Sunday 4 September 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 7 & 8

Assalamualaikum,


Hari ke-7 (26 May 2016)

Berada di Sharm El Sheikh tak banyak aktiviti dilakukan. Kalau tengok iternari ada aktiviti ke desert safari tapi kena bayar tepi USD50-60. Selepas bincang punya bincang dengan semua ahli Geng Nam maka keputusannya tak nak pegi. So, 3 hari 2 malam di sini aktiviti aku lebih banyak tidur sebab penat panjat Jabal Musa masih tak hilang. Badan masih sengal, kaki masih sakit sampai nak jalan pun susah. 11km bai jalan kaki naik turun Jabal Musa. Nasib ada naik unta 3 km kalau tak 14km... Kira datang SES memey suruh berehat je...   

Cerita pagi ni selepas sarapan, jalan-jalan tepi pantai kat hotel melawat kawasang. Boleh tahan besar gak resort ni macam Awana Kijal. Tapi, dugaannya bila jalan-jalan kat tepi pantai sini kena banyak istighfar.. sebabnya...

tu dia.... 2 pieces je pakai... hehe..
Nampak tak ada apa kat pantai?... hehe... itu baru intro... ada ramai lagi kat pantai belah sana. Diibaratkan di sini macam kat Club Med, Cherating. Bagi aku...  ini lah Eropah sytle kat negara Islam.

Sharm El Sheikh (SES)

Nak cerita sket pasal SES ialah sebuah bandar yang terletak di selatan Semenanjung Sinai dan di pesisir pantai Laut Merah. Oleh kerana lokasinya di tepi pantai maka SES merupakan kawasan tumpuan pelancong terutama dari Eropah. Sebab tu ada international airport di sini. Pelancong dari Israel juga suka datang sini. Aktiviti utama di sini ialah menebeng di tepi pantai, scuba dan snorkeling. Ada juga aktiviti lain seperti desert safari, golf dan berjudi. Selain itu terdapat hotel-hotel mewah di sini juga ada theme park, hard rock cafe dan casino. 

Bila di sini seakan bukan berada di Mesir. Memey jauh beza dengan Cairo terutama tentang kebersihan. Ya lah.. kawasan tumpuan pelancong kan. Di sini juga gambar As-Sisi ada merata-rata. Siapa As-sisi? korang gi google lah...










view from my bilik..  
Laut Merah

Serba sedikit pasal Laut Merah kenapa merah? menurut cerita batu-batu di dasar laut ini bila dipecahkan berwarma merah.. wallahua'alam..

Laut Merah ni ada 2 teluk iaitu Teluk Suez yang pisahkan Mesir Afrika dan Mesir Asia dan berkait dengan kisah Nabi Musa as membelah laut. Lagi satu ialah Teluk Aqaba di sebelah barat bersempadan dengan Arab Saudi, Jordan dan Israel(dulu Palestine). Sharm El Sheikh terletak di hujung Teluk Aqaba.

Di Teluk Aqaba berhampiran Taba terdapat Kubu Salehudin Al Ayubi. Dari kubu ini boleh lihat sempadan 4 negara Mesir, Palestine, Jordan dan Arab Saudi. Sayang sekali, Taba ada dalam plan asal iternari kami tapi tiada dalam final iternari travel agent.

view dari Kubu Salehudin boleh nampak 4 negara... gambo cilok google..

Hari ke-8 (27 May 2016)

3 hari 2 malam di Sharm El Sheikh takde apa menarik nak cerita. Memey hari berehat sedunia dan betul-betul rehat. Mana tak, sejak hari pertama tiba di Mesir penuh dengan program melawat kawasang dan kemudian panjat gunung. So peluang berada di sini untuk rehat cukup-cukup sebab hari ini nak travel balik Cairo semula dan dijangka 8-9 jam perjalanan.. huhu..

Laluan tepi pantai Teluk Suez
Siap sarapan dan check-out hotel kol 8 pagi, semua Geng Nam dah berkumpul kat van. Plan memey nak gerak awal dan target sampai Cairo dalam pukul 5-6 petang. Tapi disebabkan konvoy polis yang escort kami tak ready cuma boleh gerak keluar dari Sharm El-Sheikh pukul 9.30 pagi. Oleh kerana hari ini Jumaat kami memey berharap di perjalanan nanti dapat singgah solat Jumaat.


Gambo as-sisi di mana-mana...
Salah satu Casino

Masjid Emas... belom siap lagi..
Mat soleh menunggang skuter..

Road bloc masuk ke SES
Bot-bot mewah..
Bai-bai Sharm El-Sheikh.... sampai ketemu lagi entah bile...
deretan bas pelancong nak ke SES
lagi bas-bas pelancong..
awal lagi nak singgah solat Jumaat...
Pantai Laut Merah Teluk Suez
Road bloc lagi...
Cari gali minyak... ni kat area Ras Abu Rudeis..
Singgah sat sbb ada yang nak membuang...
Buat apa Mr Sauqi? our drebar van..


Masjid kat Abou Zenema
Berapi khutbah Imam ni...
Alhamdulillah... terlaksana niat nak solat Jumaat di Mesir...

Singgah lunch...
Menu standard... Hj Yunos dah tak lalu...



dekat sempadan Asia-Afrika

Terowong cross terusan


Sudah berada di Mesir Afrika... gambo Mohamad Salah, Mesir footballer... dulu player chelsea, skang Roma...
Hampir senja...
Alhamdulillah, kami tiba di Cairo/Oasis Hotel pukul 6.30 petang. Lebih kurang 9 jam perjalanan. Selepas dinner, ada plan nak ke Bazar Al-Khalili kat area Masjid Al-Hussein tapi kena bayar teksi 200 pound mesir. Ketegangan melanda semasa berbincang harga teksi dan kerisauan Mr Mohamad untuk lepaskan kami pergi ke pusat bandar Cairo. Sebab masa ni cuti hujung minggu, jalan jem dan mungkin orang terlalu ramai. At last setel jugak dengan aman dan cuma Husin, Hj Saba dan Hj Razali aje pegi. Aku, Afandi dan Hj Yunos lepak bilik je. Aku pun sebenarnya memey malas nak pegi. Bukan apa tak mahu gado-gado... esok nak balik dah..

Ok, sekian cerita untuk Hari ke-7 dan 8, bersambung post akan datang untuk Hari ke-9 dan 10 iaitu hari last day in Cairo dan singgah Abu Dhabi...

Post terdahulu,

Hari 6   

No comments: