Sunday 27 March 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari Travel dan Hari 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. selesai kembara New Zealand North minggu lepas bersama 8 family semuanya yang kenal masa kembara New Zealand South pada 2 tahun lepas dengan Trip Kekawan. Kira reunion tapi dengan arrangement sendiri. Bukan dengan Trip Kekawan.

Kembara NZ North telah dirancang 2 tahun lalu selepas balik dari South. Walaupun baru kenal 6-7 hari buat kami jadi akrab dan plan untuk next trip bersama. Plan asal sepatutnya pada Dec 2015 tapi ditangguhkan atas sebab satu family tak dapat join. So, tangguh ke March 2016 supaya semua dapat join.

Kalau nak cerita pasal arrangement semua yang join kembara ni ada tugas masing-masing seperti design iternari, mencari tempat menarik, book tempat-tempat nak lawat, book tiket flight, book campsite dan lain-lain. Memang agak sukar sebab perbincangan secara jarak jauh dengan WhatsUp dan sesekali meeting di Melaka. Macam saya & Afzan kena datang dari JB. Dari KL ada 3 family dan 1 family di Melaka.

Paling jauh ialah sahabat yang berada di Qatar iaitu Jasmin yang bertanggungjawab mencari tempat-tempat menarik untuk lawat dan juga book campsite berdasarkan laluan iternari. Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga walaupun ada macam-macam dugaan. 

Ok, ringkaskan cerita. 

Hari Travel - 10 March 2016.

Kami naik flight Emirates dari KLIA pukul 3.20 petang. Transit di Melbourne 6 jam dan tiba di Aucland pada pukul 1.45 petang, 11 March 2016. 

Travel 2 hari sebab transit lama di Melbourne dan waktu New Zealand 5 jam cepat dari Malaysia.

Nota : Flight tiket Emirates KLIA-Auckland berharga RM3234.90 seorang untuk Dewasa dan RM2544.90 untuk Kanak-Kanak. Memang agak mahal tapi itu aja yang paling murah dari airlines yang lain. Sebabnya beli bukan waktu sale. Lagi satu sebab RM merudum. 

Hari Tiba - 11 March 2016

Di airport Auckland kami disambut Captain Anuar. Kami panggil Captain sebab Anuar adalah pencetus idea kembara ke NZ North dan juga ketua kembara ini yang tugasnya lebih banyak iaitu uruskan budjet, sewa Motorhome, sewa MPV, insuran peribadi setiap peserta dan uruskan agen di NZ untuk kembara ini. Memang bukan tugas yang mudah tetapi demi kawan-kawan Capt Anuar uruskan dengan dedikasi dan kami membantu dari jauh.

Dari Airport, keluarga saya dan Afzan terus naik shuttle ke hotel. Sementara saya, Afzan dan Anuar ke EZI Car Rental yang letaknya kira-kira 3-4 km untuk mengambil MPV. Untuk kembara kali ini keluarga saya & Afzan, Anuar dan Jasmin sewa MPV. Total ada 3 MPV sebab saya dan Afzan kongsi 1 MPV. Jasmin tiba malam nanti dan akan collect MPV esok.

Lain-lain keluarga Azim, Aziz, Nabhan dan Abang Johari sewa Motorhome. Pada asalnya memang semua yang join nak motorhome tetapi sebab sewa motorhome lagi mahal iaitu 3 kali ganda dari MPV jadi beberapa famili termasuk saya pilih untuk sewa MPV aja.

Nota : Kos sewa Motorhome ialah RM1000-1200 sehari. MPV pula RM350-RM400 sehari. 

Selesai urusan ambil MPV kami kembali ke hotel di Airport Gateway untuk berehat 2-3 jam dan kemudian keluar semula untuk makan dan kemudian ke Park n Save untuk cari bekalan makanan. Dari Malaysia dah bawa tapi lain-lain seperti sayur, bawang, buah, telur, roti kena beli kat sini sebab tak boleh bawak dari Malaysia.

Nota : Cerita tentang makanan yang ingin dibawa masuk ke New Zealand amatlah ketat dan kena declare. Tak semua boleh dibawa masuk seperti daging, susu, buah-buahan dan roti. Bahan makanan yang hendak dibawa masuk seperti daging hendaklah di pack macam pack Brahims. Kalau boleh buat list makanan supaya senang semasa proses declare kat imigresen NZ.  

Seterusnya kisah Hari Travel biar gambar bercerita...

Penyerahan Walkie Talkie dari Aziz ke Afzan di KLIA. Walkie Talkie masing2 kene beli harga dalam RM290 satu.
Masa untuk berlepas dengan Emirates B777-300... 7 jam 25 min perjalanan
Cam bese... wefie dalam flight..
Ada Glowworm dalam kabin pesawat..
Transit 6 jam di Melbourne... selesa bangat banyak kerusi kosong boleh tidur baring...
Kapal Dugong A380 doubledec Melbourne-Auckland... 3 jam 35 minit perjalanan.. 
Ada CCTV kat ekor pesawat... boleh nampak lengkong bumi...
Sikit lagi sampai...
Selamat landing..
Gembira jejakkan kaki di Auckland.. 
Ambik je sebab free..
Pegi 6 beg untuk 6 orang... tengok balik nanti...
aku, Afzan & Anuar..
Family pegi check in Hotel dulu naik Shuttle...
kat ezi car rental...
MPV Capt Nuar... Plat Johor
MPV aku & Afzan... Check apa yang patut sebelum serah..
Plat H... macam terlajak laris punya produk..
Hotel Airport Gateway... 4-5km je dari airport...
Bilik kat Airport Gateway... ok lah selesa untuk 6 orang...
Bilik aku 3 beranak...
Hall.. ada katil dan sofa & extra bed.. untuk Afzan 3 beranak
Dapur... pinggan, sudu kena samak dulu kalo nak guna...
Siap-siap nak keluar g makan...
Boleh tahan gak nasi goreng dan kari kambing kat kedai nii... boleh rekemen...
Tengah lapo pastu dapat makan nasi.... perghhh!! Alhamdulillah...
Lepas makan pegi Park n Save pulak cari Groceries pulak.... Apel segar bugar sini...

Periuk nasi 1.2L bawak dari Malaysia... senang nak masak nasi nanti..

Hari 1 - 12 March 2016(Sabtu)

Hari ini bermula kembara NZ North dengan destinasi pertama ke Waitomo nak tengok Glowworm kat Cave Waitomo. Glowworm ni ulat bercahaya dalam gua. Macamana ia bercahaya nanti tengok kat Waitomo.

Jarak dari Auckland ke Waitomo lebih kurang 181km dan 2 jam lebih perjalanan. Sebelum tu lebih kurang pukul 8 pagi kena bawa family yang sewa Motorhome ke depot Motorhome untuk ambil Motorhome. Oh! lupa, pagi ni juga hantar Jasmin untuk collect MPV di EZI.

Dari kiri, Anuar, Afzan, Aku, Azim dan Abang Johari di hadapan Motorhome kepunyaan Azim..
Route dari Auckland ke Waitomo..
Sendat dengan bag... kalau ikut undang-undang jalanraya NZ salah ni dok 4 orang kat seat tengah... tawakal je lah...
Walkie Talkie untuk memudahkan komunikasi semasa konvoi..
Biru nyer langit itew...
Singgah sat tengok pemandangan...

Geng MPVian dari kiri... Guwe, Anuar, Jasmin, Afzan..
Mak dara dan sorang anak dara MPVian..
MPVian.... Plat MPV Jasmin macam nama flat kat Singapore..
Lain tempat lain belalang, lain pekan lain hage minyaknya... Ron 91 Unleaded NZ1.76 seliter...
Pam minyak kat Whatawhata..
Singgah Whatawhata sebab nak pegi toilet.. anggur yg Afzan pegang tu hage 2 dolar je tapi masam... rasenya anggur untuk buat wine..
Singgah lagi... pekan koboi mana entah...
Macam-macam bahasa "Selamat Datang"

Navman GPS
Lori macam transformer bersepah kat NZ buat tarik kontena, kayu balak...
Sikit lagi sampai Waitomo caves..
Sampai sudaaa

Tiket dah beli online... ni cuma nak tentukan pukul berapa boleh masuk..
Oleh kerana baru pukul 2 dan masa untuk masuk gua pukul 4 petang... masa yang terluang ni makan berjemaah dulu...
Lepas makan solat berjemaah... di Imamkan oleh adik Danish Al-Hafiz iaitu anak no. 2 Anuar..
Tour guide masuk gua... Mr Mike... dalam gua tidak dibenarkan ambik gambo..
Naik sampan dalam gua... dekat luar gua baru bole amik gambo..
Belakang tu gua... dalam gua tu banyak ulat bercahaya.... tapi sayang tabule amik gambo...
Gambar cilok dari Google... macam ni keadaan dalam gua... kat atas tu lah ulat-ulat yang bercahaya.. masuk dalam tu just nak tengok ulat-ulat macam tengok kunang-kunang...
Dalam gua ada sungai....
Sourvenir dari Waitomo Glowworm..

Dengan Azim dan anak sulong dia nama Anwar
Selesai tengok ulat bercahaya di dalam gua Waitomo perjalanan diteruskan ke Turangi iaitu lokasi Campsite untuk bermalam. 2 jam lagi perjalanan. Harapan dapat sampai awal sebab akan melalui pinggir Tasik Taupo iaitu Tasik terbesar di New Zealand dan lebih besar dari pulau Singapura.

Route dari Waitomo ke Turangi..
  



Kambing-kambing...

Nak Maghrib dah..

Kami tiba di Turangi Kiwi Park lebih kurang pukul 8.30 malam. Hari dah gelap dan sangat sejuk. Suhu dalam 9-10 celcius. 

Selesai check in dan dapat kabin, acara seterusnya ialah masak untuk dinner oleh mama-mama MPVian di Pantry yang sememangnya tersedia ada di setiap campsite. 

Macam-macam makanan ada maggi, nasi goreng Brahim, coco tamar...