Sunday 13 August 2017

Kembara Ukhwah Acheh 27-30 Julai 2017 - Part 2

Assalamualaikum...

Part 1 boleh baca kat link ni...

28 Julai 2017



Masjid Al-Makmur

Hari ke-2 di Acheh, aktiviti awal pagi dimulakan dengan berjemaah Subuh di Masjid Al-Makmur atau Masjid Oman. Kenapa namanya Masjid Oman? Kerana selepas tsunami masjid ini dibina oleh negara Oman. Jadinya orang di sini panggil Masjid Oman sempena negara yang membinanya.

Masjid ini terletak kira-kira 100 langkah jalan kaki dari hotel. Ia tidak berapa jauh kerana berada di sebelah hotel aja. Jadi kalau tidak pergi untuk berjemaah lebih-lebih lagi pada waktu Subuh memang tak patut bagi orang mukmin yang punya kaki. Kaki ialah kurniaan dan nikmat dari Allah, jadi seharusnya diguna ke jalan Allah juga. Setuju enggak? Ok, angguk itu tandanya setujuk... tiba-tiba pula terkecek indon... hehe

Usai solat Subuh, sementara nak tunggu waktu sarapan di hotel kami lepak-lepak di saf belakang bersama geng kembara. Lalu datang seorang pak cik menegur kami. Kayaknya seperti orang tempatan lalu pak cik itu duduk dan menyertai kami berbual. Beliau memperkenalkan diri sebagai Pak Burhanudin dan orang sini. Sebelum tu beliau bertanya kami datang dari mana? "Oh! Malaysia" kata Pak Burhanudin. Beliau kata lagi, ramai sudah bertemu orang Malaysia di sini. Kelihatan Pak Burhanudin suka dengan orang Malaysia.

Seterusnya, Pak Burhanudin yang lebih banyak bercakap dan bercerita tentang sejarah Acheh dan sudah tentu selit sekali kisah pengalaman tsunami. Kami geng kembara kusyuk mendengar. Sekali sekali Ustaz Suhaimi mencelah berkongsi maklumat. Kami pula untung dapat mendengar cerita yang belum pernah kami dengar terutama pengalaman hadap tsunami. Semuanya ialah tentang iktibar dan hikmah kepada rakyat Acheh.

2A dan 1S... cantik lukisan ayat-ayat kat Kubah
Welfie dalam Masjid Oman
Pak Burhanudin sedang cerita pasal tsunami
Kyusuk dengar cerita Pak Burhanudin

Pantai Ule Lheue

Siapa pernah dengar lagu P.Ramlee, "Ule le, di kota raya.. boleh tak boleh, ikut sahaja.."? Tahukah anda inspirasi lagu ni sempena nama tempat ini. Menunjukkan P.Ramlee tahu lama dah tentang kewujudan tempat ini mungkin kerana keluarga beliau berasal dari Acheh? Nanti guwe google.

Ule Lheue bukan saja ada pantai, juga ada kampung dan pelabuhan. Masa tsunami kawasan ni antara paling teruk terjejas. Semua binaan hanyut kecuali masjid. Sisa binaan yang hanyut itu ada yang sampai ke tengah bandar Acheh. Buka saja sisa seperti kayu, papan, zing, juga kapal generator 2600 tan dari pelabuhan hanyut 5km dan terdampar di sebuah perkampungan. Kisah kapal ni nanti guwe cerita pada Part 3. Sementara tu jom kita layan gambar.

Welfie bersama Geng Helwa
Helwa sahaja
Wefei kak jangan tak wefie.. hehe
Sebutannya U le le... tapi kat situ ada 9 huruf... itulah tulisan Acheh...
Bila bergambar ramai-ramai wajid ada banner, bendera Johor dan Malaysia

Masjid Baiturrahim

Lokasi ke-2 lawatan. Masjid ini antara yang masih kukuh berdiri walaupun dihempas ombak tsunami. Selagi namanya Rumah Allah pasti Allah akan lindungi. Itulah yang berlaku semasa tsunami kebanyakan masjid di Acheh selamat. Ada juga yang runtuh dan ada juga yang tinggal kubah sahaja. Masjid yang runtuh dan hanyut itu sebab Allah nak gantikan yang baru dan lebih kukuh.

Masjid yang tak hanyut dan tak ditenggelami tsunami ada yang menjadi tempat perlindungan. Sebabnya, masjid ialah sebaik-baik tempat sebab ia adalah rumah Allah. Jika berlaku bencana masjid adalah tempat paling sesuai untuk berlindung tak kira kepada siapa walaupun yang tak pernah datang masjid. Hikmahnya selepas kejadian dari tak pernah ke masjid akhirnya jadi kaki masjid. Di tempat kita jika ada golongan yang jarang atau tak pernah ke masjid, berdoalah dan bersangka baik. Itu lebih baik dari kutuk mereka. Hidayah Allah tiada siapa boleh menduga.

Selfie dulu sebelum masuk ke dalam..
Masjid Baiturrahim... ada tambahan binaan selepas tsunami

Keadaan Masjid Baiturrahim selepas Tsunami
Ni brother Acheh yang tunjuk gambo masjid kat henfon dia..
Sesi Muhasabah oleh Pak Adi... sampai sebak Pak Adi cerita

Al Amin Al Daya
Hj Rahim Al Kempas Indah... belakang tu Hj Abdullah Al Peesebelas Bidio
Hj Ar Razali Al Peesebelas
Al Sheikh Hj Hishamudin
Mak Cik Maimunah dan Pak Adi. Pak Adi kata wajah Mak Cik Maimunah macam muka Arwah Ibu dia..

Di sini kami berpeluang mengenali Pak Adi iaitu salah seorang mangsa tsunami. Mendengar pengalaman Pak Adi semasa dihanyutkan ombak tsunami hingga perut tertusuk besi sungguh sadis sekali. Sungguh dahsyat kita mendengar, dahsyat lagi Pak Adi yang menanggung. Hingga selepas air surut penyelamat telah menemui jasad Pak Adi tapi menyangka telah mati. Masa tu Pak Adi koma. Beliau sedar cuma tak dapat gerakkan badan. Hanya doa dan zikir sahaja Pak Adi mohon supaya Allah izinkan dapat gerakkan badan. 

Ketika itu penyelamat takkan sempat nak periksa nadi sebab terlalu banyak mayat bergelimpangan. Penyelamat yang menyangka Pak Adi sudah mati lalu masukkan tubuh beliau ke dalam beg mayat. Akhirnya dengan izin Allah Pak Adi dapat gerakkan badan dan penyelamat perasan lalu asingkan sebagai mangsa yang masih hidup. 

Pak Adi bercerita hingga sebak apatah lagi kami yang mendengar. Apa yang kita bayangkan takkan sama dengan suasana sebenar. Itulah suasana bila berlaku kiamat malah lebih dahsyat lagi. Pengalaman dihanyut ombak tsunami telah menginsafkan Pak Adi kerana diberi peluang kedua. Sebelum tsunami hidup Pak Ali lagha kerana terlalu sibuk dengan dunia hingga lupa tuntutan Allah. Bila bencana menimpa tujuan sebenarnya ialah ujian kepada manusia yang diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup. Hakikatnya, ia sebagai tanda kasih sayang Allah dan banyak cara Allah menegur dan antaranya dengan mendatangkan tsunami... 


Kubah Hanyut - Kampung Gurah

Lokasi ke-3 ialah melawat monumen tsunami iaitu Kubah Hanyut. Nak ke tempat kubah ni bas tak boleh masuk sampai ke kubah kerana laluan ke kawasan sawah padi sempit. Dari tempat bas parking boleh jalan kaki 0.5 km atau sewa motor. Guwe pilih sewa motor. Pemilik motor ialah kaum hawa penduduk kampung ini. Kalau yang tak berapa pandai naik motor boleh naik sekali dengan owner motor tapi itu untuk perempuan aja. Bayarannya seikhlas hati. Inilah antara hikmah tsunami dari segi ekonomi kepada penduduk kawasan ini melalui income dari sewa motor dan jualan cenderamata.

Di lokasi Kubah Hanyut ada jurucerita iaitu Puan Seri. Beliau antara 25 orang dari 700 penduduk kampung yang selamat. Beliau selamat bersama suami kerana keluar dari kampung ini untuk melahirkan anak pertama. Sekarang ini beliau di sini sebagai pencerita detik-detik kubah ini dihanyutkan hingga terdampar di tengah sawah padi.

Menurut cerita Puan Seri, Kubah ini dari masjid kampung sebelah di balik bukit sana. Nama kampung itu ialah Desa Lam Teungoh. Masa tsunami Masjid Jamek Lamteungoh ranap sama sekali dan hanya kubah selamat dan dihanyutkan sejauh 2.5 km ke Kampung Gurah. Mulanya dihanyutkan hingga ke kaki bukit kemudian datang ombak kedua dan akhirnya terdampar di sawah hingga hari ini. Semua penduduk Kampung Gurah yang terkorban akibat tsunami sampai sekarang tak dijumpai. Kemungkinan ada yang berada di bawah Kubah? Wallahualam...

Menggambarkan betapa cepatnya ombak tsunami melanda kampung ini datang dari 3 arah pantai. Ada 1 Pesantren bersama 200 pelajar hanya 4 orang sahaja selamat walaupun kedudukan Pesantren hanya 10 langkah ke kaki bukit. Menunjukkan mereka tidak sempat melarikan diri bila gelombang tsunami datang.

Lagi cerita Puan Seri ada beberapa keajaiban berlaku kepada penduduk kampung ini yang terselamat semasa tsunami. Kisah bayi 3 bulan selamat dan dihanyutkan hingga kaki bukit tetapi kedua ibu bapanya terkorban. Kisah kedua, budak 12 tahun selamat selepas dibelit ular sawa dan juga dihanyutkan hingga ke kaki bukit. Apapun, kejadian ini semua adalah bukti kebesaran Allah.


Sebelah kiri tu Galeri Tsunami dan tentang Kubah Hanyut
Kubah ni beratnya 80 tan

Puan Seri ialah antara penduduk Kampung Gurah yang terselamat. Sekarang jadi jurucerita Kubah Hanyut.
Me & Sheikh Haji Ar Razali  
80 tan berat Kubah ni... kemungkinan ada mayat bawah kubah tapi tak dapat nak tengok sebab sapa nak angkat?
Motor sewa
Geng Kembara seronok dapat naik motor... macam kat kampung Parit Nipah pulak



Rumah Makan Syiah Kuala

Sekali tengok perkataan Syiah tu mesti ingat Syiah yang mengutuk sahabat Nabi saw. Jangan salah sangka. Sebenarnya perkataan Syiah itu bermaksud Sheikh atau sepatutnya tulis Syaih pon bole tapi orang Acheh tulis lagu tu nak buek camno. Memey bahasa tulisan dorang macam tu. Kita ni akan keliru kejap je, pastu ok bila dapat penerangan.

Ok. Ini lokasi ke-4 untuk makan tengahari sebelum pulang ke Hotel untuk solat Jumaat. Pulang ke hotel sebab nak bagi peluang kaum Helwa berehat sementara menunggu Geng Lelaki tunaikan Solat Jumaat di masjid sebelah hotel.

Terbalik pulak tulisan ni bila Selfie

Sheikh Ar Farid dengan lauk pauk menu Acheh style
Hj Hisamusin & Hj Sabarudin
Geng Helwa in action.. 
Suasana selepas Solat Jumaat @ Masjid Oman.. 

Makam Sheikh Abdurrauf Bin Ali AlFansuri

Lokasi ke-5 selepas solat jumaat ialah ziarah Makam Sheikh Abdurrauf iaitu ulamak besar dan juga Khadi untuk Kerajaan Acheh Darulsalam pada tahun 1641 masihi. Jasa beliau kepada Acheh selain mengajar juga menulis kitab tentang Syariat, Tasawuf, Tafsir dan Hadis. Ramai ulamak terkenal nusantara yang berguru dengan beliau antaranya, Sheikh Burhanudin Ulakan dan Sheikh Abdul Muhyi. Juga keturunan beliau yang berpindah ke Patani dan sebarkan Islam di sana iaitu Sheikh Daud bin Ismail AlFathani. Boleh check dengan Mr Wikipedia untuk lebih lanjut. 

Serba sedikit maklumat Sheikh Abdurrauf
Kawasan makam tak boleh snap gambar... sebelah kiri tu bangunan makam

Bot atas Rumah

Lokasi ke-6 ke Kampung Lampulo untuk melihat monumen tsunami iaitu Bot atas Rumah. Menurut kisah bot ini adalah bot nelayan yang sedang dibaiki. Akibat tsunami bot ini telah dihanyutkan dan tersangkut di atas rumah. Semasa bot ini tersangkut ada 59 orang terselamat termasuk orang yang membaiki bot. Dia tertidur semasa bot ini dihanyutkan tsunami. Dan, bila sedar dia terperanjat kenapa ramai orang atas bot? Rupanya dia tak sedar Banda Acheh di timpa bencana tsunami.

Sebenarnya ada cerita lain disebalik sebelum berlaku tsunami. Nanti guwe akan cerita pada bab last post ini semasa berkunjung ke rumah Pak Syaifun. Pak Syaifun ialah jurucerita yang sepatutnya berada di lokasi ini tapi atas sebab-sebab tertentu orang lain telah menggantikan. Semasa kami datang orang yang sepatutnya bercerita pun tiada. 

Cam biasa bergambo beramai-ramai
IR Afandi... geng sebilik 3A
Che Shidah... orang kuat persiapan Kembara Acheh

Sudah kelihatan kereputan di situ - 13 tahun dah tersadai di sini

Bila Mr. Surya beraksi... Tour Guide Acheh 
Surya and Me
kat pintu gerbang Kampung Lampulo

Masjid Baiturrahman

Lokasi ke-7 dan lokasi ke-3 selepas solat Jumaat. Fuh! boleh tahan banyak juga melawat kawasan hari ini. Apapun semua tempat melawat ada cerita masing-masing termasuk tempat makan.

Masjid Baiturrahman adalah masjid yang sangat indah binaannya dan mirip Taj Mahal. Di bina oleh Sultan Iskandar Muda kira-kira 400 tahun dahulu. Masjid ini sangat terkenal sejak dahulu dan merupakan pusat pembelajaran dan penyebaran agama Islam.

Selepas bencana tsunami, banyak video viral menggambarkan keadaan di sekitar masjid ini dan Alhamdulillah masjid ini tidak terjejas malah menjadi tempat berlindung ribuan penduduk di sekitar masjid. Di masjid inilah ada seorang cina yang belum Islam berlindung dan selepas tsunami beliau mengucap khalimah shahadah. Allahuakbar!

Sekarang ini masjid ini tambah indah bila Kerajaan Arab Saudi membiayai pembinaan payung-payung gergasi persis di Masjid Nabawi. Masa kami datang ia sudah siap dan digunakan. Di Masjid Baiturrahman kami bukan saja berkesempatan bergambar juga solat Maghrib.

Ramai-ramai bergambar berlatarkan masjid dan payung ala Masjid Nabawi



Pemuda Acheh suka dengan bendera Malaysia

Me and Ustas Suhaimi



Cahaya di payung gergasi ketika selepas
Sheikh Ar Farid dan famili




Kediaman Pak Syaifun

Akhir sekali, lokasi ke-8 ialah ke rumah Pak Syaifun untuk makan malam dan mendengar kisah pengalaman beliau semasa Tsunami. Pak Syaifun lah orangnya yang sebelum ini berasa di lokasi Bot atas Rumah tapi disebabkan tempat itu sudah diambil alih jabatan pelancongan maka orang lain yang dibayar gaji telah menggantikan Pak Syaifun. Pak Syaifun juga adalah keluarga angkat kepada Ustaz Suhaimi.

Sebelum dijamu makan malam kami telah telah dihidangkan kisah pengalaman Pak Syaifun semasa tsunami. Keadaan Pak Syaifun tidak separah Pak Adi tapi disamping beliau ada seorang budak berumur 6-7 tahun meminta untuk mengikut beliau. Sehingga selepas air surut budak itu telah bertemu waris dia iaitu mak sedara dan Pak Syaifun juga telah berjumpa isteri dan anak beliau tersangkut di atas pokok. Seorang anak beliau meninggal dan hingga kini tak jumpa.

Bahagian kedua ialah kisah tentang Bot atas Rumah. Kisahnya sebelum tsunami ada seorang tua berjubah putih telah ziarah beberapa rumah di Kampung Lampulo untuk meminta derma membina masjid. Ada beberapa rumah hartawan orang tua itu kunjungi dan jumlah derma yang diminta bukan seribu rupiah atau 10-100 ribu rupiah tapi hanya 500 rupiah sahaja iaitu bersamaan 15 sen.

Semasa tsunami, bot yang tersangkut di atas rumah dan rumah itu adalah kepunyaan salah seorang hartawan yang dikunjungi orang tua itu sebelum tsunami. Tuan rumah tersebut antara yang terselamat dan juga beberapa orang yang telah memberi derma kepada orang tua itu.

Begitulah kisah misteri yang diceritakan Pak Syaifun sebelum berlaku tsunami dan semua itu ada dalam sebuah buku tulisan Pak Syaifun. Buku itu dijual dengan harga rm10..


Pak Syaifun dan Afandi
Buku tentang pengalaman Pak Syaifun

Last but not least selepas balik dari rumah Pak Syaifun kami Geng sebilik 3A lepak kejap kat kedai kopi kat sebelah hotel. Saje je lepak sambil pekena kopi Acheh. Geng lain yang tak puas makan durian semalam pegi cari durian.


Kami 3A.. Afandi, Azhar & Amin

Sekian untuk kisah Kembara Acheh Hari ke-2. Akan bersambung akan datang di Part 3 dan terakhir.
http://azhartravelog.blogspot.com/2017/08/kembara-ukhwah-acheh-27-30-julai-2017_20.html

Post terdahulu,

No comments: