Wednesday 25 February 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-3 (1 Dec 2014)




Assalamualaikum wbt,

Fuh! dah sebulan lebih sepi tanpa post. Naik berhabuk blog ni..hehe.. Oklah kita sambung cerita kembara Jepun hari ke-3.

Oh! sebelum terlupa, nak share lagi pasal persiapan. Al maklum, masa cerita Persiapan/Hari 1 & Hari ke-2 dah ingat semua tapi bila dah start menaip terlupa pulak.. So, sekarang ingat balik..

CUACA
Bila nak melawat ke negara 4 musim macam Jepun kenalah ambil tahu musim apa. Tujuannya untuk sesuaikan dengan pakaian. So, boleh ke web ni www.accuwheather.com atau install phone Apps untuk dapat info tentang cuaca, suhu dan sebagainya semasa tarikh kita pergi. Ia juga untuk tentukan lokasi lawatan yang ada kalanya perlukan cuaca yang cerah. Menurut mereka yang pernah ke Jepun, cuaca di sini tak boleh jangka. Mendung dan hujan agak kerap terutama musim sejuk. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan dan sediakan spek kalo panas....

Ramalan cuaca juga penting jika nak melawat tempat pemandangan seperti Gunung Fuji yang pasti perlukan cuaca yang cerah dan kurang awan supaya boleh nampak puncaknya yang diseliputi salji. Barulah puas hati dapat bergambar dengan mercu tanda negara Jepun.

Seperkara lagi kena ambil tahu ialah tentang berapa panjang waktu siang dan malam. Ia ada kena-mengena dengan waktu solat supaya kita tak terbabas solat jamak takhir jam 4.30 petang padahal sudah masuk waktu Maghrib. 

Semasa saya pergi bulan Desember, di Tokyo waktu Subuh ialah pada jam 5 pagi, Maghrib - 4.30 petang dan Isyak - 5.55 malam. Bermakna pada musim winter waktu siang pendek dan malam panjang. 
Apps Weather+, boleh install kat phone
CURRENCY
Masa pergi Nov 2014 untuk 1000 yen = RM28.40. Tapi hari ini sejak RM jatuh dah jadi 1000 yen = RM30.63 atau mungkin lebih. 

Apps bawah ni boleh install kat phone. Boleh guna sebagai rujukan sebab di Money Changer biasanya akan lebih mahal sedikit.  



Setel pasal persiapan, Sambung balik cerita Jalan-Jalan Jepun hari ke-3.


Iternary Hari ke-3, tempat 1st nak pergi ialah Osaka Castle. Route train dah take note sejak malam tadi. Senang je dengan Hyperdia.com. Caranya just google train station paling hampir dengan Osaka Castle dan masukkan dalam route. Hasilnya seperti di bawah...


Train route dari Shin-Osaka ke OsakaJokoen(Osaka Castle)

Dari hotel ke Shin-Osaka Station dekat je jalan kaki 300++ meter. Tapi, pagi hari tu hujan berserta angin pulak... huhu.. Sejuk gil.. ! Lama gak tunggu hujan reda. At last redah je masa hujan masih renyai-renyai. Takut tunggu punya tunggu hujan makin lebat kemudian apa pun tak boleh... dok hotel je nanti...
Selepas Subuh.... Shin-Osaka Station view dari tingkap hotel tingkat 8
depan hotel... hujan! dan berangin pulak tuu... sejuk giler!
Setibanya di Station OsakaJokoen hujan dah berhenti. Dari station ke Osaka Castle kena jalan kaki lebih kurang 1-2km... tapi memey agak jauh laa.. Nasib on the way tu lalu kawasan pokok-pokok daun kuning.. snap la apa yang patut...






cantik tak!
On the way jumpa kolam air pancut... snap lagi...
contrast daun kuning dan hijau..
gambar snap pakai henfon je..
Finally sampai kat depan Osaka Castle... capek sekali kakinya...
sebelum masuk castle bole pegang2 burung merpati..
manja pulak burung ni duduk atas kepala Syirah..
info dalam castle... kisah samurai...
view dari tingkat paling atas Castle..
Model masa bina castle
bole try test pakai kimono & topi samurai untuk amek gambar..
antara koleksi topi samurai... yang bertanduk pun ada...
Selesai jalan-jalan di Osaka Castle dan sekitarnya hari sudah menjengah tengahari dan perut mula lapar. Kusut jugak nak fikir cari tempat makan dan solat. At last decide ke Kansai Airport sebab kat sana ada restoren halal dan surau. Pedehal ada JR pass, sambil tu boleh tengok airport sekali.. 

The U-Don.. tempat makan halal yg dimaksudkan... menarik gak menu dia..
Certificate Of Halal Complience from Malaysia....
semua ni lebih kurang dalam rm90-100... Lokasi restoren kat level 2F
Pokemon at Kansai Airport
Kalau yakin boleh try...
Musolla @ Kansai Airport... dekat-dekat dengan VIP Lounge..
Surau Women mengadap Men..
Map to Surau/Musolla at Kansai Airport... level 3F
Selesai makan dan solat di Kansai Airport, next stop seterusnya ke Universal Studio Japan(USJ). Naik train guna JR pass dan turun di Station Universal City.

Train route dari Kansai Airport ke USJ
Hard Rock Cafe & Shop betul-betul kat depan USJ..
Tak masuk... ambik gambo je.... lagi pun dah malam...
Selesai jalan-jalan USJ, next stop seterusnya ke Dotonbori dan Shinsaibashi. Tempat ni meriah dengan lampu neon dan barangan produk Jepun.

Train route dari USJ ke Shindaibashi...
Meriah!
Kalau datang Dotonbori wajib ambil gambar depan orang tengah berlari... the people call him Glico...
Shinsaibashi... aneka produk pakaian Jepun ada disini...
Kalau nak tengok orang Jepun berfashion datanglah sini.... Shinsaibashi...
Anak den beli skirt labuh kat kedai ni... unik design pakaian kat sini...



Selesai kembara hari ke-3... Osaka Castle > Kansai Airport > Universal Studio Japan > Dotonbori/Shinsaibashi...


Bersambung Hari ke-4...

Post terdahulu tentang Jalan-Jalan Jepun...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...