Sunday 27 November 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 5

Assalamualaikum..

Replica Blue Mosque & Hagia Sophia @ Miniaturk

Hari ke-5 ~ 13 Sept 2016

Asalnya plan hari ni nak jalan-jalan bazar seperti Grand Bazaar dan Spice Bazaar tapi memandangkan hari ni public holiday mungkin banyak kedai tutup. So, tukar plan ke Miniaturk. Hari ni juga tak boleh jalan lelama sebab malam nanti nak ke Cappadocia dengan bas. Dari Sultanahmet kene gerak petang ke stesten shuttle sebelum dibawa ke bas station Istanbul. 


MINIATURK

Apa tu Miniaturk?

Miniaturk adalah taman miniatur yang menempatkan replika-replika bangunan juga monumen yang terdapat diseluruh Turki. Kepada yang tak sempat nak jalan seluruh Turki boleh datang sini dan tengok segala replika di sini. Saiz replika ialah 1/25 dari yang sebenar. Dekat 150 replika ada di sini. Bayaran masuk pula tak berapa mahal, 10TL(rm14) untuk dewasa. 

Cara nak pergi dari Sultanahmet boleh naik teksi direct sampai Miniaturk atau naik tram turun kat Eminonu dan kemudian naik bas atau teksi. Kami masa tu naik tram dan teksi.

Sultanahmet Tram Station
Miniaturk terletak di Golden Horn

Replika rumah gua at Cappadocia
Replica Cappadocia dan hot balloon

Replica Pamukalle

























Masjid Suleyman
 

Hagia Sophia
Bosphorus Bridge

Blue Mosque
Basillica Cistern - sistem purba pengaliran air bawah tanah Istanbul
Istana Topkapi
Dataran Taksim
Tugu Taksim
Galata Tower
Masjid Eyub Sultan
Dolmabache Palace
Tower kat Dolmabache Palace
Masjid Ali Pasha... kat Mesir ada masjid ni..


Replica Dome of the Rock 
Rumah Kamal Ataturk
Bunga bendera Turki
Future Miniaturk

Balik dari Miniaturk singgah Eminonu depan Spice Bazaar untuk lunch dan nak try Kanat atau chicken wing. Kata kawan aku terbaik chicken wing kat situ. So, kena try.

Bila dah try memey terbaik la. Very juicy. Pulak tu makan dengan barli goreng. Barli goreng? 1st time rasa and not bad laa...

Makan kanat kat sini... kata kawan aku kat dalam-dalam ada lagi...
ni kebab...


Ni ayam panggang... sos tu bawak dari Johor...


Setel lunch balik semula ke hotel untuk bersiap dan check-out. Malam ni nak ke Cappadocia dengan bas. Sebelum tu dah deal dengan anak owner hotel(Flamingo Apartment) nak check-out lewat sket dalam pukul 5 petang. Lagi satu deal jugak dengan anak owner nak simpan beberapa beg besar kat kedai dia yang terletak kat tingkat bawah hotel. Sebabnya nanti Hari ke-8 akan balik ke Istanbul dan check-in semula kat hotel yang sama untuk malam last in Istanbul. 

Sebenarnya, sebelum ke Istanbul dah book hotel lain kat area Taksim untuk selepas balik dari Cappadocia. Hotel apartment kat Taksim lebih murah banding kat Sultahahmet. Murah antara sebab dan juga nak merasa dok area situ. Tapi selepas fikir-fikir dan bayangkan betapa susah nak angkut beg besar lagi berat, kawe sebagai ketua rombongan decide untuk tukar plan taknak dok Taksim. Rugi sikit sebab dah bayar hotel tu. Namun, demi memudahkan untuk bergerak itu lebih baik dan pinggang pon tak sakit. 

Peringatan juga kepada traveller macam kami bukan backpackers yang guna 100% pengangkutan awam. Kebanyakkan hotel-hotel apartment bajet di Istanbul adalah milik persendirian dan tiada lif. Di Flamengo Apart contohnya bilik kami di tingkat 3 dan tangga pulak jenis spiral. Memey susah nak bawak beg yang besar dan berat naik ke atas. Nasib masa hari tiba anak owner hotel faham dan dah standby dengan kawan dia nak bawak beg kami naik ke atas. Atas sebab-sebab ini buatkan kami cancel hotel di Taksim. Check-in balik hotel yang sama lebih memudahkan jika berhasrat travel luar dari Istanbul dan kembali semula.

Tangga spiral di Flamengo Apart ni bukan saja susah nak bawak beg naik atas, nak bawak turun pun susah. Itu yang den raso masa nak check-out. Beg wife anak owner tolong bawak turun. Beg den sendiri bawak turun. Punyalah payah, rasa macam nak campak je dari atas... haha...


Istanbul - Cappadocia

Seperti yang sudah diajar Tuan Khalid Pattali(founder Aku dan Istanbul), dari Sultanahmet naik tram hala ke Bagcilar dan turun di station Capa-Sehremini Istasyonu(payah tol nak sebut). Dari station Capa jalan kaki 100-200 meter je dan tunggu shuttel datang ambil pukul 7 ptg di hadapan pejabat Metro untuk ke Bas Station Istanbul di Bayrampasa. Bas ke Cappadocia pada pukul 8 malam.  

Tiket bas ekspress METRO



Ada cerita cemas sket masa dalam Shuttle on the way ke Bas Station Istanbul. Shuttle ambil kami lewat 10 minit. Dalam perjalanan kena singgah-singgah ambil penumpang lain. Shuttle tiba di kawasan bas station lebih kurang pukul 7.45 malam. Ada 15 minit lagi untuk sampai ke platform 49-56. Rasa-rasa macam sempat... tapi...

Ceritanya, kami sangkut jem kat dalam kawasan Bas Station Istanbul yang besar dan luas. Masa tu dah pukul 7.55 malam kami stuck kat platform 10-11. Tanya drebar, kata jauh lagi. Pergh!!.. cemas seketika takut tertinggal bas.

Tiba-tiba, tuan Khalid mesej..

Khalid : Tuan, dah naik bas ke?
Aku      : Tgh sangkut dlm shuttle jem kat bas station, skang kat paron(platform) 10-11..
Khalid : Ok noted
Aku      : Bas tunggu tak?
Khalid : Tadi bas call, takpe saya cuba call balik..
Aku      : ok

Lepas tu gerak sket ke paron 20/21 dan stuck lagi. Masa tu dah pukul 8.05 malam. Mula lah risau. Tuan Khalid pulak tak balas mesej. Mungkin dia tengah deal dengan bas agaknya.

Kemudian bas dapat gerak ke paron 30-40 tapi stuck balik.  Masa tu dah pukul 8.15 malam. Time ni drebar kata bole turun dan kena jalan kaki dalam 200 meter. Tanpa membuang masa kami pun turun dan terus ke platform 55. Alhamdulillah.. bas ada lagi, kod 345028.

Naik bas kene tengok kod... sama kat tiket baru naik..
Dapat gak merasa naik bas ekspress kat Turki... dapat air panas free lagi...
Steward bas yang hidang air panas...


Perjalanan dari Istanbul ke Cappadocia (Goreme) sejauh 740km ambil masa 12 jam. Sepatutnya 10 jam. Mungkin sebab Turki cuti seminggu dan jalanraya sesak. Aku pun tak tau sesak atau tak sebab naik bas je terus tidur. Nak tengok movie tak paham sebab alih bahasa Turki. Dalam perjalanan perasan hujan manjang dan terjaga bila singgah RnR 2 kali. 

Sekian kisah travelog hari ke-5, nanti bersambung Hari ke-6....

Post terdahulu,

No comments: