Sunday 17 July 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 7 & 8

Assalamualaikum...

Hari ke-7 : Coromandel Top 10 Holiday Park

Kembara NZ North sudah sampai ke penghujung. Perjalanan hari ini ialah kembali ke Auckland dan esoknya Hari ke-8 terbang balik dan tiba di Malaysia lusa(Hari ke-9). Bermakna jumlah hari untuk kembara ini termasuk hari perjalanan dari JB-Melaka-Putrajaya-KLIA-Melbourne-Auckland... dan balik semula ke JB ialah 12 hari 11 malam (9-20 March 2016).

1 malam - Melaka(transit JB-KLIA)
1 malam - Melbourne(transit KLIA-Auckland)
1 malam - Auckland
1 malam - Turangi
1 malam - Wellington
1 malam - Napier
2 malam - Rotorua
1 malam - Coromandel
1 malam - Auckland
1 malam - Melbourne(transit Auckland-KLIA)
Jumlah = 11 malam  

Ok, cerita hari last kembara pada pagi hari ini, rutin biasa ialah punggah semua beg masuk ke MPV. Pastu berkumpul dan plan nak ambik gambar ramai-ramai dengan semua geng MPVian dan Motorhome, tapi ada yang tak siap lagi maka sapa yang ada je lah..


Perjalanan pagi ni takde nak rushing sangat. Cuma kalau sempat nak solat Jumaat kat area airport dekat-dekat hotel sebelum check in. Pastu pada sebelah petang nak jalan-jalan kat pusat bandar Auckland. Hotel dah book kat Airport Travel Air. Cuma dari area airport nak ke Auckland agak jauh sikit lebih kurang 15km. Sebab tu kena sambung sewa kereta kalau nak jalan-jalan.

Oleh kerana hari ini last kembara bermakna hari ini kena pulang semua MPV & Motorhome sebelum pukul 3 petang. Disebabkan nak sambung jalan-jalan dan memudahkan ke airport pada esok petang kami decide nak sambung sewa estima Jasmin dan Anuar. Sementera estima aku&Afzan, geng motorhome iaitu Aziz nak sewa.

Soalan, kenapa pakai 2 MPV? Sebabnya flight Jasmin awal pagi esok jadi kalau sewa 3 MPV macam rugi plak so ambil 2 je walaupun tau nanti bila nak jalan-jalan ke bandar Auckland terpaksa bersesak 4 keluarga dalam 2 MPV. Nasib aku dan Afzan bawa sorang anak je so taklah nampak cam sendat sangat walaupun dah terlebih muatan. Namun ada cerita masa jalan-jalan kat bandar. Kena baca sampai habis nanti baru tau cerita... hehe

Ok, selesai cerita sambung sewa MPV. Sambung cerita travelog..

Coromandel - Auckland

Dari Coromandel ke Auckland jarak perjalanan lebih kurang 160km dan 2 jam 20 minit perjalanan. Alhamdulillah... tak berapa jauh sangat. Menariknya separuh perjalanan melalui persisiran pantai yang saujana mata memandang. Walaupun laluan agak berliku tapi yang penting tak bosan sebab dapat tengok laut serta langit biru.



Geng MPV kat Coromandel Top 10 Holiday Park
Hujan pulak kejap kat pekan Coromandel..











Bandar Thames
sedap nama jalan tu Miranda... macam bau-bau nama artis...
Dah masuk highway Auckland menuju ke airport..

Masjid Airport - Auckland

Kami tiba masjid dekat area airport kira-kira 30 minit sebelum waktu Zohor. Alhamdulillah sempat nak solat Jumaat di New Zealand. 

Geng MPV bergambo depan Airport Masjid Al Maqtoum
Sebelum solat Jumaat ada tazkirah dalam bahasa english
Paling best tentang masjid ni disebelahnya ada jual makanan halal dan supermarket halal. Dari hotel kami pon tak berapa jauh dalam 4-5km aja. So kalau sesape nak jalan-jalan NZ North bole dok area airport supaya senang sket nak cari makanan halal. 

Ni den share nama dan alamat masjid. 

Airport Masjid - Al Maqtoum
91 Westney Road, Mangere
Auckland


Harga makanan berpatutan... boleh makan untuk 2 orang..

Airport Travel Air & EZI Car Rental

Selesai solat jumaat dan lunch terus ke hotel untuk check in dan ke ezi car rental untuk urus sewa estima. Seterusnya ialah jalan-jalan bandar Auckland.

Airport Travel Air Hotel - Selesa untuk 6 orang ada 3 katil queen
Route dari hotel ke bandar Auckland
Sistem jalan susur ke highway kat NZ... malaysia patut tiru.. 
Malaysia Cuisine... dekat-dekat bandar Auckland
Auckland Sky Tower











Ada banyak tempat lagi boleh lawat seperti Auckland fish market. Dari situ bole makan ikan fresh dan bergambo nampak latar belakang sky tower. Tapi apakan daya masa mencemburui.

Semasa dalam perjalanan balik ada kejadian berlaku kat bandar iaitu estima Anuar ditahan polis. Masa tu tengah stop kat traffic light dan estima Anuar kat belakang kami. Aku dan family Afzan naik dengan Jasmin. Cuma Afzan je naik dengan Anuar. 

Sebaik lampu hijau estima aku dan Jasmin gerak dulu dan bila tengok belakang polis sudah tahan estima Anuar. Kami pun terus gerak tak tau apa cerita kena tahan. Kalau tengok estima aku ngan Jasmin lagi ramai banding estima Anuar. Estima kami ada dewasa 5 orang, 2 remaja dan 4 orang kanak-kanak. Manakala estima Anuar pula ada 3 dewasa, 3 remaja dan 1 baby umur 3 tahun. Nasib polis tak tahan estima kami.. hehe..  

Sementara tunggu apa cerita kami terus ke Countdown kat Mangere tunggu estima Anuar sampai. Sebaik Anuar tiba dan cerita kena tahan rupanya sebab anak anuar yang kecik sekali tak duduk dalam baby car seat. Nasib dalam estima anuar memey ada baby seat cuma tak pasang dan polis suruh pasang dan tak kena saman. Bayangkan kalau polis tu tahan estima kami, kompom kena saman sebab lebih penumpang. 

Moral of story, kat NZ ni undang-undang bawa bayi dalam kereta sangat ketat dan tujuannya untuk keselamatan. Kat NZ kalau kena tahan bayi tak dok kat baby seat dan tiada baby seat, maka selain disaman polis akan escort/hantar sampai hotel/rumah. So, beringat kepada sesape nak sewa kereta di NZ juga Australia dan negara maju yang lain. Kat Malaysia boleh maaf lagi. Sebenarnya banyak kebaikan kalau letak baby kat baby car seat tapi kita orang Malaysia ramai tak aware. Kat Malaysia banyak kes kemalangan libatkan baby tercampak dari kereta. Ada yang meninggal.. huhu..    

Setel cerita kena tahan sambung shopping barang makanan kat Countdown seperti coklat untuk bawa balik Malaysia. Selesai di Countdown hantar Jasmin dan Family ke Ibis Hotel dekat-dekat airport sebab flight balik dia ke Qatar esok awal pagi. Tinggallah kami 3 keluarga bermakna selesai travelog Hari ke-7.


Hari ke-8 & Hari Travel Balik

Oleh kerana flight balik kami pukul 3.50 petang so pagi ni dari pukul 9-12 tengahari sempat jalan-jalan sekitar Mangere dan layan Sunday Market..

Padat dengan beg..



Macam-macam ada... 
Ada show kaum Maori dalam town centre...
Kat sini juga ada Halal Butchery
Sebelum ke airport singgah lunch kat kafe sebelah masjid airport
Waktu operasi kafe halal kat Airport Masjid..
On the way to airport
Harta karun untuk di bawa balik Malaysia... kelihatan beg Retro Afzan beli kat Saturday market masa Hari-2
@ Auckland Airport
Last kopek shopping kat airport habiskan duit NZ..
Solat Jamak Qasar dulu sebelum take off.. 
Boarding time
Bai-bai NZ..
Transit kat Melbourne
Sementara tunggu flight balik KL sempat layan game JDT vs PDRM... 
Alhamdulillah... safe landing kat KLIA
Total parking fee kena bayar kat Putrajaya Sentral untuk 11hari 2 jam ... rm62
Alhamdulillah... selesai sudah travelog Kembara New Zealand North. Banyak pengalaman dan kenangan telah kami perolehi sepanjang perjalanan dari hari pertama hingga terakhir. Tentang New Zealand samada di South atau North ada kelebihan dan tempat menarik masing-masing. Apa yang tiada di South ada di North dan sebaliknya. Apa yang penting ibrah yang diperolehi disebaliknya sambil menyaksikan sendiri keindahan alam kebesaran Allah swt, kemesraan penduduk di sana juga sistem-sistem yang baik yang boleh diikuti.

Semoga perkongsian ini dapat berikan maklumat yang diperlukan kepada pembaca yang ingin ke New Zealand. InshaaAllah travelog seterusnya ialah Mesir. Terima kasih kerana sudi membaca...   

No comments: