Sunday 30 December 2018

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 4

Assalamualaikum wbt.

Hari ke 4 ~ 24 Oct 2018, Jalan Jalan Venice

Villa Vivianella

Sebelum Jalan-Jalan Venice kita jalan-jalan sekitar villa dulu.

Villa ni aku book melalui www.booking.com dan paling murah dari guesthouse yang lain. Murah mungkin sebab Verona bukan antara destinasi popular di Italy seperti Venice, Florence atau Rome. Harga satu malam RM275 je dan aku book 2 malam.

Pendapat aku tentang villa ni sangat cantik dan menarik dan ada ciri-ciri rekabentuk rumah tradisi Italy. Villa ni terletak di celah lereng bukit. Waktu malam kalau lepak kat balkoni boleh nampak cahaya lampu dari bandar. Untuk mereka yang suka ketenangan dan kesunyian memang sesuai ada rumah macam ni.


view from balkoni villa.. owner villa cakap view ni mengadap ke Venice... yang banyak lampu tu part of bandar Verona...

Aku tak pasti villa ni asalnya sebuah rumah atau dibina semata untuk dijadikan guesthouse. Bilik yang aku sewa ada 2 tingkat. Tingkat bawah ada hall dan dapur serta katil size queen yang dipisahkan dengan tirai. Di tingkat atas pula ialah bilik dan juga bilik air. Bilik air betul-betul terletak di atas dapur. Bilik yang aku book ni sesuai untuk 3-4 orang.

Pada aku oklah villa ni, cumanya yang tak berapa best tilam katil aku melendut sket dan boleh sakit pinggang kalau tido kat tengah-tengah. Jadi nak selesa kawe kena tido kat tepi katil. Pasal tilam ni  je lah yang kureng pasal villa ni. Lain-lain ok.


dari katil mengadap ke hall dan dapur
atas dapur ialah bilik air.. kalau mandi air melimpah bole menitik sampai kat bawah..
depan pintu bilik kawe... 


Bilik guesthouse kawe tingkat bawah dan atas..




Nak keluar masuk dari villa ni aku dibekalkan dengan remote untuk bukak pagar besar kat depan sana kat jalan masuk ke villa. Ni pun ada cete pasal remote tu. Kalau nak tau ape cer, kena baca sampai habis post ni..


Verona - Venice (119 km)

Dalam post yang lepas aku dah cerita kenapa aku pilih stay di Verona dari Milan. Sebab utama kerana lebih dekat nak ulang alik dan dalam sejam lebih je perjalanan Verona ke Venice.


Verona to Venice 119km and 1 jam 22 minute travel time

Venezia - Mestre Station

Ada berbagai cara nak ke Venice samada naik flight, bas, train atau self drive macam kami. 

Jika self drive macam kami yang stay kat Verona nak cepat ke Venice kena lalu highway bertol. Tol kalau tak silap 8 euro sehala(rm38). 

Just nak info, Venice ni terbahagi kepada 2 bahagian di seberang dan di Pulau. Lebih kurang macam Pulau Pinang lah.  

Sesampai je di Venice seberang(bandar Mestre), kami pilih parking kereta berdekatan dengan station keretapi Mestre. Boleh saja nak drive terus ke pulau tapi kami pilih nak naik train.

Dari Mestre Station nak ke Venice pulau(Station Santa Lucia) cuma 10 minit je perjalanan dan harga tiket sehala ialah Euro 1.30(rm6.25) untuk seorang. Pegi balik jadi Euro 2.60 seorang.   


Park keta kat sini... 150 meter je dari Mestre Station
View dari tempat parking kereta.. belah kiri nun kat sana tu Mestre Station
Lokasi kami park kereta dengan Mestre Station
Beli tiket train kat mesin kiosk



tiket yang dah beli kena validate sebelum naik train.. kalau tak buat nanti kene denda..

Dah beli tiket pastikan kat platform berapa nak naik. Ada banyak platform kat situ dan kalau tak sure pasal platform boleh tanya kat kauter pertanyaan.


sementara tunggu train..
Sampai sudah train...



Santa Lucia Station

Dari Mestre Station turun kat sini dan merupakan last station. Takde next station lepas ni. 

Sebaik keluar dari station dah disajikan dengan pemandangan sungai dan bangunan Chiesa di San Simeone Piccolo yang berkubah hijau serta deretan bangunan binaan klasik Italy. Memey sangat indah view di situ dan itu antara sebab kenapa kawe pilih naik train.



Lokasi Venezia Santa Lucia Station di pulau Venice 

Venice

Serba sedikit tentang Venice, ialah sebuah kawasan di lagoon yang terdiri dari 118 pulau kecil yang dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan dengan lebih 400 jambatan. Jambatan yang sangat banyak itu merupakan trade mark Venice. Kalau datang Venice tak bergambo kat jambatan memey tak sah.

Venice terkenal bukan saja ia bandar tercantik di dunia, juga kerana seni bina bangunannya dan karya seni. Sebahagian bandar ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Untuk meneruskan cerita tentang keindahan Venice ini biarlah gambar-gambar berbicara...




Nak naik gondola boleh beratur kat sini... 70-80 euro bai sorang...
Tak mampu naik gondola bergambo dengan gondola pon jadi la




Antara restoran halal di Venice


Oleh kerana kami sampai dah dekat tengahari so lunch dulu sebelum jalan-jalan. Kat Venice jangan risau tentang makanan halal. Kat sini ada beberapa restoran dan kiosk yang serve makanan halal. Jadi tak perlu bawak bekal cuma kena bawak duit euro je. Harga makanan pada aku oklah sekali makan dalam rm30-rm40 sorang siap minuman.

Tapi kalau korang ni jenis nak makan nasi je, tu kawe takleh tolong. Sebab ini negara Italy bai. Pizza ialah makanan ruji dorang. Kalau nak makan nasi jugak kenalah bawak bekal. Kang takut takde tenaga plak nak jalan-jalan kat Venice kalau tak makan nasi. Sebab sini selain naik bot atau gondola untuk jalan-jalan kena guna kaki 2 kerat korang tu lagi jimat cuma penat je lah...


Gelato... pergh! sedap giler... harga pon ok kat restoran halal ni..
zoom dekat sket... hehe..
tukang tebar pizza..
Ok la hage makanan kat restoran ni... tak melantun sangat
makan pizza lagi murah dari pasta



di depan antara restoran halal di Venice















kat sini jual sourvenir paling murah.. 60 sen euro utk sekeping fridge magnet





























































Dekat 5 jam kami habiskan masa jalan-jalan di sekitar Venice. Itupun rasanya tak sampai suku cover Venice. Masa pulak tak terasa sangat cepat berlalu kerana terlalu banyak yang indah di sini.

Celah mana korang pegi kat Venice semuanya cantik belaka. Tengoklah gambar-gambar kami yang kebanyakkan snap dari hengfong. Ada beberapa guna DSLR kawe tu pun skill amatur je. Gambar-gambar yang kawe post ni cuma sebahagian je. Kawe cuma nak habaq, Venice memey cantik. Memey layak tersenarai bandar paling cantik kat dunia.

Sebenarnya banyak aktiviti boleh buat kat Venice. Antaranya naik gondola, naik bot pusing pulau dan juga berkelah kat pantai Lido. Tapi ni untuk mereka yang duduk 3-4 hari yang ongkosnya terlebih-lebih..

Apapun untuk 5 jam berada di Venice bagi kami dah memadai. Tak sia-sia aku tukar plan dari bermalam kat Milan tukar ke Verona dan akhirnya dapat jejakkan kaki di Venice walaupun hanya setengah hari.


Tiket train balik Venezia Santa Lucia ke Venizia Mestre

Masa dah time dan masa untuk kembali semula ke Verona. Tiket balik pada pukul 4.45 petang dah siap beli masa kat Mestre Station.



Station Santa Lucia Venice
nak tanya nak naik train kat platform mane?
validate lagi untuk tiket balik
sebab 10 min je perjalanan kami diri je...
term and condition Trenitalia


Our parking kat Mestre
Bayar parking kat sini sebelum keluar
Pondok tol Venezia... on the way balik ke Verona


Kami selamat tiba di depan pagar besar nak masuk ke villa vivianella kira-kira pukul 6 petang. Nak bukak pagar tu kena pakai remote yang telah diberikan kepada kami semalam. Pagi tadi dah guna masa nak keluar dari villa. 

Masalahnya sekarang lepas balik dari Venice, remote tu boleh takda dalam kereta? 

Puas cari satu kereta sampai ke bonet tapi tetap tak jumpa remote pagar tu. Manalah ko pegi wahai remote? Padahal pagi tadi dah guna dan seingat aku lepas guna letak kat dalam kereta semula. Pelik bin Ajaib boleh hilang pulak.

Cuba cari gak kat sekitar depan pagar takut tercicir sebab masa kami nak keluar pagi tadi remote tu cuma boleh buka pagar je tapi tak boleh tutup. Kawe syak masa keluar dari kereta nak tutup pagar mungkin remote tu tercicir?  Wallahua'alam..

At last kami intercomm kat sesape yang ada kat dalam villa mintak bukak pintu pagar dan inform dia remote kami hilang. Dugaan hari ini kerana telah hilangkan remote pagar. Takpe hal kecik je tu. nanti nak setelkan dengan owner guesthouse.

Malam sebelum tido aku mesej owner guesthouse untuk setelkan pasal remote pagar yang telah hilang tu. Aku tanya berapa kena bayar? Owner jawab 20 Euro. Ok setel.

Jalan masuk ke villa dari main road... tu belum sampai kat pagar besar lagi.. 1km drive baru jumpa pago..
kedudukan pagar yang nak kene remote untuk masuk... belah kanan tu villa vivianella

Sekian kisah Hari ke-4 Jalan-Jalan ke Venice untuk kisah seterusnya Hari ke-5 bersambung post akan datang, https://azhartravelog.blogspot.com/2019/01/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html