Sunday 31 July 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 2

Assalamualaikum...



Hari ke-2 (21 May 2016)

Plan iternari hari ini ialah ke Al-Fayoum iaitu Karanis, kemudian ke Kincir Air Nabi Yusof dan last sekali Tasik Qarun. Fayoum terletak di bahagian selatan timur Cairo. Dari hotel kami(Oasis) ke Al-Fayoum tak berapa jauh dalam 90-100km. 

Ada apa kat tempat-tempat tu? Kenalah baca sampai habis post ni...

Route ke Fayoum..
Breakfast menu kat hotel... macam-macam ada..
Kita breakfast dulu sebelum gerak.. Breakfast pagi ni siap dengan air...
pokok-pokok palm kat luar hotel..
With Mr Mohamad... our private tour guide assign by Sheikh Rahman...

Karanis

Sebuah kota purba zaman Greek-Roman yang menempatkan rumah-rumah dan kuil orang dahulu kala. Karanis juga disebut sebagai 'Kota Tuhan'. Kota ini wujud 3000 tahun sebelum masihi dan sebahagian besar monumen seperti bangunan, kuil telah runtuh atau masih berada dalam tanah. Ada juga dicuri. 

Kota ini juga dikaitkan dengan penaklukan Alexander The Great di Mesir. Yang pasti Alexander bukan Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al-Kahfi ayat 83-98. Sebabnya Alexander yang diriwayatkan golongan kafir ialah seorang kaki arak dan homeseks, sedangkan Iskandar Zulkarnain ialah seorang Nabi yang membina tembok Yakjuj dan Makjuj.. Wallahua'alam... 

Mr Ahmad... ada Master dalam Arkeologi Mesir... power dia tentang sejarah Mesir...
Kena escort untuk keluar dari bandar Cairo... dah macam VIP pulok..
Pondok Tol di Mesir.... macam tak siap lagi...
Sudah sampai Karanis...
Masuk kena bayau... tapi semua dalam package..

Jalan kaki kat padang pasir ke tapak purba..


Tentang firaun kepala buaya..





kepala kat patung-patung dah lesap..

Kincir Air Nabi Yusof

Lokasi seterusnya ialah Kincir Air Nabi Yusuf yang terletak di bandar Fayoum dan merupakan antara bandar hijau di Mesir. Boleh lihat kat bandar Fayoum memang banyak pokok-pokok kat sana-sini. Kehijauan di Fayoum ada kaitan semasa Nabi Yusuf menjadi Menteri Pembendaharaan, Baginda telah membina saliran air untuk alirkan air dari Sungai Nil yang jauhnya 100km ke danau. 

Kemudian Nabi Yusuf telah membina kincir air untuk levelkan air dari danau kemudian disalurkan kepada penduduk dan tanaman. Seterusnya telah menjadikan Fayoum sebuah bandar subur dan sumber makanan bagi Mesir.

Yusuf berkata kepada raja, "Jadikanlah aku seorang yang berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir), Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirkannya." ~ Surah Yusuf ayat 55 

Serba sedikit tentang Nabi Yusuf as pernah dibuang adik beradik kerana iri hati, dijadikan anak angkat oleh Al-Aziz, digoda Zulaikha dan dipenjarakan kerana fitnah perempuan. Baginda telah dikurniakan Allah mukjizat tafsir mimpi. 

Satu hari Raja Mesir telah bermimpi dan meminta untuk ditafsirkan tetapi hanya Nabi Yusuf yang berjaya dan akhirnya dilepaskan dari penjara setelah Raja Mesir ketahui Nabi Yusuf tidak bersalah.

Negera Mesir ketika Nabi Yusuf jadi menteri pernah ditimpa kemarau selama 7 tahun (mimpi raja mesir) dan hasil dari kecerdikan Baginda telah bersedia menghadapinya.

Yusuf menjawab "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan" ~ Surah Yusuf ayat 47

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun kemarau yang besar yang akan habiskan makanan yang kamu sediakan kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)." ~ Surah Yusuf ayat 48

Beberapa fakta tentang Nabi Yusuf,

- Merupakan anak kepada Nabi Yaakub, cucu kepada Nabi Ishak dan cicit kepada Nabi Ibrahim iaitu isteri sebelah Siti Sarah. Nabi Ismail isteri sebelah Siti Hajar.

- Dari Nabi Yaakub bermula keturunan Bani Israel.

- Nabi Yusuf merupakan manusia paling hensem di dunia. Ada pendapat mengatakan segala kecantikan di dunia 9/10 ada pada Nabi Yusuf. Sebab itu Zulaika tergoda hinggakan ada kawan Zulaika terhiris jari tangan bila melihat keindahan rupa paras Nabi Yusuf. 

"Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka serta memberi kepada tiap seorang sebilah pisau. Dan pada itu berkatalah ia (kepada Yusuf), Keluarlah di hadapan mereka. Maka mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata, Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia." ~ Surah Yusuf ayat 31


Salah satu Kincir air Nabi Yusuf



Tasik Qarun

On the way ke Tasik Qarun kami singgah di sebuah pekan apa nama entah untuk minum kopi, Disamping itu dapat lepak-lepak tengok aktiviti penduduk di luar bandar Mesir.

Masih di escort polis mesir..

Ini dia tempat minum kopi..


Polis dan senapang di tangan..
Fendi and our drebar..
Remaja Mesir pun join lepak kat kedai kopi..

Kanak-kanak Mesir..
Mr Ahmad sedang bercerita..
Lokasi laluan Nabi Musa ke Sinai setelah selamat dari Firaun..
Cerita tentang Qarun pula ada diceritakan dalam AlQuran dalam Surah Al-Qasas ayat 76-82. Qarun hidup pada zaman Nabi Musa(sepupu) dan merupakan kawan baik Firaun. Qarun dikurniakan kekayaan dan kemewahan tapi sombong dan kufur. Akhirnya Allah tenggelamkan Qarun bersama-sama hartanya.

"Lalu kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah, dan ia pula tidak dapat menolong didrinya sendiri." ~ Surah Al-Qasas ayat 81

Di Tasik Qarun ini dikatakan terletak istana Qarun yang ditenggelamkan. Memang sangat besar tasik ini dan bayangkanlah kekayaan yang Qarun miliki. Tasik ini juga ialah tasik air masin berdasarkan di tepi tasik ini kelihatan banyak kulit kerang dan siput. Juga terdapat banyak sampah sarap. Sayang tempat sejarah begini tidak dijaga sebaiknya.

Geng Mesir di tepi Tasik Qarun
Restoren sebelah Tasik Qarun
Tulang lembu pon ada ada tepi tasik..
Air tak berapa jernih...
Masa di Tasik Qarun waktu dah nak masuk petang dan masa untuk makan tengahari. Tak jauh sebelah je ada restoren dan kami semua makan di situ. Menunya ayam atau ikan. Ada yang pilih ayam dan ada pilih ikan. Ada geng bila makanan sampai tengok ayam lagi berselera. Ikan pulak jenis talapia dan terbayang ini ikan dari tasik Qarun ke? deyyy!! Tasik Qarun air masin daaa... ikan talapia air tawar... hehe

Restoran tepi Tasik Qarun
Tu dia makanan dah sampai... ikan goreng dan grill... Siap ada fries macam fast food pulak...
Selepas makan....licin gak memasing makan..

Makanan di Mesir kalau hidang wajib mesti ada roti dan salad. Kalau nasi mesti samada ikan atau ayam. Setakat hari ini aku masih selera nak makan. Takda hal, janji kenyang supaya ada tenaga nak jalan-jalan. Kaki travel kena macam tu tak boleh memilih makanan.

Sementara tu ada cerita pasal lunch hari ini. Masa hidang cuma nampak makanan je. Lalu kami pun order minuman dan kebanyakkan dalam tin. Masa nak bayar oleh tour guide rupanya air kena bayar sendiri.. laaa... sama macam dinner kat hotel semalam. Rupanya air tak termasuk dalam package. 

Semua sekali untuk air kena bayar dalam 100 pound(RM50) untuk 9 orang. Dekat 6 hinggit sorang...perghhh! Balik hotel nanti nak cete dengan Sheikh Rahman pasal package lunch tak provide air...hmmmmm... Mesir style!


2nd day baru dapat jumpa Sheikh Rahman...
Hari ke-2 baru dapat pegang duit mesir..
200 pound bersamaan RM100

Selesai makan di restoren sebelah Tasik Qarun kami terus balik ke hotel. Bermakna jalan-jalan hari ke-2 selesai awal. Dalam pukul 4 petang dah sampai hotel untuk berehat. Mungkin travel agent plan macam tu untuk kami dapat berehat lama sikit sebab esok perjalanan jauh nak ke Alexandria. Lagipun, penat semalam + jet lag ada lagi. Sementara nak tunggu dinner dapatlah rehat, baring-baring kat bilik dan finally tertido...zzzzzz...

Dekat nak maghrib baru tersedar dan terus ajak fendi gi dinner. Husin dan Hj Yunos join sekali. Cuma Hj Saba dan Hj Zali tak dapat dikesan. Dah ketuk bilik dorang tapi tak menyahut. Bilik pulak tu gelap. Mungkin dah pegi dulu agaknya.

Masa tengah dinner baru dapat jumpa Sheikh Rahman selepas dia balik dari bawa grup Darul Huffaz jalan-jalan sekitar Cairo dan Pyramid. Kami ceritalah dengan Sheikh pasal kena bayar TIPS USD50, minuman tak provide untuk lunch & dinner dan juga pasal tukar duit USD ke Pounds tak dapat lagi. Sheikh pun memang nak tahu ada masalah tak dengan travel agent sebab dia yang rekemen. Ok pasal Tips memey kena bayar(sama spt Mr Mohamad explain) dan pasal air tak provide nanti dia setelkan dengan travel agent.

Beberapa ketika kemudian Mr Mohamad join kami dinner dan serahkan duit yang telah ditukar ke Pound Mesir. Aku tak tuko banyak. Cukup untuk beli sourvenir dan lain-lain.

Kira-kira USD100 = 1005 Pound Mesir
Lepas setel semua dalam pukul 10 malam kami balik ke bilik masing-masing. Masa dah dalam bilik tiba-tiba pintu bilik kena ketuk. Rupanya Hj Saba dan Hj Zali baru keluar bilik nak ajak dinner sebab dorang baru bangun tido... haha... ingatkan awal-awal dah keluar pastu gi ronda-ronda, rupanya tido dari petang tadi... penat sangat tuu...

Ok, sekian untuk travelog hari ini. Harap dapat sedikit pengetahuan dari kisah Nabi Yusuf, Qarun dan Mesir Purba. Bersambung Hari ke-3...

Post terdahulu,



No comments: