Saturday 17 January 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-2 (30 Nov 2014)

Assalamualaikum wbt,

Sebelum den mulakan cerita Hari ke-2 nak share persiapan tentang Penginapan.

PENGINAPAN
Semasa cari-cari penginapan di Tokyo atau Osaka cuba gak cari Guesthouse macam Korea. Ada, tapi tak macam yang ada kat Korea. Atau, mungkin ada tapi tak jumpa.

Bila dah buntu, tanya pendapat Rafidi JBT pasal penginapan dan dia mention beberapa hotel/hostel dan aku tertarik kat Kurumi Mansion sebab boleh masak. So, kat Tokyo aku decide nak dok kat Kurumi Mansion dan Alhamdulillah, untuk tarikh 2-6 Dec 2014 masih lagi kosong untuk bilik 3 katil. Tapi malangnya untuk tarikh 29 Nov 2014 dah penuh. Itu yang book Hotel Palace Japan sebab antara paling murah pada tarikh itu. Di Osaka memang takda pilihan sebab nak duduk dekat dengan Station Shin-Osaka jadi aku pilih ShinOsaka Washington Hotel Plaza.. panjang eh nama hotel tu...

Masa pilih hotel, kriteria paling utama ialah lokasi. Kalau boleh nak dekat dengan Train Station. Perkara ke-2 ialah boleh masak dalam bilik. Lain-lain tentang murah mahal pun kena fikir gak. Hotel kat Jepun ni boleh tahan mahal. Standard hage dalam RM200 ke atas.

Bawah ni senarai hotel yang den duduk kat Tokyo dan Osaka,

Hotel Palace Japan(Tokyo)
- Dekat dengan Station Minamisenju
- 650 meter jarak dari station
- Toilet sharing dgn guest lain/sangat bersih dan moden
- RM290/pernight > 3/4 orang sebilik
- Boleh masak tetapi kena kongsi kitchen dengan guest lain
- Book dengan www.booking.com
- Bayar masa check in
- Wifi free
- Den bagi 3 bintang ***

Shin Osaka Washington Hotel Plaza(Osaka)
- Dekat dengan Station Shin-Osaka
- 350 meter jarak dari station
- Totally hotel
- Boleh masak air aja dalam bilik
- RM270/pernight untuk 2 orang(sempit untuk 3 orang)
- Book dengan www.booking.com
- Bayar masa check in
- Wifi free
- Den bagi 4 bintang ****

Kurumi Mansion
- Dekat dengan Station Suitengumae
- 600 meter jarak dari station
- Boleh masak. Kelengkapan macam dalam apartment semua ada
- RM241/pernight untuk 3 katil
- Book dengan www. hotels.com
- Bayar masa booking online
- Bilik boleh pilih pemandangan belakang sungai. Memey cun.
- Wifi free
- Den bagi 5 bintang *****

Kesimpulannya, untuk memilih hotel kat Jepun atau mungkin tempat lain bergantung kepada keperluan dan keadaan kita samada datang bujang atau dengan keluarga. Untuk backpackers atau bujang boleh pilih hotel jenis dorm atau sharing basis macam kitchen dan toilet. Penginapan jenis ni murah sket berbanding hotel. Untuk dengan keluarga boleh pilih apartment hotel atau hotel. Semua tu ikut kesesuaian masing-masing. Biasanya lebih mahal dari dorm atau guesthotel. Apapun, ini cadang bukan soalan...

Ni Kicthen kat Hotel Palace Japan... tinggal kitorang je sarapan. Pinggan dan sudu semua bawak dari Malaysia. Bukan apa, al-maklumla macam-macam bangsa, agama dok sini... sendiri kene ingatla..
Bilik kat ShinOsaka Washington Hotel Plaza... Terpaksa ambil bilik untuk 2 orang sebab lain-lain bilik dah full book... 2 malam tidur sini...
Bilik di Kurumi Mansion. Boleh masak dan bilik selesa untuk 3 orang. Pemandangan pun cantik sebelah sungai... walaupun agak jauh dari station tapi puashati..

Ok tamat cerita penginapan. Kalau ada benda lain teringat nanti den kongsi pada post akan datang.

Hari ke-2 (30 Nov 2014)

Malam semalam selepas check in dan buat apa yang patut lebih kurang pukul 1.30 pagi baru dapat tidur. Fuh! nikmatnya dapat baring selepas seharian dari JB bangun kol 4 pg, lepas tu kol 5.30 pg gerak ke Senai Airport, kemudian transit di KLIA dan bila sampai Narita lewat pulak keluar airport, lepas tu beg roda rosak... huhu... dugaan.. memey penat sungguh semalam punya cerita. Kata pegi bercuti tapi penat... hehe..

Hari ni bangun pagi segar sket badan walaupun dapat tidur cuma 4 jam.

Plan hari ni nak ke rumah Jamal sebab dia jemput lunch. So, alang-alang dah pegi rumah Jamal nak tumpang simpan beg. Plan cuma nak bawak 2 beg je dan tinggalkan lagi satu beg kat rumah Jamal. For sure beg yang roda rosak tu kena tinggal. Kemudian bawak 2 beg yang tak berapa besar supaya senang naik turun train dari Tokyo-Osaka dan hari balik nanti dari Osaka ke Kyoto-Tokyo...

Hari ini baru terasa sengal tangan dan badan angkara tarik beg wife yang roda rosak tu. Mana tak, beg tu je berat dekat 20kg. Inilah yang kena hadapi kalau cuti-cuti cuma guna pengangkutan awam, takda limosin ambik kat airport... nak jimat kan... haha... rasakan...

Bagi wife, beg tu ada sentimentel value. Banyak negara dah beg tu jejakkan roda. Beli masa pegi Perth, 2001. Kemudian ke Mekah, Madinah, Bandung 4x, Vietnam 3x, Bangkok 2x, Gold Coast, Korea dan New Zealand. Memang masa dah time roda nak rosak. Anggap saja masa untuk beg tu berehat...

Ok, tamat cete beg...

Selepas bersiap apa yang patut dan sarapan kat kitchen Hotel, lebih kurang pukul 10.30 pg gerak ke rumah Jamal. Lewat sikit sebab takda benda nak rush. Itu yang bagus kalau pergi sendiri-sendiri. Ikut suka nak jalan pukul berapa. Lagipun, plan hari ini cuma nak ke rumah Jamal dan kemudian pegi Osaka. 

Dari Station Minami Senju naik JR train kemudian tukar train di Station Nippori kena naik Monorel ke Station Toneri-Koen. Jamal wassap dia tunggu kat station tu.

Setibanya di Station Toneri-Koen disambut oleh anak-anak Jamal dengan basikal dan nun kelihatan taman dengan daun warna hijau kuning merah yang menarik perhatian. Terpesona sebentar... hehe...

Dari Station nak ke rumah Jamal kena lalu jalan sebelah taman tu... jalan sikit, begambo... jalan sikit lagi, begambo lagi... hehe.... Akhirnya, lebih kurang 20 minit barulah sampai kat rumah Jamal. Jarak dari station rasanya dalam 700 meter. Cuaca cerah dan tak berapa sejuk sangat dalam 10-13 Celcius.

Lepak kat rumah jamal dalam 2 jam, selepas lunch & solat lebih kurang pukul 2 ptg gerak ke train station semula untuk ke Osaka. Jamal offer balik dari Osaka tido rumah dia. Kata dia bilik atas kosong sesuai untuk den sekeluarga. Tapi aku cakap taknak susahkan wife dia nanti hari-hari kena masak lebih... Next time mal kalo datang Japun lagi aku tido rumah kau... hehe 

Lain-lain, biarlah gambar bercerita...

kat depan Hotel Palace Japan... check out time!
Acara sorong beg dari Hotel Palace Japan ke Station Minami-Senju... Hari Ahad, jalan lengang...
Route jalan kaki dari Hotel Palace ke Minamisenju station
Tunggu train... beg coklat tu yg roda rosak... beg paling besar pulak tuu..
Monorel route dari Nippori ke Toneri-Koen... 10 station kena singgah
Selfie dalam Train..
Drebar Monorel..
On d way to rumah Jamal.. dok depan sekali...
view dari Station Toneri Koen..





Rumah Jamal view dari Google Street
Lunch at rumah Jamal... lauk special masakan Jepun... memey terbaek sedap...
Selera nampak... hehe
View belakang rumah Jamal..
Mari belajar bahasa Jepun..
Selepas lunch ialah aktiviti membakar kalori... jalan ke station Toneri-Koen untuk ke Osaka..
Insyirah dan beg pinjam...
Mesin beli ticket train... lebih kurang je macam LRT kat Malaysia...
JR Pass tak cover. So, kena bayar 330 yen untuk Monorel dari Nippori - Toneri Koen
Jadual Shinkasen... kawe naik HIKARI 519 ke Shin-Osaka... NOZOMI, walaupun JR tapi tak cover...
Dalam Shinkansen Tokyo-Osaka.. 3 jam++ perjalanan utk kira-kira 600km...
Tiba di Station Shin-Osaka lebih kurang kol 7 mlm. Cuaca luar station hujan. Kalau nak jalan kaki dengan beg sure lencun. So, naik teksi je.... laaa rupenya dekat je... Drebar teksi pun cam segan nak amik duit dari aku. Tapi aku hulur gak. Takkan naik free... hehe..

Route jalan kaki dari ShinOsaka Station ke ShinOsaka Washingto Hotel Plaza

Klik sini untuk post Part 1 - Persiapan & Hari-1

Sunday 11 January 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Persiapan & Hari 1(29 Nov 2014)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selepas lebih sebulan pulang dari Jepun baru hari ini berkesempatan untuk menaip Travelog Jepun. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsi terutama bagi kawan-kawan yang hendak ke Jepun samada bercuti atau saja-saja nak ke sana. Bagi yang sudah biasa ke Jepun pon boleh juga baca sekadar untuk berkongsi maklumat sebab pengalaman masing-masing ada yang tak sama.

"Mal! nanti ko kat Jepun boleh lah aku datang sana.." Itulah dialog yang den cakap kat Jamal pada Ogos 2013 sebelum dia berhijrah ke Jepun. Dialog tu juga telah membawa kawe dan keluarga bercuti ke sana yang pada asalnya tiada dalam wish list. Tapi oleh kerana alang-alang ada kawan kat sana senang sket kalau nak jalan-jalan. 

Bila dah datang Jepun baru tahu, Jepun memang sangat best dan highly recommended untuk mereka yang la ni tak tau nak bercuti kat mana. Jepun banyak tempat menarik. Ditambah lagi sistem pengangkutannya yang canggih, sebuah negara yang bersih dan orang-orang Jepun sangat hormat sesama mereka dan berbudi bahasa. Berbeza dulu masa sekolah belajar sejarah pasal Jepun sebagai penjajah Tanah Melayu. Diceritakan orang Jepun ganas dan suka pancung orang. Tapi itu mungkin dulu. Kini Jepun pada pandangan aku sebuah negara bukan Islam tapi amalkan nilai-nilai Islam. Ini yang kurang ada pada negara yang mengaku Islam tetapi....

Sepanjang 8 hari 7 malam berkelana di Jepun terasa macam taknak balik sebab masih banyak tempat menarik tak sempat pergi. Sebenarnya sebulan pun belum tentu cukup untuk jelajah semua tempat. Berbanding Korea, Jepun lebih banyak tempat untuk dilawati. Tapi takpe, next time akan return ke Jepun... bulan dah tau, cuma tahun je tak tau bila... hehe... 

Jamal & Family @ Japan
Oklah, cerita panjang-panjang nanti letih pulak baca. Straight to the point nak terus cerita pasal persiapan. Seperti biasa untuk trip ke Jepun kawe tak amik package. Just redah je. Tetapi sebelum pergi, kenalah study apa yang patut seperti tempat nak pergi, hotel, transportation, makanan halal dan lain-lain...

Kepada sesapa yang nak pegi dan taknak susah payah cari info, buat iternary sendiri boleh contact kawan den, Rafidi di blog atau FB untuk ground package dengan harga yang berpatutan. Apapun kalau nak pergi dengan package boleh je terus baca blog den sebagai rujukan.


FLIGHT
Bila kita dah merancang hendak cuti kat mana, perkara pertama kena buat ialah survey tiket flight. 

Untuk trip Jepun ni kawe pilih MAS. Masa book pada bulan May2013 masih hangat pasal MH370. Lepas tu bulan Julai MH17 kena tembak pulak.. huhu.. Pada kawe senang je, ajal maut semua sudah ditetapkan. Waima tengah tido kalau masa dah time tetap akan mati juga. Lagipun keyakinan kawe pada MAS masih utuh walaupun rugi manjang. MAS tetap kawe punye 1st choice especially bila ada promo tiket murah....

Kenapa tak naik AIR ASIA? Sebabnya kawe nak naik MAS.. hehe.. 

Sebenarnya, untuk perjalanan jauh-jauh yang kono dok berjam-jam dalam flight kawe prefer premium flight macam MAS. Lagipun masa kawe survey tiket pada tarikh sama, harga lebih kurang dan MAS semua dah include... Air Asia macam biasalah kene tambah itu ini dan bila total... laa lebih kurang je... tapi sebenarnya Air Asia still murah tapi kena tempah at least 9 bulan sebelum tarikh nak pergi... Untuk trip ke Jepun kawe book pada bulan May 2014.

Serba sedikit pasal tiket MAS KL-Tokyo-KL..

Adult - RM1802 x 2 = RM3604
Child - RM1521
Jumlah - RM5125

Masa balik upgrade ke Bisness Class tambah RM540x3 = RM1620

Jumlah Harga Tiket Flight ialah RM6745.00

Nak cerita pasal upgrade Bisnes Class. Bila dah book dengan MAS. akan offer by email untuk upgrade. So, untuk tiket balik kawe pon try saja-saja letak paling rendah RM540 antara range RM535 ke RM1350++.. ingatkan tak dapat tapi lagi 2 hari nak balik MAS email dan accept kawe punya offer. So, merasalah naik Bisness Class. Memang merasa, tapi kena tambah wang lagi... hehe

Muka suka-suki dapat rasa naik Bisness Class... ni flight balik Tokyo-KL
Ni antara makanan hindangan ke 3.. 1st dpt makan satey 5 cucuk, yg ke-2 salad.... makan pun pakai sudu garfu pisau besi tau..

ITERNARY
Buat Iternary ialah benda paling penting kena buat selepas beli tiket atau sebelum pun boleh. Inilah benda paling susah dan malas kawe nak buat especially tempat tak pernah pergi macam Jepun. Last year pergi Korea pun macam tu juga. Berbulan menggoogle cari info tempat nak lawat, hotel dan lain-lain. Masa pergi New Zealand tak payah susah-susah sebab pergi dengan Trip Kekawan. Don't wori, follow sampai habis cerita pasal Jepun ni dan kawe akan kongsi semuanya... 

Selain mengoogle, tanya gak dengan Rafidi dan Jamal pasal hotel, train dan lain-lain, Memang agak stress bila masa nak pergi makin hampir dan hotel tak book lagi. Namun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada kurang sana-sini. Yang penting puas hati dengan hasil usaha sendiri.

Selepas dah ada iternary, next step ialah book hotel dan lain-lain.

Ringkasan Iternary,

Day 1 : KL-Tokyo (29/11/14 - Sabtu)
- Travel to Tokyo
- Hotel Palace Jepun(Station Minamisenju)

Day 2 : Tokyo-Osaka(30/11/14 - Ahad)
- Rumah Jamal(Station Toneri-Koen)
- Di Osaka, ShinOsaka Washington Hotel(Station Shin-Osaka)

Day 3 : Osaka (1/12/14 - Isnin)
-Osaka Castle(Station OsakaJokoen)
-USS(Station Universal City)
-Dotonbori & Shinsaibashi(Station Shinsaibashi)

Day 4 : Osaka-Kyoto(2/12/14 - Selasa)
-Bamboo Groove(Station SagaArashiyama)
- Hotel Furumi Manshion(Station Suitengumae)

Day 5 : Tokyo (3/12/14 - Rabu)
-Lake Kawaguchiko/Gunung Fuji(Station Kawaguchiko)

Day 6 : Tokyo (4/12/14 - Khamis)
-Karuizawa/Ski Resort(Station Karuizawa)
-Akihabara Electric Town & Sourvenir(Station Akihabara)

Day 7 : Tokyo (5/12/14 - Jumaat)
- Tokyo Camii/Solat Jumaat(Station Yoyogi-Uehara)
- Asakusa/Sourvenir(Station Asakusa)
- Ueno/Pasar Malam & Makanan Halal(Station Ueno)

Day 8 : Tokyo (6/12/14 - Sabtu)
- Tokyo Skytree(Tokyo Skytree Station)
- Travel back to Malaysia


JR PASS
JR-Japan Rail ni pass unlimited untuk naik mana-mana train yang ada tanda JR dan ia adalah cost effective jika banyak guna untuk perjalanan jauh dengan Shinkansen(panggilan untuk Bullet Train). JR Pass ni hanya untuk pelancong dan kene tempah sebelum ke Jepun. Sampai Jepun kat Airport baru collect. Nak tempah samada on line atau pergi ke Amoda, Jalan Imbi. Semua maklumat pasal JR Pass boleh tengok kat web JTB Malaysia, https://www.jtbmalaysia.com/

Macam trip kawe ni ada nak ke Osaka dari Tokyo kemudian balik semula ke Tokyo. Lepas tu nak ke Karuizawa Ski Resort. Dari Narita Airport ke Tokyo juga tambang agak mahal lebih-lebih lagi naik Shinkansen. 

Ringkasan tambang Shinkansen seperti di bawah(untuk seorang),

Tokyo-ShinOsaka-Tokyo > RM530
ShinOsaka-Kansai-ShinOsaka > RM60
Tokyo-Karuizawa-Tokyo > RM160
Narita Airport-Tokyo > RM70

Boleh check kat web ni untuk tambang dan destinasi train kat Jepun. Web ni Jamal yang Bagi, http://www.hyperdia.com/en/

Memang web ni sangat membantu untuk jalan-jalan naik train di Jepun cuma letak Station From & To dan web ni akan tunjukkan semua sekali siap dengan masa, kat mana nak tukar train dan harga sekali. Kalau tak silap dalam Apps Android & Iphone pon ada. Nak surf by web or apps kena ada line internet laa... Kalau takda internet takda masalah, boleh pakai peta train yang boleh ambil kat convenience shop.

Bawah ni contoh aku guna web hyperdia dari Hotel(Suitengumae Station) nak ke Karuizawa Station(Ski resort). Untuk Train Tokyo Metro, JR tak support so, kena bayar sendiri. Tapi, dari Tokyo ke Karuizawa naik Shinkansen(Bullet Train) tu guna JR Pass je.



Ni info serba sedikit tentang package JR Pass aku cilok dari web JR, ada 7, 14 dan 21 hari. Untuk aku dan family hari tu ambil yang 7 hari Ordinary Ekonomi Class.. pun dah berbaloi.. Total RM2200++. Memang agak mahal tapi bila dah rasa naik dan nikmatinya nanti baru faham kenapa mahal. Kat Malaysia kalau ada sistem train macam ni kan bagus. Jalan tak sesak, hari-hari boleh senam jalan kaki dan disamping tu boleh bagi banyak peluang pekerjaan. Dah masuk bab ekonomi plak..

Japan Rail Pass Nationwide

This pass covers the entire Japan Railway JR system including some buses and ferries. You are able to travel everywhere in Japan with this Japan Rail pass. It comes in 7, 14 and 21 consecutive days. Each of these Japan Rail passes is available in Ordinary (Economy) and Green (Executive) Class.
Please note that the Japan Rail Pass can only be purchased outside of Japan. 
Type of Japan Rail PassOrdinary
(Economy Class)
Green
(Executive Class)
7-days Japan Rail Pass¥ 29,110¥ 38,880
14-day Japan Rail Pass¥ 46,390¥ 62,950
21-day Japan Rail Pass¥ 59,350¥ 81,870
* Child(6-11years old), half of adult fare.
* Processing fee is apply for VISA and MASTERCARD. 


INTERNET
Oleh kerana pergi Jepun, jalan-jalan main redah je so line internet sangat penting. Internet penting untuk cari arah jalan dengan Maps juga lain-lain seperti Train, Masjid dan restoren makanan halal.

Selepas mengoogle cari info rupanya ada Pocket Wifi yang membolehkan kita sewa pada hari tertentu dan surfing sampai lebam.

Melalui web https://www.jtbmalaysia.com/ aku dapat info pasal Pupuru Pocket Wifi http://www.pupuru.com/en/service/emobile/ .

Sebelum pergi tempah dulu kat online dan tetapkan kat mana nak collect. Kawe collect kat Narita Airport. Kat web tu juga ada tunjuk juga cara nak pulang by post je dengan masukkan ke dalam Peti Mail. Peti Mail tu ada kat mana-mana termasuk airport. Memang terbaik coverage Pocket Wifi ni dan sangat laju. Boleh guna up to 4-5 orang atau mungkin lebih.

Untuk 8 hari aku cuma bayar RM256 + Extra bateri(Power Bank). Kalau Data Roaming package Celcom RM38 per day. Tapi aku prefer Pocket Wifi sebab boleh kongsi anak-beranak..

Pupuru Pocket Wifi + Beg + Power Bank
MAKANAN
Ni yang paling penting kena prepare/bawa kalau pergi negara yang susah nak cari makanan halal. Kalau ada pun mahal. Makanan ni stanby untuk pagi dan malam aje. Tengahari samada bawak bekal roti atau cari restoren/cafe halal. Sebenarnya restoren yang tiada tanda halal juga boleh makan tetapi kena pastikan cuma serve sayur dan ikan saja. Ada sebenarnya tapi kena pandai cari cuma nak bertanya jadi masalah sebab tak pandai cakap Jepun. Kebanyakan di Jepun tak ramai fasih cakap English.

Jangan risau,kat kedai-kedai seperti Family Mart atau 7-11 juga ada jual makanan yang boleh makan. Kawe dapat info ni dari Jamal dan juga boleh semak di FB Halal Japan https://www.facebook.com/pages/Halal-Japan/503821533010825 

Antaranya yang boleh dibeli dan makan di 7/11







Hmmm... apa lagi nak kongsi ek? Setakat ni yang terfikir...

Oklah, next sharing nak cerita pasal Hari Pertama iaitu hari travel ke Jepun.

HARI 1(29 Nov 2014 - SABTU)
Sebelum ni plan dari JB ke KLIA nak drive dan park kat KLIA. Jumlah kos lebih kurang RM600 termasuk parking fee, minyak dan Tol.

Seminggu sebelum pergi, tiba-tiba MAS promo tiket murah flight JB-KL-JB. Apa lagi kawe pun sambar dan total semua untuk 3 orang RM500 aje... Perjalanan singkat, tak penat drive dan jimat RM100. Masa flight dan transit pun just nice,

Pergi(29/11/2014)
7.05-7.50am : JB-KL(Check in beg kat Senai Airport terus sampai Tokyo)
10.50am : KL-Tokyo(Tapi delay 11.30am baru fly)

Balik(6-7/11/2014)
9.30pm : Tokyo-KL
4.15am : Tiba
Sepatutnya naik flight balik 8 am tapi MAS retime ke 11.30am... apa lagi melangok la 7 jam kat KLIA... huhu... apapun yang penting enjoy!

Perjalanan dari KLIA ke Narita sepatutnya tiba jam 7 malam(waktu Japan, Malaysia-6pm) tapi entah kenapa dekat 40 minit kapal MAS ni pusing-pusing kemudian baru landing kat Airport. Pastu tak terus ke gate, park kat somewhere dekat sejam dan lebih kurang pukul 9pm baru park ke gate dan semua penumpang boleh turun. Aku tengok ada yang berlari-lari mungkin dah lewat nak transit agaknya. 

Selepas urusan kastam dan luggage, terus pergi cari tempat nak collect Pupuru Pocket Wifi. Selesai collect terus ke kaunter JR untuk collect JR Pass pula. Masa nilah pengalaman mencabar bermula. Setiba di kaunter JR, minah Jepun tu cakap ada masa 5 minit untuk naik Train ke Tokyo dan ia adalah last train. Punyalah kelam kalibut isi borang apa yang patut terus berlari ke train. Train kat Jepun ni sharp at time dia gerak...

Alhamdulillah, sempat. Tapi ada masalah plak bila tengok tiket gerabak(Car) reserved seat tu kene tempuh 6 ke 7 gerabak untuk sampai. Tak kisahlah, yang penting dah naik train. Train ni kalo tak silap ada 16 gerabak. Dengan beg wife aku yang rodanya tiba-tiba rosak pastu giler berat. Al-Maklumlah orang puan semua dia sumbat. Memang fuh! lah...  hari pertama dah menguji tenaga aku. Finally tiba gak kat gerabak yang telah direservekan seperti dalam tiket.. 

Duduk je terus On Pocket Wifi untuk cari train route dari Tokyo Station ke Hotel Palace pula. Masa tu tak tahu lagi pasal Hyperdia, cuma guna Google Maps. Bayangkan itulah 1st time sampai Jepun dan naik train kemudian kena cari train route. Nasib ada pengalaman pergi Korea. Boleh la sikit-sikit apply. Apapun, memang menguji kecerdasan otak. Itulah, nak main redah kan... rasakan... hehe...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ni Station Minamisenju. Sekali lagi internet diperlukan untuk tunjuk arah dari Station ke Hotel. Pergh! boleh tahan jauh gak kena jalan kaki dengan beg wife yang rosak roda. Sekali lagi menguji tenaga aku. Aku cakap kat wife memey kena beli beg baru nii..

Finally, tepat jam 11.45 aku tiba di Hotel Palace Japan dan minah Jepun tu sedang tunggu aku. Dia cakap kalau pukul 12 tak sampai dia akan tutup kaunter dan balik. Tapi dia cakap lemah lembut dan sangat frenly. Sekali lagi, Alhamdulillah.. kalau tak tidur tepi jalan la gamaknya...

MH70
Makanan Ekonomi Class
Dalam flight sebenarnya boleh solat sempurna dan mengadap kiblat... Cuma cakap je ngan Steward/Stewardess nak solat dan dorang akan bawa tempat yang sesuai...
Dulu masuk Jepun kena Visa. La ni cuma isi form aja...
Room @ Hotel Palace Japan
Waktu Solat di Tokyo... Di mana kita berada tetap berada dalam bumi milik Allah swt, maka wajib melaksanakan yang wajib...
Bersambung.... Hari ke-2