Monday 20 May 2019

Kembara Turki 2019 ~ Istanbul aku datang lagi..

Assalamualaikum wbt.

Kenapa Turki?

Turki adalah sebuah negara yang kaya dengan sejarahnya yang panjang. Dari zaman Rom Timur(/Byzantine) kemudian Khalifah Uthmaniyah yang akhirnya jatuh kepada pemimpin sekular Mustafa Kemal Artatuk dan kini Erdogan. Setiap zaman terutama ketika empayar Byzantine dan Uthmaniyah mempunyai peninggalan tamadun masing-masing yang boleh dilihat sehingga hari ini.

Dengan sebab itu kami sepakat memilih Turki sebagai lokasi kembara 2019 sebagai aktiviti tahunan Biro Rakan Muda & Rekreasi, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn (MSI) . 

Kembara pertama anjuran Biro kami ialah ke Acheh pada tahun 2017. Antara Acheh dan Turki sebenarnya ada kaitan ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah. Apa kaitannya? kenalah baca kisah tentang Kembara Acheh 2017 di link ini,


So, apa kena mengena aku dengan Biro Rakan Muda, MSI?

Aku ialah AJK MSI dan Ketua Biro Rakan Muda, Rekreasi dan Kebudayaan. Oleh kerana aku suka travel maka mengembara ke luar negara merupakan salah satu aktiviti rekreasi biro kami selain aktiviti sukan seperti Memanah, Silat dan Badminton.

Bagi aku ini kali ke-2 ke Turki. Nak baca kisah 1st time aku pergi Turki boleh baca kat sini,
http://azhartravelog.blogspot.com/2016/10/istanbul-cappadocia-kami-datang-9-17.html


Kembara Turki yang tertangguh

Sebenarnya pada hujung tahun 2017 kami dah merancang kembara Turki untuk bulan Mac 2018. Tapi masa tu masa agak suntuk untuk cari peserta dan juga urusan lain seperti perlantikan agen dan lain-lain. Sekurang-kurangnya 6 bulan diperlukan untuk merancang sebuah kembara untuk kapasiti peserta lebih dari 20 orang. Idea kembara Turki ni timbul selepas selesai kembara Acheh 2017.

Namun disebalik perancangan yang tertangguh ada kembara lain untuk aku. Tak jadi pegi Turki, aku buat plan lain dengan geng sekerja mengembara ke UK pula. Kisah kembara UK 2018 boleh baca kat link ini, https://azhartravelog.blogspot.com/2018/06/kembara-uk-2018-england-wales-scotland.html


Kembara Turki satu realiti.

Sekembalinya aku dari kembara UK, kami plan semula kembara Turki dan mula mencari agen untuk menguruskan kembara ini.

Selepas beberapa siri ngeteh dengan Geng Biro Rakan Muda, akhirnya, kami telah memilih My Exploria sebagai agen untuk kembara Turki 2019. Bulan April dipilih kerana masa tu ialah musim spring, musim tulip dan musim kami rasa tak berapa sejuk sangat.

Satu perjumpaan antara kami dengan My Exploria telah diadakan pada 6 Oct 2018 di AEON Bandar Dato' Onn untuk membincangkan tentang kembara ini. Sejak dari perjumpaan pertama dan menetapkan tarikh kembara pada 16-24 Apr 2019, tanpa berlengah kami telah mulakan promosi kembara ini di kalangan kariah Masjid Sultan Iskandar(MSI) dan target kami minimum 30 peserta.

Bermacam cabaran dan karenah kami hadapi dalam masa 6 bulan demi mencukupkan 30 peserta di bawah MSI. Alhamdulillah, 35 peserta telah mengesahkan untuk join kembara ini iaitu 29(sepatutnya 30 tapi sorang last minit tarik diri) di bawah MSI dan selebihnya dari My Exploria. Grup whatsup telah diwujudkan untuk kami saling berkenalan sebelum memulakan kembara. Melaui perbualan dalam grup whatsup masing-masing seolah tidak sabar untuk memulakan kembara ini.

My Exploria
Kak Halimah & Shidah(Biro RM MSI)
Wafi & Husband Kak Halimah



Menariknya tentang peserta kembara ini terdiri dari berbagai-bagai latar belakang. Ada doktor pakar, ex-matren, Pengerusi MSI, Polis, Bisnesman, kontraktor, jurutera, manager, ex-kastam, suri rumah dan lain-lain.

Peserta paling muda berumur 20 tahun dan paling senior 76 tahun. Walaupun dari berbagai latar belakang dan umur namun ia tidak menjadi penghalang kami saling berkenalan dan bekerjasama. Kami seolah satu keluarga besar dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Aku dan Shidah juga adalah peserta walaupun kami yang menganjur dan menguruskan.


Hari Travel ~ 16 April 2019

Selasa 8 pagi, 27 peserta telah berkumpul di Masjid Sultan Iskandar untuk menaiki bas yang telah disediakan ke KLIA. Selebihnya datang terus ke airport sebab ada yang tinggal di KL dan Melaka. Ternyata dari wajah semua peserta seperti tak sabar untuk memulakan perjalanan.

Sebelum menaiki bas, diadakan taklimat ringkas dan penyerahan tag nama oleh Cik Shidah dan disusuli bacaan doa yang diketuai oleh Haji Razif.

Briefing dan penyerahan tag oleh Cik Shidah
Bacaan doa oleh Hj Razif
27 peserta dari JB

KLIA - Jeddah dengan Saudi Arlines(SAUDIA)

Setibanya di KLIA kami disambut oleh Puan Halimah iaitu wakil My Exploria yang akan bersama-sama ke Turki. Selesai check-in semua beg, kami berkumpul semula dan untuk sesi bergambar dengan logo My Exploria dan sebelum ke terminal boarding. Sekali lagi bacaan doa diketuai oleh Hj Razif.


orang kuat yang menjayakan kembara Turki 2019, Wafi & Kak Halimah dari My Exploria dan Shidah dari Biro Rakan Muda MSI
My beg
check in time..
Semua 35 peserta(termasuk Puan Halimah) Kembara Turki 2019
Bacaan doa sekali lagi di KLIA oleh Hj Razif..
KL-Jeddah dok sebelah Mak Mertua
dok emergency seat

Oh lupa nak bagi tau, Mak Mertua aku pun sama-sama join kembara ni bersama kawan dia Mak Kam tapi mereka berdua pergi under quota My Exploria walaupun yang aku yang ajak sebenarnya. Nak tau kenapa mak aku tak under quota MSI sila PM tepi.. hehe...

Selain Mak Mertua, anak sedara sepupu dan kawan sekerja juga antara aku ajak dan mereka join suami & isteri. Seperti yang aku bagi tau bukan mudah nak cari peserta kembara ini. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Juga terima kasih kepada rakan-rakan AJK Biro RM yang lain seperti Shidah dan Farid yang bekerja sama membuat promosi demi menjayakan kembara ini.

Ringkasan perjalanan hari ini,

8 pagi - Berkumpul di Masjid Sultan Iskandar
9 pagi - Bas bertolak
2.30 petang - Tiba di KLIA. Solat dan Lunch.
4 petang - Berkumpul untuk check-in
7. 30 malam - Pesawat SAUDIA berlepas dari KLIA dan menuju ke Jeddah.


Transit di Jeddah

Kami tiba di airport Jeddah kira-kira pukul 11.50 malam(waktu Malaysia 4.50 pagi). Bagi aku ini kali ke-2 jejakkan kaki di sini cuma berbeza tujuan. Kali pertama masa buat umrah tahun 2011 juga dengan Mak Mertua. 2011 dengan 2019 tak banya beza airport di Jeddah. Pesawat kena park jauh dari bangunan terminal. Dari tempat pesawat parking, kami di bawa dengan shuttle bas ke terminal transit.

Mak Mertua @ Airport Jeddah
aku...

Di Jeddah kami kena transit 6 jam lebih. Mulanya aku bayangkan terminal Jeddah ni lengkap serba serbi dan selesa, tapi....

Tempat solat/Musolla disediakan tapi nak wuduk kena pegi toilet. Lepas tu Musolla penuh dengan orang tidur dan adalah ruang sikit untuk kami solat. Masa tu kami nak solat Jamak Takhir sebab dari KL tadi flight SAUDIA berlepas ngam-ngam waktu Maghrib. 

Kalau aku tau keadaan macam ni di terminal Jeddah lebih baik solat dalam flight sebab semua pesawat SAUDIA ada disediakan tempat solat. 




Jemaah wanita lagi kesian tak dapat nak solat kat Musolla sebab kata mereka dalam tu dah penuh  dengan orang tidur sampai takde ruang nak solat. Apapun itu bukan masalah bagi mereka kerana boleh solat kat mana-mana ruang dalam terminal janji bersih.


Lokasi jemaah wanita solat dekat dekat gate 9 depan gate 10 & 12
Suasana di terminal boarding Jeddah penuh dengan penumpang yang menunggu untuk menaiki pesawat... kelihatan di situ, Hj Razif..
Penuh hingga tiada kerusi kosong...
Kak Wan Bella aka Kak Laila..
di airport Jeddah, transit 6 jam.. Hj Hishamudin, Syed Jamil & Ameen

Hari 1 ~ 17 April 2018 : Jeddah - Istanbul

Selepas menunggu dengan kesabaran akhirnya tiba masa untuk kami berlepas ke Istanbul. Dari terminal kami dibawa dengan suttle bas ke tempat pesawat SAUDIA parking. Kira-kira pukul 6.30 pesawat berlepas dari Jeddah menuju Istanbul.

Hj Razak & Hj Raha
Hj Rahim dan Isteri
Shidah dan ayoh dia
Peace dari Shidah...

Mak Kam dan Mak

Doc Ehram & Isteri

Kak Halimah dan Mak Mertua kawe
Hj Razif dan Isteri































Syed Jamid dan Ameen
Hj Zulkefli & Isteri























Istanbul Airport Havalimani

Pesawat SAUDIA selamat mendarat di airport ini kira-kira pukul 10.20 pagi. Rasa teruja dapat menjadi antara tetamu terawal menjejakkan kaki di airport yang baru dibuka pada 7 April 2019. Bermakna baru 10 hari airport ini beroperasi. Walau belum sepenuhnya siap kami dapat rasakan betapa besarnya airport ini. Penat berjalan dari gate ke imigresen hingga ke tempat nak ambil beg.

Cerita tentang airport baru Istanbul ni aku dah tau kira-kira 2 minggu sebelum ke Turki. Itu pun dapat tau secara tak sengaja semasa tengah explore youtube pasal kapal terbang sebab aku ni memang sangat suka apa saja tentang kapal terbang.

Ni aku share link youtube tu untuk tatapan korang, https://www.youtube.com/watch?v=m-_-qa7DtW4

Shidah... sori gambo gelap sebab nak belakang terang
My Mom In Law & Mak Kam
Serba baru dan besar




Perkara dan proses standard bila tiba di balai ketibaan airport,

  • Toilet
  • Imigresen
  • Ambil Beg

Selesai semua perkara di atas, seterusnya ialah keluar dari balai ketibaan.

Di luar kami disambut Ojay iaitu tour guide kami di Turki.  Ojay kemudian membawa kami ke terminal bas di tingkat bawah airport. Walaupun sudah 31 jam perjalanan dari JB sejak semalam, namun dari riak muka semua peserta kembara seperti tak nampak penat. Muka masing-masing semua ada senyum dan tak sabar nak ke lokasi pertama lawatan di Istanbul.

Ikut jadual iternari hari ini kami semua akan ke Ankara. Jauh tu dalam 6-7 jam perjalanan. Tapi sebelum ke Ankara akan ke Istanbul old town untuk lunch dan kemudian solat di Masjid Biru.



kiri sekali tu Ojay
Ojay in the bus






Dari Istanbul airport ke Istanbul Old Town ambil masa dekat sejam perjalanan. Bila bas lalu kat satu jalan dekat area Sultan Ahmet aku dan mula perasan ni kawasan aku pernah stay masa datang Istanbul 2016.

Ya, memang tak silap sangkaan aku. Bas pulak tu boleh stop untuk turunkan kami di jalan berdekatan dengan hotel yang aku pernah duduk dulu. Dulu nama Hotel tu Hotel Flamengo tapi aku tengok dah tukar nama ke Buta Tour.


Istanbul 2016 depan Flamengo Hotel
2019 -  Buta Tour
Belakang sana belah kiri hotel aku dok dulu...

Dari tempat bas turunkan kami semua, kena jalan kaki dalam 100 meter untuk ke restoran tempat kami semua nak lunch. Bas tak boleh lalu depan restoran kerana laluan di situ agak sempit. Jadi kena park jauh sikit.

Teringat nostalgia semasa jalan-jalan Istanbul 2016, di celah-celah jalan ni aku lalu nak ke Masjid Biru dan station tram Sultan Ahmet. Depan restoran tempat nak lunch ni pun banyak kali gak lalu lalang tapi tak pernah singgah.





Buhara 93 Restaurant

1st day in Istanbul and 1st restoran singgah for lunch
dari kiri, Hj Hishamusin, Hj Zulkefli dan Hj Rahim dengan wife masing-masing..
Shidah and Geng Quota My Exploria
Walaupun belum mandi tetap ceria... hehe

Selepas lunch, kami semua dibawa ke Masjid Biru untuk solat jamak. Dalam 150 meter jarak dari restoran. On the way tu singgah sat kat satu monumen bersejarah zaman Kaisar Rom yang terletak di sebelah Masjid Biru. Ojay terangkan serba sikit pasal monumen ni dan kalau nak version dalam bahasa melayu boleh baca kat blog ni. 


Walled Obelisk

Ojay dan muncungnya...


Anak sedara sepupu Raha & Hubby dia Hj Razak
Sempat beli jagung
tempat nak bergambo pakaian sultan dan sultanah turki..


The Blue Mosque

Setibanya di perkarangan Masjid Biru kami diberi masa 1/2 jam je untuk solat. Biasalah kan, sebelum solat kita bergambo dulu. 


Wife Dr Ehram dan jagung yang baru dibeli tadi..
Ameen


Lepas solat sambung bergambo lagi...




view dari google maps lokasi tempat bas berhenti di Buta Tour, Buhara Restoran dan Masjid Biru..

Ada beberapa sudut di dalam dan luar Masjid Biru tengah renovate. Jadi nak bergambo kene pilih sudut yang tak berapa nampak tempat-tempat kena renovate. Namun masih nampak especially kat kubah.  

Selepas semua ahli kembara selesai solat dan berkumpul semula untuk gerak balik ke bas. On the way tu sempat lah snap gambo background Hagia Sofia. Begambo pon mane yang sempat sebab masa ni masa agak mencemburui kerana dah out of schedule. Kena gerak ke Ankara dan mesti sampai kat sana sebelum pukul 9 malam. Sekarang dah pukul 3 lebih.


Hj Hishamudin and Hagia Sofia
nice view of  Hagia Sofia

Istanbul - Ankara, 452 km

Selepas semua sudah berada dalam bas, perjalanan diteruskan ke Angkara yang jaraknya lebih kurang 452km dari Istanbul dan lebih kurang 6 jam perjalanan. Target tiba di sana sebelum pukul 9 malam. Tapi macam tak sempat sebab sekarang dah dekat pukul 4 petang.




Dalam perjalanan bas kami kena tahan polis trafik dan disaman kerana melebihi had laju. Polis trafik tahan bas tak payah pakai speed detector. Cuma tahan dan bawa turun perakam had laju yang ada dalam bas. Lepas tu check kat alat pengesan dan boleh tahu graf kelajuan. Kat Malaysia takde lagi pakai sistem macam ni. Benda macam ni patut negara kita kena ikut untuk kurang kemalangan bas.

Selepas kena saman, drebar bas tak berani bawak laju lagi dan bawak ikut kelajuan yang ditetapkan di highway iaitu 90kmj sahaja. Dan, aku dengo Ojay dah inform manager hotel bagi tau kami akan lambat sampai dan suruh simpan makanan dinner untuk kami.

Drebar bas tengah kena saman..

Alhamdulillah, kami tiba di Ankara kira-kira pukul 10.30 malam. Selapas ambil kunci bilik kemudian dinner lepas tu masuk bilik. Aku sebilik dengan Ameen.

Jika dikira dari Hari Travel pada 16 Apr pukul 8 pagi hingga hari tiba di Ankara pada malam 17 Apr 2019(waktu malaysia ialah 3.30 am, 18 Apr). Total perjalanan dari JB hingga Angkara ialah, 43 jam. Fuh! dekat 2 hari tak mandi... hehe..

Ok, dengo cete cuaca kat Ankara lebih sejuk dari Istanbul? Nak tau sejuk ke tak kena tunggu post akan datang pada Hari ke-2... Sekian dan jumpa lagi pada post akan datang...
http://azhartravelog.blogspot.com/2019/06/kembara-turki-2019-ankara-salt-lake.html