Sunday 24 April 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 2

Assalamualaikum...

Hari ke-2 dan campsite pertama bermalam ialah di Turangi Kiwi Holiday Park.

Turangi menurut cerita Pak Wiki adalah, 

"Sebuah pekan kecil di tebing barat Sungai Tongariro, 50 kilometer barat daya Taupo di Pulau Utara Volcanic Plateau New Zealand. Ia dibina untuk menampung pekerja yang berkaitan dengan projek pembangunan kuasa Tongariro hidro-elektrik dan keluarga mereka. Pekan ini telah direka untuk kekal sebagai pusat servis kecil untuk ladang hutan eksotik di selatan Tasik Taupo dan untuk pelancong. Selain itu terkenal sebagai tempat memancing trout iaitu spesis Salmon. Suku utama Maori adalah Ngati Turangitukua."

Selain aktiviti memancing di sini juga boleh jungle tracking, kayuh basikal gunung, berkayak, jalan-jalan redah belukar dan lain-lain sewaktu dengannya. Terdapatnya aktiviti sebegini sebabnya disekitar Turangi ialah kawasan tanah tinggi penuh hutan dan juga dekat dengan Tasik Taupo yang saiznya lebih besar dari Singapura. Di sini juga suhunya sangat sejuk.

Macam bestkan Turangi..? Tapi malangnya kami tak boleh lama kat sini cuma hanya untuk singgah bermalam sebab perjalanan masih jauh. Destinasi selepas Turangi ialah menuju ke Wellington iaitu ibu negara New Zealand. 

Apa ada kat Wellington? Macam-macam ada... nak tahu kena baca post ini sampai habis.

Ok, balik cerita pasal malam semalam semasa kami sampai di Turangi Kiwi Holiday Park. Masa sampai terasa gegel semacam. Suhu rasanya bawah 10 degree. Pastu kabin yang disewa cuma just kabin aja, tiada toilet dan dapur. Selimut pun takda. Nasib ada heater tapi tetap sejuk sampai kaki den kena simpul biawak masa tidur... huhu...  

Pagi pagi hari ke-2 sebelum bergerak ke Wellington ada meeting dan sort briefing tentang iternari hari ini dan lain-lain perkara. 

Dari kiri, Jasmin, Capt Anuar, Abg Johari, Ajis, Sabihah(UIA), Zen(Wife Nabhan), Azim dan Afzan... 
 Seterusnya biar gambar yang bercerita...

Kabin-Kabin kat Turangi Holiday Park.. den punyo yang belah kanan tuu..
Ok jom gerak...
Sejuk bangat sampai drive pon kene pakai glove
Gunung berapi Ngauruhoe/Ruepehu


Dari Turangi Holiday Park hala ke Wellington kami melalui kawasan lapang rumput bersemak kering color coklat kuning macam gurun rumput persis kat Amerika. Di sebelah kanan pula kelihatan Gunung berapi Ruepehu. Tak pasti masih aktif atau tak.

Kalau musim winter di kawasan pergunungan ni penuh salji dan merupakan kawasan main ski di Tukino, Turoa dan Whakapapa. Memey cantik kawasan ini dan saujana mata memandang.   






Sebelum tiba di bandar Palmerston kami melalui pekan Sanson dan ternampak ada Pasar Ahad. So, wajib singgah. Apatah lagi salah seorang seMPV iaitu Afzan memey feveret dia pasar-pasar macam ni. Pasar-pasar macam ni atau car boot sale besenya barang-barangnya akan lebih murah kalau pandai cari.








Alas kaki ni sambo 2 keping... 10 dolar hage satu..



Afzan dan hasil tangkapannya..
Barang free... sejadah pon ada...
Afzan dan spek motor dia hage 10 dolar aje...
Singgah minum kopi kat pekan Levin...
Rase lapo makan coklat Whittakers untuk alas perut..
13 km lagi sampai Wellington..




Here I'm at Wellington..
Cross jalan ke Muzium Te Papa
Di Wellington banyak tempat menarik antaranya Botani Garden, Mount Victoria, Bangunan Parlimen, Muzium dan lain-lain. Wellington juga merupakan ibu negara New Zealand. Bandar ini terletak di selatan pulau utara New Zealand.

Di antara banyak-banyak tempat menarik kami geng MPV pilih ke Te Papa Muzium. Dekat je dari tempat parking cuma jalan dalam kaki 500-600 meter.

Te Papa Muzium ada 4 tingkat dan ianya percuma. Setiap level ruang pamerannya adalah berbeza. Cadangnya nak masuk semua tingkat tapi tak sempat sebab masing-masing perut dah lapar. Cuma dapat masuk tingkat bawah iaitu Mountains of Sea dan tingkat 1 mengenai Sejarah perang New Zealand. 

Tak sangka muzium ini percuma padahal semua barang pamerannya berteknologi tinggi terutama tentang Sejarah perang NZ. Lain-lain tingkat tak masuk agaknya pun menarik juga. Entah bila nak datang Wellington lagi...



Geng MPVian...


Miniatur ni sangat menarik siap ada simulasi perang..
Patung ni sangatlah besar...







Jumpa orang kampung cete pasal muzium ni... dia suruh masuk semua level dan alami sendiri tentang sejarah New Zealand... 


Selesai di Muzium, sebenarnya tak selesai lagi sebab semua lapo... kami ke Nando's untuk makan tengahari + petang. Kemain semua suka hati bila dah kenyang.. hehe..



Next stop selepas kenyang ke Masjid Wellington yang terletak di atas bukit. Tak jauh dari bandar dalam 9km.






Dari Masjid Wellington bergerak ke campsite Wellington Kiwi Park yang letaknya 42 km dari bandar Wellington.

Menurut owner Wellington Kiwi Park di sebelah campsite merupakan salah satu lokasi shooting filem Lord of The Rings siri "The Fellowship of The Ring". 

Kawe sebenarnya tak follow filem Lord of The Ring ataupun The Hobbit jadi tak reti nak agak shot mane satu. Angguk je bila ada yang petik nama Gandalf, Bilbo, Frodo... at last google baru tahu... oooo... dia ni... muka kenal tapi nama tak tahu... haha...  

Lokasi dikatakan tempat shooting Lord of The Ring..
Pokok ni pon ada berlakon.... dorang kata..
Our geng MPVian Kabin/Chalet...





Last sekali but not least untuk acara malam hari ke-2 ialah makan berjemaah bersama geng MPVian.. semua 4 family berkumpul kat bilik aku dan Afzan... Macam-macam makanan ada... maggi sudah pasti...

Seterusnya bersambung Hari ke-3...

Post terdahulu,