Sunday 10 December 2017

Jalan-Jalan Korea : Train to Busan, 22-25 Nov 2017 ~ Part 1

Assalamualaikum...

Kira-kira 4 bulan lepas aku masih ding dong nak bawa keluarga bercuti kat mana pada hujung tahun. Plan asal nak ke Eropah terpaksa ditangguhkan memandangkan bajet agak mencemburui. Lalu, pada suatu hari pada bulan Julai, aku tanya Insyirah, "cuti sekolah hujung tahun nak pegi mana?"

Laju je anak aku jawab, "Korea!"

Hmmmm... lama gak aku fikir 2-3 minit... errrr... hmmm... fikir lagi... hmmm.. sebab dah pernah ke Korea tu yang aku fikir 2-3 kali..

"Ok! nak pegi Korea kan... Syirah kena cari tiket flight paling murah" aku jawab..

Esoknya,

Syirah : "Ayah! Syirah dah check tiket MAS paling murah rm1300++"

Aku : "Tarikh?"

Syirah : "22-29 Nov 2017, itu je paling murah ayah"

Aku : "Ok, 22/11 tu flight malam, tapi 23/11 kene ponteng kelas lah?"

Syirah : "haah"

23 Nov ialah hari Khamis adalah hari last day sekolah bagi negeri Johor dan yang sewaktu dengannya.

Aku cuba ejas tarikh 23-30 Nov tapi harga tiket jadi rm1500-1600... hmmmm... mahal pulak!

Tak nak fikir lama-lama aku terus book tiket MAS KL-Seoul-KL seperti yang Syirah carikan. Suka budak tu bila ayah dia dah beli tiket flight ke Korea..

Langkah seterusnya ialah merancang perjalanan.

Memandangkan ini kali ke-2 kami sekeluarga ke Korea maka aku nak jalan ke tempat yang tak pernah pergi. Plannya macam ni,

23-25 Nov - Busan
25-27 Nov - Jeju
27-29 Nov - Seoul

Tugas Syirah, selain kena cari tiket flight murah juga kena buat iternari bermula dari hari pertama tiba di Seoul kemudian ke Busan, lepas tu ke Jeju hingga kembali semula ke Seoul. Iternari tu juga termasuk kena cari tiket train dari Incheon airport ke Seoul Station untuk Train to Busan.

Apa? Train to Busan? macam pernah dengar kan tajuk itew? Scaring tak?hehe...


Persiapan

Untuk cuti kembara kali ni aku nak semua ahli keluarga involve buat keje. Syirah pun dah 14 tahun jadi ini masanya aku nak dedahkan dia dengan perkara-perkara tentang travel yang sebelum ni aku je buat sorang dari A to Z. Jadi, untuk kali ni dan sebab dah ikut kehendak dia, kenalah bagi tugas apa yang patut.

Tugas Syirah ialah buat iternary dan cari tempat-tempat menarik kat Busan, Jeju dan juga Seoul. Senang je keje tu just google je dan paling penting kurangkan keje aku... hehe..

Wife aku juga tak terkecuali, kena fikir dan siapkan makanan nak kena bawa ke sana supaya tak bergantung makan kat luar. Lagipun duit RM dah jatuh teruk dimana secara automatik makanan kat sana akan jadi mahal. Dulu masa 1st time pegi Korea currency untuk 1000 won = RM3, sekarang RM3.8.

Kisah 1st time pegi Korea boleh baca kat link ni, http://azhartravelog.blogspot.my/2013/12/jalan-jalan-seoul-22-28-nov-2013-part-1.html. Kisah 1st time gi Korea juga merupakan post pertama pasal travel kat blog ni. Dah 4 tahun rupanya berblog pasal travel. Sebelum ni ada gak beberapa Travel tapi tak buat blog lagi. Ingat nak throwback tapi, tak sempat-sempat nak menaip.. nantilah kalau rajin..

Ok balik cete pasal tugas. Tugas aku pula selain kena keluar modal yang besar beribu-ribu ringgit juga kena pastikan cuti kembara ni berjalan lancar. Oleh kerana kami akan ke 3 bandar termasuk pulau jadi kena fikir nak naik apa dan cepat. Jadinya aku plan macam ni,

  • 23/11 - Seoul to Busan > KTX (rm230/seorang). Naik flight lagi murah tapi saja je nak rasa feel naik Train to Busan.
  • 25/11 - Busan to Jeju > Flight Korea Air (rm185/seorang)
  • 27/11 - Jeju to Seoul > Flight Korea Air (rm 180/seorang)

Lain-lain pengangkutan,
  • Jalan-jalan dalam bandar Busan & Seoul > T-Money(Metro Train dan bas)
  • Jalan-jalan Jeju > Sewa kereta (rm437 untuk 3 hari 2 malam). Termasuk minyak nanti aku bagi tau masa cete kat Jeju.

Untuk penginapan aku book melalui Booking.Com
  • Busan (23-25/11) - Mint Paradise > rm273/se-malam
  • Jeju (25-27/11) - Bae Bae Guesthouse > 240/se-malam
  • Seoul (27-29/11) - Sunnyhill Guesthouse > 273/se-malam

Lain-lain,
  • Intenet guna roaming RM38 sehari company bayar.


Train to Busan

Hari Travel - 22 Nov 2017

Pejam celik, celik pejam tiba hari nak pegi Korea. Anak aku Insyirah paling excited. Dia paling menghitung hari sejak hari beli tiket flight. Dulu, masa 1st time pegi dia kecik lagi dan tak tau apa-apa pasal Kpop, Running Main, Gangnam dan lain-lain. La ni banyak dia dah tau dan dia paling minat Running Main terutama Song Ji Ho. Pulak tu ayah dia ada rupa Lee Min Hyo sikit... hahaha...  takde kene mengena dengan Running Man... kalau panggang jauh nau dari api... hehe..

Flight ke Seoul dari KLIA pada pukul 11 malam. Pukul 2 petang gerak dari JB drive hala ke Putrajaya Sentral. Putrajaya Sentral ialah tempat parking pilihan utama aku kalau nak ke oversea lebih dari 5 hari jika  melalui KLIA. Sebabnya paling murah, cuma RM6 je sehari. Dulu masa baru bukak rm4 je. Naik selepas GST pada June 2015. Seingat aku ini kali ke-4. 1st time park situ masa pegi Europe 2015, 2nd Mesir 2016 dan 3rd Turki 2016. Dari Putrajaya Sentral naik ERL ke KLIA. Tambang sehala 9.20/seorang.

  • 2 petang - Gerak dari JB
  • 6.30 petang - Tiba Putrajaya Sentral
  • 7.30 petang - Tiba di KLIA dan bag drop.
  • 9 malam - Boarding
  • 11.45 malam - Take off. Delay 45 minit.

Parking berbumbung di Putrajaya Sentral

Tunggu ERL ke KLIA

Dalam ERL
Mural kat KLIA laluan ke Surau
Sementara tunggu boarding sempat Syirah melukis.. artis korea ni..
11.30 malam dah... bila mau take-off daaa..

Hari 1 - 23 Nov 2017

Alhamdulillah, selamat mendarat di Incheon airport pada pukul 7 pagi. Lewat 30 min dari jadual asal 6.30 pagi. Takpe yang penting sampai. Pagi tu kat Imigresen airport agak busy dengan orang yang baru tiba dari destinasi masing-masing. Panjang gak beratur nak cop pasport. Rasanya dalam 30-40 minit baru setel ni. Masa tengah beratur terpandang kat luar airport nampak salji turun. Oh! awalnya salji turun? Masa tu dapat tengok dari dalam je sebab tengah beratur. Sempat ambik video tapi tak berapa jelas sebab halus-halus biji salji nye..

Urusan cop passport dan ambik beg setel dekat sejam gak. Tiket Train to Busan dari Seoul Station dah book online pukul 12 tengahari. Dari airport kena naik train ke Seoul Station. Sementara masih awal lagi baru pukul 8.30 pagi sempat jalan-jalan dalam airport dan luar airport sambil tengok salji.




Dapat layan salji sekejap je kat luar airport sebab sejuk bangat. Lagipun sweater yang aku pakai tak sesuai nak tampung suhu 2-3 celcius. Takut lama-lama kat luar nanti demam pulak.

Jam menunjukkan sudah pukul 9 lebih. Masa dah time gerak dari airport ke Seoul Station. Dari airport nak ke Seoul Station kami kena naik train AREX. Tiket 7000 won/seorang (rm27) kena beli kat kaunter dan akan diberi kad macam T-Money. Kad ni khas untuk naik AREX je. 

Untuk info T-Money ialah kad macam touch n go untuk naik train dan bas di bandar-bandar di Korea. T-Money ni samada boleh beli kat mana-mana kedai serbaneka kat airport dan station train. Aku beli T-Money ni kat Station Seoul. Beli siap-siap dan topup sekali. Nanti tiba Busan senang takyah nak cari.
  • T-Money - 4000 won/sekeping
  • Topup - 10k won/se-kad 

AREX tiket to Seoul Station
Tunggu Train to Seoul Station


45 min kalau naik train singgah-singgah... aku naik ari tu express train... 20 min dah sampai
Dalam AREX train from Incheon Airport to Seoul Station
Kiri tu tempat beli T-Money kad dan kanan mesin topup T-Money

Jangan risau ada bahasa english

Ni kat Seoul Station... ngopi dulu sementara tunggu pukul 12

ni tiket beli online KTX Train to Busan.. beli 10 hari sebelum ke Korea. 

ke Busan ke kite
Muka cuak nak naik Train to Busan


ni kat Gerabak 9, seat row 2A, B & C.. no ketapi 127
view dari Train to Busan... putih-putih tu salji



Jarak Seoul-Busan lebih kurang 330km.. lebih kurang JB-KL je..



Alhamdulillah, kami tiba di Busan Station lebih kurang pukul 2.45 petang. 

Dari Busan Station kami nak jalan kaki je ke guesthouse. Sebabnya macam tak jauh berdasarkan dari map yang tuan punya guesthouse bagi dalam 100-200 meter je dari Exit 1. Tuan punya guesthouse dah mesej aku masa kat Seoul lagi dan tanya pukul berapa tiba di Busan. Sambil tu bagi map cara nak ke guesthouse.

Kami pun ikut map tu tapi rupanya silap. Map tu tunjuk dari Busan Subway Station bukannya dari Busan Station. Patutlah cari tak jumpa. Masa cari-cari baru perasan Busan Subway Station. Jarak Busan Station ke Subway station dalam 200 meter je. 

Masa tu dah jalan kaki dekat setengah kilometer sambil usung beg lagi, dengan sejuk berangin dan perut lapar lagi.. huhu.. inilah cabaran kalau travel semua buat sendiri.. kene bersedia untuk sesat dan yang penting kene sabar dengan dugaan..

So, untuk ke Busan Subway Station kami kena jalan lagi untuk masuk ke dalam Subway dan cari exit 1. Akhirnya jumpa tapi nak keluar dari subway kene naik tangga pulak.. tinggi pulak tu... perghh!! mencabar betul. Nasib baik masa aku lepas angkat beg sampai atas, ada orang Korea tolong angkat beg wife aku yang berat dekat 20kg. Baikkan orang Korea. Ya! orang Korea memang baik-baik dan suka tolong orang. Aku cakap macam ni sebab dah beberapa kali rasa pertolongan orang korea masa pegi 1st time dulu.

Dari exit 1 kami kena jalan kaki dalam 200 meter dan Alhamdulillah jumpa dah guesthouse. Kod masuk bangunan dan bilik semua tuan punya guesthouse dah bagi melalui mesej. So just masuk je tanpa perlu berjumpa dengan owner. 

Lega dapat masuk bilik dan berehat legakan kaki dan pinggang. 

Masa tiba kat guesthouse dah dekat pukul 3.30 petang. Sebab dah lapar makan maggi cup dulu untuk alas perut. Nanti malam lepas maghrib baru keluar cari restoren halal. Syirah cakap ada dekat-dekat area guesthouse je. 

Map dari Busan Subway Station ke Mint Paradise Guesthouse
Dalam map ni pun tulis Busan Subway Station adalah Busan Station... Busan Station yang color biru belah kanan

Malam lepas maghrib siap-siap nak keluar untuk dinner dan lepas tu plan nak jalan-jalan explore bandar Busan. Waktu Maghrib di Busan ialah pada pukul 5.15 petang. Di Busan pada musim winter pukul 6 dah gelap sebab siang pendek. Kami keluar dari guesthouse dekat waktu nak Isyak.

ni waktu solat Seoul.. 5.21pm dah Maghrib

Dengan google maps Syirah set ke Restoren Samarkhan. Follow punya follow sampai ke Busan Station tak jumpa. Bukan Busan Subway Station tau. Jauh tu dah jalan kaki. 

Sebab tak jumpa set balik jalan ke restoren samarkhan dan laluannya arah ke guesthouse. Macam tak percaya rupanya restoren tu dekat dengan guesthouse.. google maps ni pun buat hal laa tadi tunjuk tempat lain.. punyalah jauh dah jalan kaki, tambah pulak penat siang tadi tak ilang lagi... huhu...

Malam tu pulak cuaca kat Busan agak sejuk dan berangin. Sejuk takde hal, berangin tu je yang tak tahan boleh sebabkan demam selsema kalo tak tutup leher dan hidung.


Belakang tu Restoren Samarkhan... ni gambo lepas makan
Menu kat Restoren Samarkhan... 1 hidangan ni hage 10k won (rm38).. portion agak besar n tak abis makan

Ni nasi campoq daging kambiang.. sedap gak nasi ni

Tempat lampu-lampu dekat laluan dari guesthouse ke subway
Selepas dinner waktu menunjukkan sudah pukul 8.30 malam. Plan nak jalan-jalan explore Busan tak jadi sebab masing-masing dah penat dan nak berehat. Esok je la ronda Busan mana yang sempat.

Cete Hari ke-2 akan bersambung pada post akan datang...,
https://azhartravelog.blogspot.my/2017/12/jalan-jalan-korea-train-to-busan-22-25_17.html

4 comments:

Unknown said...

Boleh sy tahu kalau amk korean air dr busan to jeju or jeju to seoul kebiasaanya ada tk waktu promo utk flight ni?

Mohamad Azhar said...

Hai,
Maaf, masa saya beli dulu bukan time promo dan harganya pada saya kire ok lah.. kalau nak tau waktu promo mungkin kene subcribe korean air then nanti apa2 info akan inform dalam email..

ijaaa said...

hai . nak tanye. selain train KTX, ade lagi tak train lain pergi ke busan ? and nak book tiket online tu encik ade web die tak ?

Mohamad Azhar said...

Hi ijaaa,

Setahu saya utk train KTX je.. pilihan lain samada naik bas atau flight..
Nak book tiket boleh pegi ke web ni,
http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do