Sunday 12 November 2017

Sibu-Mukah-Bintulu-Miri-Brunei 22-28 Oct 2017

Assalamualaikum,

Sarawak.. kali ke-2 datang dan kali ni kerana ada tugasan luar kawasan pada 22-28 Oct 2017. Kali pertama datang 13 tahun dulu tahun 2004. Masa tu hanya pegi Sarawak melancong ikut package rombongan cik kiah mak salmah dan jiran-jiran mak Salmah. Insyirah masa tu baru 10 bulan dan 1st time naik flight. Ok la dia tak meragam. Masa take off n landing tido je dia..

Masa 1st time ke Sarawak hanya ke Kuching je. Kali ni datang sebab keje iaitu ke Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. So, 2 kali dah datang Sarawak bermakna 5 daerah dah cover dan paling penting dapat tengok suasana serta budaya orang-orang kat sana. Disamping tu dapat tengok rumah panjang kat depan mata semasa dalam perjalanan. Malangnya tak dapat begambo depan rumah panjang, cuma amik dari 4WD je..


Dari JB aku dan partner sekerja, Asri naik flight ke Sibu. Check in 2 malam kat hotel Kingwood resort. Menariknya hotel ni terletak betul-betul kat sebelah Sungai Rejang iaitu sungai terpanjang di Malaysia. Panjang sungai ni 563km. Dari tingkat 17 hotel boleh lihat jeti bot iaitu pengangkutan utama di Sungai Rejang ke bandar-bandar pendalaman seperti Kanowit, Kapit dan lain-lain.

Sungai Rejang at sebelah hotel
Sunset at Sungai Rejang
Jeti bot.. macam stesyen bas ekspress
Bot ekspress... punya kuat bunyi enjin bot ni sampai tingkat 17 boleh dengo

Esoknya pada 23 Oct kami ke Mukah sebab ada tugasan kat sana. Jarak Sibu-Mukah lebih kurang 160km dan 2 jam setengah perjalanan. Bandar Mukah terletak hampir dengan laut. Makanan popular di sini ialah Umai iaitu ikan mentah yang digaul bawang, lada, limau dan boleh dimakan dengan nasi. Datang sini kena cuba try Umai barulah orang kata dah sampai Mukah. Kawe dah try Umai... hmmmm.. ok lah...

Selesai keje di Mukah kami kembali ke Sibu semula. Semasa dalam perjalanan Sibu-Mukah-Sibu dapat tengok rumah panjang di kiri kanan jalan.

This is Umai



Masjid Mukah




Selesai tugasan di Sibu kami bergerak ke Bintulu yang jaraknya 216km dan 3 jam lebih perjalanan. Di perjalanan kami lalu pekan Tatau. Kalau sape-sape asal dari pekan ni bila ada yang tanya, asal mana? keje mana? sekolah mana? mesti jawab Tatau.. Tatau.. Tatau.. at last yang tanya tension sebab dapat jawapan Tatau je... haha...



Di Bintulu kami check-in 2 malam. Bintulu merupakan bandar ke-3 terbesar di Sarawak terletak hampir dengan sungai dan laut. Menunjukkan faktor ekonomi di sini berkait rapat dengan balak dan kini gas asli. Di sini banyak tempat tak dapat explore sebab sibuk dengan tugasan. Cuma pada hari ke-3 iaitu hari terakhir di Bintulu sempat singgah Pasar Utama Bintulu untuk beli Terubok Masin dan Belacan Bintulu. Ada orang cakap kalau pegi Bintulu wajib beli belacan dia sebab rasa lain dari yang lain. Asri je beli, aku tak... hehe...








Setel beli apa yang patut kat Pasar Bintulu kami gerak ke Miri yang jaraknya 205km. Bajet perjalanan dalam 3 jam tapi kena singgah beberapa site sebelum tiba Miri. Sebelum singgah 1st site kami singgah dulu Taman Negara Niah. Niat hati nak tengok mulut Gua Niah dari dekat tapi kene jungle tracking sejam, so tengok resort Niah je.




Jangan sangka rumah pondok takde Astro... ni Sarawak tau.. don't judge book just look at kulit..


Sunset kat Miri
Sebelum Check-in Hotel Dynasti sempat singgah 3 site dan naik Bukit Canada untuk lihat Bandar Miri waktu malam dari atas bukit. Miri merupakan bandar ke-2 terbesar di Sarawak dah merupakan sumber ekonomi utama Sarawak iaitu dari hasil minyak. Telaga mintak Miri dan Telaga minyak Brunei dok sebelah-sebelah je... bayangkan Brunei boleh kaya raya... ehem!

Miri view from Canada Hill


Miri, berbanding bandar-bandar lain seperti Sibu, Mukah dan Bintulu memang Miri serba serbi ada. Lagi satu Miri terletak sebelah Brunei dan ada laluan darat ke sana maka tak heranlah Miri jadi bandar pesat membangun seperti kampung aku kat JB di sebelah Singapore. Juga salah satu sebab aku nak cerita kat blog pasal Miri dan Brunei iaitu negara ke-21 kene cop passport..

Miri, kepada mereka yang belum sampai sini termasuk aku akan anggap takde yang menarik kat sini. Tapi bila aku dah datang sini rupanya banyak tempat boleh explore kat sini dan sambil tu boleh ke Brunei dengan memandu je dari Miri. Memang Miri banyak tempat menarik. Kalau pegi 3 hari 2 malam tak cukup rasanya. Ideal dalam 5 hari 4 malam sambil dapat ke Brunei balik hari.

So, apa yang menarik pasal Miri?

Antaranya,
1. Taman Negara Niah - Gua Niah. 100km dari Miri
2. Gunung Mulu - kena naik flight dari Miri
3. Taman Negara Bukit Lambir - Air Terjun. 60km dari Miri
4. Taman Negara Loagan Bunut - Naik flight 5 jam
5. Tusan Cliff - Pantai. 40 km dari Miri 
6. Jalan-jalan Brunei - Masjid kubah emas, kampung air
7. Muzium Petrolium - Canada Hill

Korang rasa berapa hari diperlukan untuk cover tempat-tempat di atas?

Nak cerita sikit Pasal Canada Hill kat dalam bandar Miri je. Dulu di atas bukit ini minyak yang pertama di Sarawak ditemui pada tahun 1910 dan stop pengeluaran pada tahun 1972. 80 juta tong telah dihasilkan dan mengubah bandar Miri menjadi bandar Oil dan Gas. Sekarang ni Canada Hill jadi tempat Muzium Petroleum dan juga tempat bersantai atas bukit. Datang Miri wajib ke sini especially time sunset.




Miri, view dari Canada Hill



Last but not least sebelum tamatkan post ni nak cete cara-cara nak masuk Brunei memandu dari Miri.

Dari Miri drive hala ke Kuala Baram CIQ. Jarak lebih kurang 30km dan 1/2 jam perjalanan. Sebelum tu pastikan passport ada tau. Sebelum tu juga pastikan dah catit semua semua nombor chasis sebab nak kene isi dalam borang nanti semasa kat Check Point Brunei.

Borang kene isi kat CIQ Brunei
Kat Brunei ni ada 2 kaunter kena lalu. 1st kaunter untuk cop passport dan kasi borang kena isi dan yang ke-2 serah borang dan nanti dapat pesanan untuk jaga borang tu dan kalau ada road blok kena tu tuntuk borang tu.

Masa Aku dan Asri pegi Brunei pada hari Jumaat dalam pukul 11 pagi kat CIQ tak sesak sangat sebab right timing. Tapi kalau dari Brunei ke Miri memey ramai dan agak jem laa.. Lepas 2nd kaunter ada 1 lagi kaunter kene lalu iaitu kaunter Tol. Kat sini kena bayar 3 Dollar Brunei atau RM10. Boleh bayar duit Malaysia kat sini.

Sebaik saja dah masuk Brunei niat dihati nak solat Jumaat kat Masjid Kubah Emas Hassanal Bolkiah tapi tak sempat pulak. So, singgah solat masjid dekat-dekat dengan sempadan. Kat Brunei masa 27 Oct 2017 masuk waktu Zohor pukul 12.07pm tapi khutbah dan solat Jumaat dilewatkan sikit sejam kemudian. Selesai solat dalam pukul 1.45pm kami gerak hala ke bandar untuk misi mencari Masjid Kubah Emas. Masjid ni terletak kat Bandar Sri Begawan, kira-kira 130km dari sempadan. Sejam lebih gak nak sampai situ..



Ada 29 Kubah emas 24 karat

Last day in Miri sempat jalan-jalan Miri terutama ke Tusan Beach. Rupanya kat sini ada cliff macam yang ada kat Australia dan New Zealand. Memey unik dan cantik terutama time sunset.

Masa aku pegi hari tu air pasang jadi tak dapat ambik gambo dekat dengan cliff tu. Tapi oklah dah sampai kat sini dan bagi tau korang semua kalau ke Miri wajib pegi pantai ni. Dari Miri dalam 30-40 km atau setengah jam perjalanan.

Lagi satu tentang pantai ada masa bercahaya color biru pada waktu malam. Try google kalau nak tengok. Seterusnya layan gambo..






ni gambo Google..




Nasi Lalapan ada 8 jenis lauk..

Oklah tu je nak cete pasal perjalanan kerja aku 7 hari 6 malam di Sarawak dan ke Brunei sekali. Banyak benda baru dapat explore dan paling penting dapat promot Miri supaya kalau korang pening-pening tak tau nak gi cuti mana maka bolehlah ke Miri. Ada something yang menarik kat sana yang takda kat tempat lain. Makanan kat Miri pun ada banyak pilihan dan antara yang top Nasi Lalapan iaitu spesis macam Nasi Ayam Penyet cuma Nasi Lalapan ni ada 8 jenis lauk tak semestinya ayam. Lauk ikan, udang pon ada. Gambo kat atas lauk ikan keli dan 7 lauk lain...

Oklah, terima kasih sudi baca sampai habis... Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


2 comments:

Samsir said...

Jalan ok kah Sibu - Bintulu?

Mohamad Azhar said...

masa tu tak berapa ok.. tgh projek...