Thursday, 22 May 2025

Family Trip Jakarta dan Bandung, 5-10 Dis 2024

Assalamualaikum wbt,

Bertemu lagi setelah 9 bulan tanpa post terbaru. Bukan apa tiba-tiba macam malas nak menaip walaupun ada 1 trip ke Jakarta dan Bandung pada bulan Dec 2024. Sebenarnya dah draft tapi tangguh punya tangguh sampai ke sudah tak siap-siap. 

Actually cerita pasal Bandung dah 4 ke 5 kali abey post dalam blog ni. Namun sejak 2-3 tahun lepas post pasal Bandung antara carian paling popular kat blog ni. Cer tengok snapshot kat bawah.. cerita pasal Bandung paling tinggi view banding dengan post-post lain..

Ok hari ni abey sambung menaip sebab ada permintaan. Jom, teruskan baca..

Intro

Oleh kerana ini kali ke-5 abey cerita pasal travel ke Bandung jadi taknak cerita detail dan panjang sangat. Abey akan cuba ringkaskan dalam 1 post dan yang paling penting mesej sampai dan mudah faham kepada mereka yang pertama kali nak datang Jakarta dan Bandung. 

Kepada yang pernah datang dan nak return lagi pun boleh baca sebab ada tempat yang mungkin belum pergi. Bandung banyak tempat menarik dan Abey yang dah 13 kali datang pun masih banyak tempat lagi belum explore. Tu yang datang berkali-kali.. 

Trip kali ni abey pergi agak ramai dalam 17 orang semua yang terdiri dari wife, adik beradik wife, anak sedara, kawan adik ipar sekeluarga, mak mertua dan makcik aka mokde kepada biras yang bongsu.

Flight

1. Senai - Jakarta - Senai (Air Asia)
- Dari JB ada 11 orang

2. KLIA - Jakarta - KLIA (Batik Air)
- Dari KL ada 6 orang


Hotel

Jakarta - 1 malam (Hotel Vasaka Jakarta), RM1170 untuk 7 bilik
Bandung - 4 malam (Kulem Gempol), RM3420 untuk 1 homestay 7 bilik x 4 malam


Transport

Jakarta ~ Java Delight Tour
Jakarta to Bandung ~ Speed Train (Whoosh)
Bandung ~ Java Delight Tour
Bandung to Jakarta ~ Panoramic Train

Total kos transport untuk 6 hari malam - RM3600 (2 transport)

Note : Java Delight Tour juga uruskan bawa luggage kami semua dari Jakarta ke Bandung dan ke Jakarta semula. Lebih memudahkan sebab tak perlu berangkut bawak luggage masuk dalam train especially time balik dari Bandung sebab dah shopping sakan sampai berkotak-kotak..

Ni abey share contact no, Java Delight Tour yang foundernya adalah kawan baik abey yang dah kenal sejak 2008. Highly Recommended dan Very Trusted Tour Guide.

Amir Seun
+62 813 95062545
javadelightour@gmail.com

Abey dan Amir.. ni masa pegi Bandung 2022

Iternary

Hari 1 ~ 5 Dec 2025
6.55 pm - Flight Air Asia to Jakarta
7.35 pm - Tiba di Soekarno Hatta Airport
9 pm - Dinner di Pagi Sore, PIK (Transport Java Delight Tour ambil di airport)
10.30 pm - Check in Vasaka Hotel Jakarta

Hari 2 ~ 6 Dec 2025
6.30 am - Transport Java Delight Tower datang ambil luggage kat hotel untuk bawa ke Bandung
8.30 am - Check out dan ambil teksi ke Halim Station KCIC
10.20 am - Naik Speed Train(Whoosh) ke Bandung. 30 min perjalanan
10.50 am - Tiba di Station Padalarang, Bandung
11.30 am - Solat Jumaat di Masjid Al Irsyad, Kotabaru Parahyangan, Bandung
2 pm - Lunch & Shopping di Rumah Mode
4.30 pm - Win Parfume
7 pm - Dinner di Rumah Marunu Konro
8.30 pm - Check in Homestay Kulem Gempol di Jalan Ranggagempol, area Dago

Hari 3 ~ 7 Dec 2025
7 am - Sarapan di Bolen Lilit. 100 meter dari homestay
8.45 am - Gerak ke Orchid Forest Cikole
10 am - Orchid Forest Cikole
1 pm - Lunch di Asstro Highland (Nasi Liwet)
4 pm - Dusun Bambu(entry free guna tiket QR Whoosh)
6.20 pm - Dinner di Kampung Daun

Hari 4 ~ 8 Dec 2025
9 am - Sarapan di Mangkuk Manis, Jalan Cihampelas
11 am - Shopping di Rumah Kain (Oh 8est)
1 pm - Shopping di Toko 3
2.30 pm - Lunch di Rumah Makan Boemi Mitoha(Rumah Mertua)
4 pm - Shopping di Kedai Muslimah Alisha, Jalan Riau
6 pm - Shopping di Heritage, Jalan Riau
8 pm - Jalan2 kedai local di area homestay

Hari 5 ~ 9 Dec 2025
6.30 am - Sari-Sari (beli kuih muih)
7 am - Sarapan di Tiga Rumpun
8.45 am - Gerak ke Lodge Maribaya
9.45 am - Tiba di Lodge Maribaya(entry free guna tiket QR Whoosh)
2.45 pm - Lunch di Dailah Sajian Nusantra
4.30 pm - Kartika Sari
6 pm - Tiga Rasa ole-ole Bandung

Hari 6 ~ 10 Dec 2025
4.30 am - Check out (Transport Java Delight Tour bawa luggage ke Jakarta)
4.45 am - Station Keretapi Bandung
5.25 am - Panoramic Train ke Jakarta
8.30 am - Tiba Station Gambir, Jakarta
9.30 am - Thamrin City
11.45 am - Gerak ke Soekarno-Hatta Airport
4.55 pm - Flight balik ke JB(delay, sepatutnya pukul 3.30 pm)
7.40 pm - Tiba dan pulang ke rumah masing-masing


Cerita seterusnya biar gambar berbicara...

Hari 1

Dalam flight ke Jakarta - boleh pulak duduk sebelah Shahrol Shiro

Dinner kat Pagi Sore ~ Sajian Padang

Hari 2

Ronie ~ Driver transport kami di Jakarta dan Bandung. Masa ni 6.30 pagi
Ronie datang ke hotel untuk ambil luggage bawa ke Bandung.
So, tak payah berangkut bawak luggage besar-besar masuk dalam Whoosh

Whoosh Station Jakarta ~ ada model kepala Whoosh di situ
Dalam gambar tu adik ipar dengan anak sedara

Sebelum naik bergambar dulu ramai-ramai depan kepala Whoosh
Whoosh nama untuk Speed Train Jakarta-Bandung

kami 17 orang dalam Whoosh. Pilih coach no 8 paling dekat dengan kepala Whoosh

Sebelah tingkap tu Mak Mertua, lagi sebelah Mokde (Makcik biras)

Singgah Solat Jumaat di Masjid Al Irsyad, Kotabaru Parahyangan, Bandung.
Unik masjid ni, open concept..

Lunch di Rumah Mode dan shopping sekali kat situ

ni kat Win Parfume tempat buat parfume macam-macam brand
pada harga marhaen. Amir pakai jersey JDT yang abey bagi..

Rumah Maranu
Rumah Makan wajib singgah kalau datang Bandung dan ini menu wajib - Konro Bakar.
Lagi satu desert Es Pisang Ijo dah habis pulak..

sebelum makanan sampai kita wefie dulu kat Rumah Maranu

Hari 3

Sarapan dulu kat Bolen Lilit ~ depan homestay jer

Orchid Forest Cikole ~ Bagi abey ni 2nd time datang.. lain-lain 1st time
Sape sukakan nature ini tempat wajib datang.. memey cantik dan paling
penting dingin dan nyaman..

memey cantik nature kat sini

backgound pokok pine

Asstro Highland ~ ni sebenarnya tempat makan dalam kebun teh dan juga
tempat layan nature. Terletak tak jauh dari Orchid Forest. Kami datang sini
untuk lunch. Nasi Liwet kat sini memey sedap. Makan sambil layan nature
dan diselubungi kabus.

Dusun Bambu ~ ni juga tempat layan nature dan ada theme park.

Kampung Daun ~ antara tempat makan famous kat Bandung juga tempat
layan nature. Entah berapa kali aku dah datang sini. Dekat 10 kali rasanya.
Apa yang aku boleh cakap, bukan saja tempat ni cantik, makanan pun sedap

sementara tunggu makanan sampai kite bergambo dulu..

Hari 4

On the way pegi sarapan.. hari ni Jalan-Jalan Shopping dan Makan-Makan

Mangkuk Manis
Amir recomend tempat ni.. makanan sedap dan harga pun murah..siap boleh bayar pakai QR code

Signature Desert kat Mangkuk Manis. Es Krim buat sendiri. Memey sedap

Oh 8est ~ singgah beli kain

Rumah Makan Boemi Mitoha
Boemi Mitoha tu maksudnya Rumah Mertua. Menu kebanyakkan sajian sunda.
Sedap dan harga pun marhaen.

Hari 5

Sari-Sari ~ Kedai jual kuih muih local

ni hasil tangkapan di Sari-Sari

Rumah Makan Tiga Rumpun
dari homestay lebih kurang 250 meter

Wife Amir join sarapan sekali

dari kiri ~ Amir, Abey, Jef (biras)

2nd transport driver adik Ronie
2nd transport ni bawa family adik ipar, mak mertua dan mokde

The Lodge Maribaya ~ tempat nature dan Ootd

nak turun dan naik ke tempat aktiviti kena naik lift ni

ngopi dulu sebelum jalan-jalan melawat kawasan

antara aktiviti ~ Hot Air Ballon

Zip Bike ~ kayuh basikal atas tali

Valley Swing

Bamboo Sky


Hari 6

4.30 pagi transport dah datang ambil luggage untuk bawa ke Jakarta

Kulem Gempol ~ Homestay kami di Bandung. Terletak di kawasan Dago dan dekat dengan
rumah makan dan kedai jual barangan lokal seperti pakaian. Masjid pun dekat.
Gambar ni view tingkat atas ada 6 bilik dan 1 hall. Total ada 7 bilik dan 1 bilik lagi kat tingkat bawah.

sebelah kanan tu bilik dan depan tu hall ruang tengok TV. Dalam setiap bilik pun ada TV

Tingkat bawah sebelah kanan hujung ada 1 bilik

ada 3 ruang hall di tingkat bawah

ni view ke dapur dan tangga ke tingkat atas

view hall dari sisi lain di tingkat bawah

Station Keretapi Bandung ~ pukul 5 pagi dah sampai sini

lenggang kangkung tak payah bawak luggage masuk train

Panoramic Train ~ Perjalanan 3 jam dari Bandung ke Jakarta

Stewardess dan Steward ~ hanya ada kat gerabak Panoramic

Kerusi tu boleh adjust mengadap ke tingkap untuk layan view

Tamrin City ~ singgah sini untuk sarapan dan shopping apa yang patut.
Kat sini kebanyakkan kedai prefer cash dari pakai kad atau QR code

Soekarno-Hatta Airport ~ Masa dah time balik..

Sebelum mengakhiri kisah Trip ni ada beberapa pesanan dan tips abey nak share.

Declaration Form

Isi 3 hari sebelum berangkat,
1. Custom Declaration ~ ecd.beacukai.go.id
2. Visa On Arrival  ~ visa.imigrasi.go.id
3. Kesihatan ~ sshp.kemkes.go.id

Panoramic Train

- Beli sebulan awal kalau pergi ramai. Kalau beli last minit takut tiket habis atau tak cukup.
 
- Panoramic Train hanya ada 1 gerabak 38 seat je. Harga Rp400k(rm110++) untuk seorang. Child >3 tahun kena ada tiket.
 
- Nak booking tiket train (Whoosh juga) maklumat seperti nama, no passport dan expired date kena isi. Maklumat ni terpulang nak isi yang betul atau tak sebab masa nak naik train dorang tak check.

Speed Train (Whoosh)

- Takde masalah nak beli tiket last minit pada hari kejadian atau 1-2 hari sebelum. Cuma, kalau travel ramai macam rombongan kak kiah sebaiknya beli seminggu awal. Beli awal boleh pilih seat atau coach yang kita suka yang dekat dengan kepala Whoosh. Nak bergambar taklah jauh sangat jalan kaki.

- Coach Whoosh ni ada 3 class iaitu 1st, Bussines dan Economi. Pada abey beli Economi je dah ok dengan harga Rp275k(rm75). Lagi pun 30 min je perjalanan. Beza 1st dan Bussines dengan Ekonomi cuma kat Station Whoosh boleh masuk Lounge.

- Child >3 tahun kena beli tiket juga yang sama harga dengan Adult. Setiap tiket akan dapat QR Code yang akan guna/scan masa nak Onboard.

Flight

Kalau nak ke Bandung ada 2 pilihan airport.

1. Airport Bandung Kertajati ~ walaupun nama tempat airport ni di Bandung tapi jaraknya dekat 100km dan sejam lebih perjalanan ke Pusat Bandar Bandung. Ni airport baru gantikan airport lama yang terletak kat bandar Bandung. Airport ni abey tak pernah sampai tapi airport lama banyak kali.

2. Airport Soekarno-Hatta, Jakarta ~ Pilihan paling popular kalau nak ke Bandung sebab boleh singgah jalan-jalan kat Jakarta. Selain tu dari Jakarta boleh naik Speed Train(Whoosh) atau Panoramic train.


Last but not least

Rasanya, sampai sini kisah Family Trip ni. Semoga apa yang abey share dapatlah bagi info yang bermanfaat dan rujukan kepada yang sudi baca blog abey yang tak seberapa ni.. Kalau nak baca post lain pasal Bandung ni abey share link kat bawah,

2022

2019

2017

2014

2014


Semoga berjumpa lagi pada post akan datang. Tahun depan agaknya. 

Sekian, Terima Kasih. Wassalam..

No comments: