. Memey banyak benda baru compare masa tour 2015. Kalau datang lagi tahun depan rasanya ada lagi perubahan. Paling ketara stadium dah naik taraf dari 50k tempat duduk kepada 60k++. 

Walaupun dah bertambah tempat duduk tapi masih susah nak dapat tiket perlawanan. Nak dapatkan kena melalui agen dan harga akan berganda-ganda mahal dari harga biasa £30-£50. Kitorang pernah tanya untuk game lawan Mancherster City dorang jual paling murah £550. Alhamdulillah, kami dapat harga £57 melalui ARM(All Reds Malaysia) iaitu Liverpool Official Fan Malaysia. 

Macam mana nak tengok game kat Stadium Anfield dan dapat tiket game yang murah? 

Caranya, kena jadi official fan Liverpool ARM. Ni link Facebook ARM,


Masjid Al Rahma

Selesai stadium tour kami balik semula ke homestay. Berehat kejap sebelum gerak menuju ke Masjid Al Rahma untuk solat jumaat. Nak lunch macam tak sempat nak masak nasi. So, lunch lepas solat jumaat.

Jarak masjid dengan homestay kami lebih kurang 6km dan 15 min perjalanan kalau tak jem. Jem tu sebab banyak kena lalu traffic light. 

Masjid ni terletak di kawasan kejiranan ramai orang Islam dan tak jauh dengan Universiti Liverpool. Kat sini juga senang nak cari makanan halal.

route dari homestay ke Masjid Al Rahma

Kami tiba ketika azan zohor sudah berkumandang. Waktu zohor di Liverpool masa tu pukul 12.30pm. Masa kami sampai di kawasan berdekatan masjid kelihatan kereta dah banyak bersusun parking di tepi jalan. Maknanya dah ramai jemaah datang. Harap-harap masih ada ruang untuk kami solat.

Kali ke-2 solat jumaat kat sini

Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid kami lihat di ruang tingkat bawah sudah penuh dengan jamaah. Lalu kami naik ke tingkat ke 2 dan Alhamdulillah masih banyak ruang kosong. Sementara nak tunggu azan ke 2 kami buat apa yang patut seperti solat sunat, selawat dan lain-lain.

ruang solat tingkat 2

masa ni tengah tunggu khutbah.. ada tv kat depan boleh tengok Imam yang berkhutbah

Beberapa ketika kemudian barulah azan ke-2 berkumandang dan selepas itu diikuti khutbah jumaat. Khutbah di sampaikan dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan english. Antara isi kandungan khutbah tentang amalan wajib dan sunat pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Lepas solat jumaat tanya orang sini bila UK mula puasa? Dorang cakap mungkin pada 11 Mar. Maknanya lagi 3 hari. Awal sehari dari Malaysia pada 12 Mar.

Alhamdulillah... selesai solat jumaat

Usai solat jumaat kami balik semula ke homestay untuk lunch. Selepas tu keluar balik untuk Albert Dock.

Albert Dock 5.3 km dari homestay

harga minyak kat sini Petrol ~ £1.419, Diesel £1.509

Harga minyak kat Shell lagi mahal dari Sainsbury's

On the way ke Albert Dock sambil pandang kiri dan kanan sambil bandingkan harga petrol dan diesel dibeberapa stesyen minyak. Harga tak jauh beza dan yang nampak paling murah kat Sainsbury's. 

Di UK dan juga Eropah mungkin kat negara lain selain di Malaysia minyak harga minyak tak sama. Kat sini ada yang murah dan ada yang mahal. Beza ada yang sampai 20-30 pence. Paling mahal yang aku perasan kat highway. Paling murah kat kawasan luar bandar. Kat Liverpool luar dari pusat bandar lebih murah.

Kat sini juga bukan saja company macam Shell, BP atau Esso boleh jual minyak. Company hypermarket macam Asda pun ada petrol stesyen. Sainsbury's ni aku tak sure main bussiness dia apa.

dekat pusat bandar Liverpool baru boleh nampak bangunan tinggi

antara bangunan klasik kat pusat bandar Liverpool

Royal Albert Dock

Albert Dock terletak di sebelah Sungai Mersey di pusat bandar Liverpool. Ia merupakan sebuah kompleks bangunan dermaga/dock. Sesuai dengan Liverpool yang dikenali sebagai bandar pelabuhan sebab itu disini ada sebuah dermaga untuk tujuan urusniaga dan gudang.

Mula dikenali sebagai Albert Dock sehingga 2018. Kemudian diberikan piagam diraja dan diberi nama "Royal" sebagai yang terhormat. Kini dikenali sebagai Royal Albert Dock. 

Keluasan dermaga ini ialah 2.8 km dan kedalamanya membawak ke 9 meter. Info lain tentang dermaga atau dock ini ialah,

- Dibina pada 1841 dan dibuka pada tahun 1846
- Struktur pertama di Britain yang dibina daripada besi tuang, batu dan bata dan tanpa kayu. Hasilnya, dermaga dan gudang tidak mudah terbakar yang pertama dibina di dunia. 
- Dermaga termurah yang dibina dengan harga £2.2 juta. 
- Dermaga pertama diterangi oleh elektrik.

kawasan dermaga ni dulu di sini tempat kapal berlabuh untuk urusniaga

Albert Dock 3D view crop dari Googles map

Hari ini Royal Albert Dock antara tarikan pelancong di Liverpool dan yang paling banyak dikunjungi di luar London.

Antara tarikan di sini ialah,
- Eye of Liverpool
- Titanic Memorial
- Muzium Maritim
- Muzium The Beatles
- Memorial Elvis Presley
- Kedai sourvenir
- Cafe

Dan beberapa lagi...

aku dan di belakang tu bangunan tahan kebakaran Albert Dock

antara kedai sourvenir sempat singgah

merchandise Liverpool pun ada jual kat sini

ni lagi..

di hadapan muzium The Beatles

Kami ingat nak spend masa lama sikit jalan-jalan kat Albert Dock tapi suhu kat sini dia punya sejuk sampai ke tulang. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang tak berapa sepoi bila kena kat muka terus rasa beku. Dari terus membeku kami decide balik homestay setelah tak sampai sejam jalan-jalan.


kat bangunan nun depan sana kat puncak ada lambang The Liver Bird yang menjadi simbol bandar Liverpool

ni gambar zoom..

Lambang The Liver Bird bukan ada kat bangunan tu je tapi ada kat beberapa bangunan lain. Abam sempat snap yang ni jer..

The Liver Bird

Ceritanya, Burung Hati ialah sejenis makhluk burung(bukan ayam ya) yang menjadi simbol bandar Liverpool. Kalau tengok kat burung tu kelihatan cabang rumpai laut kat paruhnya dan kalau nak cerita memey panjang. Ceritanya dari abad ke-12 dan ada yang mitos.

Jadi, diringkaskan cerita simbol burung tu bukan saja simbol bandar Liverpool juga ada kaitan dengan team bola Liverpool dari dulu sampai sekarang. 
logo Liverpool tahun 40an

logo Liverpool terkini

Begitulah kisahnya The Liver Bird dan kaitan dengan team feveret abam iaitu Liverpool. Lambang ni sekarang jadi sudah menjadi hak cipta terpelihara untuk Liverpool FC sahaja.

Ok, cukup sampai di sini kisah Hari ke-5 dan cerita seterusnya Hari ke-6 akan bersambung pada post akan datang.. InshaaAllah... https://azhartravelog.blogspot.com/2024/07/geng-bapak-bapak-ke-london-dan_11.html

Post terdahulu,