Sunday 25 October 2015

Hari 3 ~ Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai, 22-27 Sept 2015

Assalamualaikum..

Hadis riwayat Saidina Umar ra,

Suatu hari ketika para sahabat sedang duduk di sisi Rasulullah SAW telah didatangi seorang lelaki. Lelaki itu tidak nampak seperti seorang musafir dan tiada seorang dari kalangan sahabat yang kenal lelaki itu..

Antara pertanyaan lelaki tersebut ialah tentang tanda-tanda kiamat dan Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda.

"Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina dan meninggikan bangunan." 

Siapakah lelaki itu? Setelah lelaki itu pergi Rasulullah SAW beritahu kepada sahabat dengan bersabda "Lelaki itu ialah Malaikat Jibril yang mengajar kamu tentang agama kamu..."

Bila bicara tentang hadis ini ramai akan kaitkan dengan yang berlaku di negara arab sekarang. Memang tidak dinafikan ia benar-benar sudah berlaku dan ia adalah tanda-tanda kiamat seperti maksud hadis di atas.

Untuk menampakkan petanda kiamat tersebut Allah SWT telah takdirkan bangunan-bangunan tersebut bukan saja dibina di Dubai atau di Abu Dhabi juga telah dibina betul-betul di hadapan Kaabah supaya menjadi tatapan umat Islam bahawa kiamat pasti datang. Iaitulah Clock Tower atau diberi nama Fairmont Makkah Clock Royal Tower. Merupakan bangunan ke-8 tertinggi di dunia.

Tak lama lagi ada sebuah lagi bangunan tinggi di dunia akan dibina di Jeddah dan bakal pecahkan rekod Burj Khalifa. Maka bersedialah.

Penerimaan kita tentang tanda-tanda kiamat ini semestinya ialah tentang Islam, Iman dan Ikhsan. Iman yang dimaksudkan ialah 6 Rukun Iman iaitu antaranya tentang percaya Hari Kiamat dan Qada' & Qadar.
    
Hakikat yang perlu kita faham ialah tentang hasil dari kepesatan pembangunan dan kemodenan di negara Arab seperti UAE dimana hasil minyak adalah sumber kepada kekuatan ekonomi. Di tambah lagi dengan sistem pemerintahan monarki yang pastinya tiada politik wang, tiada rasuah untuk jadi pemimpin. Hasilnya negara jadi stabil, tiada masalah sosial dan keselamatan harta benda penduduk terjamin. Rakyat pula dapat hidup senang, lenang dan tenang.

Namun, ada sesetengah negara yang punya hasil minyak juga nak moden dengan buat bangunan Ter tinggi dan projek mega, tapi dalam keadaan masih ramai rakyatnya yang merempat. Lepas  tu collect macam-macam jenis cukai dari rakyat yang tak masuk akal walau negara itu banyak hasil bumi. So, faham-fahamlah negara mana tu.

Tentang UAE lagi contohnya disediakan peluang-peluang pekerjaan dengan pendapatan mewah bukan saja untuk rakyat tempatan juga orang luar. Kat UAE walau lebih ramai orang luar dari rakyat tempatan yang bagusnya ialah tentang perlaksanaan peraturan yang sangat ketat. Buat salah terus diambil tindakan tanpa kompromi dan dihantar balik. Di tambah pula dengan perlaksanaan undang-undang Islam iaitu Hudud dan Qisas maka hasilnya UAE antara negara yang selamat di dunia. 

Ok, setakat itu tazkirah dan puji-pujian untuk hari ini. Jom layan travelog seterusnya...

25 Sept 2015


Oleh kerana hari ini Jumaat maka aktiviti sebelah pagi cuma jalan-jalan area bandar Abu Dhabi aja. Plan asal hari ni nak ke Sheikh Zayed Grand Mosque. Tapi tutuplah pulak. Ke Heritage Village pun tutup jugak.

At last jalan-jalan tengok bangunan unik di sekitar bandar. Aku juga request kat Rudy nak pegi tengok stadium di mana team bola Malaysia kena belasah 10-0 dengan UAE.

Kata Rudy ni bangunan piring sebab bentuk bulat macam piring... sebenarnya ialah Aldar Towe


signboard dekat bangunan piring
Sheikh Zayed Grand Mosque... masjid terbesar di Abu Dhabi boleh muat 40k jemaah
Pintu gerbang masuk masjid.... tutup la pulak...
Tu dia stadium team Malaysia kena belasah... di kiri kanan ada bangunan lekat terus kat stadium..
Bangunan di sebelah kiri stadium ialah Womens Hospital...
Sebelah kanan bangunan ialah Al-Jazira Club Hotel

Ni masa game Malaysia kena 10-0... Score board tu attach kat bangunan... 
Lagi satu bangunan unik di Abu Dhabi... melengkor senget bangunan ni...

Tengok dari sisi lain... untuk support bangunan senget sambung ke grand stand.... bangunan ni dekat ngan laut...
Nama bangunan ni Capital Gate Abu Dhabi... ada Hyatt Hotel dan office

Ni stadium gak... Sheikh Muhammad Zayed Stadium


Dekat stadium ni ada banyak pokok kurma...
Buah kurma yang berguguran tiada siapa makan.... burung pon tak larat makan.
Posing kat pokok kurma

Ada pulak pokok kurma yang rendah... apa lagi, posing lah...
Muka-muka jarang tengok pokok kurma...
Mari mengutip buah kurma yang berguguran takde sape nak makan...
dekat-dekat situ ada setandan buah kurma muda...
Solat Jumaat time..
2nd time solat jumaat di tanah arab... 1st time masa kat Madinah 2011
Khatib sedang berkhutbah.... cakap arab daaa...
Selepas aktiviti pagi iaitu tengok bangunan-bangunan unik dan stadium. Lepas tu break untuk Solat Jumaat dan sebelah petang ke Dubai lagi. Plan nak cari Jubah dan Abaya. Dan, pergi beberapa tempat yang belum pergi seperti naik sampai seberang sungai untuk ke Souk dan Hard Rock Cafe.

On da way tengok lagi bangunan-bangunan di sekitar Dubai...

Laluan hari tu gak... kelihatan Burj Khalifa...






Sebelum ke Naif Market singgah Al-Tawasol Restaurant untuk makan nasi arab...
Nasi Arab time!
Bas stop aircon...
Bandar lama Dubai... bangunan pon rendah-rendah...
Di Dubai sana-sini boleh nampak masjid... dekat area Naif Market... hari Jumaat lengang
Depan money changer pon bergambo...
Kedai-kedai dalam Naif Market... kebanyakkannya jual Abaya iaitu Jubah untuk perempuan..

Kalau tak hitam bukan Abaya namanya...

Model Abaya...
Di hadapan Naif Market dan hasil tangkapan...
Tempat ngeteh di sebelah Naif Market..
secawan teh mint ialah 2 dirham...
Selesai beli apa yang patut di Naif Market kemudian ngeteh. Next destinasi Rudy ajak naik sampan nama Abra kat sungai Dubai Creek untuk ke Al-Suq. Di situ ada Old Textile Market. Bayaran seorang 1 Dirham je. Tapi tak jadi sebab 3 round pusing cari parking semua penuh. Hampa sungguh.

Dari Dubai Creek terus ke Dubai Festival Mall untuk ke Hard Rock Cafe. Biasalah ada orang kirim dan nak tambah koleksi tshirt.

Ni sampannya...rugi tak merasa naik... (gambar cilok kat google)
Di Dubai Festival Mall... Beratur tu sebab nak inai tangan...
Hard Rock Dubai
Rudy pon sambar selai...

Selesai di Hard Rock Dubai destinasi seterusnya balik ke Abu Dhabi. Sebelum balik ke rumah singgah Mamak Restaurant di Adnoc Petrol Station dekat Yas Island untuk dinner. Kat situ makan mamak stail.

Pyramid Hotel..


Dubai waktu malam.... berwarna warni lampu kat bangunan...
Agak sesak highway pada malam Sabtu... walaupun ada 6 lorong...

Paling murah roti, 5 dirham(rm6)... Paling mahal Nasi goreng kampung/paprik, 25 dirham(rm30)...  wow!
Sekian kisah hari ini dan Iternarinya,
  • Pagi - Jalan sekitar Abu Dhabi tengok bangunan & stadium dan kutip kurma
  • Tengahari - Solat Jumaat
  • Petang - Jalan ke Dubai, Lunch di Al-Tawasol Restoren, Shopping Abaya di Naif Market, tak jadi naik sampan do Dubai Creek dan last sekali ke Hard Rock Dubai di Dubai Festival Mall
  • Malam - Dinner di Mamak Restoren di Yas Island.

Lagi 5 Fakta tentang Abu Dhabi dan Dubai,

1. Di Abu Dhabi highway takda tol. Di Dubai ada terutama di pusat bandar. Nama sistem tol Dubai ialah Salik Sistem. Sistem Salik tidak guna pondok tol. Cuma tampal pelekat bercip kat cermin depan kereta dan sensor akan kesan seterusnya maklumat tol akan dihantar melalui SMS. Maklumat lain boleh check dalam Apps Salik kat henfon samada Android atau IOS. Di wajibkan kenderaan sebelum masuk ke Dubai beli prepaid tol berharga 100 dirham. Kalau tak kena denda. 

2. Di Abu Dhabi tiada metro train. Di Dubai ada. Jika menaiki teksi casnya ialah 1km = 2 dirham.

3. Kebanyakkan shopping mall di Abu Dhabi dan Dubai yang besar-besar tiada bayaran parking dikenakan.

4. Orang sini kalau tuang minyak tak perlu Off engine. Sebabnya cuaca luar panas.

5. Makan Minum di Abu Dhabi dan Dubai sangat mahal. Lebih-lebih lagi bila RM jatuh merudum. Dulu, AED1 = RM 0.85... Sekarang AED1 = RM1.20. Purata makan + minuman untuk seorang ialah RM40-50. Perghhh.....

Seterusnya bersambung Hari ke-4....


Post terdahulu...