Sunday 21 August 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 5

Assalamualaikum..

Masa begambo ni angin kuat... kena pegang topi masing-masing...

Pengembaraan Mesir Hari ke-5 menuju destinasi luar dari bandar Cairo iaitu ke Semenanjung Sinai. Jarak lebih kurang 400km++. Bermakna hari ini kami tak bersama lagi dengan Geng Huffaz yang akan ke Aswan/Luxor. Sementara kami kembali ber-6 dan menaiki van untuk perjalanan 7-8 jam ke Sinai. Memey jauh tapi banyak yang kami dapat lihat dan antaranya perigi 12 kaum Nabi Musa dan makam Nabi Salleh serta disajikan bentuk geografi yang saujana memandang. Hanya yang mengalami dapat merasai kepuasan pengembaraan ini. 

6.30 pagi tapi dah terang benderang..
Belakang tu van yang akan bawa kami mengembara ke Sinai

Awal pagi 6.30 dah check out hotel dan gerak menghala ke Terusan Suez. Teruja nak tengok Terusan Suez macam mana. Dulu-dulu masa sekolah ada belajar pasal Terusan Suez tapi tak ingat dalam subjek apa dan darjah/tingkatan berapa... puluh tahun bai tinggalkan sekolah... mane nak ingat... 

Jarak Cairo ke Terusan Suez lebih kurang 160km++. 2 jam lebih perjalanan. Macam biasa dari Cairo kami disajikan dengan panorama bangunan-bangunan tak siap di kiri dan kanan highway 2 lorong. Sebaik keluar dari bandar Cairo macam bese kami akan diescort sepanjang perjalanan hingga ke bandar St Catherine di Sinai. 


Terusan Suez

Sempadan Suez

Serba sedikit tentang Terusan Suez di bina oleh orang Perancis pada tahun 1858 dan siap 11 tahun kemudian. Tujuan Terusan ini dibina untuk perdagangan dimana ia menghubungkan Laut Merah dan Laut Mediteranean. Jarak terusan ini 190km. Ia adalah terusan buatan manusia terpanjang di dunia.

Idea membina Terusan Suez melalui sejarah yang panjang sejak zaman firaun lagi. Bermakna orang perancis tu bukan orang pertama bina Suez. Namun apa yang penting untuk kita ketahui ialah Terusan Suez merupakan sumber pendapatan Mesir selain pelancongan dan minyak. Terusan Suez berasal dari perkataan arab Cana al-Suways. Kemudian di inggeriskan jadi Canal Suez. Canal dalam bahasa melayu ialah Terusan.

Oklah balik semula cerita perjalanan kami. Kami tiba di pinggir pekan Terusan Suez dan singgah di Sinai rest house untuk ngopi. Sambil tu boleh buang apa yang patut sebab selepas ini menurut kata tour guide kami, Mr. Ahmad takde RnR nak singgah. Laluan padang pasir selepas ini. Di Sinai rest house selain ada cafe juga ada kedai jual barang-barang macam tshirt, shawl dan lain-lain. Shopping sikit-sikit kat situ.

Route dari Cairo ke Terusan Suez
Geng Nam




Sejam singgah di Sinai Rest House perjalanan diteruskan dengan menyeberangi Terusan Suez melalui laluan terowong bawah tanah terusan. Sebelum tu macam biasa nak cross daerah kena lalu road bloc askar/polis. Lalu Terusan Suez bukan saja cross daerah tapi cross benua. Ini kerana Terusan Suez merupakan sempadan antara Mesir Afrika dengan Mesir Asia. 

Jambatan cross terusan di Ismaila. Di selatan lalu terowong. 

Selepas cross terusan, perati gak kiri kanan depan belakang kalau ada sign board Terusan Suez tapi tak nampak pulak. Dah la tak nampak terusan, sign board pon tak kelihatan. Ingat nak bergambo tepi terusan atau sign board tapi hampa...huhu... apapun jalan terus...


Perigi Nabi Musa untuk 12 kaum Bani Israel

Tak jauh dari Sempadan Terusan Suez kami singgah di satu kawasan yang dikatakan terletaknya 12 perigi Nabi Musa untuk kaumnya. 12 perigi ini terletak di pantai berhampiran Laut Merah. Dalam AlQuran ada sebut mengenai perigi ini dalam Surah AlBaqarah, ayat 60,

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 


Kisah Nabi Musa as dan 12 perigi ini selepas Baginda dan Bani Israel terselamat dikejar Firaun iaitu selepas menyeberangi laut Merah. Di Laut Merah itulah Firaun dan bala tenteranya telah ditenggelamkan dan dikisahkan dalam Surah Yunos ayat 90.

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)"


Kisah Perigi ini antara keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Bani Israel tapi hakikatnya mereka ini bangsa yang tak pernah bersyukur.

Menuju ke 3 dari 12 perigi kaum Nabi Musa
Hj Yunos @ salah satu perigi
Lagi 9 perigi kat belah sana...
Masa ni pukul 10.45 pagi
Gerai-gerai ada jual sorvenir...

Sebentar aja singgah di kawasan perigi ini. Hajat hati nak teroka lebih lama di kawasan ini dan nak tengok lokasi atau bekas-bekas laut terbelah tapi tour guide tak pasti kat mana. Lagipun sepanjang pantai takde jalan raya. Nak jalan kaki panas pulak. So, teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

Ada 3 jam lebih lagi perjalanan kalau tak singgah-singgah

i amsterdam pon ada... tengok je dari van...
Laluan di pesisir pantai Laut Merah
Jalan lengang
Singgah sat sebab ada yang nak membuang....
Laluan bukit bukau

Lagi sekali singgah sebab ada yg nak membuang...
Escort kami oleh Polis Mesir
Alhamdulillah... sudah sampai St Catherine

Makam Nabi Salleh as.

Tidak dapat di pastikan samada benar di St Catherine adalah Makam Nabi Salleh as, sebabnya di Oman pon ada. Apa yang penting tentang Nabi Salleh as ialah kisah Baginda dengan kaumnya Thamud yang ulangkali disebut dalam AlQuran. 

Diringkaskan cerita kaum Thamud dikurniakan kebolehan mengukir dan memahat batu di gunung untuk dijadikan rumah dan istana. Setelah menolak dakwah Nabi Salleh as dan membunuh unta betina akhirnya, kaum Thamud di azab oleh Allah swt. Peninggalan kaum Thamud boleh dilihat di Petra, Jordan.

"(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud." ~ Surah Hud, ayat 68

Makam Nabi Salleh di St Catherine
Dalam tu makam Nabi Salleh
2001 TV3 dah tiba sini..
BDO was here on 25 May 2016
Suasana dalam Makam Nabi Salleh as
Hj Razali @ Makam Nabi Salleh


bersebelahan Makam Nabi Salleh ialah kawasan perkuburan



St Catherine

St Catherine ialah sebuah pekan dan lokasi persinggahan kami untuk Hari ke-5. Di sini kami akan check-in hotel bukan untuk bermalam tapi untuk panjat Jabal Musa pada tengah malam nanti.

Sebelum check-in kami singgah lunch dulu kat pekan St Catherine. Masa kami tiba untuk lunch kira-kira 10 minit kemudian azan berkumandang menandakan masuk waktu Asar. Di kira-kira dekat 9 jam perjalanan kami.


mana satu Jabal Musa?
Masjid ni betul2 kat depan tempat kami lunch


Masjid Al-Wadi Al-Muqqadis... rasenyelah...



Hotel kami di St Catherine


Selepas lunch dan kemudian check-in hotel untuk berehat. Sebab malam nanti pukul 11 kena gerak ke kaki Gunung Sinai untuk aktiviti panjat Jabal Musa. Ada masa lebih kurang 4 jam ni kena tidur dulu.

Nak tau tentang pengalaman kami semasa memanjat Jabal Musa kenalah tunggu pada post akan datang Hari ke-6...

Post terdahulu,

Hari 4  


No comments: