Sunday 26 March 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 3

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Jelajah Swiss hari ini diteruskan ke satu tempat yang aku sendiri request dengan Rudy nak pegi ke situ. Tempat ni kalau ikut travel agent jarang-jarang dapat sampai. Trip private atau Trip DIY macam kami je yang selalunya dapat peluang pegi. 

Kenapa aku nak sangat pegi tempat tu?

Sebab tempat tu rare. Aku dapat tahu tempat tu sebab ternampak gambar hotel kat selekoh semasa menggoogle pasal Swiss. Pada aku rare sebab ada hotel kat selekoh pada ketinggian 2100 meter. Tinggi tu.

Lagi satu tentang hotel kat selekoh ni, pernah ada dalam scene filem James Bond Goldfinger 1964. Menarik kan? Dengan sebab itu aku nak sangat pegi situ dan tengok hotel tu kat depan mata.

Lagi satu yang rare pasal tempat ni ialah pengalaman memandu di jalan raya merentasi gunung. Hanya musim tertentu seperti musim panas, autumn dan pengujung spring je jalan kat situ akan dibuka. Musim lain seperti winter dan awal spring jalan raya ni tutup sebab penuh salji dan merbahaya untuk kenderaan lalu kerana jalan licin terutama kat selekoh tajam.

Masa aku datang jalan tu masih bukak dan dapatlah kami melayan selekoh disamping menikmati pemandangan gunung ganang yang menakjubkan. Jalan raya ini juga termasuk antara 10 jalan raya tercantik kat dunia.

Apa nama tempat tu? 

Furka Pass...

Nak tahu apa ada kat Furka Pass... jom teruskan membaca..

Day 3 ~ Isnin, 3 Oct 2023

Sebelum gerak macam biasa sarapan disediakan oleh Cef Ir dan Capt Ru. Hari ini sarapan roti toast cecah mushroom sup. Sambil menyarap sambil melayan pemandangan kat tepi tingkap. Lepas makan tugas aku pulak basuh pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan kuali..

view tepi meja makan..

atap rumah dan nun sana gunung ganang

roti toast.. mushroom sup belum siap lagi

view belakang rumah

Oleh kerana perjalanan pergi dan balik hari ini agak jauh dalam 200km++ dan mungkin ambil masa dalam 5-6 jam untuk pergi dan balik, makanya kena siapkan bekal makanan seperti telur goreng untuk dimakan dengan pek kembara nasi lemak dan nasi ayam merah.

Dalam pukul 8.30 pagi kami dah gerak keluar dari homestay dan singgah Coop sat nak beli apa yang patut. 

murah air evian kat sini.. kat malaysia level kayangan je beli

harga-harga air ni kalau convert RM memey mahai tapi bagi warga swiss B40 mampu sangat..

healing kat Station ketapi Bahnlof depan Coop je..

tu dia ketapi pun sampai...

road to puncak..

Sebelum dapat sampai ke Furka Pass kena lalu pekan-pekan ni dulu seperti, 

Leissigen - Därligen - pastu lalu highway Gunten ke Interlaken West - lalu terowong(Rugentunnel) 500 meter - cross pekan Wilderswill - lalu terowong lagi(Lutscshinetunnel) 650 meter - lalu terowong lagi(Sunggtunnel) 650 meter - Isetlwald - lalu terowong lagi(Chuebalmtunnel) 900 meter - lalu terowong lagi(Giessbachtunnel) 1km - lalu sebelah military airport( Flugplatz Meiringen) - Meiringen - Schattenhalb - Innertkirchen.

Di pekan Innerkirchen ada 2 simpang, ke Sustenstrasse dan ke Grimselpass. Kedua-dua laluan boleh sampai ke Furka Pass. Kami pilih lalu Grimselpass sebab lebih dekat.

Di laluan Grimselpass hingga ke puncak akan lalu pekan-pekan ni, Göttannermärt - Guttannen dan beberapa terowong hingga ke puncak.

Alhamdulillah.. cuaca hari ini cerah, langit membiru dan pemandangan memukau..

di kiri dan kanan kelihatan rumah-rumah kampung di lereng pergunungan Alps

kat swiss ni memey akan banyak lalu terowong

Raterichsboden Staumauer

1st stop kami ni merupakan sebuah empangan yang asalnya ialah Tasik Raterichsboden atau Raterichsbodensee. "See" dalam bahasa Jerman ialah tasik. 

Empangan ini berada dalam mukim Guttannen iaitu bandar yang berada di antara 2 lembah banjaran Alps. Di belah utara empangan menghala ke laluan puncak Grimsel Pass yang seterusnya bersambung dengan laluan Furka Pass.  

Air empangan yang bertakung di empangan ini berasal dari Sungai Aare yang terhasil dari cairan Glasier di atas gunung. Untuk info kebanyakan air empangan dan tasik di Swiss terhasil dari cairan glasier beratus tahun. 

Begitulah serba sedikit yang sempat aku google pasal empangan ni. Masa kami singgah hari tu cuba juga nak baca info pasal tempat ni tapi dalam bahasa jerman la pulak.. 

cuba baca tapi sepatah haram tak faham...

nak sebut perkataan bahasa jerman ni boleh terbelit lidah

ni aku rasa dia cete pasal isi padu air dalam empangan tu... agaknya lah..

view belah selatan empangan

view belah utara empangan

view kami bertiga

lagi kami bertiga dengan view gunung ganang yang diliputi awan


Grimsel Pass Dam

2nd stop ni juga sebuah empangan yang bersambung dengan empangan pertama yang kami singgah tadi. Kedudukan empangan ini juga lebih tinggi dan 4 kali besar.

Kat sini view dia lebih menawan bila kelihatan puncak-puncak gunung yang dilitupi ais. Bak kata ore kelantan kawen dengan Indon Sabah.. "memey cantik bangat bah.." 

Kami macam biasa, bila jumpa tempat cantik jangan lepaskan peluang bergambar berlatar belakang keindahan gunung ganang.

atas bukit batu depan tu ada bangunan hotel dan lain-lain..

bukan setakat ada empangan juga ada hotel kat sini..

aku dan empangan Grimsel

info pasal empangan dan dari mana asal usul air empangan itu datang..

merenung ke gunung ganang

air empangan kat sini macam kaler putih green tea campur susu..

Subhanallah...

sinun tu ada hotel dan kalau rasa nak terkucil sebab sejuk boleh turun ke bawah ada toilet

aku.. hotel dan pendi... nice kan view belakang tuu

penunjuk arah... ok dah nampak arah ke toilet...

Totensee

Stop ke-3. Masih di laluan Grimsel Pass. Singgah lagi sebab nampak tasek cantik yang sangat jernih airnya bagai cermin. 

Kat tasek Toten ni view dia lagi menawan dari 1st dan 2nd stop. Nampaknya semakin tinggi mendaki laluan Grimsel Pass semakin terserlah keindahan pemandangan gunung ganang yang bersalji di puncaknya.

Subhanallah! Patutlah orang kata Switzerland ni secebis Syurga. Dalam gambar yang aku share ni cuma 10% je dari kecantikan sebenar bila kat depan mata.

blur plak view belakang... bokeh 2.7

kami bertiga di tepi Tasek Toten

fendi di tepi tasek

Subhanallah

ada tompok-tompok salji di situ

Grimselpass Overlook

Next stop(ke-4) kami berhenti di puncak tertinggi Grimselpass iaitu 2164 meter dari paras laut. Dari tempat ni boleh nampak laluan turun Grimsel pass ke pekan Gletsch dan dari satu akan  bersambung ke laluan Furka Pass.

Laluan ke puncak Furka Pass lebih mencabar kerana selekohnya lebih tajam dan jalan raya tak berapa lebar dan kena extra berhati-hati semasa memandu. Apapun bagi kami dapat memandu kat jalan raya rentas gunung adalah satu pengalaman yang sangat best ditambah lagi dengan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan.

dari Grimsel Pass ke Furka Pass.. nampak tak selekoh tu dah macam U-turn

ambil feel sebelum layan selekoh

tak puas tengok selekoh-selekoh tu dari atas... share lagi gambar..

Grimsel Pass dalam Waze



Hotel Belvedere 

Akhirnya sampai juga kat hotel yang sebelum ni cuma dapat tengok gambar dalam google je. 

Kisahnya hotel ini dibina pada tahun 1882 oleh pengusaha hotel muda bernama Josef Seiler di selekoh jalan raya rentas gunung Furka Pass. Selama beberapa dekad Hotel Belvedere menjadi salah satu hotel paling ikonik di Swiss Alps. 

Di hotel ini, tidak ada tempat lain di dunia ini yang boleh memandu kereta begitu hampir dengan pinggir glasier, mendaftar masuk ke bilik hotel dengan balkoni yang menghadap ke sungai besar ais, dan kemudian menyusuri laluan berturap ke glasier di bawah yang terletak hanya beberapa ratus meter. Boleh hanya jalan kaki ke situ.

Pada zaman kegemilangannya, pemandangan dari bilik tetamu menghadap ke hamparan berais Glasier Rhône dan ada sebuah gua yang diukir pada ais berwarna biru.

Malangnya, Hotel Belvedere ditutup pada tahun 2016, tetapi ia kekal sebagai lokasi pemandangan yang menarik perhatian para pengembara yang berjaya sampai di situ. Hotel ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi scene dalam filem James Bond, Goldfinger pada tahun 1968.

Alhamdulillah.. impian aku untuk sampai di sini telah menjadi kenyataan. Bukan semata kerana nak melihat hotel itu tapi apa yang ada di kawasan sekitar ciptaan Allah swt.. Subhanallah...

Indah sungguh panorama di sini

scene Goldfinger 1968

scene James Bond tapi kereta lain pulak


gambo cilok google... tu dia sungai air glasier... boleh jalan kaki je dari hotel

atok sean connery kat Furka Pass

tak puas begambo kat sini... selfie plak gambo hotel berlatar belakangkan gunung ganang

ni laluan depan sket dari hotel... dekat dah dengan puncak Furka Pass

Furka Pass

Furka Pass dengan ketinggian 2,436 meter ialah laluan gunung tinggi di Pergunungan Alps Switzerland yang menghubungkan Gletsch, Valais dengan Realp, Uri. Laluan ini dibina pada tahun 1864-1866 yang menyambung bandar Andermatt di Utara Timur dan bandar Gletsch di Selatan Barat.

Laluan Furka Pass ini menjadi terkenal bila digunakan sebagai lokasi dalam filem James Bond Goldfinger 1968 dan kebanyakkan lokasi scenenya di sebelah laluan ke utara menghala ke Realp dan bandar Andermatt. Malangnya kami tak sempat ke laluan sebelah sana sebab tak cukup masa nak patah balik. Kami cuma sempat sampai kat puncak tertinggi ni je. Oklah tu dari tak sampai.

Selain tu laluan Furka Pass ni terkenal sebab ada hotel kat selekoh yang aku dah cerita kat atas. Pada aku kalau korang berpeluang datang Swiss cuba usahakan dan merasai memandu di kawasan ini. Memey tak mengecewakan dan aku pun tak tahu nak gambarkan betapa bestnya sambil layan selekoh sambil layan pemandangan. Dah pegi dan merasai baru faham.

Selain memandu layan corner, sebenarnya banyak aktiviti boleh buat kat sini. Kalau dekat kawasan Hotel Belvedere boleh hiking ke Grotto Ais Glasier Rhone dan seterusnya masuk terowong yang hanya di buka pada musim selain winter. Kalau nak cuba naik basikal pun boleh tapi jangan menyesal sebab kena kayuh naik gunung.


Laluan puncak tertinggi Furka Pass dan rumah kecik tanda sempadan Canton Valais dan Uri

Cer tengok kat gambar atas boleh nampak lambang kepala lembu perisai kuning tu bermaksud Uri. Ada sejarah disebaliknya dan kaitan dengam negara Switzerland


Fendi tengah cari salji untuk dimakan

nak baca dalam bahasa german la pulak


masa untuk makan tengahari.. 

pack kembara cuma letak air je dan dalam masa 5 minit dah boleh makan

ok siap untuk dimakan

nasi lemak sambal sotong dan telur goreng

syok dapat makan nasi lemak kat atas gunung

lepas makan kita amik gambo kat Grand Tour

penuh sticker dah...

Dekat sejam gak kami berada kat laluan puncak Furka Pass melayan pemandangan dan menikmati makan tengahari sambil duduk atas batu beralaskan salji. Kalau boleh nak berada lama di sini tapi masa agak terhad. Ikut hati nak terus memandu ke lokasi scene James Bond seterusnya di Realp dan Andermatt tapi jauh la pulak nak patah balik. Masa dah time untuk kembali semula ke homestay sebelum hari gelap. 

laluan turun.. 



Perjalanan balik ke homestay ambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih cepat sebab tak banyak singgah. Seperti mana perjalanan datang, perjalanan balik tak terasa lama sebab melayan pemandangan yang memukau dari sisi pandangan yang berbeza pulak.  

Waktu petang kelihatan awan-awan citrus berada separas dengan jalan raya seolah boleh dicapai dengan tangan. Ditambah lagi lagi dengan sinaran matahari petang menambah seri elimen warna pada gunung ganang yang diliputi salji di puncaknya.

Oklah cukup sampai di sini kisah untuk hari ke-3. Sebenarnya banyak lagi hendak dicerita tapi yang ni pun dah panjang lebar. Bukan apa takut korang boring baca. InshaaAllah, bersambung post akan datang Hari ke-4.. https://azhartravelog.blogspot.com/2023/06/crash-landing-on-you-in-switzerland-day.html

Post terdahulu,

4 comments:

Mulan said...

Waahh best best. Thanks for sharing. Cantik semua.

danie3606 said...

kalau naik train senang tak nak ke jeti tu?

Mohamad Azhar said...

@Mulan,

Alhamdulillah... thanks sudi baca :)

Mohamad Azhar said...

@danie3606,

Kena naik bas atau feri dari Bonigen.. train tak sampai situ