Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Hari ke 5 dah.. so ke mana kami hari ni? Jom..
Menu sarap hari ini roti canai cecah kari berahim |
Day 5 ~ Rabu, 5 Oct 2022
Hari ni 1st destinasi kami ke Bonigen. Park kereta kat situ dan naik feri ke Iselwald. Kemudian dari Iselwald naik bas balik ke Bonigen.
Tujuan kami pegi 2 tempat ni sebab nak amek feel salah satu scene dalam drama CLOY yang ada kena mengena dengan Feri dan jeti kat Iselwald. Feri yang kitorang naik ni akan lalu kat depan jeti macam dalam scene dalam drama..
ni dia scene heroin si Se-Ri naik feri lalu depan jeti kat Iselwald |
Nampak tak kaitan Feri dengan Jeti.. masa feri lalu Capt-Ri tengah main piano kat atas jeti |
Bonigen
Tentang pekan ni,
Bonigen merupakan sebuah pekan kecil dan kawasan perkampungan dalam daerah pentadbiran Interlaken-Oberhasli di Canton Bern. Ia terletak di sebelah Tasik Brienz, berhampiran muara sungai Lutschine, dan bersebelahan dengan bandar peranginan Interlaken.
Nak datang pekan ni samada dengan kereta atau bas. Dengan basikal atau motor pun boleh, cuma kalau nak naik train je tak dapat direct. Kena cari station train yang ada bas ke Bonigen. Contoh, Interlaken ada train station dan bas ke Bonigen.
Route dari rumah ke Bonigen - 30km/30 min |
Jeti dan Feri Stop di Bonigen |
kat board tu cakap tiket boleh beli online atau dalam boat/feri. Free kalau ada pass.. |
Feri Stop wide view |
walaupun matahari memancar tapi suasana dingin ditambah ada pokok-pokok daun kuning dan tasek kat depan mata |
dan...dan dah ada dalam feri... terus pegi depan bot tempat Se-Ri duduk |
heading to Iselwald |
Nampak tak tempat jeti Capt-Ri main piano? Kelihatan ramai orang tengah beratur nak begambo kat situ..
Perjalanan feri dari Bonigen ke Iselwald lebih kurang 30-40 minit. Apa yang menarik ialah viewnya yang tak tergambar dengan perkataan. Dengan air tasek yang membiru, bukit bukau dan rumah-rumah kampung swiss di tepi tasek menambah seri saujana mata memandang.
Sebenarnya lake cruise ni ada banyak tempat boleh singgah cuma akan ambil masa lama dalam 2 jam lebih dan bayaran untuk tiket juga lebih..
Bagi kitorang, alang-alang dah datang sini kena rasa pengalaman lake cruise ni. Pasti puas hati dan nak naik lagi.
Iseltwald
Ini kali-2 kami ke sini. 1st masa hari ke-2. Boleh baca kat link ni ada apa kat pekan ni,
Kat sini kami singgah kejap je sebab nak kena naik bas untuk balik semula ke Bonigen.
check no bus balik ke Bonigen |
Jadual bas Iselwald ke Bonigen |
Iselwald Bus Stop |
Dalam bas.. hage tiket CHF 2.20 |
Laluan bas kat celah-celah lorong rumah.. |
Jarak laluan bas Iseltwald-Bonigen dalam 6km dan 14 min perjalanan |
Dah sampai Bonigen |
tu keta kami |
Selesai naik feri dan bas, destinasi seterusnya ke Sigriswill. Juga lokasi drama CLOY
Lalu mini terowong kat sebelah tasek |
Sigriswil Jarak dari Bonigen ke Sigriswil dalam 22.5km Sigriswil ni terletak kat kawasan atas bukit yang dikelilingi rumah kampung orang Swiss. Sebelum ni tempat ni biasa-biasa je, tapi selepas drama CLOY meletop terus jadi tumpuan pelancong terutama peminat drama CLOY.. Aku ni bukanlah minat sangat drama korea tu. Datang sebab nak tengok apa yang special sangat sampai jadi lokasi drama. Bila dah datang dan tengok... hmmm... patutlah... memey cantik panorama kat situ... nampak tasek dan latar belakang gunung ganang serta rumah-rumah kampung orang swiss.. |
Dah ada signboard CLOY |
jambatan gantung ni tinggi tau.. |
Maklumat tentang jambatan Sigriswill boleh baca kat sini.. Panjang - 340 meter Lebar - 1.2 meter Tinggi - 180 meter |
Memey tinggi jambatan ni. Bagi mereka yang gayat memey akan rasa gayat bila lalu atas jambatan ni. Inilah masa nak mencabar diri yang gayat tuu... Semasa sedang meniti dan berada di tengah jambatan, ada pulak orang lain lalu maka akan berayun-ayun jambatan itu dan masa tu engkau(bukan aku..hehe) rasa nak jalan terus atau patah balik... hehe... dah kat tengah apa barang patah balik... jalan terus je bai... haha.. |
ni kat tengah-tengah.. tenang walaupun jambatan tengah bergoyang.. |
Ni kawe share gambar scene drama CLOY kat atas jambatan.. sama kan tempat kami berdiri tuu... |
Blausee
Last lokasi untuk hari ini ni. Blausee ni dalam bahasa Jerman.
Dalam bahasa melayu,
Blau(Blue) - Biru,
See - Tasek
See - Tasek
Tasek ni terkenal dengan airnya yang warna biru kristal dan suasana hutan semula jadi yang sesuai untuk rekreasi dan OOTD..
Tasek ni dengan rumah kirotang tak berapa jauh dalam 13km je..
dekat je dengan rumah airbnb |
tempat parking dan pintu masuk |
Nak masuk kena bayar,
from 09.00 a.m | MON - FRI | SAT - SUN & HOLIDAYS |
Adult | CHF 11.00 | CHF 13.00 |
6 to 15 years | CHF 7.00 | CHF 9.00 |
Children up to 5 years | free | free |
from 18.00 clock | MON - FRI | SAT - SUN & HOLIDAYS |
Adult | CHF 9.00 | CHF 11.00 |
6 to 15 years | CHF 5.00 | CHF 7.00 |
Children up to 5 years | free | free |
Pada musim tertentu tasek ni bukak sampai kol 9 malam.
Kena jalan dalam 70-80 meter dari entrance untuk ke tepi tasek |
musim autumn banyak pokok-pokok daun kuning dan oren |
healing time selepas kaki lenguh |
hai.. |
ada sampan... tapi entah mana sampan tuu |
Jalan-jalan keliling tasek |
view tasek dari sisi lain |
aku yang gelap... yang penting belakang terang.. |
sejuk-sejuk pekena Latte memey sodap |
Ok gais, sekian untuk kisah Hari ke-5... bersambung Hari ke-6 pada post akan datang... InshaaAllah...
Ringkasan aktiviti hari ini,
- Bonigen - naik feri ke Iseltwald. Tiket feri > CHF6.50 (RM31.20)
- Iseltwald - naik bas balik ke Bonigen. Tiket bas > CHF2.20 (RM10.60)
- Sigriswil - Jambatan gantung. Tiket masuk > CHF8(RM38.40)
- Blausee - Tasek dan hutan. Tiket masuk > CHF11(RM52.80)
Kos lain parking kat Bonigen dan Blausee.
Note : ini kiraan exchange rate masa tu 4.8. Sekarang ni dah cecah 5.1.
Post terdahulu,
2 comments:
Awesome sangat trip ni. Thanks for sharing. Lawa semua foto.
Hi Mulan,
Alhamdulillah.. syukran :)
Post a Comment