Sunday, 10 February 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 8

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-8 ~ 28 Oct 2018

Cerita hari ini nak story dulu pasal Time Zone di negara Eropah. Semasa 1st day sampai di Paris pada 21 Oct masa tu waktu di sini masih 6 jam lambat berbanding waktu di Malaysia.

Jika di Malaysia dah pukul 9 malam, kat Perancis, Italy dan Swizerland baru pukul 3 petang. So, bila henfon kita roaming, automatik akan ikut waktu sini. Untuk memastikan dapat bangun pagi sebelum Subuh jadi kena set alarm kat henfon.

Ambil contoh kat Bormio waktu Subuh pada pukul 6.10 am. Jadi aku akan set alarm pada pukul 6 pagi. Tempat-tempat singgah bermalam sebelum ni di Verona, Evian Les Bains pun aku set pukul 6 sebab waktu Subuh beza dalam 5-10 min je.


Waktu solat di Bormio

Semasa tiba di Jungfrau, Lauterbrunnen, Switzerland pada 26 Oct 2018 waktu Subuh di sini beza dalam 14 min. Jika semalam di Bormio Subuh 6.10 am, kat Junggrau dalam pukul 6.24 am. So, Subuh pertama di Jungfrau pada 27 Oct aku masih set alarm bangun pukul 6 pagi.

Esoknya pada tarikh 28 Oct setiap tahun di negara Eropah yang terlibat termasuk Switzerland merupakan hari Time Zone berubah dari -6 jam ke -7 jam berbanding waktu Malaysia.

Masa kat sana aku tak perasan pasal perubahan ini. Sedar bila aku masih set alarm pukul 6 pagi sedangkan waktu Subuh sebenar dah berubah pada pukul 5.24 am.

Kisahnya, pada Subuh 28 Oct, aku bangun macam biasa pukul 6 pagi. Sementara nak tunggu Subuh  yang aku ingat masih pukul 6.24 am, aku layan dulu tengok Insta d& FB dan baca WhatsUp kat henfon.

Lagi beberapa minit nak ke waktu Subuh, aku bangun pegi ke tingkap nak jengah kot ada salji kat luar sebab ramalan cuaca kata hari ni ada salji. Bila jengah baru perasan hari dah nak cerah. Tengok jam baru pukul 5.25 am? Dalam kepala pikir takkan dalam 1 hari waktu Subuh dah berbeza sejam? So, masa tu tak tau lagi pasal Time Zone cuma fikir nak setelkan solat Subuh dulu je.

Settle Subuh, check balik waktu solat baru perasan waktu Subuh dah berubah masa ke pukul 5.24 am  dan bukan lagi 6.24 am macam semalam. Baru teringat pasal Time Zone dan untuk kepastian aku pun google dan baru tahu pasal Time Zone untuk musim winter akan berubah pada tarikh 28 Oct. Ok, set balik alarm henfon bangun pukul 5 pagi pulak.




Balik cerita pasal jengah tingkat nak tengok ada salji ke tak?
Jawapannya, dekat kawasan Jungfrau Camping ni belum ada. Cuma hujan je turun tanpa salji. Ok takpe belum ada rezeki nak tengok salji.

Selepas sarapan dalam pukul 9 gitu plan nak jalan-jalan kaki kat area sekitar camping site menghala ke kawasan tinggi sikit. Cadangnya gitulah sambil nak bergambo kat view yang menarik.

cadang nak jalan-jalan kaki kat tempat air terjun yang ada dalam map ni..

Camping Jungfrau Holiday Park

Belum pun keluar dari kawasan campsite masa tu tengah bergambo sakan, tiba-tiba terasa nak terkucil yang amat sangat dek kerana cuaca yang sejuk bangat. Jadi aku pun balik semula ke chalet nak membuang apa yang patut dan sebelum keluar pakai seluar long john. Ni 1st time sejak hari pertama kembara pakai long john. Memang bawak untuk standby kalau cuaca sejuk sangat baru pakai.


masa ni belum pakai long john..





Jungfrau Camping Holiday Park - yang depan tu restoran, kedai jual sourvenir dan tempat registration

Facetime ngan Cek Yah













Selain chalet kat Jungfrau Camping pun ada sediakan penginapan macam motorhome

Memey hari ni lebih sejuk dari semalam. Pukul 7 tadi 0 celcius. Sekarang ni rasa dalam 1-2 celcius je. Tu yang rasa cepat nak terkucil. Harap-harap dah pakai long john ni ok lah.

Bila dah balik chalet nak return semula kat tempat tadi aku bawak kereta sekali. Sebab aku rasa nak jalan jauh sket kat jalan belakang kot-kot jumpa salji kat situ


Suhu 2 celcius... patutlah giler sejuk

Trummelbach

Rupanya kat jalan belakang ada kampung disamping ada padang hijau macam sawah. Lepas tu di kiri kanan tebing tinggi dan kelihatan ada salji kat atas. Puncak-puncak tinggi tak berapa kelihatan sebab cuaca kabus.

Sebelum jalan terus ke belakang kami singgah sat kat satu kawasan rimbunan pokok yang daunnya berwarna hijau, kuning, oren dan merah. Kalau dah singgah tu macam biasalah tujunannya untuk bergambo...










Ni view jalan menuju ke Stechelberg, Sichellauenen, Trachsellaunen... susah tol nak eja/sebut nama-nama tempat ni...
rupanya ada kampung lagi kat dalam-dalam tu....
ni view jalan menghala ke Jungfrau Campsite

Selepas sakan bergambo, perjalananan diteruskan menuju ke lokasi yang dari jauh nampak banyak salji. Jalanraya pun semakin kecik macam jalan kampung Parit Nipah, tapi aku redah jugak sebab nak tau apa ada kat dalam sana.

Drive punya drive kelihatan di kiri kanan rumput yang tadi hijau semakin memutih. Alhamdulillah, tak sia-sia akhirnya jumpa kawasan kampung yang bersalji. Kawasan ni paling hampir dengan kaki banjaran Murren-Schilthorn. Dari campsite kami dalam 7-8km.



area air terjun Trilmmneback

Stechelberg

Masa tiba kat sini salji masih turun renyai-renyai. Ada satu kawasan ingat nak park kereta dan main salji tapi tuan tanah tak bagi sebab dia cakap ni kawasan private. Ok, pegi tempat lain yang bukan private.






  













Selesai layan salji di kampung kat Stechelberg, next lokasi nak return semula ke Grindelwald, sebab aku yakin kat sana juga ada salji. Moh kite ke sana pulak...


Grindelwald

Aku dah cerita pasal bandar pada post Hari ke-7, boleh baca kat sini...
https://azhartravelog.blogspot.com/2019/02/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Mula-mula lalu kat jalan ke Grindelwald di kiri kanan nampak hijau je

Makin hampir makin memutih...



Tu dia tepat sangkaan aku kat Grindelwald ada salji. Tebal pulak tu. Rasanya malam tadi sampai ke pagi salji turun.

Kawe ok je tengok salji, anak den yang seronok sebab last merasa salji masa pegi Korea pada 2013. Biasalah, budak-budak kan...








Bandar Grindelwald


Nak buat ais kepal..








Finally dapat juga merasa salji pada musim autumn yang hanya boleh jumpa di kawasan tanah tinggi atau pergunungan.  Masa 2015 datang Swiss bulan April pada musim Spring juga jumpa salji masa on the way ke Zurich. Masa tu kalau aku pegi Stechelberg atau Grindelwald pun boleh jumpa salji tapi masa tu tak cukup hari nak jalan-jalan.

Hari ini 2 tempat tu je dapat pegi. Selepas pegi Grindelwald balik semula ke Jungfrau campsite untuk makan tengahari dan kemudian nak rehat-rehat dan kemas sebab esok nak balik ke Paris semula. Perjalanan esok Jungfrau-Paris adalah yang paling jauh lebih 500++km, jadi hari ni nak tidur awal sebab esok nak gerak awal.

Ok sekian kisah kembara Hari ke-8 dan akan bersambung esok Hari ke-9, InshaaAllah.... 

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1