Monday 17 September 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 9 & Hari 10

Assalamualaikum wbt,

Hari ke-9 ~ 19 April 2018

Keberadaan kami semula di London iaitu di Bicester menandakan kembara kami sudah hampir ke penghujung. Hanya tinggal hari ini sahaja untuk acara melawat kawasan sebab esok nak balik dah.

Untuk hari ni dah susun nak ke Bicester Village dulu(sepatut semalam) dan kemudian jalan-jalan di kota London. Masa 1st day kembara dah pegi London tapi masa tu cuma jalan-jalan stadium je.


Sebelum gerak ke Bicester Village begambo dulu dengan Winston Guesthouse
at pantry Winston Guesthouse


Bye bye Winston Guesthouse

Winston Guesthouse dalam kenangan. Guesthouse ni sediakan bilik macam hotel. Dalam 5-6 bilik rasanya dalam 1 rumah. Breakfast seperti air juice, buahan dan cereal disediakan di pantry. Makan je berapa banyak nak makan sebab dah termasuk dalam hage guesthouse.


Bicester Village

Sebelum pukul 9 am kami dah tercongok kat depan outlet menunggu pagar bukak. Pegi awal sebab ada beberapa tempat nak pegi lepas ni. Bajet jalan-jalan kat sini dalam 1-2 jam je.


dekat je nak ke Bicester Village... 3 min sampai..

Sebaik masuk ke dalam kampung Bicester ada seorang mamat lelaki saleh pakai baju merah putih dan songkok merah hitam menyapa kami. Mamat saleh tu suruh kami register kat web Bicester Village untuk dapatkan diskaun 20%. Kemudian kami dibekalkan map dan mini catalog yang fungsinya juga untuk dapat diskaun 10%. Wow! banyaknya diskaun. Namun begitu tak semua outlet dapat diskaun ya.. hehe..

Serba sedikit pasal Bicester Village merupakan outlet yang menjual beraneka barangan fashion terkenal dan branded. Antaranya Prada, Coach, Salvataro Ferragamo, Gucci, Long Champ dan banyak lagi. 

Harganya compare dengan Cheshire Oaks lebih mahal. Mulanya aku taknak beli apa-apa kat sini tapi memandangkan birthday wife tak lama lagi maka aku pun sambo satu beg brand Longchamp. Harganya? biarlah rahsia... hehe...


Layan mamat saleh baju merah ni dulu... dia cakap kalau register bole dapat diskaun... ok semua register...









aku dan hasil rampasan

Hampir sejam setengah gak kat sini. Kami pecah 2 grup untuk jimatkan masa. Aku dengan Shahrim dan Asri dengan Syarul. Shahrim cuma beli purse dan aku beli bag. Semua 2 barang tu beli kat Longchamp. Shahrim beli untuk wife dia sourvenir from London.



Richmond NCP Car Park

Dah dapat apa yang kami nak kat Bicester Village, destinasi seterusnya ke kota London. Jauh gak dekat 100km dan sejam lebih perjalanan. 




Oleh kerana kami nak pergi beberapa tempat dalam kota London maka adalah lebih baik naik train. Boleh nak drive keta tapi buang masa sebab jem. Lagi satu susah nak cari tempat parking dan mahal pulak tu. Paling murah 5 pound sejam.

Jadi, kami decide cari parking yang dekat dengan train station. Setelah mencari-cari dengan menggoogle akhirnya kami pilih di NCP Car Richmond Station. Parking rate sejam 2.50 pound. Oklah. Reasonable rate.





Sebaik keluar dari kereta di Richmond Car Park terasa bahang pulak. Bila bukak jaket baru terasa lega. Tak sangka pulak hari ini cuaca kat London dah panas? Baru musim bunga kot takkan cuaca dah panas? 

Masa 1st day kami sampai London cuaca mendung dan hujan.  Pakai jaket pun masih terasa lit lit sejuk sampai ke tulang. Tapi tu 9 hari lepas.  Hari ni macam dah masuk musim panas. Rasanya suhu lebih 20 celcius. Masa kat Bicester tadi tak terasa panas macam ni mungkin sebab pagi. So, hari ni jalan-jalan London kami pakai t'shirt je.


Oyster Card

Sebelum naik train kena pastikan kad Oyster ada. Kad ni macam touch n go kena top up kalau tak cukup kredit. Aku dah siap-siap bawak sebab tahu akan ada jalan-jalan naik train nanti. Asri dan Syarul pon dah ada. Cuma Shahrim kena beli. Kad tu boleh beli kat mana-mana kedai serba guna atau Convenience Shop. Nak top-up cuma guna mesin. Biasanya untuk top-up ada package dari 1 hari hingga 6 hari.



kat mana Oyster Card boleh guna 



Bayswater

Dari Richmond Station nak ke Bayswater kena tukar line kat Earl's Court. Nak ke Bayswater sebab kawan aku kirim minyak wangi. Kawan aku yang guide cara nak pegi sana dengan train. Dia kata ada satu kedai jual minyak wangi murah kat Whiteleys.


dari Richmond kene tukar station kat Earl's Court untuk ke Bayswater
www.rome2rio.com


Sebaik sampai di Bayswater dan keluar dari train station kemudian jalan kat kaki lima kedai baru perasan kat sini rupanya banyak kedai jual sourvenir dan juga ada beberapa restoran halal. Masa 2015 datang London tak jalan sampai sini. Bukan tu je, Malaysia Hall pun dekat area sini. Aku agak kat sini antara kawasan tumpuan orang Islam.

Kalau korang datang London dan nak beli sourvenir aku rekemen datang sini. Sebabnya kat sini ada satu kedai yang mesra orang Malaysia. Kedai tu boleh bagi harga murah sebab dia tahu orang Malaysia ni pemurah dan suka bagi sourvenir. Jadi untuk meraikan orang Malaysia yang suka beli sourvenir banyak-banyak jadi dia berani bagi murah. Dia kata untung sikit takpe, yang penting jual banyak.

Kat kedai ni juga korang boleh tumpang solat kat store tingkat bawah. Kat store bawah tu macam-macam sourvenir owner kedai simpan kat situ. Tengok bole, ambik jangan. Dosa.


Bayswater, Whitelesy dan Malaysia Hall dekat-dekat semua...
Beli banyak dapat diskaun
macam-macam sourvenir ada...
tumpang solat kat store tingkat bawah kedai
hanya Asri setia pakai jaket, aku, shahrim dan syarul pakai tshirt je jalan-jalan London


Actually, sebelum beli sourvenir kami ke Whiteleys dulu untuk beli minyak wangi. Sambil belikan kawan punya, aku pon sambar sebotol CK One 200ml hage 30 pound. Memey murah banding kat Malaysia walaupun dah convert RM.
  

view dari depan kedai sourvenir... Whiteleys kat belah kiri dan belah kanan ada beberapa restoren makanan halal
depan Whiteleys

depan kedai minyak wangi... owner kedai orang Islam


Lunch kat depan kedai sourvenir

Setel beli sourvenir, beli minyak wangi, solat dan makan tengahari, destinasi seterusnya ke Big Ben. 

Dari Bayswater Station kena ke Earl's Court Station semula untuk tukar train line untuk menuju ke Westwinster Station dan turun di situ. Westminster Station diambil dari nama Westminter Bridge yang merentangi Sungai Thames. Big Ben pula terletak di sebelah Sungai Thames dan berhadapan dengan Westminster Station. Keluar je dari station boleh terus nampak Big Ben.






Big Ben



Big Ben merupakan antara tempat popular di London. Nama Big Ben sebenarnya ialah gelaran bagi bangunan menara yang diatasnya mempunyai jam gergasi di setiap segi empat menara. Kalau datang London tapi tak singgah sini maka tak lengkap kerana Big Ben merupakan ikon bagi London. Menara Big Ben ni sebenarnya bersambung dengan bangunan Parlimen dan juga Istana Westminster.

Malangnya masa kami datang Big Ben sedang direnovasi. Jadi tak dapatlah tengok wajah sebenar Big Ben. Bagi aku tak berapa kecewa sangat sebab ini kali ke-2 ke sini.





London Eye

Berdekatan dengan Big Ben dan diseberang Sungai Thames ialah London Eye. London eye ialah roda gergasi Ferris. Juga merupakan tarikan pelancong di London kerana London Eye adalah yang tertinggi di Eropah.

Aku tak berapa teruja sangat dengan London Eye sebab kat Singapore dan kat Malaysia dulu dah ada. Aku pernah merasa naik masa dipindahkan ke Melaka kejap. Cuma bezanya naik kat London dengan kat Melaka ialah view disekitarnya.


London Eye

Tower Bridge

Selepas Big Ben plan nak ke Tower Bridge. Nak ke sana sebab Shahrim tak pernah pegi. Macam konfiden memasing Knight Bridge Station adalah station paling dekat dengan Tower Bridge sebab perkataan Bridge tu. Hakikatnya salah!

Keluar dari station tiba-tiba terpandang sign board tulis arah ke Hyde Park..huhu.. Rupanya dah tersalah route malahan tersasar jauh.

Sebenarnya kalau nak ke Tower Bridge kene turun kat Tower Hill Station atau London Bridge Station. Dari Westminster Station sebenarnya dah satu line ke Tower Hill. Tapi sebab dah tersalah nak buek camne.






Hyde Park

Terlanjur dah sampai Hyde Park aku ceritalah serba sedikit pasal taman ni.

Hype Park juga antara lokasi popular kat London. Sangat luas taman ni 350 ekar(info dari Wikipedia). Kalau nak jalan-jalan 1-2 jam tak cukup. Lagi la kalau nak jalan-jalan sambil melayan perasaan 2-3 jam tak cukup.

Cuma dinasihatkan elakkan berjalan pada musim panas di taman macam Hyde Park kerana pemandangannya macam di pantai ramai yang bersidai pakai 2 piece.


kat depan Knight Bridge Station
Hyde Park dan train station yang paling dekat... besar taman ni
KnightBridge dalam kenangan... ingat ya ni bukan train station nak ke Tower Bridge

Muka redha tak jadi pegi Tower Bridge


Oleh kerana dah tersalah tempat nak pegi, kami ambil keputusan tak jadi ke Tower Bridge. Waktu pun dah petang hampir pukul 5 pm. Jadi, balik semula ke Richmond Station dan ambik keta, kemudian menuju ke Gatwick untuk check in hotel malam terakhir in UK.



on the way to Gatwick
nak senja dah... layan sunset
Esok nak pulang keta oleh itu kena penuhkan tank minyak


Corner House Hotel Gatwick

Rumah Sudut Hotel Gatwick ialah last guesthouse untuk Kembara kami di UK. Menginap di sini 1 malam je sebab esok nak balik dah. Di guesthouse ni kami semua share 1 bilik. Bilik oklah boleh muat untuk 4 orang. Paling penting ada space untuk letak beg dan solat. 



Balik kami


Hari ke-10 ~ 20 April 2018


Dekat je hotel dengan Gatwick Airport
Pegi 1 beg troli & bag pac... balik tambah 1 beg lagi...
tempat nak refund tax
North Terminal Airport Gatwick
tak abis pakai data... tapi ni kali ke-2 Subscribe Roaming Pass
GST - Geng Suka Travel aka Geng sekerja aka Geng Liverpool

Dari London transit Dubai sebelum ke KLIA
tanda-tanda dah sampai Malaysia, wajah ex-PM di sepanjang highway KL-JB.... 12 hari lepas takde lagi...

Sekejap je masa berlalu dan hari ini last day in UK. Terasa seperti baru semalam sampai di London tapi hakikatnya dah 10 hari mengembara merentasi 2000km ke 3 negara di Pulau British.

Ada tempat dah pernah pegi 2/3 kali dan ada yang 1st time seperti Cardiff, Lake District, Glasgow dan Edinburgh. Bagi Shahrim semua tempat adalah 1st time.

Apa pun kembara ini sudah pasti menambah pengetahuan kami tentang sesuatu tempat disamping dapat belajar dari pengalaman dan mengambil Ibrah darinya. Antara pengalaman ialah kena saman traffic. Inilah risiko bila travel dengan memandu kereta sewa mesti kena ambil tau pasal undang-undang jalan raya di negara nak pegi terutama restrict zone bila memandu dalam bandar.

Bagi aku pula menulis kisah kembara ini dalam blog umpama berkongsi diari yang tujuannya supaya orang lain yang membaca dapat sedikit maklumat tentang tempat yang pernah aku kunjungi. Atau dapat bagi idea negara mana korang nak travel lepas ni.

Semoga maklumat ini berguna untuk korang dan silalah bertanya jika ada yang tak faham. Boleh tanya kat komen atau pun email at kumbang959@gmail.com. Melalui phone pon bole tapi nak nombor kena PM tepi.

Akhir sekali, aku nak kongsi total perbelanjaan kami sepanjang 12 hari 9 malam Kembara UK 2018.




Ada antara kos-kos di atas telah dibayar sebelum pegi ke UK seperti kereta sewa dan tiket untuk tengok game Liverpool. Lain-lain belanja seperti hotel/guesthouse, minyak, tol, parking dan makan minum kami collect sorang 420 pound. 

Sepatutnya duit yang kami collect ada lebih dalam 60 pound sorang tapi setelah di tolak saman dan extra charge 2nd driver tinggal 20 pound je. Oklah ada gak duit lebih. Maknanya kos Kembara UK 2018 12 hari 9 malam dalam RM6700++/seorang. Ni tak termasuk shopping dan beli sourvenir. So, korang boleh bajet berapa kos untuk sekali travel. Lagi kurang hari bermakna kurang kos. Dan, kalau tak tengok game Liverpool dan tak kena saman serta lain-lain charge lagi jimat tak sampai 6k.

Ok, sampai di sini je yang aku dapat share tentang Kembara UK 2018. Semoga apa yang dikongsi dapat memberi maklumat kepada korang yang membaca juga untuk korang yang dah ada plan nak travel ke UK dan tempat-tempat lain. 

Sekali kali terima kasih kepada pembaca setia dan yang sudi baca. InshaaAllah, next trip pada October..... gi mana? tunggu...... 

Wassalam...

Post terdahulu,

4 comments:

Unknown said...

Interesting. Seronok baca pengalaman tuan, nak buat guidance kalau ada rezeki ke sana nanti.

Mohamad Azhar said...

saya doakan semoga dipermudahkan rezeki dapat kembara ke UK.. inshaaAllah..

Unknown said...

Terima kasih! Kelako la bace hahaha. Penat jugak screenshot macam2. Yg pasti sangat sangat membantu! Post lagi lepasni okayyyy

Mohamad Azhar said...

Thanks sudi baca... inshaaAllah, akan terus post.. :)