Sunday 12 April 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 7

Assalamualaikum wbt,

Hari 7 ~ 15 Disember 2019

Hari ini nak melawat sebuah bandar dalam negeri Abu Dhabi yang dekat dengan sempadan Oman. Bandar itu ialah Al-Ain. Terletak kira-kira 140km dari pusat bandar Abu Dhabi.

Bandar kelahiran Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan iaitu pengasas UAE juga merupakan bandar hijau dan mendapat jolokan "The Garden City of The Gulf". 


Di sepanjang jalan menuju Al Ain dari Abu Dhabi tidak seperti jalan-jalan di negara arab gurun yang lain. Laluan yang cukup panjang itu walaupun kelihatan gersang masih ada pokok-pokok di kiri, tengah dan kanan jalan raya. Ia adalah hasil usaha dari pengasas UAE, Sheikh Zayed yang suka kepada kehijauan. 

Dikatakan kaedah menghijaukan Al Ain dan banyak kawasan di Abu Dhabi ialah dengan memasang paip bawah tanah di padang pasir. Modal memang besar, tapi takda hal sebab Abu Dhabi kaya hasil minyak dan lebih kaya dari Dubai. Dengan sebab kaya boleh ada syarikat kapal terbang sendiri iaitu Etihad dan pasukan bola Manchester City.

Speed limit 160kmj
Masa post Hari ke-2, aku ada sebut kat UAE ada 2 highway boleh lenjan sampai 160kmj dan ini salah satunya dari Abu Dhabi ke Al Ain/Oman. Lagi satu highway Abu Dhabi hala ke Arab Saudi. Kedua-dua negara ini sempadan dengan UAE.

Namun begitu, walau boleh lenjan sampai 160kmj kena pastikan keadaan kereta dalam keadaan terbaik. UAE sangat ketat tentang undang-undang jalan raya dan juga penjagaan kenderaan. Keadaan kereta terutama tayar mesti tak lebih dari 2 tahun. Bunga tayar mesti dalam keadaan baik dan tidak botak. Highway juga dijaga baik.

Undang-undang ni pastinya untuk keselamatan pemandu-pemandu juga dan paling penting elakkan kemalangan. Dan, sepanjang aku berada di Dubai dan Abu Dhabi pernah sekali je nampak ada kemalangan. Beza kat Malaysia dari JB ke KLIA masa nak datang sini 3 eksiden jumpa. Aku rasa Malaysia pun kena ikut undang-undang macam UAE kalau nak kurangkan kemalangan.


Al Ain



Perjalanan melalui lebuh raya agak lengang dan dalam sejam dah sampai Al Ain. Rudy pula bawak  ikut kelajuan yang dibenarkan dalam 140-160kmj dan aku tak sempat nak lelap dah sampai.


Jabal Hafeet

Dari bandar Al Ain terus menuju ke Jabal Hafeet yang merupakan salah satu gunung tertinggi di UAE. Ketinggian Jabal Hafeet ialah, 1249 meter. Lebih tinggi dari Burj Khalifa. Jabal Hafeet betul-betul terletak di sempadan UAE-Oman dan sebahagian besar gunung ini terletak di dalam kawasan negara Oman.

Jabal Hafeet ikut pukul 12
Jabal Hafeet... Closed tu sebab Covid19 punya hal... snapshot pada 11/4/20
Jalan naik gunung..
 info tentang Jabal Hafeet di laluan pertengahan gunung





belakang tu bandar Al Ain
Di puncak Jabal Hafeet terdapat restoren, kedai jual sourvenir, toilet dan tempat-tempat nak lepak melayan pemandangan dari puncak gunung. Agak luas juga kat kawasan di sini dan parking masih banyak sebab pengunjung tak berapa ramai. 

Nak melawat tempat-tempat open macam ni kat negara arab macam UAE sesuai datang pada musim winter iaitu dari bulan November hingga March sebab tak panas sangat. 








Info di puncak Jabal Hafeet
Dari puncak Jabal Hafeet si sebelah utara boleh nampak bandar Al Ain dan juga sempadan UAE - Oman di sebelah timur dan barat. Rupa bentuk Jabal Hafeet ni memanjang hingga 17km dan walaupun sebahagian besar terletak di negara Oman tetapi puncak gunung ini berada di UAE.

Dari utara ke timur Jabal Hafeet terdapat 317 kubur lama sejak 3200-2700 tahun sebelum masihi. Membuktikan kawasan ini dah lama ada penduduk sejak sebelum wujudnya Tamadun Babylon.


Bentuk info pasal Jabal Hafeet pun direka macam gunung hafeet
nun di sebelah barat Jabat Hafeet ialah kawasan perumahan dan hampir dengan sempadan UAE - Oman



Insyirah dan Sheikh Zayed ayahanda kepada Presiden UAE sekarang

Menara telekomunikasi kat puncak Jabal Hafeet
belakang tu sempadan UAE - Oman

Lebih kurang sejam jalan-jalan kat puncak Jabal Hafeet, kami turun untuk menuju ke lokasi kedua ke Muzium Al-Ain. Sebelum tu nak singgah lunch dulu. 


Lunch kat Mcdonald



Muzium Al Ain

Di Al Ain ada 2 muzium iaitu Muzium Al Ain (Muzium Nasional Al Ain) dan Muzium Istana Al Ain (Muzium Istana Sheikh Zayed). Kedua-dua muzium ini berada berdekatan.

Untuk hari ini kami cuma nak ke Muzium Al Ain sahaja.  

kedudukan Muzium Palace dengan Muzium Nasional
Dari Jabal Hafeet ke Muzium Al Ain
Kisahnya tentang muzium ini dibina pada tahun 1910 sebagai kubu. Sekarang ini dijadikan muzium yang menempatkan artifak-artifak lama, taman arkeologi dan juga koleksi Sheikh Zayed. Tiada bayaran dikenakan nak masuk muzium ni.


Muzium ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, arkeologi, etnografi dan pejabat seni dan kraf. Dalam seksyen arkeologi membolehkan pengunjung untuk menjadi lebih biasa dengan tempoh di negara ini, bermula dari Zaman Batu dan berakhir dengan tempoh yang Islam. Pameran jabatan etnografi khusus kepada tradisi dan budaya negara ini.

Di jabatan seni dan kraf menunjukkan satu koleksi yang luar biasa hadiah yang telah diterima Sheikh Zayed bin Sultan dalam kehidupan. Berikut adalah disimpan perak pisau, pedang, emas dan kelapa emas pokok. Setiap keping muzium disediakan dengan kapsyen dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Satu lagi sebahagian daripada Muzium Negara Al Ain adalah Fort Timur, yang dibina pada tahun 1910, Fort terdiri daripada tiga menara dan empat bilik. Dalam salah satu menara adalah dek pemerhatian yang besar.

Di samping itu, Muzium Al Ain, anda boleh melihat pelbagai alat muzik, senjata lama, koleksi luar biasa syiling kuno, gelang emas, pameran dari Great makam Healy, berkenalan dengan teknologi purba peringkat pertanian penemuan dan pengeluaran minyak dan belajar tentang tradisi helang dan banyak lagi.




Sheikh Zayed bin Khalifa adalah atok kepada Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan 


ni kat pejabat seni dan kraf

minum teh dulu sebelum tour..

koleksi Sheikh Zayed
koleksi senjata










perigi buta



Mubarak bin London 

Nama sebenar ialah Wilfred Thesiger adalah pegawai tentera British, penjelajah, penulis dan photografer. Berasal dari London sebab tu digelar Mubarak bin London oleh orang-orang arab oasis.

Kenapa aku cerita pasal dia ni? Sebab banyak koleksi gambar dia dalam muzium ini. Dikatakan beliau ada hubungan baik dengan Sheikh Zayed sebab tu koleksi beliau dipamerkan dalam muzium.

Mubarak bin London ni nama gelaran untuk Wilfred Thesiger iaitu travel writer dan juga fotografer
Mubarak London dengan pakaian tradisional arab



...antara koleksi gambar Mubarak bin London...







Oasis Al Ain


Abu Dhabi 1948


burung helang simbol bendera UAE















Mubarak London and me..
Selesai tour kat muzium, masa dah time gerak balik ke Abu Dhabi aka Rumah Rudy. Sebelum tu singgah RnR untuk solat dan beli jajan.




Sekian kisah hari ke-7 Jalan-Jalan Al Ain. Sempat singgah 4 tempat je iaitu, 1. Jabal Hafeet 2. Mcdonald 3. Muzium Al-Ain dan yang last RnR ni. 

Pejam celik dah nak sampai ke penghujung travelog dan post terakhir travelog Abu Dhabi & Dubai,  Hari ke-8 pada post akan datang, inshaaAllah... http://azhartravelog.blogspot.com/2020/05/abu-dhabi-dubai-kami-datang-lagi-9-17.html

Travelog terdahulu,

3 comments:

Khai said...

Nice! Nampak tak crowded, selesa kalau nak pergi. Kalau pergi Jabal tu time summber, mesti mendidih sebab panas sangat. Haha.

Dulu sempat transit je kat Abu Dhabi, tu pun rasa kagum tengok dari atas, dan pagi suhu belas2 darjah. Haha

Seronok tengok bangunan lama kat Aabu Dhabi bukan apa, sebab dah susah kan nak nampak bangunan2 mcm ni skrg

-Khai kakijalans

Mohamad Azhar said...

Hi Khai,

Tempat2 open kat negara arab ni sesuai visit time winter je. Alhamdulillah masa pegi last year crowd tak ramai, dptlah explore keliling sambil teka2 arah bandar Al Ain dan mana negara Oman.. masa tu main agak2 je... hehe..

Btw, thanks visit myblog.

Wisata Bandung said...

Mantap, next time mari ke bandung