Monday 23 March 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-8 (6 Dec 2014) : Final Part

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. hari ini Johor cuti sempena Hari Pertabalan Sultan Johor yang ke-5. Nak keluar jenjalan macam malas sebab dengar cete banyak jalan tutup dan sure jem sana-sini. So, sempena masa terluang ni ambil kesempatan untuk menaip episod terakhir Jalan-Jalan Jepun. Kepada kengkawan yang setia menanti hingga episod terakhir saya ucapkan terima kasih. Saya pula teruja kerana dapat mengimbau kembali kenangan pergi Jepun. Bila tengok gambar dan bercerita di blog terasa macam baru semalam balik dari Jepun. Padahal dah 3 bulan lebih.

Sepanjang jalan-jalan Jepun banyak kenangan sebenarnya. Pahit, manis, kelakar pun ada. Mana tak, jalan-jalan main redah je. Paling penting anak saya Nurhanisah Insyirah juga dah tahu serba sedikit pasal travel dan cara nak baca route train. Sekurang-kurangnya ada gak orang bagi pendapat sepanjang travel ini. Wife saya juga bagi pendapat dan bantu mana yang patut. Walaupun kadang-kala ada arguement tapi at last saya sedar kesilapan sendiri. Senang cerita, dalam sebuah perjalanan memang kena ada seorang ketua tetapi dalam masa yang sama kena terima pendapat orang lain juga, tujuannya untuk check n balance. Apapun saya bersyukur sepanjang jalan-jalan ini dipermudahkan dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.  

Untuk hari ke-8, flight balik ke Malaysia pada 9.40 malam. So, pagi ni saya plan nak ke beberapa tempat antaranya Tokyo Skytree, Tokyo Tower dan ke pasar Ueno lagi untuk lunch. Dengan manager Kurumi Mansion dah deal nak check out lambat sikit dalam pukul 3pm. Alhamdulillah, takda masalah. So, sape-sape nak pergi Jepun saya rekemen tinggal di Kurumi Mansion. Bilik besar dan juga selesa selain pemandangan sungai dibelakang hotel.

Pagi 6 Dec 2014, lebih kurang jam 8.30 pagi keluar dari Kurumi macam biasa senaman jalan kaki ke Station Suitengumae dan terus amik train ke Station Oshiage. Dari Station Oshiage jalan kaki terus ke Tokyo Skytree.

Tokyo Skytree ni lebih kurang macam KL Tower dan bila berada diatas dapat melihat permandangan sekitar Tokyo. Fungsi lain ialah untuk broadcasting. Terdapat juga restoran di atas. Tokyo Skytree juga merupakan menara komunikasi tertinggi di dunia iaitu 634 meter. Untuk pelancong ada 2 level boleh naik iaitu 350 meter dan 450 meter. Lagi tinggi bermakna kena bayar lebih. Hari tu saya cuma naik sampai level 350 meter saja. Kena tambah lagi RM30 untuk naik sampai ke level 450 meter.
    
Tu dia Tokyo Skytree...
Wefie at Ground Zero Tokyo Skytree

Tak jauh, tapi kalau jalan kaki bepeluh ketiak.... naik tren 11 min je....

Sebelum dapat naik bayar dulu... Dewasa = rm64, kanak2 = rm32




Boleh nampak puncak Gunung Fuji dari Skytree...
Boleh main zoom-zoom... KL Tower pon ada rasanaya...
Mana Kurumi Mansion?


Dah macam miniature plak tengok dari atas...
The kasut at level 350 meter...
Canggih dan bersih bilik air.. boleh buat tido... bukan kat Skytree je tapi kat kebanyakkan tempat di Jepun...

Besau bear putih nii...

Next lokasi sepatutnya nak ke Tokyo Tower tapi macam tak sempat. So, dari Skytree terus ke Pasar Ueno sebab Insyirah nak makan ayam kat gerai sebelah kebab yang kami makan semalam dengan Jamal. Semalam tengok ayam kat gerai sebelah tu macam sedap. Sebab tu return hari ni semata nak makan ayam. Dah berapa hari tak makan ayam bai... hehe

Dari Oshiage ke Ueno kena transit kat Asakusa..
Traffic light dari Station Ueno ke Pasar Ueno

Semalam datang malam, hari ni datang siang...
Sushi... yum yum...
Ketam Alaska ke ni?
Sotong Kurita... nak makan pon ngeri...
Syirah geli...


Dah siap lapah... boleh beli then bawak balik dan terus makan mentah...
Datang pasar Ueno semata nak pekena Chicken Man... semalam dah layan kebab kat kedai sebelah...
Macam-macam jenis ayam ada...
Tengah membelek henfon nak tunjukkan gambar Zizang kat aku...
Tu dia Zizang pernah datang sini... ni mesti masa shoot siri Jejak Jepun...
Boleh tahan sedap ayam Chicken Man...
Selesai makan-makan kat Pasar Ueno hari dah tengahari. Masa untuk balik semula ke Kurumi dan berkemas untuk check out. Malam semalam dah pack semua barang-barang masuk dalam beg. Ni just balik nak lepak-lepak sat dalam bilik sementara nak tunggu pukul 3 petang untuk gerak ke Airport.

Jelas kelihatan Tokyo Skytree dari jambatan on the way jalan kaki balik ke Kurumi Mansion
Sementara nak tunggu pukul 3 petang, sempatlah tinjau suasana sungai kat belakang Kurumi. Macam-macam jenis bot dan cruise bawak pelancong lalu-lalang kat sungai tu. Aku rasa Sungai Muar kalo dimajukan macam ni pun boleh dapat hasil dari pelancongan dan membantu ekonomi penduduk sekitar. 

Jepun ni bukan ada hasil minyak, tapi pemimpin mereka kreatif dan produktif. Mereka tahu macamana nak ekploitasikan kemahiran mereka dan kejadian alam sebagai peluang menjana ekonomi. Apa yang saya kagum tentang Jepun ialah bagaimana pemimpin mereka mendidik rakyat supaya berdisplin, pembersih dan bersopan santun. Kena ingat, Jepun bukan negara Islam tapi kita boleh lihat banyak nilai-nilai Islam diamalkan di sini. Hudud lagilah takda, tapi nak dengar kes culik budak, pecah rumah, rompak amat jarang kat sini. Ini bandaraya besar Tokyo, biasanya tak sunyi dengan masalah-masalah sosial begini. Cer banding dengan tempat kita. Hatta kat kampung-kampung pun dah tak selamat nak tinggalkan ibu bapa dok sendirian.

Tentang ekonomi, tidak dinafikan kos sara hidup di Jepun memang tinggi tapi untuk melihat rakyat mereka merempat di negara sendiri amat kurang. Dulu saya pernah terpikir antara punca masalah sosial di Malaysia ialah rumah yang kecil. Tapi bila saya tengok rumah sewa Jamal dengan saiznya lebih kurang rumah murah di Malaysia dan sewa RM2000++ sebulan saya terfikir semula. Itulah standard saiz kebanyakkan rumah rakyat Jepun tapi mereka boleh hidup harmoni dan selesa. Anak-anak mereka terjaga dengan adab sopan dan nilai sivik yang tinggi. Pada saya semua ini tentang sistem pendidikan dan dasar sesebuah negara. Jika pemimpin amanah dan ikhlas memimpin inilah hasilnya. 

Negara kita masa Tun M jadi PM dah suruh pandang ke timur tapi kita cuma pandang aja tapi tak ikut. Kalau sejak 1982 kita ikut cara Jepun mentadbir negara mereka mungkin Malaysia akan lebih baik dari sekarang. At least, dengan tiru sistem pendidikan Jepun dan disatukan dengan sistem Islam yang Nabi saw ajar sudah tentu Malaysia boleh jadi negara Islam contoh di dunia. Tapi sekarang Malaysia cuma cantik di luar tapi hakikatnya... Itulah ketentuanNya...  

Eh! jauh pulak melalut. Tapi, inilah pandangan saya bila dapat pergi ke negara orang dan banding dengan Malaysia. Banyak sebenarnya kena belajar dan ubah... Samada pemimpin ubah atau kita ubah pemimpin...

Oklah, layan je gambar-gambar yang den snap ni kat sungai belakang Kurumi...







Saat-saat terakhir sebelum check out...
Ok tak bilik? Untuk bilik 3 katil ni harga 1 malam ialah RM241... memey berbaloi!
Pintu masuk ke Kurumi Mansion.. Macam buruk je bangunan ni tapi yang penting selesa...
Honda Odyssey kat depan Kurumi ni dari hari aku check in sampai check out tak gerak-gerak. Kalau la boleh beli bawak balik. Murah je ni kalo beli 2nd hand... dalam rm20-30k... kalo kat Malaysia jejak rm130-140k ...
Acara menyorong beg hingga ke station... Alhamdulillah, semua beg roda ok..
Lengang je jalan raya pada petang Sabtu...
Train route dari Station Suitengumae ke Narita Airport
Pada hari-8, JR Pass saya dah tak valid. So, dari Tokyo ke Airport kena beli tiket dan bayar. Harga tiket untuk dewasa RM90++ dan kanak-kanak separuh harga. Perjalanan lebih kurang 55 minit.

Harga tiket train Tokyo-Narita Terminal 2, 3020 yen = RM93... Kanak2 separuh harga...

Waktu menunjukkan 4.21 petang(3.21 waktu Malaysia)... sebentar lagi masuklah waktu solat maghrib dan sewaktu dengannya...

tempat letak beg supaya tak bergerak-gerak dalam train...
Nak turun dah...
Musolla kat Narita Airport... lokasi boleh cari kat airport map...
Bergaya dengan beg beli kat Akihabara...
Acara memulang Pocket Wifi...
Pastikan semua complete sebelum masukkan dalam sampul...

Nak pos samada masukkan dalam pos box atau bagi petugas kat situ...
Dah selamat check in...
2 hari sebelum balik dapat email upgrade to Bisness Class berjaya... cuma tambah RM540 setiap seat dari harga asal RM1700++ return... Oklah, merasa gak naik Bisness Class...
Sementara tunggu boarding boleh lepak kat louge untuk Bisness Class..
Minum air dan makan buah je berani... lain-lain tak berani...




Sebelum take off minum air dulu...


Boleh plak dia pandang kat camera... haha...
1st makanan, Satey...
seterusnya... sampai tak larat nak makan... sudu garpu besi lagi...
Tengah melangok tunggu flight balik JB..
Kami tiba di KLIA lebih kurang pukul 4.30 pagi. Sepatutnya flight balik jam 8 pagi tapi retime ke pukul 11.30 pagi. Retime ni sebelum ke Tokyo, dah bagi tahu melalui sms. Biasalah MAS, flight pagi tak penuh pastu cancel, combine dengan flight kol 11 pagi. Taktik bisnes tuu.. Apapun MAS tetap my 1st choice kalo ada tiket murah... haha..

7 jam... nak tak nak kenalah tunggu gak. Pada 11.30 pagi Flight KL-JB berlepas pada waktunya dan kami selamat sampai di Senai Airport pukul 12.30 tengahari. Setengah jam kemudian sampai rumah di BDO... Alhamdulillah, trip selesai..

Sebelum saya menamatkan episod Hari ke-8 nak share tentang kos dan belanja sepanjang 8 hari 7 malam trip ke Jepun. Last but note least, Terima Kasih ya sudi baca...

Note : Nilai RM setelah convert dari Yen pada masa itu ialah 1000 yen = RM30
  • Tiket Flight JB-KL-JB(MAS) = RM500.00 (3 org)
  • Tiket Flight KL-Narita-KL = RM7020.00 (+ upgrade to Bisness Class)
  • JR Pass Ordinary 7 days = RM2200.00 (Adult-RM880, Child-RM440)
  • Pupuru Pocket Wifi + Extra Bateri = RM256.00(8 hari)

      Jumlah = RM9976.00

Hotel Palace Japan = RM290.00 (1 malam)

Train Metro Line dari Minamisenju-Toneri Koen(Rumah Jamal-JR tak support) = RM23.00 (9+9+5) 
Toneri Koen-Tokyo Station = RM23.00 (9+9+5)
Hotel Shin-Osaka Washington = RM539.00 (2 malam)

      Jumlah = RM585.00

Masuk Osaka Castle = RM30.00 (12+12+6)
Makan di U-Don = RM100.00

      Jumlah = RM130.00

Sewa basikal di Kyoto = RM90.00 (3 basikal)
Tokyo Metro dari Tokyo-Suitengumae = RM56.00
Tokyo Metro Suitengumae-Rumah Jamal-Suitengumae = RM43.00
Hotel Kurumi Mansion = RM966.00 (4 malam)

      Jumlah = RM1155.00

Train Suitengumae-Tokyo = RM13.00
Train Tokyo-Suitengumae = RM13.00
Train Otsuki-Kawaguchiko = RM86.00
Train Kawaguchiko-Otsuki = RM85.00
Lake Kawaguchiko Sight Seeing Bus = RM75.00
Lake Kawaguchiko Sight Seeing Bot = RM68.00

      Jumlah = RM340.00

Train Suitengumae-Tokyo = RM13.00
Train Tokyo-Suitengumae = RM13.00
Makan di Restoran Sultan = RM90.00

      Jumlah = RM116.00

Train Suitengumae-Yoyogi Uehara = RM18.00
Train Yoyogi Uehara-Asakusa = RM18.00
Asakusa-Ueno = RM13.00
Ueno-Suitengumae = RM13.00
Makan di Sekai Cafe = RM102.00

      Jumlah = RM164.00

Train Suitengumae-Oshiage = RM13.00
Tokyo Sky Tree = RM160.00
Train Oshiage-Ueno = RM21.00
Train Ueno-Suitengumae = RM13.00
Train Suitengumae-Tokyo = RM13.00
Train Tokyo-Narita Terminal 2 = RM232.00

      Jumlah = RM452.00

Lain-Lain
Sourvenir = RM400
T'Shirt Hard Rock Cafe Osaka & Tokyo = RM200
Belanja at 7-11 = RM300
Shopping = RM1000.00

      Jumlah = RM1900.00


      Jumlah keseluruhan = RM14,108 (RM4702 per head)


Post terdahulu...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...
Hari ke-3...
Hari ke-4...