Thursday 3 September 2015

Hari ke 15 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum....

Hari ke-15 : 15 April 2015


Last day in UK bermakna hari untuk terbang balik ke tempat asal usul lagi dikenang, inikan pula tempat membesar, menuntut ilmu dan cari rezeki untuk kumpul modal next kembara...

14 hari dah berlalu macam-macam kenangan manis pahit hambar, semuanya terakam dalam memori otak dan juga visual dalam memori kamera Nikon D90, Iphone6(icloud) dan Samsung Advance. Ada antaranya dah luah dalam post-post dari Hari 1 hingga 14. Kepada yang dah baca den ucapkan terima kasih. Semoga ada something yang boleh dijadikan panduan.

Inilah kapal terbang yang bawa balik kami ke Malaysia... MAS MH3 Airbus 380 double deck... memey besau...
Hari ini seawal jam 5.30 pagi semua GST dah bangun. Bangun awal untuk berkemas apa yang patut dan mungkin juga tidur tak berapa lena sebab dah tak sabar nak balik. 15 hari dah bai tinggalkan Malaysia. Macam sekejap tapi macam-macam feel rasa especially rindu kat anak bini.. hehe..

Flight balik dari Heathrow ke KLIA pada pukul 12 tengahari. So, plan check-out pukul 7 dan sebelum pukul 9 dah ada kat airport. Biar awal asal tak kena tinggal flight. 

Sebelum ke airport kena singgah Sixt dulu untuk pulang kereta sewa. Jarak hotel ke Sixt lebih kurang 7-8 km.

Untuk hari ini dan juga semalam semasa balik ke London dari Liverpool giliran Sucit drive. Kira semua merasa drive untuk kembara ni. Aku dan Syahrul cover Eropah. Kat UK, Asree dan Sucit.  

Route dari Hotel ke Si


Pada pagi 15 April 2015 cuaca tak berapa sejuk sangat dalam 12-15 celcius. Cuaca dah mula panas berbanding masa hari kami tiba London iaitu suhu 5-7 celcius menandakan musim sejuk nak berakhir.

Selesai urusan check out dan semua dah ada dalam kereta, aku pesan kat Sucit supaya hari last driving kena extra hati-hati. Al-Maklum, walaupun distance tak jauh tapi macam-macam boleh berlaku. So far so good since 14 hari lalu takde apa-apa berlaku kepada kereta sewa.. Alhamdulillah... 

Cuma, ada cerita semasa dalam perjalanan nak pulang kereta. Berlaku kat trafik light simpang last sebelum ke depot Sixt.

Ceritanya, Sucit drive macam biasa. Tiada yang tak normal. Bila tiba kat simpang 4 Hatton Rd-Great South West Rd trafik light merah dan kereta kami depan sekali. Bila lampu bertukar hijau Sucit serba salah samada boleh belok ke kanan atau tak. Karang kalau langgor kena saman pulak. Mahal bai kalau kena saman kat sini. Kat Malaysia kebanyakkan simpang macam ni ada lampu untuk arrow ke kanan. Kalau hijau baru boleh jalan. Kat simpang tu kotak lampu ada tapi tak menyala. Itu yang jadi confuse. 

Kereta kat belakang mula hon. Masa nak masuk gear 1, Sucit tersalah masuk gear Reverse(kereta Vauxhall Astra ni gear manual Reverse sebelah gear 1). Lalu terReverselah sedikit ke belakang tapi sempat brek.

Selepas masuk gear yang betul dan bergerak masuk ke simpang Great South West Road tiba-tiba kereta belakang overtake kami dan suruh berhenti. 

Kereta kami berhenti kira-kira 100 meter dari gate Sixt. Dah dekat tu. Kemudian keluar seorang lelaki botak berkod hitam muka sebudal macam Wayne Rooney berjalan menuju ke arah kereta kami. Kami cool je dan pesan kat Sucit cakap "I am Sorry je". Bukan apa, malas nak panjang-panjang cerita. Nak balik Malaysia dah ni.

Lelaki tu pun berdiri kat sebelah Sucit sambil kata macam-macam. Antaranya, yang aku ingat (dah translate).... "Kalau tak tau memandu jangan bawak kereta kat sini!" Perghhh!! berdesing telinga aku dengo... Padahal takde eksiden pon. 

Punyalah berlagak sibotak ni. "Wei! kami ni pelancong daaa... bagi income kat negara ko.. puii!! Tunggulah kalo ko datang Malaysia, kepala hang aku putaq..."(sebenarnya cakap dalam hati je.. haha..)

Adalah dekat 2 minit lelaki botak tu membebel, Sucit dan kami cuma cakap "I'm Soriii.. I'm Soriii.." banyak kali.. 

Agaknya bosan kitorang asyik cakap "I'm Soriii..", mamat saleh botak tu pon belah dan kemudian tengok bonet depan keta dia yang takda apa-apa kesan kena langgar. Piirahhh!! Berlagak punya botak!! takpe, ni tempat kau...

Inilah simpang yang dimaksudkan aku cilok dari maps.google... boleh belok kanan kalau depan takde keta... 
Selepas sibotak tadi belah, kami terus ke pam minyak BP(kat sebelah Sixt) untuk tuang minyak. Kena penuhkan sebelum pulang kereta. Dari Sixt kami dihantar dengan Shuttle ke airport. Seterusnya check in dan boarding.

Peristiwa tadi antara pengalaman yang tak syok telah berlaku kepada kami di London. Sebelum ke sini dah dengar cete pasal orang London tak frenly. Bila dah mengalami maka dengan ini aku mengesahkan. Semua tu buatkan perpepsi aku terhadap kota London ni jadi negatif. Di tambah pula pada 5 hari lalu henfon aku kene curi. Dan, sebelum-sebelum tu dilayan seperti pendatang kat imigresen airport dan Calais.

Rentetan dari pengalaman ni buat aku rasa serik nak ke London. Ke Liverpool ok. Mungkin tak semua orang London macam tu sebab ada yang ok macam staff di Arsenal Store dan pegawai polis yang attend kes curi henfon aku. Rezeki memasing kalau jumpa tak ok macam si botak tu.

Apapun, kisah yang aku share ni bukan nak menakutkan atau menghalang korang datang London. Just nak bagi peringatan dan berhati-hati bila berada di sana. Sediakan dokumen yang cukup supaya senang bersoal jawab semasa di imigresen. Lain-lain, jagalah henfon supaya tak kena ragut macam aku. Sebabnya statistik kes ragut henfon di London dalam sehari ialah 100-200 kes. Aku tak mau korang jadi next mangsa..

Wah! panjang lebar pulak cerita.. layan gambar la pulak... tapi last day tak banyak gambar sangat. Sebabnya pasal kes sibotak tadi tiba-tiba mood nak amek gambar hilang. Bila dah naik kapal terbang baru ada hati nak snap. 


Kepak Airbus 380
Siap-siap nak take off
Aku dapak dok tepi sebelah tingkap...


Bai-bai London... bai bai UK... bai bai Eropah...



40 ribu kaki dah...

dekat sampai dah nii...
Dari London tengahari... la ni dah awal pagi...
Check arah kiblat untuk solat...
sejam 17 minit lagi sampai..
Total = 10646 km...
Subuh...
area PD dah...
time to landing...
Alhamdulillah... save landing....
Dari Heathtrow take off pukul 12 tengahari bersamaan pukul 7 malam waktu Malaysia. Dan, mendarat di KLIA pukul 7.30 pagi, 16 April. Total perjalanan dari Heathrow ke KLIA ambil masa 12 jam setengah.  1 malam tidur dalam flight.

Bayangkan 12 jam setengah dok dalam kapal terbang. Boleh krem kaki kalau duduk je manjang. Namun, Alhamdulillah, selain makan, tidur, pegi tandas dan tengok movie dapat solat 5 waktu Jamak Qasar di atas awan. Bukan solat hormat waktu tapi solat sempurna 13 rukun mengadap kiblat dari aras 40 ribu kaki.

Sebenarnya menurut kata Ustaz ambo takda istilah solat hormat waktu jika boleh solat sempurna. Dalam kapal terbang memang ada masa FA(Flight Attendant) tak bagi solat berdiri tetapi itu semasa kapal terbang tengah bergoyang. Bila keadaan reda FA siap bagi sejadah dan tunjuk tempat boleh solat dalam kapal terbang. Paling penting kita kena ingat ialah dalam apa keadaan, solat kena utamakan. Sebabnya di mana-mana kita pergi semuanya Allah yang punya dan wajib ikut perintahNya.

Sebaik mencecah kaki di KLIA maka tamat sudah Kembara 15 hari ke Eropah dan UK. Eh! sebelum tu, ingat tak masa 1st day kami tiba di Heathrow beg Sucit pecah dan hilang 2 roda? Boleh baca cerita pasal tu kat sini.

Masa kat sana payah nak buat report. Kat KLIA sebaik selesai urusan imigresen dan collect beg terus ke kaunter aduan MAS untuk buat report. Sebulan selepas tu Sucit dah dapat claim RM500. Padahal beli beg kat Vietnam RM200++ je.. haha... untung...

Rumusan sepanjang 15 Hari Kembara 7 negara ke Eropah dan UK. Negara dan Bandar di singgahi.

1. UK - London : 1,9,10,11,14,15 April

2. UK - Wiltshire/Stonehenge : 11 April

3, UK - Liverpool : 11,12,13,14 April.

4. UK - Manchester : 14 April

5. Eropah - France/Paris : 2-3 April

6. Eropah - Swiss/Lauterbrunnen : 3,4,5 April

7. Eropah - Jerman/Stuttgart : 5-6 April

8. Eropah - Jerman/Manheim : 6-7 April

9. Eropah - Luxembourg : 7 April

10. Eropah - Holland/Amsterdam : 7-8 April

11. Eropah - Belgium/Bruges : 8-9 April

Tentang iternary, kos dan persiapan semua ada dalam post Hari-1. 

Kawe raso setakat ini dapat kongsi pengalaman, cerita serta pengalaman sepanjang 15 hari mengembara ke Eropah dan UK. Walaupun bahasa yang den guna ikut suka, harap korang boleh faham apa yang den sampaikan.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu beri info untuk mereka yang berhajat hendak mengembara seperti kami. Cara kami modal tak besar tapi yang penting puas dan seronok dapat tengok negara orang, disamping belajar dan kemudian ambil ibrah.

Post terdahulu,
- Hari ke-14

Akhir sekali, Terima Kasih ya suci baca.... Wassalam..

6 comments:

Hanis Kamis said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas sharing yg sangat detail,gambar sebijik2 setiap pengalaman bagaikan membawa kami mengembara bersama.

Bestnyaaaaaa...

Tabarakalah buat tuan dan GST,

Kmbara tuan segeng memberi kami kekuatan utk teruskan impian kembara sekeluarga (^__^)

Semoga Allah limoahkan rahmat dan kebanjiran rezeki buat tuan semua untuk teruskan kembara akan datang



Mohamad Azhar said...

Waalaikumussalam,

Alhamdulillah terima kasih Puan Hanis Kamis baca blog saya. Memang niat saya tulis blog ini untuk berkongsi pengalaman dan juga sebagai panduan kpd bakal pengembara yg berhajat hendak ke negara yg kami pernah pergi.

Suka saya hendak mendoakan semoga tercapai hajat Puan dan keluarga untuk mengembara... inshaaAllah...

Akhir kata terima kasih atas doa limpah rezeki kpd kami dan doa saya untuk juga semoga Puan dan keluarga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. amin..

Anonymous said...

mmg best baca pengalaman en ni.. terbaik la blog.. terima kasih byk2, mmg padat dgn info yg sgt2 berguna buat travellers cam sy..

Mohamad Azhar said...

Terima kasih kepada tuan/puan Anonymous yg membaca... semoga perjalanan tuan/puan dipermudahkan... amin.. :)

Unknown said...

Thanks for sharing your experiences. Boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.

Mohamad Azhar said...

Terima Kasih Tuan Mohd Nizam kerana sudi baca cerita saya di blog ini. Semoga beri manfaat.. :)