Sunday 15 May 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 4

Assalamualaikum..

Hari ke-4 di Napier macam biasa kena check out awal pagi untuk ke destinasi seterusnya, Rotorua. Gaya stail kembara nomad macam nilah kena pindah randah dari lokasi ke lokasi. Keluar masuk beg dari kenderaan ke kabin dan kabin ke kenderaan. Apapun yang penting se dua tiga ronok..

Dalam beberapa lokasi campsite singgah, cuma di Rotorua nanti kami menginap 2 malam. Sebabnya bandar tu banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya Whakarewarewa, Wai-o-tapu, Skyline, Kampung Moari dan banyak lagi. 

Untuk hari ini dah plan ke Whakarewarewa. Ada apa di Whakarewarewa? Kenalah baca sampai habis nanti baru tahu... 

MPVian family..
Langit biru disulami awan... suhu masa ni 20-22 celcius.

Route hari ni lalu tepi Tasek Taupo..
Nun kelihatan di sana kabus...
Singgah tuang minyak sat..
Isi minyak by Captain Anuar... MPV plat Johor...
Lepas isi minyak, singgah beli buah..

Es krem buah pon ada...

Di pertengahan perjalanan singgah sat kat tepi Tasek Taupo. Kalau baca post Hari 1 den ada cete pasal Tasek Taupo dan kawasan sekitarnya...

Here i am at Tasek Taupo..

Ibu-ibu MPVian...
Ni bapa-bapa MPVian..

Selepas singgah tasek taupo dan bergambo kemudian sambung perjalanan lagi menuju ke Whakarewarewa...

Kat NZ kepala truck macam optimus prime ni boleh jumpa merata-rata...
Ni pula bawak kayu balak pulak..
Saujana mata memandang..
lembu-lembu NZ...

Jalang lengang, perjalanang pon amang...

Hampir 3 jam perjalanan kami sampai di Te Puia Te Whakarewarewa Geothermal Valley..

Al-kisahnya, Whakarewarewa yang terletak di Te Puia merupakan kawasan panas iaitu dalam kawasan jajaran gunung berapi di Rotorua. Terdapat 500 kolam mata air panas dan kita boleh nampak merata-rata dicelah rumah pon ada. 

Selain Te Puia Te Whakarewarewa yang dikomersialkan sebagai kawasan pelancongan, juga ada beberapa tempat lain seperti di Wai-o-tapu di mana terdapat kolam-kolam lumpur panas(Geyser).

Whakarewarewa juga merupakan penempatan pertama kaum Maori di New Zealand. Maori mula bertapak di New Zealand sebelum kedatangan Parameswara di Melaka iaitu sekitar tahun 1352M. Sebab itu hak kaum peribumi Maori di New Zealand terperlihara dan setaraf dengan kaum orang putih. Bahasa Maori juga merupakan bahasa kedua selepas bahasa english.



nampak macam sama tapi tak serupa..





Tour guide orang Maori..
Orang Maori ni macam orang hawai pon ada mungkin dalam rumpun yang sama..

Masih berasap.... menunjukkan di bawahnya ada larva...
Dari lumpur kemudian keras jadi batu...




Setiap hari dalam pukul 10 pagi geyser ni akan memancutkan air setinggi 15 meter dan akhirnya terbentuk tasik color hijau...
Meletus sudah...

Penerangan tentang Geyser...
Rumah Moari... kelihatan 2 orang Maori di situ... 

Habis melawat singgah kedai sourvenir...
Kenderaan 2 alarm pon ada kar Whakarewarewa...
Setel di Whakarewarewa acara seterusnya ialah mencari tempat makan sebab kelaparan dah melanda. Sebelum masuk tadi cuma jamah roti je untuk alas perut.

So far di NZ tak susah nak cari makanan halal. Guna je Apps Zabihah sure ada di kawasan berdekatan. Dalam list bawah cuma tunjuk 3 aja. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi tapi mungkin belum daftar dengan Zabihah.   

Ada 3 lokasi di bandar Rotorua..
Singgah restoran Tunisia
Next aktiviti selepas makan ialah jalan-jalan bandar Rotorua. Besar bandar ni dan banyak tempat menarik especially bagi kaki shopping seperti sourvenir dan barang-barang retro.





Whakarewarewa setel, makan setel, jalan-jalan bandar Rotorua setel, so next location is check in campsite di Affordable Willowhaven Holiday Park. Tak jauh sangat campsite ni dari bandar dan terletak di sebelah Tasik Rotorua. Bagi geng yang sewa Caravan/Motorhome parking dorang betul-betul kat tepi tasik. Kabin geng MPVian jauh sket kena menapak 100 meter kalau nak ke tepi tasik.


kabin geng MPVian. untuk 3 hari 2 malam...





Dah selamat check in di campsite bermakna tamatlah kisah travelog kami untuk hari ke-4.. InsyaaAllah, bersambung pada Hari ke-5...

Post terdahulu,



No comments: