Tuesday 18 February 2014

Bandung lagi... untuk kali ke-8, Feb 2014

AsSalam...

Semoga yang membaca blog ini dalam keadaan sihat walaafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Alhamdulillah, selamat balik dari Bandung semalam setelah terkandas 1 hari kerana flight cancel disebabkan letusan Gunung Berapi Kelud di mana debunya telah sampey ke Bandung yang jauhnya lebih kurang 400++km. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan kerana telah sebabkan flight balik Bandung-Singapore dengan Tiger Air cancel! Jadi, terpaksalah kawe cari flight lain untuk pulang. Alhamdulillah, Bandara(Airport) cuma tutup sehari setengah je pada hari Sabtu dan pagi Ahad tapi entah kenapa Tiger Air taknak terbang padahal ketika hari Ahad cuacanya nampak begitu baik sekali dan sangat cerah hingga nampak langit biru. Tak pasal-pasal kawe sekeluarga kene extend 1 malam lagi di Bandung dan kena beli tiket flight lain iaitu kawe pilih Air Asia ke Singapore kerana ada banyak kosong dan harganya dalam rm200 + luggage 20kg. Tidak mengapa, anggap saja ini ujian dan sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Antara hikmahnya kawe sekeluarga dapat return ke Toko 3 dan dapat beli yang lupa nak beli.

Apa pun yang berlaku kawe tetap akan ke Bandung lagi. 8 kali dah dan masih tak jemu-jemu. Bukan apa, banyak yang best pasal Bandung terutama sekali makanannya seperti Konro Bakar + Pisang Ejo... fuh! tiba-tiba jadi lapar perutnya. Bandung juga terkenal dengan factory outletnya yang macam-macam ada. Lagi satu kos ke sana tak berapa mahal. Ada rm2000 sudah cukup untuk ke sana untuk hotel, makan-makan, transport serta shopping sekali. Sekarang ini pulak udah ada flight direct JB-Bandung. Lagi senang bangat. Enggak payah lalu Cing Ca Por lagi. Bosan-bosan tak tahu ke mana pada hujung minggu, boleh saja pergi Bandung. Yang penting pastikan ongkosnya adaa.. yaa kann....

Oklah kawe tak nak ngomong-ngomong banyak, nanti keboringan pulak membaca. Layan aja gambar-gambar ini...

Day 1... Makan at Restoren Sejahtera Nasi Padang

Collector Parfume


Insyirah dan Parfum

Masturah dan Parfum Ori yang murah-murah

International brand... semua boleh bikin

Stone Cafe... Bebek bakar?

Pisang Keju... my feveret

Safi Salee at Tangkuban Parahu

At Sapu Lidi

Jalan-jalan naik sampan at Sapu Lidi

Safi Salee & Fans at Tangkuban Parahu

Anak sapo nii...

Wajib makan kalau datang Bandung... Konro Bakar & Es Pisang Ejo

With Amir... my Tour Guide

Datang Bandung mesti shopping sini kalo nak beli Jeans

Inside Toko 3

Sebelum balik singgah beli Kek & Pisang Keju

1st time gi Bandung beli buku


Satey & Gule Kambing... dekat-dekat area Toko 3

Satey Kambing & Gule

Bye-bye Bandung!

Kalau nak ke Bandung contact saja Amir...

Iternary Jalan-Jalan Bandung 13-17 Feb 2014

DAY 1(Khamis) – 13 Feb 2014
Tengarari
  • Tiba di Bandung jam 12.00 pm dengan Tiger Air dari Singapura
  • Lunch di Restoren Sejahtera(Nasi Padang)
  • Check in Hotel Progo
Petang
  • Beli Parfume di Collector Parfum-1Dunia brand ada
  • Shopping di Bali Heavens
  • Shopping di Rumah Moda
Malam
  • Dinner di Stone Cafe
DAY 2(Jumaat) – 14 Feb 2014
Pagi
  • Jalan-jalan Tangkuban Parahu (Gunung Berapi)
Tengahari
  • Solat Jumaat di Lembang
  • Makan Tengahari di Sapu Lidi
Petang
  • Jalan-Jalan & Shopping di Jalan Riau, Heritage(Dekat dengan Hotel Progo)
Malam
  • Dinner di Café sebelah Heritage, Jalan Riau
DAY 3(Sabtu) – 15 Feb 2014
Pagi
  • Shopping di Pasar Baru
Tengahari
  • Lunch di Rumah Makan Marannu(highly recommended-Konro Bakar+Burasak & Es Pisang Ejo        terbaik)
Petang
  • Shopping di Toko 3
Malam
  • Dinner di Sambara(Makanan Sunda)
DAY 4(Ahad) – 16 Feb  2014
#Sepatutnya hari balik tapi Flight Tiger Air cancel disebabkan Airport Bandung tutup kerana debu Gunung Berapi Kelud
Pagi
  • Ke Airport Bandung untuk urusan tempah tiket balik(Air Asia)
Tengahari & Petang
  • Lunch di Rumah Makan Siang Malam di Jalan Riau(Makanan Padang)
  • Jalan-Jalan & Shopping di Jalan Riau.
Malam
  • Dinner di Café di sebelah Heritage, Jalan Riau
DAY 5(Isnin) – 17 Feb  2014
Pagi
  • Beli Buku di Rumah Buku
  • Kartika Sari – Kek, Brownish & Pisang Keju
  • Toko 3
Tengahari
  • Lunch di H.M Harris(Sate & Gule kambing) di Jalan Asia Afrika
  • Pulang jam 2pm dengan Air Asia ke Singapore.
KOS  (Untuk 7 orang) - berdasarkan tukaran RM1 = Rp3500
  • Hotel(3 bilik di Hotel Progo)  > Rp3,000,000(RM890) + Rp870,000(Extend 1 night – RM255)
  • Transport > Rp1,750,000(RM510) + Rp250,000(Extend 1 day – RM75)
  • Makan untuk 5 hari > Rp Rp4,500,000(RM1310)
  • Fee Tangkuban Parahu > Rp500,000(RM146)
Jumlah Keseluruhan > 14,750,00(RM3186)/seorang > RM455

Flight Kos > Tiger Air, Singapore-Bandung
  • RM380 hingga RM420 seorang + luggage pergi 80kg dan balik 120kg
  • Total = Sgd1084.00(RM2872). Purata seorang, RM410
Flight Kos tambah hari kerana isu debu gunung berapi > Air Asia Bandung-Singapor
  •       Jumlah semua = RM1400 + luggage 100kg. Purata seorang RM200
Jumlah keseluruhan all in untuk seorang trip Bandung 4 hari 3 malam = RM865.00