Sunday, 13 December 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 8 & 9

Assalamualaikum wbt,

Hari 8 ~ 16 Disember 2019

Pejam celik dah masuk hari ke-8 kat Abu Dhabi. Cepat betul masa berlalu. Ikut plan asal malam semalam dah balik tapi postpone sebab Rudy ajak balik malam ni. Tiket flight balik awal-awal dah beli sebelum datang Abu Dhabi tapi takde masalah boleh refund semula. 

Malam ni, selain aku satu family, Rudy dan wife dia pun ikut balik. Kawan Rudy se-Etihad pun balik sekali satu family. Meriah malam ni balik Malaysia, ramai geng.

Untuk perjalanan balik malam ni ada perubahan laluan sket. Sepatutnya direct flight Abu Dhabi-KL tapi sebab dah fully book jadi kena lencong ke Hong Kong dan dari Hong Kong amik flight lain ke KL. Aku dah cerita sebab musababnya dan kalau nak tahu korang boleh baca post hari ke-5. http://azhartravelog.blogspot.com/2020/03/abu-dhabi-dubai-kami-datang-lagi-9-17_29.html

So, malam ni flight pukul 10, jadi sempat lagi nak jalan-jalan melawat kawasan. Rudy ajak melawat Qasr Al Watan iaitu Istana untuk Presiden UAE. Presiden UAE sekarang ialah Sheikh  Khalifa bin Zayed Al Nahyan.


Qasr Al Watan

Istana Presiden ini baru dibuka untuk public pada 11 March 2019. Masa aku melawat, baru lagi tak sampai setahun. Dirasmikan oleh Sheikh Mohammed bin Zayed dan Mohammed bin Rashid Al Maktoum iaitu Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE juga Penguasa Dubai.

Pada bulan Ogos, istana ini dinamakan oleh laman web pelancongan dan pelancongan antarabangsa sebagai antara 20 seni rupa dan budaya teratas di Dunia. Tentu hebat istana ni. Nak tau kehebatan istana ini kena habiskan baca sampai habis.

pintu masuk istana.. keta nak park luar..

Qasr Al Watan dari rumah Rudy

Qasr Al Watan view dari Google Earth

 
kat Parking kereta... 3 bangunan color biru belakang tu lokasi Fast Furius 7 shooting yang kereta terjun bangunan

Dari tempat parking kereta kena jalan kaki dalam 200 meter ke bangunan Qasr Al Watan Entrance Registeration Centre. Kat situ kena beratur beli tiket aed60 seorang. 

Lepas dah ada tiket kena lalu security checkpoint gate untuk pemeriksaan badan dan beg. Lepas tu beratur lagi untuk naik bas pula. Hari tu orang tak ramai jadi tak tunggu lama sangat.

Nak masuk sini kena bayar..

This is Emirati Abu Dhabi..iaitu awek tempatan..

info tentang Qasr Al Watan

Qasr maksudnya Istana dan Al Watan ialah tanah air atau bangsa. So maksud Qasr Al Watan ini ialah Istana Bangsa atau Palace of Nation.

Bas tour kawasan istana.. kena naik bas sebab kawasan istana ni besar..

1st officer dan Kapten Rudy siap sedia berlepas naik bas...

Ketua pramugari..

lain-lain penumpang bas...


dah nampak main building Qasr Al Watan..

Sebaik tiba di kawasan Istana Al Watan terpukau aku tengok kehebatan kawasan istana serta reka bentuk bangunannya. Terserlah keindahan istana dari dataran hingga ke rekaan luaran bangunan dengan senireka budaya arab UAE. Baru tengok kat luar dah terpukau, apatah lagi kat dalam pasti lebih cantik dan menggamit pandangan mata.

Kata Pak Wiki tentang istana ini,
Qasr Al Watan adalah mercu tanda luar biasa, baru dan unik di Emiriah Arab Bersatu. Sebuah Istana yang penuh dengan pengetahuan, menawarkan kepada dunia wawasan pertama mengenai warisan Arab dan prinsip-prinsip yang membentuk sejarah UAE dan visinya ke masa depan. Qasr Al Watan lebih dari sekadar istana, ini adalah perjalanan yang memperkaya dalam suasana kontemporari yang mengungkapkan dan merefleksikan pemerintahan, pengetahuan dan ketukangan. Istana menawarkan anda peluang unik untuk mengagumi lorong-lorong megah yang pasti akan meninggalkan anda dengan pengalaman yang bermakna, meneroka pameran yang meraikan warisan Arab yang kaya di rantau ini dan mengetahui lebih banyak mengenai pemerintah dan institusi pemerintahan yang membentuk negara kita yang hebat. 

Hebat kan!

view istana dari depan






Mata mana mata?

Dataran Istana Al Watan...

Di sini tempat delegasi akan bergambar sebelum masuk ke dalam istana..

pintu masuk..






Selesai jalan-jalan dan bergambo kat kawasan luar istana, kami masuk ke dalam pula. 

Apa ada kat dalam? Jom terus baca!

Dari pintu besar bila masuk ke ruang tengah apa yang aku nampak ialah, Wow! Mewah bangat nih! terpegun dengan hiasannya dari lantai, dinding hingga ke kubah semuanya dihias dari batu marmar dan berwarna keemasan.

Kemudian, jalan masuk ke dalam sikit dah tiba kat Dewan Besar dan di atasnya terdapat kubah yang dikatakan antara terbesar di dunia bersaiz 37 diameter. Dorang katalah..

Ia bukan sekadar besar juga saujana mata memandang dan indah...





Qasr Al Watan Media Room

Dari dewan besar kami masuk ke bilik sidang media. Bilik ini untuk para wartawan menerumah presiden dan delegasi-delegasi yang menjadi tetamu presiden.

Untuk hari ini presiden takda, so kamilah berlakon menjadi presiden dan delegasi..

Boleh tahan besar bilik media ni. Anggaran boleh muat dalam 100-150 orang. Kat dalam tu kami disuruh duduk ditempat presiden untuk diambil gambar. Hasilnya nanti aku kongsi kalau baca sampai habis..



The Great Hall... apa tu? baca kat situ...


Kaligrafi

Kaligrafi adalah puisi yang ditulis oleh Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan yang mengatakan "Kekayaan bukanlah wang dan minyak. Kekayaan terletak pada orang, dan tidak ada gunanya jika tidak berdedikasi untuk melayani rakyat"

Apa yang aku faham maksud puisi ini ialah setiap kekayaan yang melimpah ruah dari hasil minyak bukan milik raja semata-mata tetapi hendaklah dikongsi bersama rakyat. Aku setuju kerana pemerintah yang bagus akan berkongsi kekayaan dengan rakyat dan ia bagus untuk ekonomi dan kesejahteraan hidup. Bila ekonomi bagus maka kuranglah masalah sosial dan kes-kes jenayah yang disebabkan tak cukup makan. 

Pengalaman 3 kali aku datang Dubai dan Abu Dhabi memang diakui UAE antara negara paling selamat di dunia walaupun lebih 80% penduduknya bukan rakyat UAE. Menurut Rudy setiap kali raja sambut birthday pasti ada hadiah untuk rakyatnya seperti melunaskan hutang rumah dan kereta rakyatnya. Jadi tak heranlah walau kerja pegawai tentera boleh pakai kereta mewah dan ada rumah banglo. 

Lagi satu tentang rakyat UAE Generasi Y mereka akan dihantar sambung belajar keluar negara. Bila grade bukan saja fasih berbahasa English juga educated walau kerja cuma cop pasport kat airport.



Kaligrafi ini dibuat dari emas tulin..





The Official Meeting Room

Ni bilik meeting delegasi asing bersama presiden. Apa yang dorang meeting tu pastinya tentang bertukar pandangan, pasal ekonomi dan lain-lain... tu aku agaklah...

Apa aku nak cakap bilik meeting ni memey mewah dengan hiasan permaidani, dinding, meja yang berwarna keemasan..






House of Knowledge

Di sini terdapat koleksi artifak dan manuskrip. Juga ada replika dari salah satu catatan Al-Quran paling awal dan 3 kitab suci iaitu AlQuran, Alkitab dan Zabur Daud.

Juga terdapat penemuan-penemuan ilmuan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al-Khwarizmi, Al Jazari, Al Zahrawi, Ibnu Khaldun dan lain-lain.








Ibnu Sina

















Banyak maklumat dalam House of Knowledge ni. Tak sempat nak menelaah semua jadi aku snap je gambar dan tepek kat sini. Semua maklumat tentang zaman kegemilangan Islam dalam bidang Sains, Perubatan, Astronomi dan lain-lain ada kat ini. Menunjukkan satu ketika dahulu Islam sangat hebat hingga menguasai dunia. Kemudian segala teori-teori itu ditiru oleh barat dan dimodenkan untuk diguna pakai hingga hari ini. InshaaAllah satu hari nanti Islam akan kembali hebat semula dan digeruni oleh mereka yang anti Islam.


Qasr Al Watan Library

Di sini terdapat 50,000 buku tentang sejarah politik, sosial dan budaya UAE dan perjalanan progresif negara.





Toilet Qasr Al Watan

Toilet pun aku singgah sebab nak melepaskan hajat. Bila masuk dalam toilet ni... mak aii!! cantiknya!
kepala paip pun emas tau. Kalah hotel 7 bintang. Kalau kat Malaysia boleh hilang kepala paip tu... huhu..






The Presidentail Banquet

Selepas toilet, singgah dewan makan presiden. Pun tak tau nak cakap apa, memang mewah laa..
Malas nak tulis panjang-panjang... korang tengok gambar je..






Kat sebelah dewan banquet ada ruang pameran yang meletakkan koleksi gambar-gambar presiden dan pembesar-pembesar negara lain. Ada beberapa aku share kat sini.








Diplomatic Gift Collection

Galeri pameran ini terletak di sebelah sayap dewan besar. Terdapat koleksi hadiah diplomatik yang diterima oleh UAE dari orang-orang kenamaan asing semasa lawatan negara.














Presiden & Vice Presiden UAE

Kat sini ada gambar-gambar bekas presiden & vice presiden dan presiden sekarang.









Presidential Gift

Ni tempat terakhir sebelum keluar dari Istana ni. Dalam ni ialah kedai jual sourvenir dan lain-lain. gambar-gambar yang disnap tadi juga boleh collect kat sini.



Ni hasilnya gambar-gambar tersebut... satu album tu kalau tak silap harganya 30 darham.







Nak beli mug pon ada..



Kesimpulannya, 

Istana ini bukan saja dibina untuk menerima tetamu presiden juga sebagai tetamu dari kalangan pelancong yang nak nak tahu sejarah tentang UAE dan Presiden juga serba sedikit tentang dunia Islam melalui ruang-ruang khas dan galeri yang disediakan.

Selesai di Qasr Al Watan, kita ke lokasi seterusnya...



Yas Mall

Singgah Yas Mall untuk lunch. Kat Abu Dhabi semua makanan takde yang tak halal, semuanya halal dan boleh makan... Makanan kat bawah ni feveret anak Rudy, Ameera dan kami pun nak cuba..





Selepas lunch Rudy ajak pekene Cinnabon plak. Ni feveret dia...





Masdar City

Lepas pegi Yas Mall balik rumah kejap dan lepas tu keluar balik pegi Masdar City sebab nak test drive Tesla Car. Jarak Masdar City dari rumah dalam 20km. 


Tesla Car

Apa tu Tesla Car?
Ia adalah kereta elektrik yang dibangunkan oleh syarikat Tesla, Inc. 

Sedikit info tentang Tesla diambil dari nama seorang engineer, Nikola Tesla yang berasal dari Serbia. Hidup sezaman dengan Thomas Edison. Tesla ialah jurutera yang mencipta transmisi kuasa motor arus ulang-alik (AC). Thomas Edison lebih kepada arus DC untuk ciptaan mentol lampu. Kalau nak tau kisah Nikola Tesla dan Thomas Edison boleh tengok movie The Current War (2017). 2 kali aku layan movie ni kat HBO.

Sembang balik pasal Tesla Car ni dibangunkan oleh 2 orang jurutera,  Martin Eberhard dan Marc Tarpenning pada tahun 2003 dan nama Tesla seperti kawe dah sembang kat atas diambil sempena nama Nikola Tesla. Selepas 11 tahun berada di pasaran, pada 2019 Tesla menduduki tempat pertama sebagai pengeluar kereta penumpang elektrik terlaris di dunia.

Ok itu je serba sedikit nak share pasal Tesla Car. Seterusnya tengok gambar...






Tesla ialah kereta yang 100% menggunakan tenaga elektrik. Tak guna minyak langsung. Menurut Rudy kereta elektrik ni lebih laju dan pickup. Cuma masalah kalau dah habis bateri kena cari tempat charge la pulak. Bukan boleh pakai power bank...



Canggih kokpit keta ni.. beso screen dari ipad..














Canggihkan kereta ni? Tapi sayang kat Malaysia belum ada lagi. Mungkin satu hari nanti?


Flight Etihad Abu Dhabi - Hong Kong

Masa dah time siap-siap untuk balik ke Malaysia. Barang-barang nak bawak balik semua dah siap pack dalam bag dan dalam kotak pun ada. 

ni next flight dari Hong Kong ke KL dengan Malaysia Airline

tu dia penuh bag dan kotak bonet SUV Rudy

apa dalam kotak tu? nanti sampai Malaysia baru cete..

nak naik bisness class dah penuh so kene naik ekonomi...

ke Hong Kong kite... 



AUH-HK lebih kurang ke KL..


Hari 9 ~ 17 Disember 2019

Hong Kong International Airport,

Welcome to Hong Kong. Kapten Azhar melaporkan dari koppit.. haha...

Alhamdulillah, 2nd time dapat merasa begambo dalam kokpit. Kali ni kokpit Boeing 787. Sebelum ni Boeing 777. Rudy yang tolong sebab both pilot kawan dia. Bukan aku je dapat masuk dan bergambar. Wife dan anak aku pun dapat... rezeki...




Di Hong Kong ada plan nak keluar tapi memandangkan masa transit agak singkat dalam 4 jam je, jadi jalan-jalan dalam airport je. Lagi satu Hong Kong masa tu tengah gawat dengan rusuhan dari 2 puak penyokong dan anti kerajaan.





Ada makanan halal kat airport..






Flight Malaysia Airline Hong Kong - KL



4 jam perjalanan dari Hong Kong ke KLIA kami selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 6.30 petang. Alhamdulillah, urusan imigresen berjalan lancar dan selesai tak sampai sejam. Beg-beg dan kotak yang aku bawak semua kastam tak check. Jalan terus ikut lane hijau.

Dari KLIA ke JB Rudy dan Wife sambung naik flight manakala aku sefamily naik kereta. Kereta aku parking kat rumah anak Rudy dekat area tak jauh dari KLIA.

Tunggu anak Rudy hantar kereta.. 

dalam kotak ni ialah set BBQ

Alhamdulillah, perjalanan balik JB juga lancar dan kami selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 11 malam. Sebelum balik rumah singgah restoren tomyam dekat sebelah taman dulu sebab masing-masing dah lapar. Last makan masa dalam flight petang tadi. Rupanya masa aku kat restoren tomyam, Rudy & wife masih on the way dari Senai Airport. Shidah yang ambik dia. Katanya lewat sebab flight delay. Ok, terus aku ajak dorang dinner sekali. 

Ok, selesai sudah kisah kembara kami 8 hari jalan-jalan Abu Dhabi dan Dubai. Kembara kali ni beza sket masa datang 1st dulu tahun 2015. Ada banyak tempat yang tak sempat pergi dulu dan kali ni dapat pergi antaranya Desert Safari. Ada juga beberapa tempat yang dalam plan nak pegi tapi tak sempat pergi seperti Hatta. Apapun tetap puas hati dan harap-harap dapat datang lagi selagi ada Rudy kat sana.. hehe.. 

Next travelog entah bila sebab Covid masih melanda satu dunia. 2020 confirm takde. 2021? Mudah-mudahan ada..

Sementara nak tunggu travelog terbaru boleh terobek dulu travelog terdahulu,

Sebelum Rudy balik Abu Dhabi sempat buat BBQ guna set BBQ beli kat Carefour Abu Dhabi...

Sekian dan Terima Kasih baca sampai episod terakhir :)

No comments: