Sunday 23 December 2018

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 3

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak pada post yang lepas Hari ke 2 kawe ada cerita pasal tak jadi nak ke United Nations Park? Alasan sebenar bukan sebab susah cari parking tapi ada perkara lain telah berlaku.

Ceritanya, selepas jalan-jalan kat area Tasik Geneva lokasi seterusnya nak ke UN Park yang terletak kira-kira 4km je dari bandar Geneva. Kawe pun drive ke UN Park dan lalu kat depan Broken Chair untuk cari parking. Tujuan ke UN Park nak bergambo kat depan Broken Chair sambil melawat apa yang menarik kat situ.

Broken Chair kalau korang nak tau adalah kerusi gergasi tinggi 12 meter. Kerusi tu dinamakan Broken Chair sebab salah satu kakinya di designkan patah sebagai simbol penentangan terhadap lombong darat dan bom cluster sebagai peringatan kepada ahli politik dan orang lain yang melawat Geneva (google info). 


Broken Chair at UN Park, Geneva

Sesampai kat depan Broken Chair sambil drive sambil tinjau cari parking kot-kot kalau ada dekat-dekat situ. Nampaknya macam takde. So kawe drive ke depan sikit jauh dari UN Park. Semasa lalu kat jalan Avenue de la Paix ternampak deretan kereta parking kat belah kanan jalan yang berline biru. Maknanya boleh parking kat situ.

Kawe pun jalan terus dan nampak ada ruang boleh parking kat depan sebuah kereta berwarna kelabu. Ruang tu betul-betul kat depan pintu masuk pejabat UN yang mengadap station kereta api Geneva. Lalu kawe pun menghimpit ke kanan sikit untuk masuk ke ruang kosong kat depan kereta kelabu tu.

Tiba-tiba, terdengar bunyi tak berapa enak dan agak kuat juga dari sebelah kanan kereta yang telah memeranjatkan kami semua dan juga orang yang lalu-lalang kat luar. Mereka yang kat luar toleh ke arah kereta kami.

Setelah berhentikan kereta, waduh! baru kawe perasan telah tergesel dengan kereta warna kelabu tu. Wife kawe yang tadi diam tiba-tiba membebel sambil beristighfar dan tanya apa kawe dah buat? Kawe masa tu jadi panik seketika. Selepas beberapa ketika kawe tenangkan diri dan fikir apa nak buat. 

Memey masa tu agak panik dan macam-macam terlintas dalam fikiran kawe. Paling worst kawe terfikir kena saman atau kereta kena tahan polis. Kejadian pulak berlaku kat depan pejabat UN. Lagi satu kawe terbayang masa hari kat airport nak balik Malaysia tiba-tiba tak boleh balik sebab telah menggesel kereta orang. Memey macam-macam kawe terfikir dan terbayang masa tu.

Tapi lepas tarik nafas panjang-panjang dan reframing otak, kemudian baru dapat fikir apa yang sepatutnya kena buat. Benda dah berlaku, so kena hadap.

1st, pandang cermin belakang nak tengok keadaan kereta kelabu yang kawe tergesel tadi. Nampak rim cap kereta tu tertanggal dan jatuh kat tepi tayar depan sebelah kiri. Kawe pun mintak anak kawe Insyirah turun untuk pasang balik rim cap tu. Kawe pun turun sekali.

Selepas pasang balik rim cap kawe tengok kereta kelabu tu takde apa yang rosak atau kemek. Cuma ada calar sikit je kat bumper. Cuma kereta sewa kawe je agak ketara calar dari pintu depan sebelah kanan hingga ke belakang. Calar pun tak berapa serius dan boleh hilangkan dengan polish je tu. Cuma yang buat kawe terfikir ialah camne rim cap keta tu boleh tertanggal? hmmm...  

Dekat 5 minit gak kawe berdiri kat luar kereta tunggu kalau owner kereta yang kawe dah gesel datang. Tapi takde plak sesape datang. Ok tunggu lagi genapkan 10 minit, pun takde sape datang. 

Oleh kerana takde sesapa datang untuk claim kereta kelabu dia punya maka kawe pun masuk semula dalam kereta untuk beredar dari situ. Perati gak sekeliling kot-kot ada camera. Tapi tak napok plak ada camera kat area situ.

Dari niat asal nak pegi ke UN Park terpaksa cancel sebab mood jalan-jalan tiba-tiba hilang akibat inciden tadi. Dari UN Park kawe drive menuju ke balik ke guesthouse.

Untuk tenangkan hati sambil istighfar kawe cuba kontrol diri untuk terima kenyataan yang inciden telah berlaku dan pasti ada sebab musababnya. Memang kejadian tu sedikit sebanyak telah mengganggu mood cuti kembara ni. Mana tak, baru hari ke-2. Namun perjalanan kena teruskan dan paling kena ingat supaya berhati-hati dan fokus semasa memandu. Ok Azhar set dalam kepala kau tu and u can duit!


Inilah tempat kejadian.. sebelah kanan ialah pintu masuk komplek UN dan sebelah kiri tu kereta kelabu(depan kereta biru) tak tumpah sebijik macam kereta yang aku gesel? tempat yang sama kereta tu park padahal ni gambar google tahun 2014? Hmmmm.... apakah?

Itulah ceritanya kawe nak kongsi sebagai intro post Hari ke-3. Cerita ni sekadar nak kongsi risiko yang bakal korang hadapi jika pilih travel dengan sewa kereta dan bagaimana nak kontrol panik kita.

Cuma kena ingat walau hebat skill memandu tapi bila memandu di negara luar tak sama macam memandu di negara sendiri. Lebih-lebih bila kita belum familiar dengan kereta stereng belah kiri dan drive laluan belah kanan. 

Kat negara macam Eropah undang-undang jalanraya kat sana sangat ketat dan bila berlaku kemalangan kos access sangat tinggi. Oleh itu, nasihat kawe kalau nak sewa kereta kena ambil full insurance. Memey mahal sket, yang penting kalau berlaku apa-apa kita tak perlu keluar duit.

Alhamdulillah, selepas kejadian gesel di UN Park perjalanan hari-hari seterusnya berjalan lancar. Walaupun ada sedikit phobia tapi kawe dapat atasinya dengan mengawal emosi supaya lebih tenang. Nasib ada basic sikit pasal teknik reframing otak.

Bagi kawe ini adalah pengajaran yang sangat berguna bagaimana kita nak mengawal situasi bila berlaku kejadian macam ini. Paling penting jangan terlalu excited sangat dan bila memandu kena fokus.


Hari ke 3 ~ 23 Oct 2018

Today route from Evian Les Bains(Perancis) - Milan - Verona

Evian Les Bains - Verona (534km)

Balik semula kisah Hari ke 3.
Setelah 2 hari bermalam di pekan Evian Les Bains dan jalan-jalan di Geneva perjalanan kembara hari ini menuju ke Italy pula. Destinasi bandar nak dituju ialah Verona dan dalam perjalanan nanti nak singgah Stadium San Siro di Milan atau orang Italy sebut Milano.

Asalnya masa buat iternary kembara dah set Milan sebagai bandar kedua untuk bermalam dan aku siap dah book guesthouse kat booking.com. Tapi atas sebab keinginan aku nak pergi ke Venice jadi aku tukar dan pilih bandar yang tak berapa jauh untuk bermalam iaitu Verona.

Lagi satu kalau nak banding dengan Milan, Verona ada tempat lebih menarik antaranya Verona Arena dan Romeo Juliet house. Kat Milan kawe cuma nak pegi Stadium San Siro iaitu home stadium untuk AC Milan yang ada sejarah dengan Liverpool pernah tewaskan masa final Eropah Cup tahun 2005. 


Evian Les Bains - Milano (339km)



Untuk perjalanan hari ini Perancis-Italy set GPS pegi Stadium San Siro dulu. Oleh kerana perjalanan hari ini agak jauh >500km jadi kena gerak pagi-pagi.


Sebelum gerap sarap dulu roti cecah sup cendawan. Roti tu baru beli semalam..

Perjalanan dari bandar Evian Les Bains kat Perancis ke Milan di Italy kena melalui jalan raya cross Banjaran Alps. Memang satu perjalanan yang sangat menarik bila dapat tengok keindahan alam di kiri kanan, depan dan atas. Jom layan gambar-gambar yang kawe kongsi kat bawah ni...







Awan di celah-celah banjaran..

Pekan koboi.. celah-celah bangunan ada jalan raya...
Berkabus lagi area sini...



Mont Blanc

Hampir dengan sempadan Italy pemandangan bertambah menarik kerana kami disajikan dengan keindahan alam di sekitar kawasan pergunungan Mont Blanc. 

Mont Blanc ialah salah satu nama puncak tertinggi di sempadan antara negara Perancis dan Italy. Nama Mont Blanc ni sangat popular bila dijenamakan dalam banyak produk mewah seperti Pen, barangan kulit, Jam dan lain-lain.

Walaupun Mont Blanc ni terletak antara negara Perancis dan Italy namun brand ni kepunyaan syarikat dari German iaitu, Montblanc International GmbH. Nak lebih maklumat pasal brand ni boleh google ya.

Seterusnya jom layan gambar-gambar... 

Tak terkira banyaknya disepanjang perjalanan keluar masuk terowong



Mont Blanc Tunnel

Oleh kerana kami dari Evian Les Bains dan laluan paling dekat nak ke Milan memey kena lalu Tunnel ni. Lalu tunnel ni kena tol bai..

Berapa hage tol? cer tengok bawah,




Tu dia sehala 44.40 euro = rm214. Mahal sebab terowong ni lalu bawah gunung Mont Blanc agaknya dan panjangnya ialah 11.6 km. 

Sebelum menuju ke terowong kami singgah di RnR di Aire De Passy-Mont Blanc untuk membuang apa yang patut.. 

Cantik view kat sekitar RnR ni boleh nampak puncak Mont Blanc. Tapi masa kat situ aku tak sure mana satu puncak Mont Blanc.


Sebelum masuk terowong singgah RnR sat...
Yang pasti ni bukan puncak Mont Blanc
Gambar kat signage tu puncak Mont Blanc... maknanya kat depan aku je tapi mengadap matahari...

Selepas singgah di RnR perjalanan diteruskan menuju ke terowong Mont Blanc. Semakin hampir dengan kawasan terowong kami disajikan dengan pemandangan di puncak banjaran yang masih bersalji.


depan ni banjaran yang terdapat puncak Mont Blanc di atasnya...





Sebelum masuk ke terowong kami kena melalui check point dimana kat situ ada pondok untuk kutip tol. Selepas bayar tol kami dibekalkan dengan maklumat dan peraturan untuk memandu di dalam terowong Mont Blanc. 

Peraturannya kena pastikan jarak antara kenderaan lebih kurang 50-60 meter dengan speed limit 70kmj. Kena ikut peraturan untuk keselamatan. Terowong Mont Blanc ni pernah banyak kali kenderaan terutama lori terbakar dan kejadian paling teruk berlaku pada tahun 1999 sebuah lori telah terbakar dan mengakibatkan 39 orang mati.

Sikit lagi sampai check point masuk terowong iaitu di Chamonix
Check point sebelum masuk ke laluan Terowong Mont Blanc..ni tengah tunggu giliran utk bayar tol dan masuk dalam terowong

Dalam terowong Mont Blank.. kena ikut speed limit dan pastikan jarak selamat yang ditetapkan
11.6km panjang...

Sebaik keluar dari terowong, "Benvenuto in Italia"(Welcome to Italy). 

Ya, sekarang kami sudah berada di Italy. Bagi aku ni negara ke-24 dalam senarai negara-negara pernah datang. Bagi wife aku negara ke-14 dan anak aku ke-13.



view from banjaran Mont Blanc belah Italy


Aosta dalam Italy maksudnya exit





Stadium San Siro, Milan

Setelah menempuh perjalanan berjam-jam, finally kami tiba di bandar Milan dan seterusnya singgah ke Stadium San Siro. Just singgah untuk ambil gambar je menandakan kami pernah singgah di Milan.

Stadium ni untuk pengetahuan korang milik 2 pasukan iaitu AC Milan dan Inter Milan. 

AC Milan seperti yang aku dah sebut kat atas ada sejarah dengan team kesayangan aku Liverpool. 2 kali dalam masa 3 tahun pada 2005 dan 2007 bertemu dalam final Eropah Champion League. 

Final 2005 paling diingati kerana walaupun Liverpool telah ketinggalan pada separuh masa pertama dengan 3-0 akhirnya Liverpool bangkit pada masa kedua menyamakan kedudukan jadi 3-3 kemudian menang sepakan penalti seterusnya menjadi juara buat kali ke-5. Final paling dramatik kerana Liverpool buat comeback.

Di Milan aku cuma nak ke Stadium San Siro je. Di Milan ada tempat menarik lain tapi masa macam tak cukup untuk singgah sebab aku nak tiba di Verona sebelum waktu Maghrib.




JDT @ San Siro






Milan - Verona (182km)

Selesai di Stadium San Siro perjalanan seterusnya ke Verona untuk berdua-malam di Villa Vivianella. Dari Milan ke Verona nak cepat kena lalu highway bertol.


Route map Milan - Verona > 182km 
menarik design atas jambatan apa nama entah..

Villa Vivianella

Alhamdulillah, kami tiba di guesthouse kami di Verona lebih kurang pukul 5.30 petang.

view bandar Verona dari Villa
here we are at Villa Vivianella

Sepatutnya kami boleh tiba lebih awal tapi memandangkan lokasi villa agak tersorok di celah bukit dan kena lalu laluan special untuk sampai ke situ. GPS pulak agak bangang sikit masa tu tak jumpa jalan masuk. Asyik terlepas simpang jalan masuk ke villa. Bila dah terlepas kena pusing balik 1 round dekat 5-6km gak sebab laluan ke situ one way.

At last untuk round ke-3 aku redah je masuk satu lorong yang muat-muat 1 kereta je boleh lalu dan bersemak di kiri kanan (tak sempat snap gambar sebab tengah fokus cari jalan ke villa).

Finally dalam konfiden tak konfiden lalu lorong tu akhirnya jumpa juga pagar besar nak masuk ke villa. Nak melepasi pagar besar tu kena intercom dulu. Fuh! payoh gak nak masuk. Itulah, lain padang lain belalang. Lain lubuk lain ikan. Lain tempat, lain cara nak check in guesthousenya. Pengalaman pertama tidur di Italy.

Paling penting dah selamat sampai selepas 9 jam perjalanan dari pekan Evian Les Bains di Perancis ke bandar Verona di Italy. Satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga kembara dari Perancis ke Italy selepas inciden semalam di Geneva. Pengalaman semalam buat aku lebih yakin untuk menempuh perjalanan seterusnya disamping berhati-hati di jalan raya.

Sekian untuk kisah Hari ke-3 dan bersambung akan bersambung pada post Hari ke-4 jalan-jalan ke Venice... inshaaAllah..

Post Hari ke-4
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/12/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss_30.html

Post terdahulu,

Hari Travel & Hari 1
Hari ke-2

No comments: