Sunday 21 January 2018

Jalan-Jalan Korea : Seoul kami datang lagi, 27-29 Nov 2017 ~ Part 6 & Last

Assalamualaikum,

Hari ke-6 : 28 Nov 2017

Hari ke-2 terakhir di Korea dan di Seoul. Bermakna hari ini sahaja dapat jalan-jalan sebab esok dah nak balik dan flight pada pagi pukul 11 am. Jadi, hari ini kalau boleh nak pegi beberapa tempat mana yang sempat.

Cuti kembara style macam ni hanya ada 1 hari penuh je untuk jalan-jalan. Hari-hari lain ialah hari perjalanan dan samada hari tiba atau hari balik akan singgah mana yang sempat.

Contoh macam semalam kat Jeju masa on the way ke airport sempat singgah 2 tempat. Kemudian tiba Seoul tengahari dan pada sebelah petang hingga malam sempat pegi 2 tempat. 

Di Seoul, tempat-tempat macam Nami Island, Everland Theme Park, Namsan Tower, Gyeongbokgung Palace, Gangnam, semua dah pegi masa 2013. So, tak payah nak pegi lagi. Plan hari ni cuma nak pegi tempat dalam area bandar je.

So, kemana kita hari ini?




Sebelum gerak ke lokasi pertama jalan-jalan kita sarap dulu kat guesthouse. Guesthouse ni sediakan sarapan kat tingkat bawah bangunan. Kat bilik pun ada pantry tapi alang-alang dah sediakan yang free kita makan kat ground floor.

Roti dan cereal ada..
Cuma kami je ada untuk sarapan
Mari goreng teloq..

kat depan kiri tu Amy.. pengurus guesthouse ni...

Guesthouse to Hongik Univ Station

On the way jalan kaki menghala ke subway station akan lalu jalan kat tepi kedai-kedai dan kemudian taman. Walaupun jarak 500 meter guesthouse-subway tak terasa jauh sangat kerana sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok kedai-kedai dan pokok-pokok yang kebanyakkannya sudah tinggal ranting.

Dalam banyak-banyak pokok kat taman berhampiran dengan subway station ada 3 pokok yang masih berdaun kuning dan merah. Menunjukkan musim autumn dah ke penghujung. Jadi, alang-alang masih ada pokok yang berdaun maka kami pun bergambo kat situ.







Aku yang bersandar di last pokok yang masih berdaun merah
Hongik Univ. Subway Station 

World Cup Stadium

1st tempat pegi ialah World Cup Station. Tempat ni takde dalam plan tapi oleh kerana tempat ni adalah stadium yang ada nilai sentimental kepada rakyat Korea yang minat bola jadi aku nak pegi. Lagipun stadium ni tak jauh sangat dan boleh pegi dengan naik train je.


Dari Hongik Univ. Station (Line 2) nak ke World Cup Stadium cuma kena tukar Line 6 kat Hapjeong je. 



  

Serba sedikit tentang Stadium ini telah menjadi saksi team bola Korea Selatan berjaya layak ke Separuh Akhir Piala Dunia pada tahun 2002. Ketika itu Korea dan Jepun adalah Tuan Rumah bersama. Ketika perlawanan di stadium ini Korea tewas 0-1 dengan German dan gagal ke Final. 

Apapun memang hebat team bola Korea Selatan dan merupakan satu-satunya pasukan dari Asia yang layak ke Separuh Akhir Piala Dunia dan mendapat tempat ke-4. Dulu-dulu team Korea ni setaraf dengan team Malaysia tapi dimanakah kedudukan team Malaysia sekarang? Kita doakan semoga satu hari nanti team bola Malaysia boleh berjaya macam pasukan Korea.

Bila dah sampai kat stadium ni baru teringat satu benda tak bawak. Mafla JDT tertinggal kat guesthouse! waduh! punyalah datang dari jauh tiba-tiba tertinggal  pulak. Terasa tidak lengkap bergambar di sini bila tiada Mafla JDT di sisi... gambar pun jadi hambar.. huhu... 

World Cup Stadium Station








ni taman kat depan stadium... ada belen-belen pokok daun merah


Namdaemun

Tempat ke-2. Antara Street Market popular kat Seoul. Macam-macam ada jual kat sini antaranya pakaian, accessories dan juga sorvenir. Tempat wajib pegi kalo pegi Seoul kerana di sini hage dia berpatutan dan kena pandai tawar menawar.

Cara nak ke sini dari World Cup Stadium(Line 6), turun di Gongdeok untuk tukar ke Line 4 dan turun di Hoehyeon. Di Station Hoehyeon kene keluar kat EXIT 5.










Hard Rock Cafe Seoul

HRC ni terletak kat dalam bangunan Lotte Mart kat Station Jamsil EXIT 10.

Dari Namdaemun(Station Hoehyeon) nak HRC(Station Jamsil) agak jauh sikit. Lebih kurang 14 station kene lalu termasuk kena Tukar Line 4 ke 2 di Dongdaemun. Dah lah jauh perjalanan tapi bila sampai kat sini tak jadi beli sebab mahal pulak harga t'shirt kat situ. Kat negara lain macam Jepun paling mahal pun rm120 tapi kat sini cecah rm150. 


Dalam plastik bukan baju HRC tapi hasil tangkapan di Namdaemun

SM Town

Dari HRC Insyirah request nak ke sini. Aku just follow dan tak tau ni tempat apa. Lagi pun tak jauh dari Jamsil Station cuma 3 station je ke Samseong. Di Samseong keluar EXIT 6.



Rupanya ini tempat artis KPOP berkumpul dan merupakan syarikat recording artist. Biasalah budak-budak yang minat artis korea mesti tau. Insyirah yang tak berapa minat KPOP pon boleh tau kewujudan tempat ni. 

Kebetulan pula masa kami sampai ternampak ramai orang especially remaja-remaja perempuan tengah berkumpul. Rupanya ada artis KPOP Korea nak datang. Kata Insyirah artis korea itu dari kumpulan EXO. Ooo... patutlah ramai... 



Berebut nak ambil keta artis tuu






Itaewon

Semalam dah pegi dan hari ni pegi lagi sebab nak makan kat sini. Itaewon antara tempat wajib pegi bagi orang muslim kerana kat sini banyak restoren halal. Juga sebab ada masjid kat sini. 

Dari SM Town(Samseong Station) nak ke Itaewon kena 2 kali tukar Line di Seoul University(Line 2 ke 3) dan Yaksu (Line 3 ke 6).











5 tempat je sempat pegi hari ni dari pagi sampai senja. Senja masa ni awal pukul 5.15 petang dah Maghrib. Jadi masa agak terhad sebab waktu siang pendek.

Selepas Itaewon kami balik semula ke guesthouse untuk berkemas sebab esok nak balik. 




Hari 7 : 29 Nov 2017

Last day in Korea dan hari balik ke tempat asal usul. 

Pagi-pagi dah bersiap kerana perlu check out dari guesthouse pukul 7 pagi dan kena berada di Airport sebelum pukul 9 kerana flight kami pada pukul 11. 

Dari Hongik ada AREX train direct ke Incheon Airport dan itu antara sebab aku pilih tinggal kat area sini kerana senang nak ke airport terutama kalau flight pagi. Jadi untuk perjalanan ke airport aku bajet paling lama sejam setengah mesti sampai. 

Selamat tinggal Sunnyhill Guesthouse!


Acara menyorong beg dari guesthouse ke Subway Station
Akan lalu balai polis


Sebaik tiba kat line AREX kira-kira 10 min train pun sampai. Naik AREX ni cuma pakai T-Money je.

Bila dah naik train ni baru perasan, rupanya AREX yang aku naik bukan express tapi singgah-singgah. Kalau AREX express dalam 30 min dah sampai tapi yang singgah-singgah ni sejam perjalanan. Ok, sempat sampai sebelum pukul 9 pagi.

Bezanya AREX express dan singgah-singgah selain masa ialah tambang. Tambang untuk AREX singgah-singgah lebih murah. 

Dah dalam AREX
Pemandangan otw ke Incheon Airport

Alhamdulillah tiba di Airport pukul 8.45. Terus ke kaunter untuk check-in. Oleh kerana Malaysia Airlines dah approve upgrade tiket balik kami dari ekonomi ke bisnes jadi tak perlu beratur panjang untuk check-in dan drop bag. 




Dalam louge sementara tunggu boarding time... makan yang boleh makan je...
Dok depan sekali.. Seat Row 1
Seat aku kat Row 7
1st menu... Satey 4 cucuk
Menu ke ke-2 roti dan scallop
Menu ke-3.. ape entah nama dia..
Last.. minum kopi sambil layan movie

Masih kat ruang udara Korea belah barat...



Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah air tercinta pada pukul 5 petang. Perjalanan dari Seoul ke KL ambil masa 6 jam 20 minit. Delay 30 minit semasa kat airport Seoul.

Selesai urusan imigresen dan ambil beg, dari KLIA terus ambil ERL menuju ke Putrajaya Sentral kerana park kereta kat sana. Dari Putrajaya Sentral kena drive lagi 3-4 jam balik ke JB dan kami selamat tiba di Bandar Dato' Onn dekat pukul 10 malam. Bermakna berakhir sudah perjalanan kisah cuti kembara kali ini selama 8 hari 6 malam. 1 malam tidur dalam flight.

Pastinya cuti kembara kali berbeza kerana melibatkan berbagai mode transport iaitu dengan kapal terbang domestik, keretapi laju, metro train, bas, teksi dan self drive(sewa kereta). Lagi satu dapat pergi ke 3 bandar berbeza termasuk pulau. 

Kembara kami seperti backpacker's tapi bezanya kami pakai beg troli. Semua ni bergantung kepada kemahuan dan keselesaan cara kembara masing-masing dan bagi aku lebih suka cara macam ini. Yang penting apa yang kita dapat belajar dari apa yang kita lihat tentang budaya dan cara hidup di negara yang kita lawat. 

Korea bagi aku sebuah negara yang takkan jemu nak datang lagi kerana penduduknya sangat mesra pelancong dan suka menolong. Ini bukan cakap kosong tapi hasil dari pengalaman sendiri. Pastinya ini bukan kali terakhir kami datang ke Korea kerana ada banyak tempat lagi tak pegi dan lepas ni kalau ke Korea lagi nak datang pada musim Autumn. 

Oklah, sebelum menutup tirai saya nak share jumlah perbelanjaan cuti kembara kali ni,
  • Tiket Flight Malaysia Airline KL-Seoul-KL : RM4102 (RM1367/seorang)
  • Upgrade tiket balik ke Bisnes Class : RM2174 (RM725/seorang)
  • Tiket Flight Korean Air Busan-Jeju : RM550 (RM183/seorang)
  • Tiket Flight Korean Air Jeju-Seoul : RM540 (RM180/seorang)
  • KTX Train Seoul to Busan : RM674 (RM225/seorang)
  • Guesthouse di Busan : RM544
  • Guesthouse di Jeju : RM477
  • Guesthouse di Seoul : RM545
  • T-Money Subway Train : RM400(RM133/seorang)
  • Train AREX Incheon Airport to Seoul Station : RM80 (RM27/seorang)
  • Sewa kereta di Jeju : RM437
  • Minyak kereta di Jeju : RM160
  • Jeju attraction Fee(3 tempat) : RM40 (RM13/seorang)
  • Makan Minum di Korea : RM950
  • Makanan bawa dari Malaysia : RM200
  • Lesen antrabangsa : RM150
  • Travel Insurance : RM165 (RM55/seorang)
  • Tol & Minyak, JB-PS-JB : RM220
  • ERL PS-KLIA & KLIA-PS : RM56 (RM19/seorang)
  • Parking di Putrajaya Sentral(22-29/11/17) : RM44
  • Jumlah Keseluruhan = RM12,508 (RM4170/seorang)


Post terdahulu,

No comments: