Thursday 27 November 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014~Hari ke-6, Part 6, Last Part..

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik, celik pejam... Alhamdulillah, hari ini masih celik... maka hari ini sudah masuk hari ke-6 kembara bersama geng Trip Kekawan. Bermakna, hari ini merupakan hari terakhir memandu Motorhome. Bermakna juga hari ini kena pulang Motorhome sebelum jam 3.45 petang. Itu yang dipesan Hj Zikri berkali-kali supaya jangan sampai lewat di depot motorhome Apollo. Kalau lewat kena pulang esok la gamaknya. Bagi grup den kena pulang hari ini juga sebab esok flight balik jam 8 pagi. So, perancangan perjalanan hari ini kena betul-betul ikut time...

Seperti biasa malam semalam taklimat berkenaan perjalanan hari ini dan perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum memulang motorhome. Antaranya, kena pastikan motorhome bersih dan isi minyak full. Juga pastikan buat dumping terakhir. Nak tau apa itu dumping baca Part 2..

Bagi yang dah baca Part 2 mungkin masih ingat kisah keluarga Rosli pada hari pertama motorhome dia rosak. Motorhome ganti yang sepatutnya Auto dapat Manual. En. Rosli pulak memang langsung tabule bawak manual. So, Hj Zikri lah yang jadi pemandu motorhome En. Rosli sepanjang 5 hari lepas dan dia pandu Estima. Ceritanya, pada hari ini(hari ke-6), Hj Zikri kena ke rumah sahabat beliau di Oamaru untuk pulangkan barang yang dipinjam iaitu carrier. So, oleh kerana Hj Zikri takde, perlukan volunteer untuk bawak motorhome En. Rosli balik ke Christchurch. Oleh kerana geng lain 1 motorhome, 1 keluarga dan cuma motorhome aku ada 2 keluarga. So, aku volunteer untuk bawak motorhome Incik Rosli. Sebab tu kalau tengok gambar-gambar kat bawah ada keluarga En.Rosli bersama. Takda hal, yang penting tolong-menolong dan kerjasama...  

Oklah, balik cerita hari ni. Awal pagi yang tak berapa pagi sangat sekitar jam 8, hampir semua geng motorhome dah bersiap untuk check out. Aku pun dah bersiap-siap nak bawak motorhome En. Rosli. Check apa yang patut. Destinasi sasaran hari ini ialah Rakaia Gorge untuk aktiviti JetBoat. Ada lagi 2-3 tempat yang dicadangkan dalam iternary, tapi rasa macam tak sempat nak pergi... sebab perjalanan hari ini dari Fairlie ke Christchurch kira-kira 240km. Kalau no-stop 3 jam boleh sampai. Tapi kalau singgah-singgah 2-3 tempat mau tengah malam baru sampai depot. Jalan selamat ialah bertindak mengikut masa...

Setelah bergerak kira-kira 1/2 jam, tersinggah di sebuah pekan bernama Geraldine yang ada jualan ala-ala car boot sale. Lokasi pekan tu memang dalam laluan ke Rakaia Gorge. Singgah di sini kerana tunaikan hajat Afzan. Dia memang suka tempat-tempat macam ni. Dapatlah membeli apa yang patut dengan harga yang murah dari biasa.

ini Toilet dan Bathroom..
Ini cafe... tempat memasak dan juga tempat taklimat untuk kali terakhir...
Ini motorhome-motorhome... kawe punye yang kanan sekali...
Ini pun motorhome gak... cuma kena tarik kalau nak gerak...
Afzan dan Jeem dalam cafe... selepas guna kena bersihkan... itulah stail orang NZ... dah pakai kasi bersih maaa...
Pekan Geraldine.... lebih kurang mcm Parit Jawa...
Ini outlet jual baju...
ini rumah, bangunan pon boleh........
ini Toilet.... pekan macam Parit Jawa pun ada toilet canggih macam ni...
Ini museum... masuk free. nak derma pon boleh...

ni kawasan tempat makan...tertarik benda macam perigi.. tu yg amek gambar...

tu diaa... tepi jalan ada gerai-gerai..... jom singgah!
oh! ini rupanya dia cincin tuu.... serius! kawe memang tak pernah follow cete Lord Of The Rings...
belilah satu buat sourvenir.... rm36++ tuu...
jalan lagi ke depan sana belah kiri kelihatan macam ramai orang....
laaa... jual kaya...
kaya strawberry pon ada...
live band pon ada...
jual apam...

tengok je...
makin ke dalam, makin byk gerai...
one dollar je...
mau buku pon ada...
cuba teka brape harge boomerang ni? tekalah!... NZ 0.50 aje... 
pinggan mangkuk mug pon ada juai...
Isteri dan anak Incik Rosli..

frame gambo pon juai...








sambar zan... jangan tak sambar... seposen je tuu...
makcik-makcik jual kuih...

panggung wayang rupanya.... rare betul bangunan dia...
atok ni main tamborin...

Kayukal.... biasa Besikal...
Incik Rosli in d house... tengah pegang acai berry...
fresh buah berry nii.... lagi fresh dari acai berry...
masa untuk berangkat ke Rakaia Gorge...
sungai tuu... macam cetek jer...
Incik Rosli sedang ambil gambar...
Udah sampey Rakaia Gorge..

tiba di Rakaia Gorge 1 grup tengah layan JetBoat...
sungai ni sebenarnya cetek je.... bebatu pulak tu... silap bawak boleh pecah bot tuu...

ok giliran grup kawe pulak... 1 bot boleh muat 16 org... yang pakai spek & cap tulah drebar JetBoat...
kawe dok 2nd row...

macam fosil...
kelihatan couple warga emas sedang memancing... ikan ape ek ada kat sini?
semasa kat Rakaia berkenalan dengan 1 family dari Kedah yg kerja as doktor kat sini... keluarga tu kawan Hj Zikri. Dan ini motorhome dia.... 
van ni pon boleh jadikan motorhome... kalau tak silap dengar harga motorhome ni dalam NZ20k++
siap kabinet tempat simpan barang...
jangan disangka kecil tak boleh jadi motorhome...
kalo ada kat Malaysia nak jugak beli...

Perjalanan hari ke-6 sejauh 240km...
selesai urusan pulangkan motorhome, check in di Airport Gateway Lodge Motel... Masa ni tengah siap2 nak round bandar Chrischurh dengan estima pinjam sedara Hj Zikri...
singgah Hypermarket nak beli coklat...





senja terakhir di Christchurch... huhu...
30 March 2014 - Christchurch-Sydney-Singapore-Johor Bahru

sampai Sydney dah.... tengah tunggu flight ke Singapore...
Tamat.. 
Alhamdulillah, selesai sudah part akhir kembara New Zealand bersama Trip Kekawan. Sebuah pengalaman yang sangat menarik serta disajikan dengan pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah swt. Memang tidak dinafikan New Zealand sebuah negara yang berbaloi untuk dilawati. Patutlah Hollywood sukat shooting filem kat sini.

Disamping keindahan alam, penduduknya juga melayan pelancong dengan baik. NZ juga antara negara paling selamat dan aman. Tidak perlu risau kalau anda terlupa kunci kenderaan. Tiada keperluan orang sini hendak mencuri. Inilah ciri-ciri Islam yang ada pada mereka di sebuah negara yang bukan Islam. Kenapa di negara umat Islam tak begitu? itulah dinamakan fitnah...

Apapun, saya sangat bersyukur kerana berpeluang ke NZ bersama Trip Kekawan yang diketuai oleh Hj Zikri. Dapat pula bertemu dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru yang sporting dan suka tolong-menolong. Memang macam tak percaya saya dan keluarga boleh sampai ke NZ kerana suatu ketika dulu beranggapan ianya diluar kemampuan. Akhirnya dapat juga jejakkan ke NZ dengan adanya package sebegini yang mampu pergi. Dulu cuma mampu tengok. Realitinya mula dengan angan-angan, kemudian kesungguhan, akhirnya kenyataan... fuh! falsampah plak... hehe..

Oklah, dibawah ini saya sertakan anggaran jumlah kos basic untuk Trip ini,

1. Flight ticket Qantas, Singapore-Christchurch(return & transit at Sydney) 
 - (rm2576 x 2 adult) + rm2218 = rm7370

2. Airport Lodge Motel(23 Mac) - $220.00(rm580)/2 = rm290

3. Airport Gateway Lodge Motel(29 Mac) - $185.00(rm510)/2 = rm255

4. Lincon Street Campsite(24 Mac) - ($15/adult (rm40) x 2) + $7/child(18) = rm98

5. Kambing for BBQ(24 Mac) - $20(rm52) x 2 = rm156.00

6. Dolamore Park(25 Mac) - $10(rm26) x 2 = rm52

7. Milford Sound Cruise(26 Mac) - ($75/adult(rm197) x 2) + $15/child(rm39) = rm433

8. Te Anau Top 10(26 Mac) - ($25/adult(rm65) x2) + $15/child(rm40) = rm170

9. Queenstown Skyline(27 Mac) - $25(rm65) x 3 = rm195

10. Moke Lake Campsite(27 Mac) - ($7/adult(rm18) x 2) + $3.50/child(rm9) = rm44

11. Wanaka Puzzling World(28 Mac) -($14/adult(rm36) x 2) + $10/child(rm26) = rm98

12. Fairlie Top 10(28 Mac) - ($75/adult(rm197) x 2) + $15/child(rm39) = rm433

13. Rakaia Gorge JetBoat(29 Mac) -($40/adult(rm105) x 2 + $20/child(rm52) = rm262

14. Motorhome fuel for 1800++km = rm1346/2 = rm673

15. Motorhome rent(diuruskan Trip Kekawan) = (rm999(rate early birds) x 6 org)/2 = rm2997 

Note : Currency base on $1 = rm2.64
xx/2 = bahagi 2 keluarga sebab kongsi 2 keluarga dalam 1 motorhome.

Jumlah perbelanjaan kasar untuk 3 orang = rm13,526.00
# tak termasuk makan minum, bekalan makanan beli kat Malaysia, teksi hotel-depot, transport jb-spore, shopping dan juga saman. Jumlah sebenar around, rm15-16k.

Akhir sekali, terima kasih kerana membaca blog saya yang tak seberapa ini.. InshaaAllah... next travelog ke Osaka & Tokyo pada 29 Nov - 6 Dec 2014... mohon doa semoga dipermudahkan... aaaminnn...

Kepada yang terlepas baca....

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5