Sunday 28 June 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-8

Assalamualaikum...

Hari ke-8 : 8 April 2015


Pejam celik, dah masuk hari ke-8 untuk entri Kembara 15 Hari Eropah. Ramadhan pula sudah hari ke-11. Sekejap je kan masa berlalu. Semalam dah jadi kenangan. Hari ini kenyataan. Esok dan seterusnya adalah harapan. 

Harapan kawe supaya dapat siapkan semua 15 entri seperti di rancang iaitu seminggu setiap entri. Bermakna akan ada 7-8 minggu lagi bergantung kepada masa dan kesibukan. Ye lah kan, lagi 20 hari nak raya. Tentunya setiap hujung minggu mendatang akan sibuk sikit dengan persiapan dan acara mengemas rumah. Kepada yang ternanti-nanti entri kawe sabar ya. Masalahnya, ada ke? hehe...

Cerita seterusnya Hari ke-8 kami GST sudah berada di bumi Amsterdam, Belanda atau Holland atau Netherland. 3 sebutan berbeza tapi merujuk kepada negara yang sama. Tak sempat nak google apakah yang membezakan 3 sebutan tu. Agak-agak aje tapi tak reti nak jelaskan..

Balik semula kisah Amsterdam. Setahun lepas, juga pada bulan Ramadhan kita rakyat Malaysia di gemparkan dengan kisah sedih lagi tragis tentang MH17. Mana tak sedih, MH370 belum setel, MH17 pula ditembak semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke KL dan kemudian terhempas di kawasan bergolak Ukraine. Insiden ke-2 dalam masa tak sampai 6 bulan berlaku kepada kapal terbang MAS. Lebih menyayat hati ada yang meninggal dalam perjalanan balik cuti Hari Raya. Al-Fatihah...

Memang peristiwa MH17 memberi kesan terutama kepada pengembara-pengembara macam den, namun itu semua sudah suratan takdir. Bagi den ia tak mematahkan semangat untuk terus mengembara dengan menaiki kapal terbang MAS. MAS tetap my 1st choice terutama bila ada offer tiket murah. Pada den 2 peristiwa besar yang berlaku bukan sebab kesilapan pilot atau kapal terbang tetapi lebih kepada konspirasi akhir zaman yang kita tak tahu tujuannya kenapa. Hanya Allah swt mengetahui. Sebagai manusia kita kena redho dengan takdir Allah swt kerana yang berlaku pasti ada hikmah.

Di Amsterdam, ada beberapa kisah menarik nak kongsikan. Jadi kawe ringkaskan cerita berserta gambar..

1. Tak sangka penginapan yang kawe book di booking.com ialah B&B iaitu Bed and Breakfast. Ingatkan penginapan macam kat Besigheim iaitu konsep homestay. Konsep B&B ialah kita akan tinggal serumah dengan tuan rumah dan sekali dengan breakfast yang disediakan oleh tuan rumah. Patutlah seminggu sebelum terbang dapat email dari Mr Elzinga bertanya tentang confirmation, masa check-in dan makanan apa hendak untuk breakfast. Bila check kat kertas booking.com baru perasan perkataan B&B tu. Apapun layanan Mr Elzinga memang terbaik. Seperti datang ziarah rumah pak sedara orang Belanda.. haha...

2. Di B&B Elzinga juga Asri berjaya selesaikan masalah GPS dengan meminjam laptop Mr Elzinga untuk mendonlod file peta Eropah dan seterusnya install ke dalam GPS. Maka, hari seterusnya tak perlu pakai henfon IP6 Asri sebagai GPS walau tinggal 2 hari je kembara di Eropah. Sebab lusa akan kembali ke UK dan Peta UK tiada masalah. Kalau ikuti entri Kembara Eropah dari awal pasti dah tahu cerita tentang GPS ni. Cerita pasal GPS kat sini.


Mr Elzinga dan brochure B&B Elzinga @ Amsterdam... layanan 5 star!
Bilik aku dan sucit juga ruang makan...


Sarapan ikan salmon, roti dan air fresh orange+kopi mesin made... juga ada yogurt disitu...
Mr Elzinga aka pakcik kami...



             
              



Dah macam bergambar dengan bapak sedara...
B&B Elzinga..
3. B&B Elzinga terletak di Niewkoop iaitu kawasan sebelah tasik yang sangat menarik. Masa kami tiba hari dah petang tapi masih dapat lihat sekali imbas pemandangan. Ingat nak singgah ambik gambar tapi masing-masing cakap esok je lah... letih bangat nih! Malangnya, esoknya bila bangun pagi tengok kawasasan sekitar diselubungi kabus tebal... arghhh! camno nak tengok pemandangan nih!  


Kabus.... belakang B&B






kalo tak kabus sangat cantik tempat ni....

Merenung kabus....
 4. Di Keukenhof jumpa Rudy and family. Rudy ni jiran kawe di BDO tetapi dah berhijrah ke Abu Dhabi. Pertemuan yang nampak macam kebetulan tetapi sebenarnya telah dirancang. Mulanya plan nak jumpa kat Zaanse Schans pada hari semalam tapi tukar plan jumpa di Keukenhof. Bak kata pepatah Belanda, dari BDO ke Abu Dhabi, kat Keukenhof pon boleh jumpa...





 

 

 








Sucit van terling...

dengan Rudy & Family
Kedai Sourvenir
15 euro.....
5. Selepas 2-3 jam habiskan masa di Keukonhof kemudian ke bandar Amsterdam pula melihat suasana di sana disamping melawat tapak 'i amsterdam' yang Rudy cadangkan. Alang-alang dah sampai Amsterdam jangan sampai tak bergambo kat i amsterdam. Rudy ni setakat Amsterdam ni memang makanan dia sebab keje dia relate dengan travel iaitu bawak kapal terbang aka Pilot.

Bila berada di bandar Amsterdam ada satu benda yang menarik perhatian kawe iaitu Basikal. Di mana-mana akan nampak ramai orang kayuh basikal tak kira lelaki, perempuan, budak-budak dan juga orang tua. Bukan tu je, yang lelaki ada yang pakai tie siap blazer tapi kayuh basikal. Perempuan pula ada yang muka taraf super model pon kayuh basikal. So, jangan heran. Inilah culture orang sana. Disamping menyihatkan badan sebab berkayuh juga dapat menjaga alam sekitar supaya tak tercemar dengan asap kenderaan. Disana juga terdapat lorong khas untuk basikal selain jalanraya dan trek untuk Tram.

Seperkara lagi memasuki bandar Amsterdam dengan kereta memang susah nak cari parking. Parking ada tapi mahal pulak. Mungkin itu salah satu sebab kayuh basikal lebih practikal dan menjimatkan untuk bandar macam Amsterdam.



Bayar parking guna kad kredit..
6 euro tuu untuk 2 jam...mahai! huhu...
Park sini.... belakang shahrul iaitulah lorong basikal...



Sucit di depan kedai buah...



Tram..
Berselirat kabel...
aweks belanda sorong basikal
Scooter pon popular kat Amsterdam..
i amsterdam
ramai pulak orang kat sini...





Amsterdam cruise
Jom kayuh basikal..
2nd times in 8 days makan kat restoren Sudan.. yang penting Halal...

Dari Amsterdam ke Bruges melalui highway 6 lorong tanpa tol. Namun ada satu laluan kami kena tol iaitu antara  Antwerp dan Beveren. Kena tol sebab melalui laluan tunnel bawah sungai. Jarak terowong dalam 1.5km dan Tol 6 Euro(rm24).

Finally, kami tiba di B&B Le Coquin, Brugges kol 9 malam. Macam biasa, angkut beg, mandi, masak megi pastu tidur.

Route hari ini : Nieuwkoop > Keukonhof > Amsterdam City > Brugges (319km)

Sekian episod hari ke-8... Bersambung Hari ke-9 di Brugges, Belgium...


Post terdahulu,