Sunday 7 January 2018

Jalan-Jalan Korea : Seoul kami datang lagi, 27-29 Nov 2017 ~ Part 5

Assalamualaikum,

Hari ke-5 : 27 Nov 2017

3 hari 2 malam tak cukup nak explore semua tempat menarik di Jeju. Tapi apakan daya hari ini kena teruskan perjalanan ke Seoul pula untuk destinasi terakhir cuti kembara kali ini. Lusa dah nak balik Malaysia.

Pagi ni kena bersiap awal sebab nak check out dari guesthouse pada pukul 8. Kereta kena pulang sebelum pukul 11 kerana flight ke Seoul pada pukul 12.50 pm. Plannya keluar awal sambil tu boleh singgah beberapa tempat mana yang sempat masa on the way nak pulang kereta.


Tempat ke-2 singgah kat pantai batu hitam

Bae Bae Guesthouse

Perkataan 'Bae' macam selalu dengar kan? Tak tau lah ni bahasa korea ke atau bahasa apa tapi setahu den 'Bae' ialah panggilan mesra untuk 'Baby', 'B' atau 'Boo". Konon-konon untuk nampak sweetlah haha.. Tapi masa kawe jumpa guesthouse ni kat booking.com tak terpikir pun pasal makna tu tapi sebab kriteria tertentu.  

Pada aku ok dan recommended untuk sesapa yang datang Jeju untuk menginap kat sini. Cuma bilik agak kecik untuk 3 orang. Lokasi guesthouse ni terletak di tepi Jalan Sinchang 1-gil kat daerah Hangyeong-myeon. Owner dia peramah walau tak berapa fasih cakap english. Janji dia cakap aku faham dan aku cakap dia faham.

Kalau sesape pegi Jeju dan menginap kat guesthouse ni sure nampak gambo ni..
Sarapan pagi terakhir di Pulau Jeju
Dari pantry boleh nampak windmill dan laut

Guesthouse ni kat tingkat atas ada 2 bilik dan bawah bilik owner dan pantry belah kanan
Bilik untuk 3 orang

Bilik air besar dan bersih
Ni masa owner guesthouse nak tunjuk kat mana kami boleh singgah masa on the way balik
Sebelum balik bergambo dengan kakak sedara aka owner guesthouse

Sinchang Windmill

Tempat pertama singgah. Tak jauh tempat ni kira-kira 1 km je dari Bae Bae Guesthouse. Berdekatan kawasan ni ada Nuclear Power Plant. Macam ngeri je kan bila dengar perkataan 'Nuclear'? Sebenarnya Nuclear Plant ni kat negara macam Korea dan Jepun ni memang biasa. Tujuan plant ni untuk menjana tenaga elektrik. Kalau kat negara kita tenaga elektrik kebanyakan dihasilkan dari sistem Hidro iaitu empangan. Jadi, kalau kita tahu betapa susahnya nak hasilkan tenaga elektrik maka janganlah membazir. Sekian pesanan dari penaja blog.. hehe..

Ok balik semula kisah tempat persinggahan ni, kalau lihat memang pemandangannya sangat menarik. Sebab lokasinya di tepi laut, langit biru, pantai pulak disalut batu-batu hitam kesan dari larva agaknya. Oleh itu sesuai untuk bergambar. Memang itulah tujuannya kami datang sini.. hehe..


Sampai sini je boleh park keta. Jalan ni betul-betul kat sebelah pejabat Nuclear Power Plant.


Boleh jalan kaki sampai nun sana... tapi sebab sejuk dan tak cukup masa jadi kat sini je begambo...









Wollyeong Cactus Grove

Tempat kedua singgah. Pun tak berapa jauh, kira-kira 5-6km dari guesthouse. Tersinggah sebab nampak menarik. Dari jalan besar boleh nampak laut biru dan windmill. Kat sini juga terdapat pokok kaktus. Baru teringat owner guesthouse ada mention pasal tempat ni semalam dan dia suruh singgah. 


Kaktus





Hitam-hitam batu kat Pantai Wollyeong





Kesian makcik tu... tak penat ke bongkok lelame?


Selepas Wollyeong beach tak singgah mana-mana terus nak pulang kereta dulu sebelum ke airport. Kali ni 1st time pakai GPS kereta sewa kerana terlupa nak save location masa ambil kereta 2 hari lepas. 

Keretasewajeju ada mesej cara-cara nak pakai GPS tu dengan cara masukkan no. telefon pejabat car rental. Mesej tu siap bagi sekali no telefon pejabat kereta sewa sebelum kami datang Jeju lagi. Tapi aku tak perasan mesej tu sampai lah hari aku bertanya kat keretasewajeju.

Kalau sesapa nak datang Jeju dan nak sewa kereta boleh berhubung dengan keretasewajeju kat Web atau Instagram, 


Kalau nak lagi senang cuma datang dan ada orang uruskan boleh ke Instagram ni untuk pakej ke Jeju, https://www.instagram.com/jejumuslimtravel/

Kalau nak macam saya semua urus sendiri, boleh baca blog ini.. :)

Kali ni pakai GPS Korea nak Car Rental




Di Yumyeong Rental Car
Kena pulang keta kat sana dan lepas tu naik shuttle ke airport
Baju merah ni bukan sebarang orang... keje dia jaga orang nak lintas jalan dari parking ke airport terminal
Produk kecantikan Jeju kat airport Jeju
Jeju - Seoul naik Airbus 330.. besar airplane ni standard Air Asia X walaupun perjalanan cuma 1 jam 10 minit

Gimpo Airport - Hongik Station

Kami selamat mendarat di Gimpo airport pada pukul 2 petang. Dari Gimpo sebenarnya boleh naik AREX train direct terus ke Hongik tapi kami tersilap naik Subway train. Cuma yang untung naik subway train lagi murah tapi lambat sikit sampai sebab kena transfer line dan banyak station kena singgah. Padahal aku pilih guesthouse dekat area Hongik kerana ada direct train ke airport tapi aku terlupa Gimpo juga sejalan dengan Incheon Airport. Takpe, ada pro dan contra dan anggap je pengalaman mengajar




Syirah tunjuk kat mana nak transfer line


Transfer Line 5 ke Line 2 kat sini

Sunnyhill Guesthouse Hongik

Sejam lebih perjalanan naik Subway dari Gimpo Airport ke Hongik. Nasib kat EXIT 3 Hongik Station ada escalator. Kalau tak jadi macam kat Busan hari tu, kena angkat beg naik tangga.

Dari Station Hongik nak ke Sunnyhill Guesthouse kena jalan kaki lebih kurang 500 meter. Mula-mula salah jalan, akhirnya jumpa juga guesthouse kat celah-celah bangunan. Inilah nasib pengembara TrollyPackers. Kalau tak salah jalan bukan pengembara namanya..

Bila sampai di guesthouse wakil Sunnyhill dah tunggu untuk tunjuk cara nak masuk bilik dan sebelum tu kena setel dulu bayaran 126000 won untuk 3 hari 2 malam. Nak masuk bangunan dan bilik guesthouse semua guna kod 4 angka je. 

Bila masuk je bilik, wow! aku suka. Bilik kali ni nampak besar dan selesa kerana ada 2 bahagian pantry dan bilik tidur. Sangat puas hati dan harga juga berpatutan.  


Hongik Station EXIT 3 ke Guesthouse






Solat Time kat Seoul

Hongik University

Kali pertama datang Korea dulu pon dok kat area sini tapi kat area EXIT 2. Sebelah je EXIT 3. Untuk info, Hongik ialah kawasan university dan nama station ni sebenarnya Hongik University. Hongik ni dalam kawasan Hondae. Oleh kerana sini kawasan university jadi boleh nampak ramai orang-orang muda kat sini.

Selepas solat dan rehat sekejap kami keluar semula nak ke Itaewon untuk dinner. Tak sabar nak makan kebab sebab sejak dari hari 1st asyik sayur, ikan, meggi dan nasi abang brahim je.


Sunset at Hongik



Suhu masa ni dalam 4-5 celcius.. memey sejuk sebab tu kene tutup leher dan mulut sekali kalau tak boleh selsema

Itaewon

Keluar je dari Itaewon Station EXIT 3 toleh kanan terus nampak cafe kebab. 5 meter je dari tangga subway. Terus masuk dan order makanan yang aku nak. 

Itaewon ialah kawasan ramai muslim dan kat sini banyak restoran halal. Kat sini juga ada masjid dan kalau nak ke masjid dari EXIT 3 kena jalan 500-600 meter kemudian ada bukit sikit kena daki. Masjid ni terletak kat celah-celah lorong dan kalau tak pasti kena tanya orang sebab masjid ni terlindung dengan bangunan sekeliling.


Cara nak ke Itaewon - dari Hongik(Line 2 / Hijau) turun kat Hapjeong tukar ke Line 6 / Coklat

Kebab kambing makan dengan nasi... siap ada sambal belacan... aummm!

Singgah store ni kat area Itaewon
Besaq bear belakang... baru perasan bear ni gambo kat T-Money den..

Myeongdong

Selepas jalan-jalan Itaewon kami ke Myeongdong pula. Myeongdong antara tempat shopping popular di Seoul. Datang sini sebab ada yang kirim barang kosmetik dan merchandise artis-artis korea seperti photo kad, album dan lain-lain. Merchandise tu biasalah, kawan-kawan Insyirah yang kirim.

Kedai-kedai di Myeongdong ada kat underground bersambung dengan subway dan juga kat Street Market. Kat sini boleh jumpa ramai orang Malaysia. Ada yang kita senyum dia balas dan ada juga yang buat tak tahu. Yang buat tak tahu tu mungkin muka dah beku agaknya sebab sejuk.. sangka baik je.. :)



Ni kat kedai underground jual merchandise artis-artis korea
Ada sotong Halal di sini... boleh tahan juga yang beli..

Antara kedai-kedai di Myeondong Street Market.. ni kedai jual sourvenir
Kedai kosmetik
Ni pun halal... kedai kat underground market
Ni kat Myeongdong Station

Beratur nak beli kuih custard kacang merah.. memey sedap makan time sejuk-sejuk



Ok, sekian kisah perjalanan hari ini dari Jeju ke Seoul, check-in guesthouse di Hongik kemudian ke Itaewon dan last kali ke Myeongdong. 

Kisah seterusnya bersambung pada post akan datang Part 6,

Post terdahulu,

2 comments:

arba travel seoul said...

Bestnya posting ni. Boleh saya tahu masa ni musim apa ye?

Mohamad Azhar said...

Hai Arba,

ni musim autumn dah dekat winter...