Tuesday 10 November 2015

Hari 4 ~ Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai, 22-27 Sept 2015

Assalamualaikum..


26 Sept 2015

Sekejap je dah hari ke-4 berada di Abu Dhabi dan hari ini Sabtu. Esok Ahad dah nak balik flight pukul 10 malam. So, ada 2 hari lagi nak cover tempat-tempat yang belum pergi di Abu Dhabi dan Dubai.

Ada satu tempat asalnya plan nak pegi iaitu Al-Ain tapi macam tak sempat. Al-Ain tempat dia cantik ada padang pasir color coklat. Lokasi dekat dengan sempadan Oman dan perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Kata Rudy kalau nak pegi takde hal, tapi kena extend 1 hari lagi dok Abu Dhabi. Den ok cuma wife dan anak susah sikit nak sambung coti. Itu maknanya kena datang lagi Abu Dhabi semata nak cover tempat yang belum pegi... aha... 

Pagi tu, rutin biasa sambil sarapan sambil bincang dengan Rudy destinasi ke mana hari ini. Plannya, nak ke Sheikh Zayed Grand Mosque dulu kemudian sebelah petang ke Ferrari World dan kalau sempat ke Heritage Village. Semua tempat tu kat Abu Dhabi. 

Manakala Dubai pergi esok pagi-pagi. Dubai cuma nak cover 2 tempat aje iaitu Palm Jumeirah dan Burj Al-Arab. Dubai Ski nampaknya terpaksa cancel sebab tidak kecukupan masa. Nampaknya lagi satu sebab kena datang Abu Dhabi dan Dubai lagi... hehe

Ok, iternary sudah ada, seterusnya, moh layan gambaq....

Sheikh Zayed Grand Mosque

Tempat pertama pergi hari ini ialah Sheikh Zayed Grand Mosque. Merupakan antara tarikan utama di Abu Dhabi. Sheikh Zayed ialah masjid terbesar di UAE dengan kapasiti boleh berjemaah 40k. Terletak di Airport Road dan berdekatan dengan Al-Bateen Airport. 

Subhanallah, memey cantik masjid ni. Di bina oleh King Sheikh Zayed pada tahun 1996 dan dibuka pada tahun 2007. Masjid berwarna putih ini dihiasi dengan ukiran-ukiran dinding yang sangat cantik serta hiasan lampu yang sangat mewah. Di bahagian luar lantai marmarnya bila dipijak tak terasa panas walau semasa suhu 40 celcius. Bahan batu marmar persis lantai di Masjidil Haram.

Seperkara lagi, bila nak bergambar di kawasan masjid dilarang membuat aksi posing yang macam-macam. Kerana pak guard akan sentiasa perati dan menegur. Hanya dibenarkan bergambar dengan berdiri tegak sambil peluk tubuh dan senyum...


very big and cantek this masjid...
Pada bulan Ramadhan, Sheikh Rasyid Al-Mishari akan jadi imam solat terawih di sini...

Masa amik gambar panorama ni kena tegur dengan pak guard sebab syirah berlari-lari tukar posisi..
Wefie..
ni contoh gambar kena tegur dengan pak guard...




marmar putih ni bila pijak tak panas...
marmar hijau bercorak ni kalo pijak rasa panas... kalo lama2 boleh melecur...








Makam Sheikh Zayed



Dinding dihiasi dengan gambar-gambar bunga...
Mahal lampu nii...
Bahagian dalam ruang solat..


Mimbar

Begambo dekat mimbar..

Dengan tour guide aka Pak Rudy aka cameraman aka jiran kat BDO...
Mushrif Mall

Selesai di Sheikh Zayed Mosque kami ke Mushrif Mall untuk lunch walaupun masa tu baru pukul 11 pagi. Sebabnya memasing perut dah keroncong untuk ana. Lokasi Mushrif Mall dengan Mosque tak jauh. Dalam 5-10 minit dengan kereta.

Semasa tengah lunch discuss balik pasal ke Ferrari World selepas lunch. Memandangkan hari ni Sabtu Rudy baru teringat dan advice jangan pegi. Kata Rudy kalau Sabtu biasanya orang ramai dan lama kalau nak tunggu turn main game kat dalam tu. Lagi satu bila dah tengahari ni susah nak dapat parking.

So, decide tak jadi pegi hari ini, pegi Ferrari World esok lepas balik dari Dubai.

Lunch Southern Fried Chicken
Benda ni kalo bunyi maknanya makanan dah siap dan boleh collect kat kaunter..
Beli family combo ayam ada 6 ketol... aed57 = rm68
Selepas lunch jalan-jalan kat dalam Mushrif Mall sambil beli kek untuk birthday Amira(anak bongsu Rudy). Lunch dan jalan-jalan dekat 2 jam gak kat Mushrif Mall.

Tentang mall kat Abu Dhabi atau Dubai memang banyak dan sangat besar. Kata Rudy bila musim panas orang Abu Dhabi suka lepak kat mall-mall untuk lepak, shopping dan makan. Bila musim winter mall agak lengang sebab kebanyakkan suka lepak outdoor kat pantai, taman, padang pasir sambil BBQ dan gather-gather dengan family. 

Selesai aktiviti di mall hari masih tengahari dan panas. Kalau nak ke Heritage Village macam panas lagi sebab lokasinya dekat dengan pantai. Dari mall terus balik rumah. Lagipun ada kek ais krem takut nanti cair.

On the way balik singgah sekolah-sekolah international anak-anak Rudy. Untuk info bayaran fee sekolah di sini lebih mahal dari universiti swasta di Malaysia seperti Universiti Petronas dan TNB. Untuk anak-anak Rudy semua compani bayar. Untung laa kalau kerja kat sini. 

Sekolah anak Rudy, Amir dan Ammar...
Heritage Village

Petang selepas Asar keluar lagi terus ke Heritage Village. Heritage Village ialah satu tempat di mana kita boleh lihat penempatan tradisional rumah orang arab masa dulu. Terletak dekat kawasan pulau buatan di utara bandar Abu Dhabi.

Malangnya percubaan kali ke-2 hendak ke sini tak dapat masuk sebab masih tutup sempena cuti umum Hari Raya Aidil Adha. Rupanya dah tutup sejak hari Rabu hingga hari ini. Esok baru buka. 

So, esok datang lagi... huhu...

Lokasi Heritage Village di kawasan Marina
Tutup lagi...
Sunset at Abu Dhabi...




Ada juga iklan cuti-cuti Malaysia... memey orang sini suka cuti kat Malaysia especially masa musim panas...
Maghrib time...
Singgah Lulu Hypermarket untuk solat Maghrib...
Masjid kat Lulu Hypermarket
Sebijik bangunan kat Marina Bay, Singapura...

Sebelah Marina Bay Abu Dhabi...
Boutik Mall

Lepas solat Maghrib cari tempat nak dinner. Fikir punya fikir Rudy suggest makan makanan vietnam. Terus ke Boutik Mall. Kat situ Rudy cakap ada makanan tradisional vietnam seperti Pho dan kopi vietnam.


Cara-cara buat kopi vietnam
Kopi vietnam
Makanan tradisi vietnam, Pho
Masuk aisbok keras pulak kek eskrem tuu...
Penutup aktiviti hari ini ialah di rumah acara potong kek sempena birthday Amira yang ke-12. Anak bongsu Rudy sebaya dengan anak den Nurhanisah Insyirah. 

Seterusnya bersambung hari last aka Hari ke-5....

Post terdahulu...

2 comments:

Zara AB said...

MasyaAllah. Cantiknya Syeikh Zayed Grand Mosque tue.

Mohamad Azhar said...

Subhanallah memang cantik..

Thanks Zara AB sudi datang blog saya... :)