Saturday, 30 June 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Travel Day & Hari 1

Assalamualaikum wbt..

Kisahnya...

Pada satu hari pada awal Dec tahun lepas, aku dengan Asri dan sorang lagi geng keje ada keje-keje luar kawasan kat Felda Adela dekat area RAPID Pengerang..

Sambil-sambil buat keje, tiba-tiba Asri bukak cete..

“Zhar! jom pegi Liverpool!"

Aku : "Ehh!! tiba-tiba ajak aku? Sucit ngan Zaidi pe cer?"

Asri : "Dorang tu tak jadi pegi plakkk"

Aku : "Laaa... bukan dua orang tu beria sangat nak pegi? siap pm aku ajak pegi tapi aku cakap tak dapek sebab ada plan lain tahun depan."

Asri : "Ko nak join tak?"

Aku : “Hurmmmmmmmmmmmmmmmm...Ok!"
Panjang kawe punya hurmmmmmm.... nasib plan aku ke Turki pada Mac 2018 dengan Geng MSI postpone ke 2019... dapatlah gi Liverpool lagi..

Start cakap Ok terus uruskan apa yang patut. 3 fan Liverpool dah confirm, tapi kene cari sorang lagi untuk genapkan 4 orang. Teringat Shahrim sebab dia juga fan Liverpool susah mati walau kalah atau pun draw. Terus call dia dan jawapannya Onz!! Alhamdulillah...

Dari plan asal Asri dengan geng sebelum ni nak tengok game Liverpool lwn Bournemouth aje dan bila aku join jadi Kembara UK 2018. Pada aku alang-alang nak pegi Liverpool jalan sekali 3 negara. Dorang follow je dengan plan aku. Lagipun UK bukan besar sangat. Lebih kurang Semenanjung Malaysia je.

dari kiri, Asri, Syahrul, Shahrim & Aku... kami Geng Keje Suka Travel aka Fan Liverpool @ Kembara UK 2018
Kembara UK 2018 - Route asal

Namun begitu dalam suka-suka nak Kembara UK, masih ada halangan yang aku dan Asri kene hadap sebelum nak cuti sama. Halangan tu ialah Boss yang nak approve cuti kitorang.

Sebabnya Aku dan Asri keje dalam department sama cuma tak sama element owner. Kalau ikutkan takde masalah nak cuti sama, tapi disebabkan satu kes pada 2016 masa tu aku dengan Asri tengah cuti seminggu pegi Krabi & round Malaysia, tiba-tiba ada problem besar dan kami berdua takde.

Balik cuti boss terus sound "korang berdua lepas ni tak boleh cuti serentak!!.. "Waduh! apa-apaan doo!" "gawat nih"

So, sebelum beli tiket flight kene slow talk dengan boss dulu ok.. agak-agak macamana kawe hadap boss nak mintak cuti ek?
.
.
.
.
.
Seminggu kemudian dalam bilik TP lepas meeting, kebetulan ada Aku, Asri dan Boss.

Boss : "Zhar! bulan 12 tak cuti ke?" Tiba-tiba boss bukak cete pasal cuti.. aha! peluang baik ni tak payah susah-susah aku & asri nak intro...

Aku : "Baru cuti Boss pegi Korea.... tahun ni cukup dah cuti... nak simpan tawun depan... ni nak habaq kat boss!!! Tahun depan.........(masa ni cakap tak tengok muka boss... buat-buat tengok laptop)....

Boss : Ok... tahun depan... apehal dengan tahun depan?

Aku : Tahun depan bulan 4 kawe nak cuti!!

Boss : Ok... cuti.... cuti pegi mane?

Aku : Cuti pegi UK bohhh dengan Asri" ..masa ni cakap sambil sengih-sengih kembang-kembang hidung... dengan harapan boss cakap Ok atau No Problem...

Boss : Haaaa? dengan Asri? kan dah cakap takleh cuti sesama...

Aku : "Ala bohhh... seminggu je boss(padahal lebih)... nak tengok bola... Liverpool punya game... kitorang die hard fan.. kemon bohh... bole laaa bohh..."

Boss : Berfikir sejenak sambil tengok laptop.... "kalau aku bagi cuti, whatsup kene jawab!"

Aku & Asri : "Don wori bohh... kawe memey jawab whatsup.. apelah sangat nak jawab whastup tuu... time tido je kami tak jawab..."

Boss : "Ok"

Alhamdulillah... walaupun boss cuma kata Ok, pada aku itu kire setel satu masalah...

Namun hakikatnya masih ada masalah gak nak cuti... sebab boss cakap aku nak cuti lama sangat.. dengan Asri pulak tuu... macam-macam permintaan dia suruh setelkan keje... sebenarnya aku dah prepare awal-awal semua keje tu untuk disetelkan...

Sebulan sebelum pegi dah apply tapi boss approve sehari sebelum fly ke London... tak kisah lah yang penting cuti approve setelah berbagai-bagai rintangan melanda... yang penting semua task yang boss suruh, aku dapat setelkan sebelum cuti panjang. Lagi satu paling best, 2 minggu sebelum travel dapat bonus.. Syukur.. Alhamdulillah...


Persiapan

1. Flight

Mula-mula plan nak naik Oman Air sebab paling murah tapi bila baca review macam tak berapa menarik. Banyak komplen sana-sini. Rangking pon teruk 40++ dari 50 Airline dunia. So, tolak Oman Air.

Pilihan lain ialah MAS, Qatar, Etihad atau Emirates. Akhirnya pilih Emirates KL-London Gatwitck dengan harga RM2517 seorang untuk return.

Kenapa bukan London Heathrow? Sebab lagi murah dan lagipun tak jauh sangat pon dari London. 


2. Iternary

Semua aku yang plan. Kali ni taknak macam Kembara Europe 2015. Kali ni nak relax-relax taknak rushing-rushing mengembara. Nak cukup rehat dan cukup makan. Taknak masa travel perut lapar. Plan at least tido 2 malam kat satu-satu tempat.

Namun ada gak plan berubah especially pada 3 hari last di London. Plan asal nak tido kat Gatwick 2 malam tapi ada perubahan itenari. Sebabnya nak ke Bicester Village kemudian jalan-jalan bandar London. Bicester terletak kat utara London, bandar London kat center, manakala Gatwick kat belah selatan. So, untuk jimatkan minyak baik tido 1 malam kat Bicester then malam last tido kat Gatwick.

Plan iternary ialah :

1. Cardiff (Wales) - 2 malam (11-13 April)
2. Liverpool (England) - 3 malam (13-16 April)
3. Edinburgh (Scotland) - 2 malam (16-18 April)
4. Bicester (England) - 1 malam (18-19 April)
5. Gatwick (England) - 1 malam (19-20 April)


3. Tiket Bola

Asri uruskan. Order melalui online untuk package hospitality. Agak mahal dari tiket biasa. Tapi lagi murah dari 2015. Lagi satu package hospitality untuk secure tiket ada. Boleh nak beli walk in yang lebih murah cuma takut tiket dah habis.


4. Sewa Kereta

Asri juga uruskan. Sewa dengan Sixt. Collect pada 11 April dan pulang pada 20 April. 2nd time sewa dengan Sixt. Nasihat aku kalau nak sewa jangan ambik 2nd driver sebab dorang akan charge daily 10 pound. Tak pasal-pasal masa pulang kereta kene extra charge. Sixt akan tanya pasal 2nd driver masa nak ambil kereta. Cakap taknak je.

5. Makanan

Bawa dari Malaysia seperti beras, pes rendang, megi, brahim, sos, kicap dan lain-lain. Pandai-pandailah bajet untuk 9 hari. Makanan ni untuk breakfast dan dinner juga untuk bekal pada hari travel sebab dalam perjalanan susah nak jumpa makanan halal.

Kalau boleh bawa rice cooker untuk mudahkan masak nasi. Bawak rice cooker saiz paling kecik yang muat dalam beg. Rice cooker paling kecik setakat masak nasi untuk 4 orang lepas dah..

Kenapa bawa rice cooker? bila kat sana baru korang akan tau betapa nikmatnya dalam sejuk-sejuk dapat makan nasi panas-panas walaupun dengan lauk kacang sambal. Kalau makan dengan rendang  daging berahim lagi lah heaven... perghhh!!


6. Penginapan

Ni semua aku yang uruskan dengan menempah kat Booking.Com . Sejak 2009 aku dah guna Booking.Com . Setakat ni aku takde masalah dengan Booking.Com sebab dengan Booking.Com aku just tempah dan bayar masa check-in. Tapi kat UK ni 4 dari 5 hotel/homestay yang aku book charge via credit card. Cuma hotel kat Liverpool je bayar cash masa check-in.


7. Travel Insurance

Perkara wajib kene ada bila pegi travel ke luar negara. Sebab kita tak tau sebarang kemungkinan yang bakal berlaku seperti tiba-tiba sakit. Bila kat sana kos hospital tak sama macam kat sini. Mahai woo!!

Jadi, sebelum hujan sediakan payung dulu ok. Payung takkan datang bergolek kalau kita tak sediakan. Abe dah pesan, jangan cakap abe tak payung..

Untuk Kembara ni aku booking dengan kawan den melalui whatsup je. Untuk 10 hari cuma bayar rm116 seorang. Ok lah dan paling penting ada perlindungan. Ingat ya! Travel Insurance ni penting tau..


8. GPS

Bawa sendiri punya sebab mahal kalau sewa. GPS ni untuk mudahkan panduan perjalanan especially nak cari tempat penginapan seperti hotel atau guesthouse. Juga untuk cari tempat-tempat menarik nak lawat. Boleh je nak guna waze tapi takkan ko nak gantung tepon ko je sepanjang masa travel. Sekali sekala boleh laa guna Waze kalau GPS ko lambat nak scan signal satelite. Nasihat abe, bawalah GPS sendiri dan download maps UK siap-siap. Jangan bawak GPS tapi bila nak pakai cuma ada peta malaysia je.. haha... serupa gakl tak bawak GPS...haru..


9. Internet

Terpulang nak beli simkad sana pon boleh atau roaming je. La ni operator talipon kat Malaysia akan bagi package roaming. Aku guna package roaming dengan Celcom dengan hage rm138 untuk 7 hari. Data 3G dan Unlimited Call & SMS. Menarik bukan?


10. Passport

Pastikan masih sah lebih 6 bulan dari tarikh travel. Kalau ngam-ngam tu baik renew dulu. Bila tiba hari travel pastikan ada sebelum ke airport. Kalau dah sampai airport tiba-tiba tengok passport tertinggal? haha... sendiri mau ingatlah...


11. Bajet

Ni terpulang kepada masing-masing. Kalau ko kaki shopping bawak lah lebih sikit. Walaupun nama ni Kembara tapi kadang-kadang rambang gak mata bila tengok sourvenir yang takkan ada kat negara sendiri. Aku bawak dalam rm6K(1000++ pound) je untuk kos minyak kereta, hotel, makan luar dan lain-lain.


Travel Day - 10 April 2018

JB-Air Hitam-Putrajaya Sentral-KLIA

Dari JB aku ngan Asri gerak kol 7.30 pagi. Singgah Air Hitam ambil Shahrim pastu sarap. Kemudian singgah RnR Seremban ngeteh dan kemudian terus ke Putrajaya Sentral. Syahrul tunggu kat KLIA.

Perjalanan dari JB ke Putrajaya drive tenang-tenang je ikut speed limit. Itu yang bagus kalau keluar awal. Tiba di Putrajaya Sentral dalam pukul 2 lebih. Solat Jamak pastu ngeteh lagi. Dalam pukul 4 petang kami dah ada kat KLIA. Flight berlepas kol 7.20 malam.

kat Boarding area Gate 56

Dubai Airport

Tiba Dubai pada pukul 10.20 malam(waktu Malaysia - 2.20 pagi). Next flight ke London pada pukul 2.45 pagi. So, transit 3 jam lebih dan sempatlah kami layan game Champion League Liverpool vs Machester City.

Mula-mula tengok kat henfon tapi line problem plak kadang-kadang buffer. Pastu baru perasan ada cafe bukak live. Layan kat situ plak sampai abis game dan Liverpool menang 2-1 walau main kat stadium Mak Siti.. haha... kami sangat gembira! Dengan ini Liverpool layak ke Semi Final UCL dengan aggregat 5-1 dan akan bertemu Roma.


My Insta Story...

Alhamdulillah mood sangat happy sebab pasukan kami Liverpool menang dan layak ke Semi Final UCL. 4 hari lagi kami akan ke Stadium Anfield pula untuk tengok Liverpool lawan Bournemouth. Confirm menang lagi... paling penting dapat tengok Mohammad Salah main kat depan mata...


Dubai airport.. 


Hari 1 - 11 April 2018

Tepat 2.45 pagi flight Emirates EK011 berlepas dan tiba di London Gatwick pada pukul 7.30 pagi. Ini kali ke-2 aku ke London. Masa 1st dulu landing kat London Heathrow. Jarak Gatwick dengan Heathrow kira-kira 60km je. Both Heathrow dan Gatwick airport kat London. Bezanya Heathrow airport paling sibuk dan Gatwick ke-2 sibuk kat UK.


London Gatwick Airport

Setibanya di London Gatwick Airport tengok cuaca pagi tu agak mendung dan kelihatan basah. Mungkin baru lepas hujan agaknya. Suhu agak sejuk dan aku pulak tak pakai jaket yang sesuai sebab malas nak bukak beg. Still boleh tahan lagi.

Airport Gatwick ada 2 terminal iaitu North dan South. Flight Emirates landing di North terminal manakala Sixt Office terletak kat South Terminal. Kedua-dua terminal agak besar dan boleh tahan jauh gak kene jalan kaki dan kemudian kene naik shuttle train dari North ke South Terminal.


view from ekor pesawat emirates airbus 380








Stamford Bridge

Selesai urusan ambil kereta sewa kami gerak ke bandar London untuk aktiviti melawat stadium dan stadium pertama lawat ialah Stamford Bridge iaitu home stadium untuk pasukan Chelsea.

Asalnya aktiviti lawat stadium takde dalam iternari. Tapi sebab ada permintaan aku masukkan jugak demi memenuhi harapan kawan-kawan. So, untuk 1st day in UK memang takde rehat. Jalan terus melawat kawasang...


Gatwick to Stamford Bridge




Jarak dari Airport Gatwick ke Stamford Bridge lebih kurang 50km dan kena masuk bandar London. Sebenarnya kalau boleh memey kami nak elak dari masuk bandar tapi untuk jimat masa maka kena redah juga. Hasilnya ialah jem dan slow moving sebab jalan raya dalam bandar London banyak traffic light. Dekat-dekat pulak tu. 5-6 km punya jarak pon amek masa 1/2 jam.

Untuk info ada 6 EPL team base kat London iaitu Chelsea, Spurs, Fulham, West Ham, Arsenal dan Crystal Palace. Plan asal nak lawat semua 6 stadium tu tapi sempat 2 je...

Selhurst Park Stadium - Cystal Palace
Craven Cottage - Fulham
Stamford Bridge - Chelsea
Emirates Stadium - Arsenal
London Stadium - West Ham
White Hart Lane - Spurs
Wembley Stadium - Team England (la ni team Spurs pakai sebab stadium dorang tengah renovate)

Sebenarnya ada lagi team-team lain yang base kat London tapi 6 team ni yang top.

Stadium-stadium team base kat Lomdon
sampai gak kat stadium team rival




sudut kenangan bekas player Chelsea Ray Wilkins yang baru meninggal dunia
masa ni 11/4/18 sebulan lagi game Chelsea dah promote next home game lawan team kawe..
time ni sejuk bak hang... 

Stadium Emirates

Kalau ikutkan taknak datang stadium ni lagi. Peristiwa hitam 3 tahun lepas masih segar dalam ingatan..

Peristiwa pe cer?
baca kat sini...http://azhartravelog.blogspot.com/2015/08/hari-ke-10-15-hari-kembara-7-negara.html


Stamford Bridge to Emirates Stadium

Di Stadium inilah henfon kawe kene ragut...
Me at Stadium Arsengal..

Stadium Wembley

Dari Stadium Emirates terus gerak ke Stadium Wembley. Stadium ni terletak di belah barat London dan merupakan stadium pasukan kebangsaan England. Di stadium ini pada tahun 1966 England telah menjadi juara Piala Dunia buat pertama kali dan sampai la ni itulah sekali. Harap Piala Dunia 2018 England boleh pegi jauh sampai final dan kalau boleh jadi juara kali ke-2.

Untuk Piala Dunia aku sokong 3 team je, England, Brazil dan.................. Malaysia lah... semoga satu hari nanti team Malaysia akan berjaya ke Piala Dunia... inshaaAllah..

Balik semula cete pasal Stadium Wembley. Teruja sebenarnya nak tengok Stadium Wembley sebab sebelum ni banyak kali dengar dan tengok kat TV je. Inilah masanya dapat melawat antara Stadium paling legend kat dunia dan pernah jadi saksi England juara Piala Dunia juga beberapa kali Liverpool julang Piala FA.

Namun, rasa teruja itu tiba-tiba jadi tertanya-tanya... awat kawasan kat Stadium Wembley ni semak sangat? Macam kat area kilang-kilang dan banyak nau kren-kren. Kecewa kawe tengok kawasang Stadium Wembley lagu tu.. macey kawasang tak siak.. kawe ingat mace kawasang stadium kat Korea.. keliling ado tamang, ado pokok-pokok... tapi.... hampeh!... Bukan aku je kecewa, Shahrim pun kecewa.

Pada kawe gah lagi Stadiung Nasional Bukit Jalil dan memey patut diiktiraf antara stadium terbaik dunia selepas anjur Sukan Sea.

2 kali pusing keliling Stadium Wembley cari tempat nak parking tapi tak jumpe. Ingatkan nak bergambo depan stadium tapi tak dapat. Hampeh lagi... kecewa gak tapi takpolah... perjalanan kene teruskan...

Destinasi seterusnya ialah Bristol City.








Bristol City

Bristol City juga tiada dalam plan asal tapi kena singgah sebab kakak sedara Asri kirim barang kat kawan dia. Lagipun sejalan nak ke Cardiff. Perjalanan dari Wembley ke Bristol City ambil masa 2 jam lebih. Masa ni kawe drive. So tak dapat nak snap gambo-gambo pemandangan sepanjang perjalanan Wembley-Bristol.




Masa tiba di Bristol City masing-masing perut dah lapo giler. Mana tak, dari pagi sampai tengahari makan biskut je. Lepas hantar barang kat kawan kakak Asri terus cari restoren halal suggest by kawan Syahrul yang pernah dok kat Bristol City.

Restoren itu ialah Lona Restaurant Grill House. Nasib ada dalam GPS nama restoren tu. Bagusnya kat situ juga ada Mussola dan dapatlah kami solat Jamak Takhir di situ.


Gambo dari Google... masa tu dah lapo telupe nak snap gambo restoren


Nasi Arab Bristol...


Selesai makan, next destinasi ialah Cardiff iaitu bandar persinggahan untuk bertiga hari 2 malam di sana...

Cardiff Bay



Hotel apartment kat sini aku book melalui booking.com. Tengok dalam web booking.com macam menarik tempat tu dekat dengan bay. 

Bila sampai sana nak cari apartment Burt Place tak semudah disangka. Dekat sejam pusing-pusing cari. Dah la masa tu petang dekat maghrib sejuk giler. Hampir putus asa dibuatnya. At last aku call owner property dia cakap soh tengok mesej kat booking.com apps. Dah lah signal internet tak berapa cun. Dapat signal 3G je dan kadang-kadang 2G sure lembab nak bukak apps. Finally dapat jugak baca mesej dia...

Dalam mesej tu dia tunjuk cara-cara nak amik kunci apartment,

1. Kunci tu dia letak kat dalam lock box di satu sudut dekat apartment. 
2. Kena cari sudut tu yang ada tertulis nama apartment kat signboard kecik. 
3. Dah jumpa then belakang signboard tu ada lock box. 
4. Dalam lock box tu ada kunci apartment. Nak bukak lock box ada kod. 
5. Kod tu dia dah share dalam mesej.

Moral of story kat UK mostly homestay apartment macam ginilah caranya nak check-in. Bagi aku ini 1st time. Bayaran dorang akan charge terus kat mastercard yang dah assign dalam booking.com. Sebelum-sebelum ni aku bayar cash kat owner property.

Jumpa Burt Place tapi tak tahu kat mana nak amek kunci.
Oh! kat sini rupanya kat belakang sign board ada lock box.
Asri sedang mengambil kunci kat lock box
Lock box... kod kene pusing-pusing baru boleh bukak box tu...
kunci dalam lock box

Alhamdulillah... finally dapat gak masuk apartment setelah bersusah-susah cari kunci dan kemudian bersenang-senang dalam apartment. Boleh tahan besar gak apartment dia dan selesa untuk 4 orang. Cuma yang tak selesa kene angkat beg naik tingkat 3.. huhu... berat woo beg...


Bilik aku dengan Shahrim... tapi Shahrim pilih tido kat hall...
Bilik Asri dan Syahrul



Hall..
Hall dan dapur..

Total route Hari 1 di UK

Sebaik je check in terus lepak. Bayangkan dekat 2 hari travel dari JB ke UK dengan total perjalanan 43 jam. Patutlah macam-macam rasa ada terutama mengantuk. Part yang ok dapat tido ikut waktu UK dan kurangkan jetlag.

Ringkasan Perjalanan :



Selesai sudah kisah Hari Travel dan Hari pertama di UK. Seterusnya kisah Hari ke-2 akan bersambung pada post akan datang....

Post a Comment