Sunday 13 January 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 5

Assalamualaikum wbt.

Selepas ke Venice semalam, perjalanan hari ini ke Bormio pula.

Bormio?
Kat mana tu?
Tak pernah dengar nama tempat tu?

Samalah. Aku pun tak pernah dengar sebelum ni. Tapi selepas memMapsGoogle sebab nak tau kat mana lokasi Stelvio Pass, lalu terjumpa bandar ni yang terletak di kawasan pergunungan. Rupanya bandar ni ada tarikan tersendiri yang ramai tak tau. Aku pun baru tau. Kalau nak tau kena baca post ni sampai habis.

Tentang Stelvio Pass, pun korang kena baca sampai habis sebab kenapa aku nak ke situ.


Hari ke-5 ~ 25 Oct 2018

Sebelum gerak ke Bormio kami singgah dulu bandar Verona.

Ada apa kat Verona?

Macam-macam ada. Antaranya,


Verona Arena

Verona Arena ialah sebuah Colloseum yang macam kat Rome tu. Merupakan monumen bersejarah zaman Rom. Cuma yang kat Verona ni saiz dia kecik sikit.

Binaan Colloseum ni lebih kurang macam stadium bola sepak tapi hakikat sebenar stadium bola yang tiru rekabentuk Colloseum.

Jika Colloseum kat Rome yang tersenarai dalam 7 Keajaiban Dunia boleh muat hingga 60-80k penonton. Kat Verona rasanya tak lebih 40k.

Fungsi Colloseum pada zaman Rom dulu selain untuk pertunjukkan juga tempat untuk laksanakan hukuman mati melalui pertarungan antara tahanan dengan binatang. Sape yang hidup dialah pemenang.

Oleh kerana keberadaan Verona Arena maka Verona digelar sebagai The Little Rome. Jadi, tak yah sedih-sedih kalau tak dapat pegi Rome, dapat pegi Verona pon dah ok. Lebih kurang je bentuk Colloseum kat Verona dengan kat Rome.







Colloseum di Verona cuma kurang 1 tingkat je dari yang kat Rome...  







Casa di Giulietta (Rumah Juliet)

Tak jauh je dari Verona Arena. Cuma kena jalan kaki dalam 250 meter. Saje je nak ke situ sebab nak tengok sendiri apa yang menarik sangat pasal rumah tu. Alang-alang dah sampai Verona kan.

Rasanya ramai yang tau kisah cinta terhalang Romeo and Juliet. Merupakan karya sasterawan barat William Shakespeare dan mengambil Verona sebagai latar belakang cerita. Bagi kita orang Islam takde moral yang baik pun kisah Romeo dan Juliet. Banyak yang bercanggah dengan akidah Islam terutama bab bunuh diri kerana cinta. Nauzubillah...


Rumah Juliet belok kanan



Dari Verona Arena kena jalan kat celah-celah bangunan ikut petunjuk arah ke rumah Juliet. Jalan kaki ke rumah Julet tak terasa jauh sebab di kiri kanan terdapat kedai-kedai menjual pakaian juga barangan lain seperti kasut, beg, jam dan lain-lain. 


Jalan masuk ke rumah Juliet
Patung Juliet dan sebelah kanan ialah rumah Juliet
tu dia balkoni tempat Romeo bertemu Juliet
depan rumah ada kedai jual benda alah nii...
nota cinta untuk untuk Juliet... Juliet entah ada ke tak? sape nak baca?
kunci cinta pun ada...


Piazza delle Erbe Verona

Dari rumah Juliet kami singgah ke dataran paling popular di Verona. Tak jauh dalam 100 meter je.

Di dataran Piazza terdapat gerai-gerai menjual pelbagai barangan seperti baju dan sourvenir juga ada jual buah-buahan potong yang diletakkan dalam bekas plastik.







meleleq ayaq lioq tengok buah-buah ni... dekat rm15 bai...


Nak beli sourvenir kat sini..

Park keta kat area sini..
3D view kedudukan Verona Arena, Rumah Juliet dan Piazza del Signori.. park kereta kat area belah kanan Arena..
3 jam setengah Verona ke Bormio...




Verona - Bormio (239km)

Lebih 2 jam juga kami habiskan masa di Verona Arena, Rumah Juliet dan Piazza. Destinasi seterusnya ke Bormio dan perjalananan ambil masa dalam 3-4 jam. Masa kami nak gerak waktu tu dah pukul 11 lebih. So, dijangka tiba di Bormio dalam pukul 3 lebih.








Sebahagian besar perjalanan dari Verona ke Bormio melalui jalanraya merentasi gunung ganang juga laluan tepi tasik. Di setiap kawasan tepi tasik kelihatan ada kampung atau bandar. 

Kenderaan juga tak berapa banyak jadi tidak melambatkan perjalanan kami. Kami tiba di Bormio seperti yang dijangka dalam pukul 3 lebih.


sikit lagi nak tiba Bormio
Bormio... kami datang...
Pekan Bormio
Pekan Bormio dikelilingi gunung ganang


Bormio

Seperti Verona, pada mulanya bandar Bormio ni tiada dalam perancangan asal untuk singgah bermalam tetapi disebabkan lokasi bandar ini tak jauh dari Stelvio Pass jadi aku decide nak stay 1 malam di situ. Lagi pun bila dah kira-kira jarak nak travel direct dari Verona terus ke Jungfrau di Switzerland agak jauh lebih 500km.

Keputusan aku untuk jadikan Bormio sebagai salah satu lokasi persinggahan memang sangat tepat dan berbaloi kerana banyak yang menarik tentang Bormio walaupun sebelum ni tak pernah dengar nama bandar tu.

Antara yang menarik pasal Bormio tak jauh dari Stelvio Pass. Juga tempat tumpuan main Ski pada musim winter.

Bandar Bormio ni tak besar tapi dikelilingi gunung ganang yang saujana memandang. Untuk mereka yang suka nature dan hiking memey sesuai datang Bormio.


Welcome to Bormio..



view depan guesthouse... Subhanallah! Cantik!

Sebaik tiba di Bormio. Subhanallah! Cantik tempat ni persis kat Swiss.

Di tambah lagi guesthouse yang aku book juga terbaik. Compare dengan 1st guesthouse kat Avian Les Bains dan Verona, setakat ni kat Bormio paling best. Best sebab view di hadapan guesthouse kami sangat indah dan saujana mata memandang. Namun, ada yang tak best... yang tak best sebab kami cuma dok sini 1 malam je...huhu...


Gunung ganang belakang tu kalo musim winter sure penuh salji..


kat balkoni guesthouse... bapak cantik view..


Best House, Bormio

Memey terbaik guesthouse ni. Aku main terjah je book berdasarkan rating 9 kat booking.com. Bila dah sampai sini rasa menyesal plak book 1 malam je.. huhu...



guesthouse yang aku book ni sesuai untuk 3-4 orang. Lengkap semua ada siap dapur, 1 bilik & 1 hall.






Bilik owner guesthouse kat atas.. bawah ada 2 family room dan bawah lagi ada 4 bilik lagi...


jom ngopi dulu..



Selepas check-in dan lunch kami ke Stelvio Pass pula.


Stelvio Pass

Kerana nak pegi tempat ni telah bawa kami ke Bormio.

Apa tu Stelvio Pass?

Ialah jalan berliku cross gunung antara yang tertinggi di kawasan pergunung Alps. Puncak paling tinggi di Stelvio Pass ialah 2757 meter dari paras laut. Laluan sepanjang 75km Stelvio Pass bukan saja berliku juga sangat indah pemandangannya.

So, aku nak ke situ sebab nak rasa sendiri pengalaman drive di Stelvio Pass terutama di puncak paling tinggi. Aku cuma layan jarak dari Bormio ke puncak je iaitu dalam 24km je. Itupun dah buat wife aku rase gerun... hehe..







belakang sana tu laluan yang lagi berliku dengan 180 darjah selekoh... laluan sana tu boleh ke Switzerland..

Ais beku kat puncak Stelvio  Pass
Pokok takleh idup kat sini... rumput2 je ada..
ni sikit je... lalu menurun hala ke Swiss lagi banyak selekoh..


Jalan paling tinggi Stelvio Pass... 2757 meter dari paras laut






larat dia kayuh sampai atas...





Pengalaman dapat drive sesuku laluan di Stelvio Pass pasti takkan dilupakan. Satu pengalaman baru bila dapat drive hingga ke laluan puncak tertinggi lebih 2000 meter. Mula-mula memang risau takut keta ada masalah tapi akhirnya Alhamdulillah semua dipermudahkan dan syukur dapar lihat kebesaran Allah yang sangat indah di depan mata.

Sekian untuk kisah perjalanan kembara hari ini dari Verona ke Bormio kemudian ke Stelvio Pass. Tempat baru, pengalaman baru dan kisah seterusnya bersambung pada Hari ke-6...
https://azhartravelog.blogspot.com/2019/01/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss_27.html

Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1

No comments: