Sunday 28 August 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 6

Assalamualaikum...


Hari yang ditunggu-tunggu juga merupakan hari kemuncak kembara Mesir iaitu aktiviti meneroka kawasan pergunungan Sinai. Bukan setakat teroka bahkan kena panjat sampai puncak Jabal Musa. Aktiviti paling fizikal demi merasai sendiri kepayahan Nabi Musa memanjat gunung ini untuk menerima wahyu dan 10 perintah dari Allah.

Dikatakan Jabal Musa terletak di Gunung Tursina dan gunung ini ada disebut dalam AlQuran, antaranya dalam Surah At-Tin ayat 1 & 2,

"Demi buah Tin dan Zaitun,(1) Dan Gunung Tursina (2)"

Namun terdapat beberapa pendapat ulama membahaskan tentang lokasi sebenar Gunung Tursina samada di Mesir atau di Palestine... Wallahua'alam... pasal ni den taknak ulas lanjut dan tinggalkan pada anda semua cari bahan bacaan lain tentang Gunung Tursina. 

Kisah perjalanan hidup Nabi Musa dan kaumnya bani Israel paling banyak diceritakan dalam AlQuran berbanding Nabi-Nabi lain. Terdapat 35 Surah semuanya.

Apa istimewanya Nabi Musa dan bani Israel?

Oklah, serba ringkas aku nak share kisah Nabi Musa dan dibahagikan kepada 6 fasa. Sumber ni aku ambil dari Al-Quran, kuliah dan bahan bacaan lain..

Fasa 1 - Kelahiran dan Bayi

Nabi Musa ialah dari keturunan keluarga Imran dan bersambung salah silah dengan Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Dilahirkan kemudian dihanyutkan ke Sungai Nil kerana masa tu zaman Firaun Ramses II perintah supaya setiap bayi lelaki yang lahir mesti dibunuh. Sebabnya firaun masa tu terpengaruh dengan pendapat ahli nujum pentafsir mimpi katakan kuasa pemerintahan firaun akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel.

"Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi(Mesir) dengan melampau batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak diantaranya dengan membunuh anak2 lelaki mereka dan membiarkan hidup anak2 perempuan mereka. Sesungguhnya ia adalah dari golongan yang membuat kerosakan" ~ Surah AlQasas, ayat 4

Selepas dihanyutkan Musa ditemui oleh isteri Firaun lalu dibela di istana. Ketika mula-mula dibela Musa asyik menangis dan tak mahu disusu. Isteri Firaun mula mencari pengasuh dan akhirnya ibu Musa sendiri tampil dan membesarkan Musa di istana Firaun.

Fasa 2 - Belia

Ketika sedang bersiar-siar di bandar, Musa ternampak 2 lelaki sedang bergaduh. Seorang dari bangsa Israel dan sorang lagi bangsa Firaun. Lalu Musa cuba untuk leraikan tetapi ditepis oleh lelaki bangsa firaun. Musa terus menumbuk lelaki firaun lalu jatuh dan mati.

Dan masuklah ia ke bandar dalam masa penduduk tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ 2 orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya mintak tolong kpdnya melawan orang yg dari pihak musuhnya. Musa pun menumbuk lalu sebabkan orang itu mati. Musa berkata, "Ini adalah dari kerka syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yg menyesatkan yang nyata". ~ Surah Al-Qasas, ayat 15

Insiden tak sengaja bunuh ini sebabkan Firaun memerintah Musa ditangkap. Tapi Musa melarikan diri dan keluar dari Mesir menuju ke Madyan iaitu negeri Nabi Syuib.

Fasa 3 - Berkerja dan Berkahwin

Setibanya di Madyan, Musa telah berkenalan dan membantu 2 perempuan adik beradik dengan memberi minum binatang ternak mereka. Sebagai balasan salah seorang perempuan tersebut pelawa jumpa bapanya iaitu Nabi Syuib untuk diambil bekerja tapi dengan syarat. Setelah memenuhi syarat yang ditetapkan, 10 tahun kemudian Musa berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Nabi Syuib.

Bapa perempuan itu berkata kepada Musa, "Aku hendak kahwinkanmu dengan salah seorang dari 2 anak ku, dengan syarat engkau bekerja denganku selama 8 tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi 10 tahun maka yg demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan ingatlah aku tidak bertujuan hendak menyusahkan mu, engkau akan dapati aku, InshaaAllah, dari orang2 yg baik layanannya". ~ Surah Al-Qasas, ayat 27

Fasa 4 - Kembali ke Mesir, dipilih menjadi Rasul dan dikurniakan mukjizat

Selepas 10 tahun Musa dan Isteri kembali ke Mesir. Semasa dalam perjalanan di kawasan Gunung Tursina ternampak api lalu berhenti untuk memanaskan diri. Sebenarnya api tersebut sebagai isyarat Allah swt hendak berdialog dengan Nabi Musa dan memilih sebagai Rasul. Hakikatnya ia bukan zat Allah tetapi sebagai perhatian untuk Nabi Musa.

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, kedengaran ia diseru dari tepi lembah disebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu. "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam!" ~ Surah Al-Qasas, ayat 30.

Di tempat itulah di Lembah Thuwa, selain dipilih menjadi Rasul, Nabi Musa dikurniakan Mukjizat tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular dan membelah lautan. Nabi Musa juga dikurniakan tangan yang bercahaya. Tujuan Allah kurniakan mukjizat ini untuk menentang Firaun.

Fasa 5 - Menentang Firaun dan kemudian Firaun ditenggelamkan

Mulanya Nabi Musa merasa ragu hendak berhadapan dengan Firaun atas sebab tidak fasih berbicara dan meminta Nabi Haron menemaninya. Nabi Haron ialah saudara Nabi Musa. Semasa hari berhadapan dengan Firaun telah memilih ahli2 sihir terbaik di Mesir untuk menentang Nabi Musa. Nabi Musa juga dituduh Firaun sebagai ahli sihir. Akhirnya dengan mukjizat yang dikurniakan Allah swt, Nabi Musa berjaya tewaskan ahli2 sihir tersebut. Bukan itu saja semua ahli sihir tersebut juga bersaksi Tuhan Nabi Musa ialah Allah swt. Namun Firaun tidak puas hati lalu perintahkan Nabi Musa dan kaumnya ditangkap dan mengejar hingga ke Laut Merah.

"Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyatnya." ~ Surah Taha, ayat 78   

Fasa 6 - Pasca selamat dari Firaun, terima Taurat dan 10 perintah

Selepas menyeberangi Laut Merah dengan selamatnya, Nabi Musa terus bawa pengikutnya bani israel menuju ke Sinai. Bermula fasa ini kita akan kenal siapa bani israel dan sikap sebenar mereka. Banyak nikmat Allah kurniakan kepada mereka seperti di teduhkan awan semasa cuaca panas di padang pasir, diberi air dari 12 mata air, diberi makanan dari Syurga "Mann" dan "Salwa" tapi mereka semua ni kufur nikmat.

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan dan kami turunkan kepada kamu Mann dan Salwa, "Makanlah dari makanan2 yg baik yang Kami kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. ~ Surah Al-Baqarah, ayat 57

Bukan saja kufur nikmat, mereka telah disesatkan oleh Samiri dengan patung emas anak lembu ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari untuk ke puncak Sinai bagi menerima Taurat dan 10 perintah.

Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia(pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang2 emas perhiasan mereka, patung anak lembu yang bertubuh dan bersuara. (Allah berfirman), "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya berhala yang disembah dan sememangnya mereka adalah orang2 yang melakukan kezaliman" ~ Surah Al-Araf, ayat 148

Banyak lagi kesesatan, kedegilan dan kezaliman dilakukan bani israel yang diceritakan dalam AlQuran. Banyaknya cerita mereka dalam AlQuran bukan sebab mereka ni istimewa tetapi sebab mereka bangsa yang zalim dan tak pernah bersyukur. 10 perintah dari Allah swt pon tak patuh.

Sampai sekarang kita boleh lihat kekejaman bangsa israel a.k.a yahudi terhadap palestine. Mereka kelihatan berkuasa di dunia tapi hakikat sebenar mereka ni bangsa penakut. Berani hanya bila ramai dan penakut bila sikit. Pastinya diakhirat nanti mereka ni akan dilaknat!

Oklah, panjang lebar pulak cerita kali ni... hehe... bukan apa cerita-cerita diatas terutama fasa 4 dan 6 ada kaitan dengan aktiviti kami pada hari ini. Jadi taknak lengah masa jom follow cerita seterusnya


Kronologi Pendakian Jabal Musa

11 malam - 24 May 2016

Berkumpul di hotel dan kemudian dibawa ke kaki Gunung Sinai. Hanya Hj Yunos tak join ekspidisi mendaki Jabal Musa atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. So, kami ber-5 aja.

Siap-siap nak daki...

12 malam - 25 May 2016

Pendakian bermula dan ditemani oleh seorang guide muda orang arab Mesir badwi. Nama dia Ahmad (Orang Mesir ni kebanyakkan guna nama Ahmad atau Muhammad). Semua tentang pendakian dan bayaran kepada guide diuruskan oleh Travel Agent.

Cerita pasal Si Ahmad ni bila dia ni cakap memang kelakar. Ingatkan fasih cakap english.. rupanya... haha... kalau ingatkan kembali memey nak tergelak... yang aku ingat dan faham dia cakap " take it... take it.. take it" sampai akhirnya kami gelarkan dia Mr. Ticket.. hehe...

Masa mula-mula mendaki laluan agak landai dan batu-batu tak berapa kasar. Si Ahmad offer naik unta tapi kena bayar 140 pound Mesir. Aku cakap takpe, boleh ni... hehe.. 

Tetapi selepas diberitahu oleh Ahmad kena jalan 7km untuk sampai ke puncak aku mula terfikir.. waduh! boleh ke? Selepas 2km kaki aku dah terasa sengal semacam, tekak kering, nafas pulak macam tak cukup udara nak sedut. Rupanya Hj Razali pon sama... Akhirnya, terpaksa mengalah naik unta jugak.. huhu... Mulanya Afandi taknak tapi akhirnya tewas juga selepas tengok aku dan Hj Razali selesa naik unta... haha... cuma Husin dan Hj Saba maintain jalan kaki...

Syok juga naik unta tapi bila lalu kat tebing-tebing tinggi ngeri pulok tengok takut unta tergelincir. Kalau tergelincir alamat ke gaung lah gamaknya.. huhu..

Mulanya, aku ingat unta ni daki sampai puncak tapi rupanya sampai km 5 aje.. perghh!! kena jalan kaki balik... ada 2km lagi bai... huhu.... masa ni macam menyesal pon ada tapi oleh kerana dah 3 suku perjalanan daku teruskan juga demi sampai ke puncak.....hmmm...

Stop RnR sat minum kopi panas..


Naik unta..



Naik unta sampai sini je...
Pak arab ni tengah ceritakan pasal gunung runtuh bila Nabi Musa mohon untuk lihat Allah..
berehat lepaskan penat.. sikit lagi sampai puncak..


kiri tu Ahmad... tour guide panjat gunung... budak lagi dia ni...

Fendi & Ahmad.... hahaha... terbeliak mata si ahmad...

4.30 pagi

Alhamdulillah.. sampai jugak kat puncak Jabal Musa yang tingginya 2385 meter, selepas melalui berbagai-bagai dugaan dan hampir putus asa. Tapi aku gagahkan juga terutama pada pendakian yang terakhir dimana kecerunannya mencapai 45 darjah. Nasib masa tu masih gelap, tak nampak ketinggian sebenar... Apapun,  Alhamdulillah... berjaya juga dan macam tak percaya aku boleh hadap... pada aku, nak seribu daya, taknak seribu dalih...

Bila dipuncak, SubhanAllah! SubhanAllah! SubhaAllah! indah sungguh kebesaran Allah yang mencipta alam ini. Kelihatan di sebelah timur ufuk dengan warna yang sungguh indah sedang melabuhkan cahayanya... Allahuakbar! Gambar sekalipun saja tak dapat menggambarkan suasana yang sebenar. Di puncak inilah Nabi Musa menerima wahyu. Sebab itu dinamakan Jabal Musa.

Di puncak tu bukan saja ada Surau juga ada gereja. Masa kami sampai orang tak berapa ramai. Tapi, selepas 10-20 minit kemudian geng Italy dan Romania tiba. Adalah dalam 15 orang semuanya.

Siap-siap nak solat Subuh... sebelah tu surau kat puncak Jabal Musa







Bergambo dengan geng italy dan romania...




5.30 pagi

Dekat sejam kami kat puncak. Si Ahmad dah bagi signal suruh turun. Lagipun tak boleh lelama sebabnya hari dah cerah dan panas nanti. Rupanya perjalanan turun juga agak mencabar kerana ia perlukan kekuatan lutut dan ketahanan tapak kaki. Di tambah lagi sinar matahari yang agak terik menggigit pipi. Si Ahmad offer gak unta lagi tapi kami taknak.



Dah siang baru nampak betapa tingginya kami daki...
Kawasan curam... tahan lutut je nak turun...



Nabi Ilyas Basin...


Lagi 5 km ke kaki gunung.... depan tu tempat unta parking...
Di kawasan ni dikatakan tempat gunung runtuh bila Nabi Musa mohon melihat Allah... boleh baca dalam Surah Al-Araf, ayat 143
Nampak orang tak?
lagi 3 km jalan kaki...
Mr Mohamad yg suka begambo...
video bersama Mr Ticket semasa turun dari Jabal Musa

7.45 pagi

Alhamdulillah.. selamat sampai kat kaki gunung. Mr Ahmad(tour guide) dan Hj Yunos dah tunggu untuk bawa balik kami ke hotel.

Teksi-teksi ke tempat parking keta dari Monastri... 1km je jarak... 
Kelihatan Mr Ahmad & Hj Yunos tengah ngeteh tunggu kami sampai...




9.30 pagi

Selepas mandi, sarapan dan check-out hotel acara seterusnya bukan tidor tapi melawat Monastri sebab ada dalam iternari. Monastri burning bush ialah lokasi di mana Nabi Musa dinampakkan api semasa dalam perjalanan dari Madyan ke Mesir bersama isteri Baginda (baca Fasa 4). Menurut riwayat, api itu terdapat pada sebatang pokok semak tapi pokok itu tak terbakar. Itulah kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada Nabi Musa.

Monastri Burning Bush juga ialah sebuah gereja ortodok lama sejak 561 Masihi. Terletak di kaki gunung Jabal Musa. Pada mulanya sangka Monastri kat lokasi lain rupanya dekat kaki gunung laluan ke Jabal Musa. Memang lalu kat situ masa naik dan turun Jabal Musa.

Setibanya di parking kat kaki gunung Jabal Musa, jika nak ke Monastri kena jalan kaki 1km. Tetapi disebabkan kepenatan melampau dan tak cukup tidur kami ambil keputusan tak melawat tempat tu. Jadi, aku tepekkan beberapa gambar Monastri yg diambil masa turun(masa snap tak tau tu Monastri). Juga ada 2 keping gambar yg cilok dari google..

Monastri - cilok google



Pokok tu dikatakan Burning Bush... cilok google

10 pagi

Sebab tak jadi melawat Monastri, perjalanan diteruskan ke Sharm El-Sheikh sejauh 200km++ dan 2 jam lebih perjalanan. Masa dalam van punyalah penat giler, badan kaki semua sengal dan for sure mengantuk. Jadi, tidur je lah sepanjang perjalanan... Adalah singgah-singgah 1-2 tempat..

Route dari Sinai ke Sharm El-Sheikh..
Belakang tu ada perkampungan badwi..

Laluan tandus..
Mr Ahmad dan toilet..
Hussin dengan banner kertas dia..


Sharm El-Sheikh

Finally tiba di Anwaj Hotel & Resort Sharm El Sheikh..
Antara bangunan-bangunan di Sharm El-Sheikh area dekat old market..


Kami tiba di Sharm El-Sheikh tengahari. Selepas urusan check-in dan lunch maka masa untuk tidur. Giler penat dan mengantuk masa tu hanya aku yang tahu. Tak sabar nak jumpa bantal dan landing atas tilam. Nikmat tuu..Zzzzz...

Punyalah lama tidur malam dekat dinner baru bangun. Lepas dinner Geng Nam ajak jalan-jalan bandar Sharm El-Sheikh. Kalau ada jumpa sourvenir boleh beli sekali.

Ok sekian kisah pengalaman kami memanjat Jabal Musa, bersambung lagi post akan datang pada Hari ke-7 & 8.

Post terdahulu,

Hari 5