Sunday 7 April 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 11 & Hari 12

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-11 ~ 31 Oct 2018

Sekejap je masa berlalu dan hari ini 2nd last day kembara. Jalan-jalan hari ini masih dalam bandar Paris dan kami plan nak pegi La Valle Village. Plan asal sepatutnya ke Disneyland tapi selepas mendapat maklumat minggu ini merupakan cuti sekolah di France dan yang sewaktu dengannya. Jadi aku batalkan niat nak masuk ke Disneyland dengan sebab pasti ramai orang kat situ. Bila dah ramai tau-tau ajelah kalau nak main game nanti kena beratur dan mungkin berejam tunggu. Rugi je bayo mahai-mahai tapi tak dapat main pape.

Kak Nur nasi ayam paris pon ada bagi tau customer dia cerita lebih baik jangan masuk Disneyland time Europe tengah cuti sekolah. Dia kata akan ramai giler manusia kat dalam tu. Jadi, aku pun cakap kat Insyirah tak jadi ke Disneyland tapi ayah akan bawak jugak ke situ cuma tak masuk dalam. Disneyland dengan La Valle dekat je dalam 2km.

Pagi ni selepas sarapan dan bersiap apa yang patut, kami pun bergeraklah ke sana yang jaraknya dari pusat bandar lebih kurang 46km.




Disneyland Paris

Sebelum ke La Valle Village kami ke sini dulu. Setibanya di kawasan Disneyland memey nampak ramai budak-budak sekolah tengah beratur nak masuk.

Niat hati nak bergambo kat pintu masuk Disneyland Paris tapi pusing-pusing cari parking tak jumpa. Nak parking tepi jalan takut kena saman pulak. Parking tengah jalan lagi la tak boleh kang kena langgar.

Aku pun amek keputusan tinggalkan kawasan Disneyland sambil cakap kat Insyirah,

Ayah ~ "sampai sini je ayah boleh bawak, janji sampai ye"
Insyirah ~ "takpe ayah, nanti datang lagi ye"
Ayah ~ "hmmm... errrr....sambil senyum kambing" .....hmmmm.... nanti bila tu?

Kesian juga aku kat Insyirah. Dari awal plan nak pegi Paris dia memey nak sangat pegi Disneyland. Masa pegi Jepun 2014 pun tak dapat nak luangkan masa masuk Disneyland sebab masa terhad.

Sebenarnya aku ni tak berapa layan sangat masuk themepark-themepark especially time jalan-jalan kat oversea. Sebab bila travel masa jadi terhad dan kalau nak layan themepark ni setengah hari tak cukup. At least kena 1 hari. Legoland yang kat JB tu pun baru sekali aku jejakkan kaki. USS kat Singapore pun tak pernah pegi. Budak-budak macam Insyirah je yang suka layan themepark. Tapi sekali sekala kena layankan gak budak-budak ni kalau ada masa.


46km dari guesthotel ke Disneyland Paris


La Valle Village

Dekat je La Valle Village dari Disneyland. Masa aku sampai baru je bukak outlet ni. Parking banyak kosong dan dapatlah pilih parking dekat dengan pintu masuk.



Kat La Valle ni aku takde plan nak beli apa-apa. Cuma wife aku nak window shopping dan kalau berkenan baru beli. Pada pengamatan aku compare dengan JPO besar lagi yang kat JB tu. Kat JPO outlet-outlet ada 2 tingkat dan kat sini lebih kepada kedai open concept macam style bazar tapi ekslusif. Jalan dari hujung ke hujung dalam setengah jam dah cover kalau keluar masuk kedai sekejap-sekejap.








Juara Lama... Singgah je.... tak beli...



Jalan punya jalan terjumpa gerai jual crepe. Perut pun ada sikit rasa lapar. Aku tengok simple je buat crepe ni macam buat apam balik. Cuma sapu dengan nutella kemudian gulung. Dalam sejuk-sejuk dapat makan crepe panas-panas memey sedap. 


lempeng crepe sapu nutella..
Boleh makan balut mcm kebab atau dalam pinggan kertas..

Selepas crepe yang panas-panas tu habis masuk dalam perut aku, perjalanan meround dalam La Valle diteruskan. Wife aku selepas makan crepe baru terfikir nak beli kasut menggantikan kasut winter dia yang dah koyak masa beli kat Jepun 2014. Kasut tu dia tinggalkan kat Campsite Jungrau Swiss.

Jalan punya jalan keluar masuk kedai akhirnya kedai yang ke berapa entah barulah wife aku berkenan dengan satu kasut tu dan beli. Jangan salah sangka bukan kedai kat gambar bawah ni. Kedai Jimmy Choo ni semua kasut dia level-level orang kaya atau artis je beli. Paling murah harga kasut kat situ ialah rm2000. Hmmm... tak mampu den...



Tengok je...

Sebelum gerak ke destinasi seterusnya singgah restoren kebab yang letaknya tak jauh dari La Valle Village. Kalau dah pegi restoren kebab sure makan kebab. Yup, memey kat situ main menu dia kebab. Apa rasa kebab tu? Ok lah janji dapat alas perut untuk 2-3 jam lagi...



1 set ni dekat rm35 hinggit ko rase?


Le Parc des Princes - Home Stadium Paris Saint-Germain F.C.

Selepas lunch kebab kat restoren kebab kami langsung ke Stadium bola kepunyaam team PSG. Lokasi stadium ni kat area bandar Paris dan tak jauh dari guesthotel kami.



Team PSG ni ibarat Man City kat EPL dan ada juga yang cakap team negeri aku JDT macam PSG gak sejak TMJ pegang. Maksud macam tu sebab beli player terbaik dan bagi gaji pun baik. Kat JDT bukan setakat beli player baik je, juga naik taraf semua infrastruktur seperti stadium, tempat training dan lain-lain.

Ok balik semula cete pasal PSG. Revolusi belanja besar-besaran bermula pada tahun 2012. Masa tu Ibrahimovic antara player ternama yang dibeli. Transformasi PSG dari team biasa-biasa sebelum 2012 kini antara kuasa baru kelab Eropah sebaris dengan Barcelona. Real Madrid dan LIverpool. Maknanya, PSG dulu bukanlah macam sekarang. Dulu tak dikenali sekarang disegani..

La ni Ibrahimovic dah berhijrah ke kelab kat Amerika dan ganti pula player macam Neymar, Mbppe dan Cavani. Neymar masa PSG beli dari Barcelona adalah player termahal di dunia. Tambah pula Mbppe player muda sensasi dan paling mahal di dunia sejak bantu Perancis menjadi juara piala dunia tahun lepas, 2018.

Namun begitu sehebat manapun PSG, tapi kalah juga dengan Liverpool 3-2 masa 1st leg UCL kat Anfield. Maknanya team aku Liverpool pun power gak walau tak punya player mahal-mahal. Cukuplah ada Mo Salah, Mane, Firminho, Virgil, Allison, Robertson dll yang la ni sedang gayat di takhta Liga EPL.








Sekejap je singgah di Stadium PSG cuma ambil gambar kat luar stadium je. Lagipun cuaca tak berapa mengizinkan kerana hujan jadi tak dapat nak jalan-jalan keliling stadium dan singgah PSG shop. Ingatkan kalau dapat pegi PSG shop nak beli mafla PSG untuk kenang-kenangan. Tapi apakan daya....

Keberadaan di Stadium PSG bermakna lokasi terakhir jalan-jalan Paris dalam siri kembara kali ni. Esok kami akan kembali semula ke tanah air yang ditinggalkan sejak 12 hari lalu. Walaupun masih awal petang, dari stadium terus balik semula ke guesthotel untuk berkemas sebab esok dah nak balik.




Hari ke-12 ~ 1 Nov 2018

Pejam celik sekejap je masa berlalu dan hari untuk kembali ke tanah air sudah tiba. Kerinduan pada rumah dan semua yang berada di sana sudah mula terasa. Namun bila teringat kena kembali bekerja setelah cuti panjang rasa macam tak nak balik pulak...hmmmmm.. Jangan buat hal Azhar... kerja tu lah modal untuk ko dan keluarga pergi cuti-cuti. Kalau takde modal camne nak pegi cuti? betul tak? haha... sendiri cakap sendiri jawab... hehe... ok.. ok.. kena balik...




Selamat tinggal mesin basuh & dryer..

Selamat Tinggal Chatihotes!
kunci bilik tinggal kat sini...

Flight balik kami ialah pada pukul 2.25 petang. Jadi tak perlu nak gerak awal pagi sangat. Aku bajet paling lewat dalam pukul 11 pagi dah ada kat airport untuk pulang kereta sewa dan check in.


Lengang...

Charles de Gaulle Airport



Pagi yang tenang, cuaca yang cerah dan jalan raya yang lengang. Setengah jam je perjalanan dan kami semua sudah berada di airport. Singgah dulu kat terminal Hertz untuk pulang kereta.



Setel...


Sekejap je urusan pulang kereta selesai. Pasal calar balar masa tergesel kat Geneva pada Hari Ke-2 semua setel tak perlu bayar apa-apa sebab dah full insured. 

Waktu pun masih awal lagi untuk check-in sebab gate belum bukak. Sementara menunggu lepak-lepak dulu layan apa yang patut. 


check-in gate tak bukak lagi...
ok.. dah boleh check-in..

Selesai check-in, urusan imigresen, akhirnya kami sudah berada dalam ruang terminal boarding. Ada lebih kurang 2 jam lagi waktu menunggu untuk masuk flight. 

Menariknya tentang CDG Airport ni kalau tunggu lama-lama pun tak boring sangat sebab ada space untuk arked game dan juga boleh main PS4. Bukan budak-budak je boleh layan, orang tak berapa tua macam aku pun boleh. PS4 sempat gak layan 2-3 game dengan Insyirah. Kena lauk je anak aku. Game Fifa ni memey feberet aku sejak dari Fifa 96 lagi. Tapi lama dah tak layan sebab takde masa.

Lepas main PS4 teman Insyirah pulak nak main game kat arked.




Space for Arcade Game

macarone... bukan makaroni tau..
 


Dah start engine ke belum tuu?
Dugong Emirates A380

Jom balik!



Selepas 14 jam perjalanan dengan Emirates dari Paris transit kat Dubai kemudian sambung perjalanan dan tiba di KLIA pada pukul 2.35 petang, 2 Nov 2019.

Dari KLIA sambung lagi perjalanan dengan memandu balik ke JB. Tiba di JB waktu dah malam terus singgah Restoran Tomyam Kelapa Muda. Rindu dah nak pekena mee hoon tomyam dan teh-O kosong.




Alhamdulillah, bila selamat sampai di JB semula bermakna tamatlah kisah kembara aku dan keluarga selama 13 hari 11 malam. Bermacam pengalaman dan kenangan dikutip sepanjang perjalanan merentas 3 negara dengan jarak lebih 2 ribu km. Ada yang manis juga yang pahit namun semua itu adalah ibrah untuk aku memahami apa itu makna pengembaraan tanpa tour guide.

Pengalaman dan Kenangan

Pastinya pengalaman yang paling aku takkan lupa pada Hari ke-2 di Geneva. Nak tau apa kisahnya boleh baca kisah di post ini, https://azhartravelog.blogspot.com/2018/12/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss_23.html

Lain-lain pengalaman banyak yang indah-indah belaka terutama bila memandu di kawasan banjaran Alps dari Perancis ke Italy kemudian Italy ke Swiss. Subhanallah! memang-memang sangat menakjubkan alam ciptaan Allah SWT. Ini antaranya,
https://azhartravelog.blogspot.com/2019/01/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss_27.html

Ada juga tempat/bandar yang tiada dalam plan asal tapi aku nak sangat pegi akhirnya berjaya juga sampai. Bandar itu ialah Venice. Bagi aku peluang ke Venice umpama mimpi jadi kenyataan. Kisah tentang jalan-jalan ke Venice boleh baca klik kat link ini,
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/12/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss_30.html

Ada satu bandar yang aku tak pernah dengar tapi aku jumpa dalam maps.google semasa cari info pasal Stelvio Pass. Akhirnya aku ambil keputusan untuk bermalam di situ. Bandar itu ialah Bormio yang terletak di utara Italy hampir dengan sempadan Switzerland. Lagi satu yang best pasal Bormio ialah Guesthotel tempat aku menginap paling best dan terbaik. Paling terbaik dari yang lain tapi dok 1 malam je... huhu...  Nak baca pasal Bormio dan Stelvio Pass kat link ini,
https://azhartravelog.blogspot.com/2019/01/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html

Penutup

Berbanding kembara sebelum ni dengan kawan-kawan, kali ni agak istimewa sebab mengembara dengan family 3 beranak je. Semua perancangan aku buat sendiri dari start merancang tarikh, beli tiket flight, susun iternari, booking hotel dan booking kereta sewa. Bagi aku semua tu takde masalah sebab kembara sebelum-sebelum ini dengan kawan-kawan kebanyakkannya aku yang merancang. Jadi kalau sesiapa yang nak mintak nasihat mengembara macam aku boleh PM tepi. Jangan risau tiada bayaran dikenakan. Cuma nak kongsi pengalaman dan mana tau ada amal jariah di situ. Amin.

Oklah, sekian saja coretan kembara kali ni.
Semoga berjumpa lagi pada coretan kembara akan datang, InshaaAllah....

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1

No comments: