Saturday 31 December 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 9

Assalamualaikum..

@ Masjid Sultan Eyub

Wah! sekejapnya masa berlalu... Hari ni dah last day di Istanbul.. Rasa macam banyak tempat kat Istanbul tak pegi lagi... tapi apakan daya, tiket flight balik hari ini dengan Qatar Airways pukul 7.35 malam...

Oleh kerana flight balik lewat petang maka pagi hingga tengahari sempat nak jalan-jalan cover tempat yang tak pergi lagi. So, aku decide hari ni nak pergi Masjid Sultan Eyub sebab kat situ ada Makam Sahabat Nabi saw iaitu Saidina Abu Ayyub Al-Ansari. Kat situ juga terdapat makam Ahmad Ammar iaitu pemuda Malaysia yang meninggal di Istanbul 3 tahun lepas.

Apa istimewa Al-marhum Ahmad Ammar hingga disemadikan disebelah sahabat Nabi saw?

Ceritanya, dikalangan sahabat Ammar digelar 'syahid yang tertangguh'. Meninggal pada usia 20 tahun akibat kemalangan jalan raya. Seorang yang pentingkan Ilmu, Ibadah, Dakwah dan Pengorbanan. 

Sejak remaja lagi Ammar sudah sertai misi kemanusian dan antaranya ke Syria. Ini antara kebaikan-kebaikan yang ada pada Ammar sehingga beliau dimuliakan untuk disemadikan di sebelah makam sahabat Nabi Saw, Saidina Abu Ayyub Al-Ansari. 

Saidina Abu Ayyub pula ialah sahabat Nabi saw yang berdakwah hingga ke Costantinopel(nama dulu Istanbul). Beliau telah dipilih memuliakan Nabi saw di rumahnya semasa peristiwa hijrah iaitu rumah pertama di Madinah yang Nabi saw singgah. 

Persamaan antara Saidina Abu Ayyub dan Ammar ialah kedua-duanya berhijrah ke jalan Allah. Mari kita doakan semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan para solihin.. aminn... 

Kisah Ahmad Ammar dibukukan..
Luahan Ibu dan Bapa Ammar
Visi Ammar
Antara misi kemanusian Ammar

Spice Bazar

Lokasi pertama pagi ni ke Spice Bazar. Antara bazar popular dan wajib datang di Istanbul selain Grand Bazar. Selain 2 bazar ni ada banyak lagi bazar kat Istanbul tapi disebabkan kesuntukan masa cuma pilih pegi ke Spice Bazar je dari tak pegi langsung. Masa hari ke-3 dah pegi tapi kat luar je.

Hari ini bila dapat masuk terpegun tengok suasana yang meriah dengan lampu-lampu dan susun atur barang-barang yang warna-warni kat dalam kedai. Kebanyakan peniaga semua lelaki dan macam biasalah terlebih-lebih peramah especially pada perempuan-perempuan... hehe... dengan jejaka macam aku pon peramah juga... Kat situ macam-macam ada jual seperti tudung, sourvenir, turkish delight dan lain-lain. Kalau tak kawal nafsu mau bole borong semua yang ada kat situ... 

Kat dalam tu juga terserempak dengan pemilik Rangkaian Hospital & Poliklinik Penawar, Tn Haji.... lupa pulak nama dia.... hmmm... yang kawe ingat walaupun kaya beliau sangat humble dan friendly... dapatlah wefie dengan beliau...





Dengan pemilik rangkaian Hospital & Poliklinik Penawar... very humble person...
Sourvenir.... hmmmm...
ni kat terowong jalan kaki @ Station Tram Eminonu


Masjid Sultan Eyub

Selepas beli apa yang patut di Spice Bazar, lokasi seterusnya ke Masjid Sultan Eyub. Naik teksi 10 minit aje dan bayaran 20TL.

Di sini selain masjid, ada kawasan perkuburan. Makam sahabat Abu Ayyub ada kat dalam masjid manakala Almarhum Ahmad Ammar di luar iaitu kawasan perkuburan. Malangnya tak sempat cari makam Ammar sebab masa begitu mencemburui. Masa tu waktu dah tengahari dan kami perlu lunch dulu sebelum balik semula ke hotel untuk berkemas.  

23 min tu kalo jem... 
termasuk drebar 6 orang seteksi...
Drebar teksi muda drive sopan sket.... tak ganazz...



Makam Ahmad Ammar (gambar google)

Di sebalik dinding ini Makam Saidina Abu Ayyub ra..


















Lunch Kanat... my feveret dish in Istanbul


Masjis Sultan Suleiman... tak sempat pegi...

Antara tempat-tempat bole lawat di Turki via package...

Selamat Tinggal Istanbul

Half day tour hari ni dapat cover 2 tempat. Setibanya di hotel terus berkemas kerana masa dah time kena balik. Shuttle ke airport akan pick-up pada pukul 3 petang. Kena awal sebab susah nak jangka laluan ke airport lebih-lebih lagi selepas kejadian bom di Artatuk Airport dua bulan sebelum kami datang ke sini. Bila-bila masa pemeriksaan keselamatan akan jadi ketat bila ada ancaman. Bila ia berlaku akan sebabkan kesesakan luar biasa laluan masuk ke airport. Pihak airline takkan tanggung jawab kalau lewat. So, biar lama tunggu kat airport dari kena tinggal flight.


hmmm... sedih nak tinggalkan Istanbul... nampak menara masjid biru pon jadilah...



pastikan tiada barang tertinggal...


Seksa nak turunkan beg lalu tangga ni...
bergambo dengan anak owner Flamingo Apart.... nama dia Abdullah...
on the way to Artatuk Airport..


Ahmamdulillah... jalan ke airport tak jem

Semasa tiba di airport tiba-tiba ada orang ni nampak macam sukarelawan siap bawak troli dan tolong angkat beg keluar dari shuttle. Aku dah agak ni sure kena bagi tip dan niat nak bagi dalam 10 ke 20TL.. Tapi lepas setel semua orang tu mintak 40TL untuk upah dia.... Perghhh!! kalau tahu lebih baik angkat sendiri tadi... terkena den...takpolah, anggap rezeki dier...

Proses check-in juga lain-lain semua berjalan lancar dan kami selamat take off dan tinggalkan Istanbul pada pukul 7.35 malam. Destinasi transit seterusnya ialah Doha... 


Doha

Perjalanan Istanbul-Doha ambil masa 4 jam. Masa sampai dah tengah malam dalam pukul 12 am. Waktu Doha 1 jam awal dari Istanbul. Next flight ke KLIA pada pukul 8.35 pagi. Ada 8 jam kena menunggu. Nasib Hamad Airport kat Doha ni besar dan banyak fasiliti jadi tak terasa sangat walau transit lelama. Dapat gak tidur dengan selesa 3-4 jam kat ruang famili.

Ruang tengok TV dan ada IMAC untuk tenet...
Untuk kanak-kanak riang pon ada...


Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA pada pukul 9.35 malam. Dari KLIA ambil ERL ke Putrajaya Sentral kemudian driving dan selamat tiba di JB lebih kurang pukul 4 pagi. 

Setibanya di JB, maka berakhirlah travelog Istanbul-Cappadocia kami datang! Trip yang sangat best walau arrange dan jalan sendiri. Cuma ke Cappadocia ambil package 2 hari 1 malam dengan Aku dan Istanbul. Apa den nak kate ialah banyak kenangan diperolehi dan antaranya pengalaman memenatkan naik bas 12-13 jam Istanbul-Cappadocia-Istanbul. 

Best experience ialah dapat solat waktu, Solat Eid Adha dan solat Jumaat di Masjid Biru. Juga dapat beraya dan bergambar dengan baju melayu di Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Best moment pula ialah dapat naik Hot Balloon untuk menyaksikan keindahan alam kebesaran Allah dari awangan di Cappadocia. 

Di samping itu dapat melihat monumen-monumen bersejarah yang memukau mata seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Tokappi Palace. Juga dapat menyusuri Selat Bosphorus hingga Golden Horn. 

Kesimpulannya, Turki sangat best kerana sarat dengan monumen sejarah sejak zaman sebelum Islam sehingga zaman Khalifah Uthmaniyah. Turki juga merupakan negara Islam di Eropah dan mudah untuk dapatkan makanan halal. InshaaAllah.. ada rezeki kami akan datang lagi...

Post terdahulu,

  
Note : Untuk iternary boleh baca post-post terdahulu. 


No comments: