Sunday 16 March 2014

Misteri Kehilangan MH370

Assalamualaikum wbt,

Ketika saya menulis post ini MH370 masih belum ditemui cuma telah diumumkan telah dilencongkan oleh seseorang(bukan di Hijack menurut kata DCA). Sebelum ini bermacam-macam spekulasi samada di media sosial dan juga blog-blog. Kita tidak boleh menghalang manusia dari membuat spekulasi kerana fitrah akal manusia akan sentiasa berfikir dan meluahkan. Cuma luahan itu kadang kala tidak beradab dan melukakan hati setengah pihak terutama keluarga penumpang dan crew pesawat MH370.

Bila bicara jalan-jalan ke luar negara, tidak dapat elak dari menaiki pengangkutan udara. Nak naik kapal laut pon boleh tetapi berhari-hari atau berminggu-minggu baru sampai. Sebab itu pengangkutan udara menjadi pilihan walaupun ada rasa takut bagi sesetengah orang. Namun statistik menunjukkan pengangkutan udara adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Dalam sehari ada 80,000 penerbangan dan dalam 1 masa ada sehingga 8000 pesawat berada di udara di seluruh dunia. Apapun Ajal dan Maut semua sudah ditentukan dan Allah swt Maha Mengetahui pengakhiran kita nanti macam mana. 

Sejak saya mula jalan-jalan ke luar negara, pernah 2 kali menaiki pesawat Boeng 777 iaitu ke Perth tahun 2001 dan terbaru November tahun lepas ke Seoul. Walaupun kebanyakkan trip saya menaiki Air Asia sebab tambang murah, saya masih yakin dan percaya Malaysia Airline(MAS) adalah antara syarikat penerbangan yang paling selamat di dunia. Apapun ini semua kuasa Allah swt yang menentukan. MAS sudah berusaha untuk memastikan keselamatan penumpang dengan menyelenggara pesawat dengan baik. Mereka cuma boleh berusaha dan merancang, namun takdir Allah swt adalah sebaik-baik perancangan. Teruslah berdoa semoga MH370 dapat ditemui dalam keadaan apa sekalipun, InshaaAllah...

Lukisan anak saya Nurhanisah Insyirah dedikasi untuk MH370