Sunday 14 August 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 4

Assalamualaikum...

Geng Nam Mesir di cawangan Universiti Al-Azhar

Hari ke-4 kembara Mesir masih bersama grup Darul Huffaz dan naik bas. Hari ini tempat lawatan dalam bandar Cairo sahaja iaitu Universiti Al-Azhar, Muzium Mesir, Masjid Al-Hussin dan Masjid Al-Azhar. Sepatutnya ke Maqam Imam Shafie dan Amru Al-As tapi tak sempat. Dan lagi satu tempat wajib kena iaitu iaitu Kubu Salehudin Al-Ayubi tiada dalam iternari... huhu...

Geng Nam Bas Sekolah P10 Bandar Dato' Onn...
Universiti Al-Azhar

Serba ringkas tentang universiti ini dibina pada zaman kerajaan Fatimiyyah. Fatimiyyah atau Fatimah ialah anak perempuan Rasulullah saw dan isteri kepada Saidina Ali. Fatimah juga digelar sebagai Az-Zahra (iaitu yang pintar). Pada mulanya Universiti Al-Azhar dikenali sebagai Universiti Az-Zahra sempena gelaran kepada Fatimah ra dan kmudiannya ditukar kepada Al-Azhar.

Universiti Al-Azhar wujud sejak 1000 tahun dan asalnya ialah sebuah masjid. Pada masa dahulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Sejak ditubuhkan Universiti Al-Azhar telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ulama sehingga hari ini. Ramai ulamak-ulamak tersohor di negara kita lahir dari Al-Azhar termasuk yang mengajar di masjid dan surau di seluruh negara. 

Alhamdulillah.. Allah masih pelihara Al-Azhar hingga hari ini walaupun Mesir ialah negara sekular sejak jatuhnya kerajaan Khalifah Uthmaniyah di Turki. 

Geng Nam dan Geng Darul Huffaz bergabung bergambo... 

Makam Anwar Sadat

Di sebelah cawangan Universiti Al-Azhar terletak makam presiden ke-3 Mesir iaitu Anwar Sadat yang mati ditembak oleh pegawai tentera sendiri semasa berada dipentas menyaksikan perarakan. Pentas tersebut betul-betul berada dihadapan makam beliau sekarang. Menurut cerita punca Anwar Sadat ditembak kerana menjalin hubungan dengan Israel.

Mulanya kami tak tahu tempat itu ialah makam sebab tertarik dengan binaan tugu seperti piramid. Selepas diberitahu barulah kami tahu ialah adalah tugu dan makam...hehe... apapun layan gambar.

Dipentas inilah Presiden Anwar Sadat ditembak dan terbunuh..
Tugu di Makam Anwar Sadat terletak betul-betul dihadapan pentas tempat beliau dibunuh..
Menarik binaan Tugu di Makam Anwar Sadat

Makam Anwar Sadat

Muzium Mesir dan Dataran Tahrir

Tempat lawatan ke-2 ialah muzium yang lokasinya berdekatan dengan Dataran Tahrir. Muktahir ini antara peristiwa penting berlaku di Dataran Tahrir ialah revolosi Mesir iaitu tempat rakyat berkumpul dan demo untuk jatuhkan Presiden Mubarak dan mempertahan Presiden Morsi dari KUDETA.

Berbalik cerita pasal Muzium Mesir ialah di dalamnya terdapat hampir 200,000 khazanah purba yang menjadi aset berharga untuk pelancongan Mesir. Juga terdapat 12 mumia dan salah satunya ialah mayat Ramses II iaitu firaun yang menentang Nabi Musa as.

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" ~ Surah Yunos, ayat 92

Malangnya semasa di dalam muzium kami dilarang mengambil gambar kecuali membayar amaun tambahan iaitu 200 pound Mesir. Kami pilih tak bayar. Antara artifak sejarah Mesir yang kawe ingat ialah Tutankhanum iaitu Firaun yang suka emas. Semua yang dipamerkan tentang Tutankhanum tentang harta dia diperbuat dari emas termasuk makam.

Bayaran masuk = 60 pound
Bayaran masuk tengok 12 mumia = 100 pound

Dataran Tahrir... dari atas bangunan tersebut penembak tepat As-Sisi menembak penyokong Morsi...
Dataran Tahrir
Di hadapan pintu masuk muzium

Sebahagian artifak sejarah Mesir di luar muzium

Antara khazanah dalam muzium... gambo cilok google..
Mayat Ramses II.. cilok dari google
Dari Muzium sebelum ke lokasi seterusnya singgah lunch di restoran.... makan buffet kita kali ni...


Menu lain sket... tapi tetap ada salad...
Kelihatan Mr Mohamad sedang solat di atas rumput...

Masjid Saidina Hussein

Masjid ini terletak berhampiran dengan Masjid Al-Azhar. Di masjid ini juga terdapat makam Saidina Hussein tapi ada pendapat mengatakan cuma kepalanya sahaja.. Wallahua'alam...

Kawasan masjid ini sangat sibuk dengan orang ramai kerana berhampiran dengannya terdapat pasar Khan Khalili yang berusia 650 tahun. Pasar ini antara tempat shopping paling popular di bandar Cairo. Juga di situ terdapat banyak cafe untuk ngeteh dan ngopi.. Ada sahabat student Al-Azhar kata kambing bakar kat situ sedap tapi tak tau nak cari kat mana... 

Dekat je Masjid Al-Hussein dengan Masjid Al-Azhar
Sebahagian Pasar Khan Khalili..
Masjid Saidina Hussein... ada payung seperti di Masjid Nabawi.
depan Masjid Saidina Hussein
Depan pintu masuk Masjid..
Dalam Masjid Saidina Hussein
Solat berjemaah dengan Sheikh Rahman..
Makam Saidina Hussein
Hussein kat Makam Saidina Hussein
Cafe...

Masjid Al-Azhar

Masjid inilah tempat tertubuhnya Universiti Al-Azhar dan sudah berusia 1000 tahun. Dari Masjid Saidina Hussein hanya perlu jalan kaki sahaja lalu ikut terowong. Jarak dalam 400-500 meter.

Kata orang tak dapat belajar kat Universiti Al-Azhar, dapat pergi pun jadilah...

Terowong ke Masjid Al-Azhar dari Masjid Al-Hussein

Hj Yunos selepas solat Tahiyatul Masjid
Hj Razali..
Hj Razali dan Hj Sabarudin
Azhar at Masjid Al Azhar


Kata Ustaz ini tiang Fatimah Az Zahra...  
tempat pelajar-pelajar Al-Azhar berehat dan mentelaah..
Talaqi.... salah satu pembelajaran cara Al-Azhar...
Sembang dalam Masjid Al-Azhar
my Park..

Sepatutnya hari ni ada plan nak ke kampung Sheikh Rahman di Zagazig (2 jam dari Cairo) tapi tak jadi sebab tak sempat. Ingat jalan-jalan dalam bandar Cairo ambil masa tak lama tetapi disebabkan jem maka dari 1 lokasi ke 1 lokasi ambil masa lama nak sampai. Lagi satu sebab naik bas. 

Sheikh cakap ayah dia dah sediakan sekor kambing untuk kami Geng Nam Mesir tapi nampaknya takde rezeki nak ke kampung Sheikh sebab esok Hari ke-5 kami kembali kembara dengan ber-6. Geng Nam akan ke Sinai dan Geng Darul Huffaz bersama Sheikh akan ke Luxor. 

Ni kawe nak nasihak, kalau sesape yang berhajat ke Mesir dan hendak jalan-jalan bandar Cairo kena peruntukan 2 hari baru boleh cover semua tempat-tempat menarik terutama masjid dan makam-makam yang ada kena mengena dengan sejarah dan peradaban Islam di Mesir. Bagi kami, takpelah ini pengalaman dan peringatan untuk orang lain supaya tak kecewa macam kami... huk.. huk...

Sebelum kawe mengakhiri kembara hari-4 ni nak share lah tempat-tempat yang sepatutnya kami pergi tapi tak dapat pergi disebabkan tak sempat dan tiada dalam iternari.


Kubu Salehudin Al-Ayubi

Di dalam kawasan kubu Salehudin Al-Ayubi terdapat Masjid Ali Pasha di mana design masjid ini diambil inspirasinya dari Masjid Biru di Istanbul. Jika berpeluang melawat kubu ini dapat lihat betapa kukuhnya binaannya dan menggambarkan betapa kuatnya Islam pada zaman pemerintahan Sultan Nasir Salehudin. Sultan Salehudin terkenal kerana dapat menawan Baitul Muqqadis dan menewaskan tentera salib.

Dari atas kubu Salehudin ini boleh dapat lihat pemandangan bandar Cairo... hmmm... malangnya kami tak dapat melawat... huhu

Nota : Melawat kubu ini tiada dalam iternari.

Masjid Ali Pasha dalam kubu Salehudin Al-Ayu... Masjid ini kemudian jadi inspirasi pembinaan Masjid Biru di Istanbul

Makam Imam Shafie

Imam Shafie ialah salah seorang dari 4 Imam Mahzab Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Jika berpeluang ziarah ke makam ini ialah satu penghormatan kepada beliau ialah ulamak pewaris Nabi saw. 

Imam Shafie dilahirkan di Gaza, Palestine pada tahun 150H dan meninggal dunia pada usia 54 tahun. Hasil dari kegigihan beliau mengembara mencari ilmu dan berguru dengan pelbagai ulamak dari Iraq hingga ke Mekah dan Madinah akhirnya terbentuk satu Mahzab Imam As-Syafie yang menjadi pegangan majoriti rakyat Malaysia. 

Kecewanya kami sebab tak sempat melawat Makam Imam Syafie. Cuba adjust hari 2nd last kat Mesir pun tak sempat.

Masjid Imam Shafie - gambo cilok google
Makam Imam Syafie - gambo cilok google

Masjid Amru Al-As

Amru Al As ra merupakan sahabat Nabi saw yang telah berjaya menakluk Mesir dari kerajaan Byzantine. Penaklukan ini berlaku pada zaman Khalifah Omar Ar-Rasyidin dan kisah penaklukan ini sangat panjang kerana melibatkan pelbagai strategi kerana pemerintah Mesir ketika itu sangat kuat. Akhirnya dengan keizinan Allah, Mesir dapat ditakhluk dan menjadi pusat perkembangan ilmuan Islam hingga hari ini.

Masjid Amrul Al-As ialah masjid pertama di bina di benua Afrika. Di bina dengan bantuan 60 orang sahabat.

Kecewa juga tak dapat ziarah dan tengok masjid dari dekat... huhu...

Masjid Amru Al-As - gambo cilok google
Ok. Sekian kisah Kembara Mesir Hari ke-4... InshaaAllah, bersambung Hari ke-5...

Post terdahulu,

1 comment:

Victorville Upholstery said...

This was lovely thanks for writing this