Assalamualaikum wbt
Asalnya trip London dan Tengok Bola di Liverpool memang takde dalam perancangan aku untuk tahun 2024. Tapi disebabkan sejak pertengahan tahun lepas kawan aku ajak, jadi aku serba salah nak tolak. Padahal aku yang start dulu ajak-ajak ayam. Rupanya dia betul-betul ajak nak pegi.
Lagipun masa dia ajak tu aku tengah kalut uruskan trip adik beradik sepupu sepapat 18 orang ke Swiss. Lagi satu untuk 2024 aku dah ada 2 trip dalam plan, tapi belum confirm lagi.
Campur dengan trip London dan Liverpool bakal ada 3 trip untuk tahun 2024. Banyak gak tu nak pakai modal bagi golongan marhaen macam aku.. hmmmm... on ke tak on?
At last, cakap dengan kawan tu tunggu aku balik Swiss nanti bincang..
Selepas balik Swiss kawan aku mesej, "bila nak bincang?"
Kawan aku ni dulu sama kerja kat Celcom. Aku dengan dia memey banyak kali travel bersama.
London Liverpool sebelum ni dah 2 kali pegi tengok bola sebab aku dengan dia sama-sama Die Hard Fan Liverpool FC. Bandung banyak kali. Surabaya, Jogjakarta, Vietnam, Cambodia.. eh! memang banyaklah dulu-dulu travel dengan dia. Bukan travel je, kena assignment keje kat Sabah dan Sarawak pun pernah bersama. Kira dalam ramai-ramai kawan aku paling banyak travel dengan dia.
Semasa bekerja sama company, bila ada plan nak pegi travel senang sikit nak bincang. Sambil buat keje sambil bincang. Tapi sejak dia amek VSS pada Dec 2018, kami dah tak sama keje. Sejak tu belum lagi travel bersama.
Namun begitu, kami still keep in touch sembang dalam grup wasap dan sesekali ada gak jumpa lepak ngeteh kat Restoren Kelab Kopi Lama.
Diringkaskan cerita, 3 minggu lepas balik Swiss pada 9 Nov 2023 aku jumpa kawan tu di Restoren Kelab Kopi Lama. Sebelum jumpa dah sembang dulu dalam grup wasap tentang tarikh travel pergi dan balik, game apa nak tengok kat Liverpool dan siapa yang akan join. Siapa yang akan join mesti fan Liverpool gak.
Aku ringkaskan yang join ialah, Aku, Kawan aku dengan anak dia dan sorang lagi kawan dok Melaka. So, 4 orang jer dan semua kipas susah mati Liverpool sejak dulu kini dan selamanya.
Bapak-Bapak fan Liverpool FC dari kiri.. Asri, Aku dan Zaidi.. |
Memey aku sengaja limit 4 orang je sebab senang nak urus dan lebih jimat untuk sewa kereta dan penginapan yang aku target dekat dengan Stadium Anfield dimana hanya muat untuk 4 orang sahaja.
Pada hari perjumpaan sambil makan dan minum, perkara pertama aku buat ialah tengok harga tiket flight terkini untuk tarikh yang kami dah pilih.
Masa check kat Skyscanner tertera tiket MAS antara yang termurah untuk perjalanan 4 bulan akan datang iaitu harga return, RM3393. Pada aku murah untuk penerbangan direct yang tiada transit.
Aku terus cakap dengan kawan aku nama dia Asri. "Kita kena book hari ini jugak". Alhamdulillah, pada hari itu juga kami terus book untuk 4 orang. Setel bab tiket flight.
Langkah selanjutnya antara aku dan Asri bahagi task apa yang perlu buat,
1. Iternari - Aku
2. Penginapan di London (4-6 Mar 2024) - Asri
3. Sewa kereta ke Liverpool (6-10 Mar 2024) - Asri
4. Tiket game Liverpool vs Manchester City pada 9 Mac 2024(sebelum rescheduled) - Asri
5. Penginapan di Liverpool (6-10 Mar 2024) - Aku
6. Penginapan di London (10 Mar 2024) - Aku
Begitulah kisahnya macamana aku boleh terjebak dengan trip ni..
Hari 1 ~ Isnin, 4 Mar 2024
sejam beratur baru dapat dapat drop bag.. masa ni ada lebih kurang sejam lebih utk boarding.. |
![]() |
AeroTrain masih under maintenance, so kene naik bas dari main terminal ke boarding gate |
![]() |
Malaysia Airline A350-900. Masa 2015 pegi London naik A380 |
![]() |
masa ni waktu Malaysia dah pukul 11 mlm.. kat London kol 3 ptg |
![]() |
hampir 14 jam perjalanan |
![]() |
Geng Bapak-Bapak dan sorang anak dah sampai London Heathrow Airport Terminal 4 |
![]() |
menuju ke tempat Uber pick up |
Uber.. drebar orang muslim asal Ivory Coast |
![]() |
homestay dalam kawasan berpagar |
![]() |
homestay kat tingkat bawah |
Homestay ni boleh muat hingga 6 orang. Facility yang disediakan,
- 2 bilik - master and secondary
- 2 bilik air - 1 kat master bedroom
- Dapur dan meja makan
- Lounge area
- Wifi
Hall and Dining |
Hall and Lounge |
route dari airport Terminal 4 ke homestay |
masjid kat sebelah Bush Hall sama laluan ke station tube |
![]() |
1st dinner kat London |