Sunday 8 December 2019

Kembara Turki 2019 ~ Jalan-Jalan Istanbul 2

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-8, 24 Apr 2019

Hari terakhir di Istanbul dan siri Kembara Ukhwah Turki 2019. Rasa macam baru semalam tulis Hari pertama kisah kembara ni tapi rupanya dah 6 bulan berlalu... cepat betul masa berlalu... tup..tup.. dah cuti sekolah hujung tahun...hmmmm...

Kepada yang belum baca atau nak baca lagi kisah perjalanan dari hari pertama boleh klik link ni, http://azhartravelog.blogspot.com/2019/05/kembara-turki-2019-istanbul-aku-datang.html

So, untuk hari ni flight balik pada pukul 9 malam jadi sementara nak tunggu petang sempatlah nak cover beberapa tempat di sekitar Istanbul. Nak tau ke mana kami hari ini? jommm... baca..


Masjid Eyub Sultan





Masa post yang lepas aku ada intro sikit pasal sahabat Nabi saw iaitu Saidina Ayub Al-Ansari. Ok kali ni aku nak cete lebih sikit sempena melawat masjid sahabat. 2 kali aku dah datang Istanbul dan ini kali-2 aku ziarah masjid ni.


Abu Ayub Al Ansari ra

Abu Ayub al-Ansari r.a atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib adalah orang Ansar. Kisah masyur tentang beliau bila mendapat penghormatan Rasulullah saw semasa peristiwa Hijrah. Sebaik Rasulullah saw memasuki Madinah unta Baginda berhenti di halaman rumah beliau. Selama 7 bulan Rasulullah saw menetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari ra sebelum kediaman tetap Baginda siap di kawasan Masjid Nabawi.

Abu Ayub Al Ansari ra dan Perang menakluk Constantinopel

Sejak Rasulullah mensabdakan sebuah hadis tentang pemimpin yang bakal menakluk Constatinopel, banyak cubaan dilakukan untuk membebaskan Constantinopel daripada empayar Rome, namun gagal.

Antara usaha awal para sahabat menakluk Constatinopel ialah Abu Ayub Al Ansari. Dari kisah usaha Al-Ansari ini berkesinambungan dan berkait dengan Sultan Muhammad Al Fateh.

Abu Ayyub Al-Ansari ra terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinopel, beliau yang sudah tua sekitar umur 90 an meninggal dunia akibat sakit tua. Beliaulah yang diisyaratkan oleh Baginda saw dalam hadisnya yang bermaksud, 

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"

Abu Ayub Al-Ansari tidak pernah terlepas menyertai setiap peperangan sejak zaman Rasulullah saw sehingga perang untuk menakluk Constantinopel pada tahun 674 Masihi bersamaan 54 tahun hijrah.

Ketika itu, usianya sudah tua sekitar 90-an. Diisebabkan keuzuran, beliau tidak mampu untuk menggalas pedang, lantas berwasiat supaya jasadnya dikuburkan berhampiran tembok Constantinopel.

Apabila Yazid bin Muawiyah yang mengetuai tentera Islam bertanya kepada Al-Ansari mengapa dia mahu jasadnya dikuburkan di situ, jawabnya:

“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda seorang lelaki soleh dikuburkan di bawah tembok itu dan aku juga ingin mendengar derap tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera seperti disabdakan baginda.”

Selepas kematiannya, wasiat Al-Ansari dipenuhi dan jasadnya dimakamkan berhampiran satu tembok di luar Constantinopel.

Kota Constantinopel amat kebal untuk ditembusi kerana ia memiliki sistem pertahanan yang sangat maju pada zaman itu, merangkumi empat lapisan tembok yang tebalnya kira-kira lima meter dan tinggi setiap satu sekitar 18 meter. Namun dengan strategi perang dan kepintaran Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya Constantinopel dapat di tawan dan ditukar kepada Islambul kemudian Istanbul.

Apa kaitan Al-Ansari dengan Al-Fateh?

Selepas Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Constantinopel telah menemui makam Al-Ansari dan ia dianggap pertemuan rohaniah antara dua tokoh Islam yang hebat. Keinginan Al-Ansari untuk mendengar derapan kuda penakluk Constantinopel akhirnya tercapai. 

Al kisah, selepas menemui kubur Al-Ansari, Al-Fateh perintahkan tenteranya beratur dan masing-masing mencium kaki Al-Ansari yang masih elok jasadnya sebagai tanda hormat. Namun apabila tiba giliran Al-Fateh, kaki Al-Ansari tanpa diduga tertarik dengan sendiri, menyebabkan Al-Fateh tidak dapat menciumnya. Kejadian itu berlaku tiga kali berturut-turut.

Al-Fateh sedih dan tertanya-tanya mengapa dia tidak boleh mencium kaki Al-Ansari, namun pada malamnya dia bermimpi bertemu sahabat Rasulullah saw itu. Dalam mimpi itu Al-Ansari menjelaskan dia tidak mahu kakinya dicium Al-Fateh kerana rasa malu dan hormat kepada sultan itu. Baginya, tidak layak kakinya dicium oleh penakluk Constantinopel yang diiktiraf kehebatannya oleh Rasulullah saw.

Begitulah kisahnya 2 tokoh Islam yang pernah Nabi saw sebut dalam hadis yang akhirnya bertemu walau bukan di alam nyata. Masing-masing ada sebab untuk merasa hormat antara satu sama lain kerana menjadi sebutan dalam hadis Nabi saw. So, kalau datang Istanbul rugi kalau tak ziarah masjid Eyub Sultan.





pokok yang dikatakan tempat Al-Ansari di makamkan







Grand Bazaar




Next stop ialah Grand Bazzar. Merupakan bazar terbesar dan tertua di Istanbul. Di bina 2-3 tahun selepas Al-Fateh menawan Constantinopel sebagai inisiatif untuk meransang ekonomi. Grand Bazar ini dikatakan sebagai salah satu pusat beli-belah pertama di dunia. Memang sangat besar kawasan di bazaar ini yang kedai-kedai bukan saja terdapat di dalam bangunan juga di luar. Dikatakan ada lebih kurang 4000 kedai. 1 hari pun belum tentu boleh cover semua apetah lagi kami cuma ada masa sejam setengah je. Mana yang sempat je lah singgah..




shidah dan beg trolly baru beli kat kedai sebelah grand bazar





mak mertua @ masjid sebelah grand bazzar - Nuruosmaniye Camii


Bagi aku ini 1st time datang Grand Bazaar sebab 1st time dulu tak sempat nak pegi. Padahal tak jauh rupanya dari area Sultan Ahmet. Sebab nak jimat masa kami cuma nak jalan-jalan dalam bazaar je tapi tersinggah juga kat luar bangunan bazaar sebab ada geng nak beli beg trolly.

Di dalam bazaar bermacam barangan dijual sama seperti yang ada kat Spice Bazaar. Pada aku harga barangan di Grand Bazaar lebih mahal sedikit dari Spice Bazaar. Kat sini aku tak beli apa-apa cuma Ameen dan Shidah je yang shopping sakan... hehe...


Buhara Restaurant

Dari Grand Bazar kami jalan kaki ke restoren ni. Ramai-ramai jalan kaki dengan geng kembara tak terasa jauh sangat. Sambil jalan, sambil bebual kemudian begambo. Sepanjang jalan kaki lalu kat celah-celah bangunan dan jalan naik bukit juga turun bukit. Tup-tup je dah sampai... Alhamdulillah..
 .. 




laluan celah-celah bangunan dari Grand Bazaar ke Restoren Buhara..

Restoren ni masa hari pertama datang dah lunch kat sini. Hari last di Istanbul singgah lunch lagi kat sini. Masa hari 1st makan kat tingkat paling bawah. Hari ni makan kat tingkat paling atas.


Blue Mosque & Hagia Sophia

Buhara ke Topkapi Palace

Lokasi seterusnya selepas lunch menuju ke Topkapi Palace. Nak ke situ kena lalu depan bangunan icon paling femes di Istanbul iaitu Blue Mosque dan Hagia Sophia. Sambil lalu sambil ambil gambo bonda mertua dan geng-geng kembara yang nak bergambo.









Topkapi Palace






Gulhane Park

Last stop sebelum gerak ke airport. Layan tengok tulip yang hanya ada pada bulan April saja. Gulhane Park adalah salah satu taman nak tengok tulip. Ada lagi taman lain yang lebih besar seperti di Emirgan tapi jauh plak nak pegi. So, ejen tour dah tetap kat sini, kita jalan kat sini je..

Taman tulip Gulhane Park terletak kat sebelah Topkapi Palace. Macam biasa, bila nak bergambo geng-geng kembara akan cari aku, so banyaklah gambo dorang dari gambo aku... huhu...
















ada juga seketol gambo aku... hehe...






Istanbul Airport



Sekali lagi kami berada di sini untuk flight balik pula. Cam bese lah kalau dah ada kat airport urusan check in dan sebagainya. Selepas tu boarding, naik flight dan fly...




begambo dengan kapten bas..








Saudi Airlines

Apa yang aku suka tentang airlines ini ialah dalam pesawat ada tempat solat. So, tak kalut nak cari tempat solat kat celah pintu atau celah-celah mana bila nak solat. Gambar bawah ni aku snap masa flight dari Jeddah ke KL dan masa tu dah masuk waktu Subuh. Ruang ni sekali solat boleh dalam 3-4 orang.





Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan kami geng Kembara Ukhwah Turki 2019 selama 10 hari 7 malam bermula pada 16 April hingga 25 April 2019. Banyak juga pengalaman yang kami lalui dan paling penting perjalanan ini dipermudahkan. Lebih 2000km perjalanan merentasi 6 bandar serba sedikit telah menambah pengetahuan kami tentang sesuatu tempat yang dilawati. 

InshaaAllah, bertemu lagi pada post akan datang.... 


Post terdahulu,