Sunday 18 October 2015

Hari 2 ~ Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai, 22-27 Sept 2015

Assalamualaikum...

24 Sept 2015

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Laailahaillallah huallahhuakbar Allahuakbar walillahilhamd.... Takbir raya di Abu Dhabi yang straight forward takda lagu mendayu-dayu macam kat Malaysia...

Pagi ni di Abu Dhabi, di Mekah dan juga di Malaysia bersamaan 10 Zulhijjah 1436H ialah Hari kebesaran umat Islam di seluruh dunia sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anak baginda Nabi Ismail kerana taat perintah Allah.

Dengan sebab kisah ini Hari Raya Aidil Adha juga dipanggil Hari Raya Korban. Maksud korban ialah bermula 10 Zulhijjah dan Hari Tasrik seterusnya pada 11, 12 & 13 Zulhijjah, umat Islam disunatkan buat ibadah korban dan daging tersebut diagihkan kepada yang berkenaan. Korban dalam maksud sebenar bukan sekadar sembelih tetapi kena faham lebih luas lagi dan paling penting ia berkaitan hubungan dengan Allah dan tujuan kita berada di muka bumi ini....

Ok, balik semula cerita hari ini. Sempena sambutan 10 Zulhijjah dan bagi kami yang berada nun jauh di sini tetap menyambut macam biasa walau tak sama macam kat negara sendiri. Di sini solat raya buat awal sebaik masuk waktu syuruk iaitu dalam pukul 6-6.30 pagi(Subuh pada pukul 4.55 pagi). Di Malaysia solat raya biasanya lewat sket dalam pukul 8-8.30 pagi.

Oleh kerana nak rasa feel solat raya dan beraya macam kat Malaysia, Rudy dah plan nak bawak kami semua ke rumah Konsulat Malaysia(Duta) di Abu Dhabi. Sebab tu sebelum datang ke sini awal-awal Rudy dah pesan supaya bawak baju raya lengkap songkok dan samping. Solat raya di rumah konsulat pada pukul 8.10 pagi.

Di rumah konsulat itu nanti tempat orang Malaysia yang tak balik raya berkumpul. Cuma di rumah konsulat takde buat sembelih binatang korban, Menurut kata Rudy, sembelih korban hanya dibuat di tempat khas atau di kawasan rumah sendiri. Takde gotong royong macam tempat kita. Memey beza cara orang arab kat sini sambut raya korban. Apapun, walaupun berada 6000++km dari Malaysia dapat gak merasa solat hari raya di perantauan dan ini adalah first time bagi kami. Di samping dapat berkenalan dengan orang-orang hebat di sini.

Seterusnya biar gambar bercerita...

Ini gambar selepas solat dan makan-makan.... masa nak balik dah...
Subuh Aidil Adha di kejiranan rumah Rudy... kelihatan ufuk timur 10 Zulhijjah sedang bersinar....
Fajar sedang terbit menandakan sudah waktu syuruk.... dari jauh kedengaran takbir raya...
Rumah pak arab local kat belakang rumah Rudy... besar bangat rumahnya....
Masa ni pukul 7 pagi... tengah bersiap hendak ke rumah konsulat...
Villa 3 tingkat Rudy.... sewa AED13,000 sebulan.... perghh!!
2 dara dan sorang mak dara pinggitan di Abu Dhabi...
On the way to rumah Konsulat...
Beraya rumah konsulat... ho..ho..ho... Beraya rumah konsulat... ho..ho..ho... nyanyi ikut rentak lagu balik kampung...
Lalu highway 4 lorong takde Tol...
Kiri dan kanan kelihatan pokok kurma...
Al.. Al... dah dekat area bandar Abu Dhabi...
Rudy cakap itu bangunan nenas... sebab pelindung tingkap macam kulit nenas dan boleh bukak tutup untuk cover panas...
Dari area rumah konsulat boleh nampak bangunan nenas tuu... tapi nampak sebatang je...
Jalan rumah konsulat.... dengar kabo Rudy cakap tak lama lagi nak pindah ke rumah lagi beso...
Sedang takbir di tingkat 2 rumah konsulat...
Duta Malaysia di Abu Dhabi, Dato Ahmad sedang memberi sepatah 2 kata...
Khatib/Imam solat hari raya jemputan dari Al-Azhar... masa ni dah selesai solat raya dan sedang berkhutbah...

Aku dan anak sulong Rudy... Amir
Selesai solat dan khutbah.... masa untuk jamuan raya...
2 family bergambung dan meletop!
antara tetamu-tetamu yang datang beraya bertamu di rumah konsulat... 
antara juadah-juadah kuih muih...
antara juadah-juadah nasi empet, rendang, kari...
Tengah cari port kosong untuk makan..... penuh lah pulak!
Kerusi tak cukup... terpaksalah makan bersila dan berdiri... sebab tu agaknya konsulat nak cari rumah baru beso sikit..
Di halaman rumah konsulat... luar pun ada kerusi tapi penuh gak....

Sebelum ni gi obersea tak pernah pegi rumah duta.... ni first time...
kanan sekali itulah Masturah...

Begambo kek dopan rumah konsulat....


Me and my daughter Nurhanisah Insyirah...
Balik time!
Selesai program raya di rumah konsulat balik semula ke rumah Rudy sebab ada sahabat dia dari Dubai nak datang beraya. 

Aktiviti seterusnya selepas zohor nak jalan-jalan kat bandar Abu Dhabi nak melawat Heritage Village dan Grand Mosque Sheikh Zayed tapi malangnya kedua-dua tempat tu tutup sebab hari ni di UAE adalah cuti umum. Dan, tempat-tempat tersebut dengar kabo tutup beberapa hari... nampaknye kena tuko iternary..

Kelihatan bangunan Keadilan di area Pantai Coniche... ataupun Iluminiti?
Bendera beso UAE... ni jalan nak ke Heritage Village...
Heritage Village tutup... so begambo kat bendera je...
Ini 3 bangunan Fast and Furious 7 shooting akdi kereta terjun bangunan... nama bangunan ni Etihad Towers merupakan terdapat hotel mewah di di situ...
Pantai Coniche.... giler panas time ni pon ada yang main bola kat situ....
Bangunan apa entah belakang tuu...
Jalan raya di Abu Dhabi....
On the way cari Abaya di Abu Dhabi...
Wife den dan Abaya... sambor selai...
Lepas beli Abaya, jalan-jalan ke Madinat Zayed Shopping Mall pulak....
Perfume Kiosk
Bangunan color gold tu sebenarnya hospital...

Ni bangunan nenas tadi bila hari nak gelap kulit nenas tu akan kuncup... memey high teknologi bangunan nii...
Surau kat Carefore Abu Dhabi... Solat berjemaah diutamakan...
Wife aku cakap set Tefal 15 pcs ni murah.... so, sambar sekotak... AED299 = RM360
Finally selepas 4 bulan dapat hadiah birthday dari aku...
Makan time kat Al-Ibrahimi Restaurant. Rudy cakap lamb chop di sini famous. Lokasi di Zayed 2nd Street(electra Road), Abu Dhabi
Sebelum makan begambo dulu....
Memey secukup rasa kambing chop kat sini...
Bangunan nenas pada waktu malam...
Lagi satu bangunan unik di Abu Dhabi, Aldar Tower.... ni akan melawak tapak pada hari ke-3...
Sekian kisah hari ini dan Iternarinya,

  • Pagi - Program raya di rumah Konsulat
  • Tengahari - Jalan-jalan di bandar Abu Dhabi, tengok bangunan dan singgah Pantai Coniche
  • Petang - ke Carefour dan terjebak beli set Tefal 
  • Malam - Dinner di Al-Ibrahimi Restaurant, Abu Dhabi
Seterusnya bersambung Hari ke-3....


Post terdahulu...

No comments: