Sunday 5 August 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 3

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-3 ~ 13 April 2018

Hari ni nak travel ke Liverpool pula setelah 2 malam ni Cardiff. Bagi aku datang Liverpool bukan kali pertama. Ini kali ke-2 dalam masa 3 tahun. Lain-lain geng seperti Asri dan Syahrul dah kali ke-3. Manakala Shahrim 1st time.

Kisah aku kali pertama datang Liverpool boleh baca kat sini, 


Kenapa ek nak datang Liverpool lagi?
Nak tau kenapa kenalah baca post terdahulu Hari Travel & Hari 1.
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/06/kembara-uk-2018-england-wales-scotland.html

Untuk Cardiff, rasa tak puas lagi nak jelajah bandar dalam negara Wales ni. Tapi apakan daya perjalanan kena teruskan ikut iternari. Memang ada beberapa tempat dalam iternari nak lawat tapi tak sempat. InshaaAllah, next time kalau ada rezeki datang Cardiff lagi.

Cardiff ke Liverpool jarak dalam 330km dan 3 jam lebih perjalanan. Hari ni kami bangun macam biasa. Lepas subuh terus berkemas dan siapkan apa yang patut.

Paling penting sebelum gerak kene sarap dulu dan sediakan bekal. Bekal tu untuk kalau dalam perjalanan nanti ada yang lapar. Kalau lapar takde nak singgah-singgah cari restoren halal. Bukan apa nanti melambatkan perjalanan dan lambat sampai ke destinasi.

Selepas sarapan dalam pukul 9 pagi kami dah gerak. Kena gerak awal sebab nak sampai kat Liverpool sebelum solat Jumaat. Kami niat nak solat Jumaat kat Liverpool Central Mosque. Dijangka waktu solat Jumaat kat sana dalam pukul 1.30 petang. Kiraan kami kalau gerak dalam pukul 9, inshaaAllah.. sempat.


kat depan Liverpool Central Mosque
Waktu solat ni ada lari sikit especially time isyak dan subuh

Cardiff - Liverpool

Perjalanan dari Cardiff ke Liverpool kebanyakkan melalui lebuhraya takde tol. Inilah keistimewaan kalau tinggal di negara UK yang pernah jadi penjajah negara kita. Cuma ada beberapa tempat je kene tol. Laluan tu ialah terowong bawah laut atau jambatan yang baru dibina. Nanti kawe cerita kat mana laluan kena tol tu.

Ada 2-3 pilihan laluan nak ke Liverpool dari Cardiff 




Kat UK ni harga minyak memey tak selaras. Bergantung kepada kawasan dan tempat. Range harga dalam 1.18-1.30 pound (rm6.50-7.20) seliter. Bapak mahal kan? Memey nampak mahal kalau kite convert. 

Tahukah anda harga keta baru seperti yang kami sewa(Vauxhall Astra) dalam 15-16k pound je. So, padanlah dengan hage minyak dan highway yang takde tol kat sana. Setakat keje kerani gaji 1500 pound kat sana belum tahap miskin lagi. Kalau gaji 3-4k dah boleh pakai Merc A/C class atau BMW 1-3 series.




tengah-tengah drive tiba kene tahan... rupanya nak repair jalan berlubang kat highway

Liverpool City

muka puas dapat drive kat Liverpool
Liverpool city

Liverpool Central Mosque

Alhamdulillah.. sempat tiba di Liverpool Central Mosque sebelum khatib naik mimbar. Ruang solat masjid ni tak berapa besar dan jemaah boleh tahan ramai juga. Nasib kami sampai agak awal, dapatlah berada dalam ruang solat. 

Khatib sedang menyampaikan khutbah @ Liverpool Central Mosque
Shahrim Shaqiri lepas solat jumaat
Selesai solat jumaat... burung-burung pun beredar dari masjid

Usai solat jumaat destinasi seterusnya cari tempat untuk lunch. Plan nak ke Nasi Lemak Liverpool tapi belum bukak lagi. Nasib baik sejalan dengan Nasi Lemak Liverpool di Lodge Lane ada beberapa restoren halal dan kami pilih Zatar Restaurant. Tak susah sebenarnya nak cari makanan halal kat Liverpool sebab sini ramai orang Islam dan sudah tentu banyak restoran halal.


Lodge Lane, Liverpool City

Zatar restoren sebelah kiri... gambo dari google maps
Logde Lane... gambo dari ip6s
the menu... menu lebanon & syria




Cheshire Oaks Designer Outlet

Selesai lunch destinasi seterusnya ke Cheshire Oaks. Outlet ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet jual barang branded pada harga berpatutan. Seperti Liverpool, ini kali ke-2 aku ke situ.

Jarak Liverpool ke Chester dalam 27km dan paling dekat kena lalu Mersey Tunnels. Memey dekat tapi kena bayar tol 1.80 pound. Takpa, yang penting cepat sampai sebab outlet atau tempat shoping kat UK ni tutup awal pukul 6 petang.




kasut skechers ni compare dengan malaysia sini memey muroh...
sebab murah Shahrim sambar sepasang

sejuk-sejuk dapat minum kopi... fuh!


Hotel Campanile Runcorn

Last destinasi, check in hotel kat Runcorn. Runcorn dengan Liverpool City jarak dalam 17km dan dipisahkan oleh Sungai Mersey. 

Mesti ada tanya kenapa tak dok hotel kat Liverpool?

Memey nak dok sana tapi masa nak booking tarikh yang kami nak semua mahal-mahal belaka. Entah apa event kat Liverpool sampai hotel/apartment/guesthouse harga mampu semua fully booked. Nak dok homestay abang Nazali, dia dah tak bisnes tu lagi. Terpaksalah booking hotel kat Runcorn sebab ni je paling murah.

Sebelum tu 2x dapat booking guesthouse dan campsite kat area Formby dengan Chester tapi kene cancel sebab aku taknak bayar deposit. Persoalannya kenapa tak charge terus dari Credit Card aku? 

Cuma Hotel kat Runcorn ni takde masalah. Bayar full masa check-in. Untuk 4 hari 3 malam x 2 bilik di sini kene bayar 458 pound. Pada aku agak mahal tapi ni je paling murah yang jumpa kat booking.com.






Sekian kisah Hari ke-3 bersambung episod seterusnya Hari ke-4.

Post terdahulu,

No comments: