Thursday 13 October 2016

Memandu ke Krabi dan Jelajah 1Malaysia, 1-7 Oct 2016

Assalamualaikum..

Asyik cerita travelog naik kapal terbang aje, kali ni travelog 100% ikut jalan darat pulak. Bila ikut jalan darat tak payah nak fikir transit ke airport, check in, boarding dan lain-lain. Tapi passport tetap kena bawak sebab nak ke negara jiran.

Cuma itulah, travel ikut darat ni lambat sampai ke destinasi banding naik flight yang lebih jimat masa. Macam pegi Krabi, dari JB kena 2 hari 1 malam perjalanan sebab jaraknya 1000 lebih km. Boleh nak non stop tapi nanti sampai Krabi bantai tidur je..

Apapun tetap ada Pro dan Kontra. Sekali sekala ubah style travel.. yang bestnyer travel dengan keta atau mpv boleh ikut suka nak gerak pukul berapa. Boleh singgah-singgah dan nikmati pemandangan di kiri dan kanan jalanraya...

Kenapa Krabi?... Ini kisahnya...

Rancangan asal sebenarnya nak ke Padang Besar aje. Sebabnya aku, Asri dan Sucit dah lama tak gi sana especially tempat jual jersi. Tambahan pula kami ni die hard fan Liverpool. Nak beli jersi original mahai bai. Jadi beli lah yang mampu milik.. hehe... ala.. lagi pun duit-duit lebih tak beli jersi ori boleh salur kepada yang memerlukan... betol tak?

Mesti ada yang tanya kenapa sanggup pergi sampai Padang Besar semata-mata nak beli jersi? Ala... itu semua alasan je sambil beli jersi boleh jalan-jalan melawat kawasan. Sambil tu boleh makan pulut mangga dengan somtam.. Alang-alang dah ke Padang Besar lanjut sampai ke Krabi... nampak tak taktiknya... yang penting janji kat wife beli sourvenir untuk dia...

So.. idea ke Padang Besar timbul pada bulan June. Asal nak pergi ber-tiga jadi ber-enam. Asal nak gi Padang Besar dan Krabi aje terus pusing satu semenanjung sekali... Asal nak naik keta aku, tuko sewa MPV beso sket.. Tarikh dan jumlah hari semua aku yang cadangkan dan dorang follow je.. Begitulah al-kisahnya asal-asalnya...

Dari kiri Asri, Khairul, Roslan, Sucit dan Aku @ Hentian Banjaran Titiwangsa, Grik
Namun, hampir saja plan ke Krabi tak jadi sebab ada kes bom sana, bom sini di selatan Thai. Ada yang bimbang takut pegi Krabi tak balik... Aku sorang je yang relax sebab dah biasa gi negara-negara huru-hara macam cambodia pada tahun 1993 sebab kena keja kat sana sebulan.. masa tu baru join Celcom tak sampai 2 tahun.. kisah tu boleh baca travelog aku @ Cambodia kat link ni...  eh! melalut pulak cete lama.. hehe...

At last.. jadi jugak gi Krabi selepas jenuh aku terangkan takde pape sana.. lagipun takkan kerajaan Thai nak biarkan benda bom-bom ni terus berlaku sebab implikasinya pada industri pelancongan kat sana. Income Thai tu..

Ok. bila dah confirm jadi gi Krabi dan pusing semenanjung, kenalah uruskan beberapa perkara dulu iaitu,

1. Travel Insuran - Asri
2. Sewa MPV Starex - Asri
3. Dokumen bawa kereta ke Thai - Asri
4. Iternari - Aku
5. Sewa hotel/homestay - Aku

Bila semua dah urus dan hampir pasti pergi ber-enam tiba-tiba Nazri pulak tak jadi pegi sebab ada masalah keluarga. Aduyai.. kos perhead pasti meningkat especially sewa MPV.. Ok takpe takde hal.. pergi ber-lima pon ok cuma macam janggal 5 orang naik Starex yang besar gedabak tuu... Mulanya nak cancel sewa tapi lepas fikir-fikir, bincang-bincang, timbang-timbang... jalan terus... 


Hari 1, 1 Oct 2016 ~ JB-Melaka-Alor Setar (795km)

Dari JB aku dan Asri bertolak pada pukul 8 pagi. 2 orang aje dan tiba di MITC Melaka kira-kira 10.30 pagi untuk ambil Sucit, Roslan dan Khairul. Sarapan apa yang patut kat Restoren Subaidah. Dalam perjalanan singgah di Tapah untuk makan tengahari. Kami tiba di Loq Setaq pada pukul 9 malam. 

Semua dah ada 5 orang..
Pasemboq @ Restoren Pak Tam, RnR Tapah
Ipoh
Sunset selepas Tol Sungai Dua..
Di Log Setaq kami tinggal di homestay Zanishah kepunyaan sahabat kami Pidot. Pidot dulu kerja kat Celcom Melaka tapi la ni dah berpindah balik ke kampung halaman. Untuk malam ni Pidot lah jadi tour guide bawak ronda-ronda Alor Setar dan bawak gi makan kat Iman Koey Toey.

Homestay kepunyaan keluarga Pidot.. 
Aku dan Pidot @ Iman Koey Teoy
Koey Teoy special... ado telor mata..

Lepas makan kat Iman Koey Teoy, jalan-jalan sat dan sebelum balik homestay supper daging bakar danok dan pulut mangga dekat restoren 100 meter dari homestay.

Masjid Zahir waktu malam... cantik masjid ni..
Daging bakar Danok
Pulut Mangga

Hari 2, 2 Oct 2016 ~ Alor Setar-Bukit Kayu Hitam-Danok-Ao Nang, Krabi (394 km)

Pagi-pagi Pidot dah siapkan sarapan nasi lemak kat homestay sebelum dia gerak ke Setiawan. Kami check out dari Homestay Pidot lebih kurang pukul 8 dan sebelum gerak ke Krabi singgah kat depan Masjid Zahir untuk begambo apa yang patut.

Oleh kerana kami memandu ke Krabi, ada beberapa perkara kena bawa, buat dan pastikan,

1. Bawa salinan geran kereta dan surat kebenaran dari tuan kereta jika bawa kereta sewa.

2. Buat insuran kereta untuk masuk ke Thailand - area Changlun banyak kat tepi jalan boleh nampak

3. Pastikan minyak penuh supaya bila balik nanti tak payah nak tuang banyak sebab sana minyak mahal.

Geng Suka Travel(GST) @ Masjid Zahir Alor Setar
Alor Setar Tower
Aku drive dari Aloq Setaq sampai Krabi
Buat insurans Thailand di sini..

Cara-cara masuk Thailand dengan kenderaan,

1. Setibanya di sempadan(selepas CIQ Malaysia) kena park kereta kira-kira 100 meter dari CIQ Thailand.

2. Semua kena turun untuk cop passport. Kat passport kena selit RM1. Jangan tanya aku kenapa sebab semua orang buat macam tu dan juga pesan dari member-member yang pernah ke Krabi. Katanya untuk memudahkan urusan imigresen. Terpaksa walau tak rela.

3. Selepas cop passport kena bawak dokumen-dokumen kenderaan ke kaunter 9 pula untuk pengesahan bawa kereta ke Thailand. Kat sini kena RM5. Fuh! boleh kaya keje imigresen kat Siam ni..

4. Selepas cop passport dan sahkan dokumen kereta barulah ambil kereta dan bergerak cross sempadan dengan tenang.


kat sempadan... masa ini urusan cop passport dan pengesahan bawa kereta dah setel...


Semua urusan dekat imigresen ambil masa dekat sejam gak. Memey berbeza cara bawa kenderaan ke Singapore dan Thailand. Kat Thailand ni main duit je dan pada aku tak sistematik. Sebelum tu masa nak sahkan dokumen kenderaan dah kena pau sebab sorang ulat ni tolong untuk sahkan dokumen kenderaan kat imigresen. Lepas tu dia cakap melayu patani dengan aku tak berapa nak faham. Kemudian ajak aku naik motor dia ke pekan Danok. Rupanya dia ingat kenderaan aku belum ada insuran. Tak pasal-pasal kena pau RM40 sebab dah cross sempadan dan masuk balik. Anggap je la ini panglaman pertama.. 

Selepas berjaya masuk Thailand pekan pertama jumpa ialah Danok. Kat sini juga paling sesuai untuk tuko RM ke Baht(RM11.90 = 10 Baht) sebab rate lagi murah dari kat Krabi. Selain itu boleh shopping pakai duit RM kat sini. Kami jalan-jalan kat sini dekat sejam sebelum bergerak ke Krabi pada pukul 12.40 petang.

Pekan Danok
Keluar dari CIQ Thailand belah kiri ada money changer... ni gambar aku U-turn ke tempat money changer

Selepas 2 jam perjalanan dari Danok kami singgah makan di Restoren halal milik orang Patani di Amphoe Pa Bon. Nama restoren ialah Che Ubong Restoren. Lokasi selepas Hatyai. Kami stop di sini selepas ternampak sign board halal kat tepi jalan. Masa tu aku drive. Menu makanan ialah Tomyam, Boleh tahan sedap.





Selepas lunch, perjalananan diteruskan ke Krabi. Adalah dekat 4 jam kami tiba Krabi. Terus ke villa yang aku dah book melalui www.booking.com

Alangkah terperanjatnya bila tengok villa yang kami book dengan harga 3000 baht(RM357) untuk 3 hari 2 malam. 1 villa ada 2 bilik boleh muat 4 orang tapi kami kami dapat 2 villa untuk 5 orang. Alhamdulillah... selesa...

Hall Villa
Bilik aku... katil King tido sorang...
Bilik Air
Bilik Asri
2 tuala jadi burung..

Malam selepas check-in kami ke pekan Ao Nang untuk cari makan dan jalan-jalan. Tapi malam tu hujan. So, jalan-jalan kena pakai baju hujan yang dibeli kat kedai runcit hage 50 baht. 

Sambil tu cari package untuk island hoping esok. Kami pilih package Phi Phi island dengan harga 1050 baht seorang (rm125). Harga sebenar sebelum tawar 1200 bath. Ada macam-macam package pulau iaitu Pulau James Bond dan paling murah ialah package 4 pulau murah sket dalam 800 baht tapi itu belum tawar.

Sepatutnya hari Ahad malam ada night market. Mungkin sebab hujan takde kot. Night market di Ao Nang ialah pada hujung minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Apakan daya masa kami datang takde pulak.. So, jalan-jalan tengok apa yang ada..

Selain gerai-gerai jual package pulau, ada gak jual sorvenir dan sape nak massage pon ada. Hage massage seperti refleksologi dalam 200 baht(Offer). Hage biasa 250 baht. Tau sebab ada display kat depan tempat massage.. don wori ni massage bukan terlarang punya..

Hujan.... pakai baju hujan...
Pakej ronda pulau Phi-Phi Island... 1050 baht seorang (rm125) 
Makan malam sini..
Menu.. tomyam lagi...
Sekali package ulam dan ikan
Gelap sket gambo..

Nota : 

- Kat Krabi jangan risau tentang makanan halal, berlambak ada boleh pilih mana suka. Juga package Island hoping siap dengan Lunch dan semua halal.

- Tentang bahasa boleh cakap inggeris atau melayu. Kalau kedai makan orang Patani biasanya boleh cakap melayu.


Hari 3, 3 Oct 2016 ~ Island Hoping @ Krabi

Pagi sebelum jalan-jalan pulau kena sarap dulu, kalau tak nanti naik bot laju dengan perut kosong pastu berangin.. kemudian hapah tak boleh buat sebab dah pening lalat...

So, pagi ni Roslan dan Sucit pergi cari sarapan.. Hasil tangkapan ialah makan pulut dengan ayam goreng. Sarapan tradisi orang siam.


Transport amik kami dari hotel... mula-mula kosong..
sat gi semua naik... penuh sudah...
sisi lain... 
Naik speed boat dok depan... pastu menyesal sebab pinggang sakit... 
Sebelum bot gerak... dok depan...
Loh Samah Bay @ Phi Phi island
Swimming kat Loh Samah Bay, Phi Phi Island
Muka tengah tahan sakit pinggang...

Viking Cave... kat utara Pulau Phi Phi...
Monkey Island... Al-Kisahnya banyak monkey di sini... kalau air surut boleh nampak monkey berkelah kat pantai..
Pileh Lagoon... tempat snorkeling..
Pileh Lagoon..
Lunch @ Pulau Phi-Phi Don
Kerul dan Sucit kat Bamboo Island..
Pulau Bamboo... last pulau sebelum balik

Sepatutnya di Phi Phi Island ada 4 tempat boleh pegi iaitu Maya Bay, Loh Samah Bay, Pileh Lagoon dan Viking Cave. Tapi ke Maya Bay cancel sebab ombak tinggi sampai 3 meter so cuma ke Loh Samah untuk berenang, Pileh Lagoon untuk snorkeling dan lalu depan Viking Cave...

Cerita pasal pulau Phi Phi Don antara pulau yang terjejas teruk kena ombak Tsunami 12 tahun lepas. Sekarang pulau ini sudah dibaik pulih dan lengkap semua infra ada seperti resort, hospital, masjid dan lain-lain..

Peringatan :

Kepada yang ada sakit pinggang, sakit belakang atau slip disc, janganlah berangan nak dok kat depan speed bot. Terjadi pada kawe layan bumping bot langgar ombak sampai sakit pinggang. Dia punya sakit sampai kena check kat hospital pulau Phi-Phi don. Hospital charge 2300 baht dan semua tu insuran package pulau tanggung. La ni dah balik JB masih sengal-sengal. Diingatkan lebih baik dok belakang bot kerana lebih selesa dan tak melambong sangat.


Hari 4, 4 Oct 2016 ~ Ao Nang-Bukit Kayu Hitam-Changlun (355 km)

Sekejap je dah last day in Krabi.. Maka hari ni balik Malaysia semula ke Changlun. Dah book homestay kat situ. Plan hari ni nak keluar ikut Padang Besar kalau sempat. Nampak gaya macam tak sempat sebab lepas check-out dari oscar villa pegi sarapan dulu kemudian jalan-jalan kat Ao Nang lagi survey apa boleh beli. Malam tadi balik dari pulau semua penat tidur awal.

Setel jalan-jalan kat Ao Nang, kami gerak balik dalam pukul 12.30 ptg waktu Malaysia. Dalam perjalanan sempat singgah factory outlet dekat-dekat area Krabi airport. Kemudian makan tengahari kat restoren sama masa kami datang iaitu Che Ubong.

Oscar villa bilik no. 1 dan 2
kat villa pon ada offer package ke pulau dan tempat-tempat menarik kat Krabi
Banyak aktiviti boleh buat kat Krabi... kalau 3H 2M memey tak cukup..
Package Island hoping
  
Masjid Ao Nang... macam dalam pembinaan.. tak pon tengah renovate...
Nasi Lemak Krabi... dekat area masjid
Outlet Village Krabi
On the way singgah beli dukong dan rambutan... sekilo 15 baht

Terasa lama pulak perjalanan balik kali ni. Mungkin sebab banyak singgah-singgah. Dekat pukul 8 malam kami tiba di Danok. Singgah lagi kat situ jalan-jalan tengok apa boleh beli..

Otw cross sempadan di imigresen Thai kali ni tak payah turun dari kereta. Terus ke kaunter  cop passport. Masa serah passport semua lupa pasal kene selit RM1. Dengan selamba je tukang cop passport tu mintak sorang singgit.. haha... Lepas cop passport pegi kaunter lain pulak untuk serah dokumen kenderaan kat kaunter 10.

Tiba di imigresen Malaysia pula ada leceh sikit. Oleh kerana kami naik MPV Starex yang macam van, kenalah lalu lorong bas dan semua kena turun beserta beg memasing untuk cop passport dan scan beg. Drebar kena turun kendian. 

Setel semua urusan imigresen terus ke homestay di Changlun. Perancangan asal sepatutnya ke Padang Besar tak sempat. So, pegi esok.


Hari 5, 5 Oct 2016 ~ Changlun-Padang Besar-Kota Bharu (461km)

Pagi ni check-out awal sket dalam pukul 8 pagi sebab nak ke Padang Besar. Dari Changlun ke Padang Besar jarak dekat 35km. Setibanya di Padang Besar tengok bazar masih tutup lagi. Manakala gerai-gerai makan dah bukak. So, sarapan dulu sementara tunggu bazar bukak.

tempat feveret kalau ke Padang Besar... borong jersi Liverpool...
Selesai shopping di Padang Besar, perjalanan seterusnya menuju ke Kota Bharu merentasi Banjaran Titiwangsa. Dari Padang Besar melalui highway plus dan keluar di Exit 173, Gurun. Mulanya cuaca agak cerah dan kemudian dalam perjalanan diselang seli dengan hujan.

Semasa dalam perjalanan selepas melalui Tasik Banding, tiba-tiba di depan mata kami sebuah kereta myvi telah terbabas ke longkang. Kami cuba tolong apa yang patut untuk keluarkan kereta dari longkang tapi tak berjaya. Selepas diberitahu ada kawan toll truck akan datang membantu mereka kami pun sambung perjalanan. Kesian gak nak tinggalkan mereka sekeluarga tapi apakan daya perjalanan kami masih jauh.  


Kemudian kami singgah di Hentian Banjaran Titiwangsa untuk minum air panas sambil menikmati pemandangan gunung ganang. Menarik sungguh pemandangan di situ terutama kalau cuaca cerah dan kurang awan..



Signage gajah melintas pun ada...
Selesai layan pemandangan perjalanan diteruskan dan kami tiba di homestay Wakaf Che Yeh lebih kurang pukul 9 malam. Dekat 9 jam perjalanan dari Padang Besar ke KB. Memey terasa jauh sebab takde highway dan lalu gunung ganang.

Setiba di KB, check-in dulu kemudian cari makan untuk dinner. Lokasi makan malam di Restoren Sup Keting. Tak jauh dari homestay kami.

Homestay kat Wakaf Che Yeh
Homestay kat Wakaf Che Yeh.. ada 3 bilik... hage RM200 1 malam

Hari 6, 6 Oct 2016 ~ Kota Bharu-Rantau Panjang-Kijal (363 km)

Kota Bharu, Kelantan... last kawe datang pada tahun 1997. Masa tu ada kursus 2 minggu kat KB. Sebelum tu dari tahun 1990-1995 kerap gak datang ikut member orang Kelantan balik kampung dia kat Tumpat. Kawe memey dah lama nak datang Kelantan tapi masa tak mengizinkan. 3 tahun lepas cuma lalu Gua Musang je dari Cameron Highland ke Kuala Terengganu.

Banding KB masa 1997 dengan 2016 tak banyak sangat perubahan. Cuma Stadium bola nampak cat dah berubah di make-up Dato' Vida.. hehe..

Dalam seronok ronda-ronda bandar KB dan Rantau Panjang ada satu tempat terlupa nak singgah dan kami sangat-sangat terkilan.. iaitu ziarah Makam Tok Guru Nik Aziz... hmmmm...

Sarap roti kaya bakar ada telor mata dengan green latte kat D'Klasik... i like sarapan macam ni.. 
Menu ke-2... Nasi Kukus Kak Wok... kenye sampey petey...
Ni laluan nak ke Golok... aku pernah cross border ni dulu tanpa passport...
Masjid Beijing di Rantau Panjang
Otw Rantau Panjang-Kijal singgah beli akok dan puding sedut kat Selising, Pasir Puteh...
Puding sedut...  macam dadeh dan sedap...

Hari 7, 7 Oct 2016 ~ Kijal-Melaka-JB (548 km)

Pejam celik dah hari ke-7 jelajah kami ke Krabi dan round barat ke timur semenanjung Malaysia. 10 negeri dah berjaya cecahkan tayar. Next yang ke-11 ialah Pahang.

Untuk hari last semua fikir nak cepat sampai rumah sebab memasing dah tak sabar nak jumpa anak bini... baru 7 hari bai... Tahun lepas aku gi Europe dengan Asri dan Sucit 15 hari.. boleh baca pengalaman kami kat sini...

Untuk hari ini plan route cuma singgah untuk sarapan, solat Jumaat dan makan tengahari. Alhamdulillah... kami tiba di Masjid Muadzam Shah ngam-ngam dekat azan Zohor. Selepas solat Jumaat singgah gerai sebelah Petronas pekena ikan patin masak tempoyak.. Memey heaven selepas 3-4 hari asyik makan tomyam je...


Homestay di Kijal, rumah 4 bilik 2 bilik air... rm200 satu malam
Kami tiba di Melaka lebih kurang pukul 5.30 petang. Singgah-singgah hantar Roslan, Khairul dan Sucit, lepas maghrib baru gerak keluar dari Melaka dan tiba di rumah aku dalam pukul 9.15 malam. Last tiba rumah ialah Asree sebab dia kena pulang Starex ke owner.

Bila semua dah selamat sampai di rumah masing-masing, maka sekian kisah perjalanan kami ke Krabi dan jelajah 1Malaysia. Bagi aku, Asree dan Sucit ini pengalaman kedua. Repeat 21 tahun dulu. Cuma masa tu round dalam Malaysia.. eh! ada ke Padang Besar Thai tapi tak guna passport sebab abang salah sorang member keje imigresen kat sempadan. Masa tu memey senang nak cross sempadan.

Route map perjalanan kami... 2900++ km..
Sebagai penutupnya kawe nak share gambar-gambar round Malaysia pada tahun 1995. 9 orang dengan 2 kereta. Masa tu umuq muda, masih bujang dan umur awal 20 an.. Kami round Malaysia dalam masa 5 hari 4 malam sahaja tanpa GPS..

kat tepi highway area Gurun... 



Kat Padang Besar Thailand... masuk dengan kereta tak payah guna passport sebab ada abang member keje imigresen
Tepi sungai Kelantan
Masjid Terapung, Terengganu... cukup semua 9 orang ada... sorang dah meninggal... Almarhum Wan Hafizi... sebelah kanan aku...
Sekian Terima Kasih kepada yang sudi baca sampai habis...

No comments: