Sunday, 15 January 2017

Jalan-Jalan Surabaya-Bandung 7-12 Jan 2017 ~ Part 1

Assalamualaikum..

"Azhar! jom gi Surabaya!" Sape hj Razali kat Masjid Sultan Iskandar selepas solat Zohor, kira-kira 2 bulan lepas...

"Biar betul Haji.. bukan ke Haji and The Geng baru pegi bulan 10 ziarah Habib kat Malang?"

"Ni nak pergi majlis Habib Zein kawen pulak.." kata Haji Razali..

"Ooooo... bila tu? tanya aku sambil betulkan kopiah..

"Tahun depan, 7 Jan 2017, majlis Habib 8 Jan. Lepas pegi Surabaya kita ke Bandung pulak, sebab tu nak ajak ko jadi mutawip kat sana.." Cete Haji Razali sebab musabab nak ajak aku ke Surabaya...

"Ooooo... ok gak... hehe.."

Begitulah Al-kisahnya aku boleh terjebak sama ini trip. Memang takda dalam perancangan nak pegi mana-mana pada awal tahun 2017..  Bila ada yang mengajak dan kebetulan memey takde plan ke mana-mana aku cakap ok je...

Mulanya memey aku cakap Ok nak ikut tapi bila Hj Razali cakap pegi bawak bini, aku fikir 3-4 kali nak ikut ke tak... Nasib si Farid yang plan nak bawak bini tak jadi, so ada geng bujang.. 

Selepas bincang punya bincang dan offer sape lagi nak ikut akhirnya jumlah ahli rombongan ialah 16 orang, iaitu 6 couple, 2 bujang dan 2 couple bawak sorang anak... Antara yang pergi ialah Imam 1 Masjid Sultan Iskandar, Imam Abdullah Embong. Dan lain-lain adalah jiran-jiran yang juga jemaah MSI.

Untuk rombongan ke Surabaya ni, Hj Razali bagi tau kena book sendiri untuk tiket flight dan hotel ikut tarikh seperti yang telah ditetapkan. Bagus juga idea Hj Razali, jadi tak payah pening-pening nak tolong book untuk orang lain. Cuma untuk transport kena arrangekan. Hj Razali uruskan transport di Surabaya, manakala aku untuk Bandung. Total hari trip ini ialah 6 hari 5 malam, 2 malam di Surabaya dan 3 malam di Bandung.

Nampaknya ini kali ke 2 aku ke Surabaya dan Bandung pula 11 kali... wow!

Siapa Habib Zein?
Ialah ustaz yang mengajar kuliah bulanan di Masjid SI. Beliau berasal dari Malang, Surabaya.

16 orang semua @ Kusuma Agro petik epal
Habib Zein... muda lagi baru 25 tahun... ini kuliah last Habib sebelum nikah...

Hari 1 - 7 Jan 2017

10.20 pagi - Berlepas dengan pesawat Air Asia dari Senai International Airport. Tiba di Surabaya jam 12 tengahari (waktu indonesia lewat sejam dari malaysia). Di airport kami dijemput Pak Rio. Ada 2 kenderaan Pak Rio sediakan iaitu 1 van 14 seater dan 1 MPV innova untuk bawak beg aje. Lain-lain naik van, aku sorang aje naik MPV.

Dari airport sebelum langsung ke Malang singgah makan tengahari di Restoren Bu Rudy ayam bakar.

at Senai airport... dari belakang kiri.. Hj Hishamusin, Hj Sabar, Imam Abdullah, Farid, Hj Sameon, Aku, Hj Razali... Hj Yusof nampak bahu..
Guwe dan Farid.... geng bujang at Juanda Bandara, Surabaya... 
at Juanda Airport, Surabaya...
Route Surabaya to Malang
Nasi Bakar Ayam

7.30 malam - Tiba di Malang. Sebelum check in di Hotel Ibis Style Malang, singgah dinner kat Restoren Nasi Padang Sederhana.


Dinner @ Restoren Sederhana Nasi Padang di Malang

9.30 malam - Tiba di Hotel Ibis dan berehat. Total perjalanan keluar dari rumah di JB 7.30 pagi hingga check in hotel di Malang ialah 14 jam.


Hari 2 - 8 Jan 2017

Majlis Walimah Habib sebelah malam, so pagi ni Pak Rio dah siapkan iternari ke beberapa tempat di area Batu.

Lokasi pertama pergi ialah Kusuma Agro iaitu tempat petik Strawberry. Seorang hanya boleh petik 4 biji strawberry aje untuk boleh bawak balik. Kalau lebih kena makan kat situ..

Oleh kerana rombongan mak kiah dan pak kam ni ialah rombongan keluarga maka iternarinya kena sesuai dengan aktiviti kekeluargaan. Maka sebab tu aktiviti petik buah ada dalam iternari. 

3 tahun lepas kawe pegi doh Surabaya dengan geng bujang. Masa tu aktiviti panjat Gunung Bromo dan tengok matahari terbit. Ni kawe tepek 3 keping gambo masa gi Bromo pada 2013.

#Throwback Bromo 2013
#Throwback Bromo 2013
#Throwback Bromo 2013

Petik Strawberry

Ok, balik cete petik buah. Aktiviti 1st petik ialah strawberry...

dari kiri, Hj Sabar, Farid dan Imam Abdullah (Imam 1 MSI)
Kaum ibu yang join trip ini.. salah sorang anak Hj Sabar
Geng bapak-bapak MSI.. anak Hj Razali ada juga di situ...
Lenggang kangkung..
Kaum ibu dengan isteri Pak Rio... nama dia Eli..

Waffel strawberry... sedap bangat..
Besar-besar strawberry kak yati petik..
selepas petik strawberry makan hasil strawberry..

Petik Jambu

Lokasi seterusnya ke wisata petik jambu dan apel atau epal. Kat sini boleh petik 2 bijik aje. Kalau nak petik lebih kene makan yang kat ladang. 2 biji aje boleh bawak balik.



dari kiri, Wak Hj Yusuf, Farid dan Hj Razali..

Ni belom masak lagi jambunya Bung Farid...
Gigih panjat pokok jambu..

Lain sket jambunya dengan di Malaysia... tapi enak jugaa
Begambo lepas petik buah jambu... 
Tiba-tiba ada paparazi snap gambar guwe kat ladang jambu.. Rp10k harga sekeping gambo ni..

Petik Epal


Walaupun color hijau sungguh sedap epalnya...
Bapak-bapak tepi pokok epal..


Petik Limau

Last aktiviti petik-memetik. Masa ni dah tak larat nak petik tapi layankan juga. Sampaikan gambar pon terlupa nak snap. Padahal view kat ladang limau cantik berlatarkan gunung.

Pokok buah dragon kat sebelah pokok limau

Selepas acara petik-memetik sepatutnya ada 2 tempat wisata dalam iternari tapi disebabkan semua dah penat dan mintak balik hotel. Lagipum malam nanti mau ke majlis Habib. Jadinya kena pulang awal untuk berehat dan bersiap. Rencananya mau gerak awal jam 6 petang.

On the way dari Batu ke Malang singgah 2-3 kedai untuk beli apa yang patut.




anggur pon dorang buat kepek


Lawang - Walimahtul Urus Habib Zein

6 petang - Gerak ke Lawang. Enggak jauh sangat cuma 17km dari hotel tapi disebabkan jem bangat kami sampai 2 jam kemudian.. huhu.. Masa sampai majlis dah mula dengan Qasidah dan Samrah. Menarik dan lain dari kebiasaan majlis walimah habib-habib ni. Pengantin perempuan takkan dapat tengok dan jemputan perempuan pula kena asing dok dalam rumah. 


Dari kiri, Habib Zein, Imam Abdullah...


Hari 3 - 9 Jan 2017

Last day in Surabaya. Next destinasi ke Bandung flight pukul 5.45 petang. So, on the way dari Malang ke Airport Juanda, Surabaya akan singgah beberapa tempat untuk lengkapkan iternari.

Candi Singosari

The only candi yang ada kat Surabaya. Monumen kerajaan hindu yang lebih dulu menapak di Tanah Jawa. Selepas Islam datang, minoriti penganut hindu lari ke kawasan pergunungan. Dan, candi-candi ini dikekalkan sebagai tempat wisata. Candi terbesar ialah Borobudur di Jogjakarta. Kawe pegi dah 2 tahun lepas.. hehe..





Malang Strudel

Tempat beli ole-ole di Malang. Katanya.. Belum ke Malang kalau tak singgah Malang Strudel.. Sebab itu kene singgah.. Kat sini aku beli model motor BSA5000 untuk koleksi. Harga Rp150k. My feveret simpan koleksi-koleksi mini ni.




Sape-sape mau ke Surabaya bole contact Pak Riau Budi..

Surabaya-Bandung

Dari Surabaya ke Bandung kami semua naik flight Garuda. Harga tiket Rp783k(rm234) sehala. Oklah untuk premium flight.

Naik Garuda dari Surabaya-Bandung.. 1 jam perjalanan
Dinner at Karemba Sunda sebelum check in Hotel Ibis Trans Studio

Tiba di Ar pot Hussein Sasranegara Bandung, kami disambut Roni iaitu our supir di Bandung. Dari arpot Roni bawa pegi dinner dulu kat Karemba, restoren makanan sunda. Sepanjang 11 kali ke Bandung ini 1st makan kat sini. Ok, makanan sedap.

9 malam - Check-in Hotel Ibis Trans Studio dan berehat.

Aktiviti di Bandung bersambung Part 2.


2 comments:

zaelianwar seo said...


jual viagra
jual viagra jakarta
jual viagra di jakarta
jual viagra asli jakarta
viagra asli
viagra asli jakarta
viagra asli di jakarta
viagra jakarta
toko viagra
toko viagra asli jakarta
toko viagra jakarta
toko viagra di jakarta
toko viagra asli di jakarta
agen viagra
agen viagra jakarta
agen viagra asli jakarta
agen viagra di jakarta
agen viagra asli di jakarta
toko viagra
viagra usa
viagra original
obat viagra
obat kuat viagra
viagra asli
viagra
viagra asli
jual viagra

aziman omar said...

Assalamualaikum…
Nice entry!!!
.Mohon izin tuan tanah untuk promote service kami..
Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Medan, Bandung,Bali,Lombok,Pekanbaru,Aceh,Padang Bukittinggi dan lain2 destinasi popular untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket kapalterbang,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.Harga menarik menanti anda.Harga ground arrangement yang paling minima dan service yang tip top!!
Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.Semua urusan di lakukan di Malaysia sahaja.Minima berdua sahaja pun boleh!! JAMINAN KEPUASAN UNTUK ANDA!!!
Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
http://freelancetour.blogspot.com